Monday, December 28, 2015

Nota

Biar kali ini aku tulis isinya, tajuk kufikir kemudian. Cita-cita untuk aktif menulis tidak berapa kesampaian kerana mungkin idak bersungguh-sungguh, atau tiada cerita menarik. Aku ini, prinsipnya tidak mahu menulis keluhan, tidak mahu menulis yang negatif, tidak mahu menulis yang boleh melemahkan jiwa pembaca. Aku mengharapkan tulisan aku dapat menceriakan pembaca, dapat menghidupkan jiwa dapat memberi semangat.

Siapa yang baca blog? Ramai yang baca FB, Insta dan blog gossip yang tak habis-habis ceritanya. Kalaulah ada satu blog yang menyerlahkan bakat para artis dari meneroko peribadi artis. Nobody is perfect. Sudah-sudah menyebarluaskan aib. Ya mungkin seseorang tu buka aib sendiri tapi janganlah kita jadi agen penyebar pula.

2015 kita sedar semakin meninggalkan kita. Tahun yang mencabar dari segi geopolitik, ekonomi dan sosial juga. Tapi, adakah kita harus berserah dengan cabaran dan biar dibawa arus, walau kesulitan apa sekalipun yang kita hadapi, wang, hubungan, kesihatan, semua itu pulanglah dan kembalilah kepada Allah, Tuhan yang Maha Esa. Setiap individu walau ditakat manapun kita, majikan, pekerja, ibu bapa, anak, guru, murid, marilah kita tingkatkan ketaqwaan. Kita kurangkan keluhan (nak kata jangan mengeluh aku kadang-kadang terbabas juga, jangan dibebani kepala otak dengan masalah, masalah itu hadir sebagi petunjuk kepada sesuatu (yang mungkin untuk perkara yang lebih baik untuk kita), fikirlah cara menyelesaikannya, satu persatu, bukan fikir jalan penyelesaian untuk semua masalah dengan sekali jalan, memang migrain sebab kita bukan superhero dalam alam khayalan, kita manusia. Bertenang, dan mohon kekuatan dari Dia.

2015 memberi makna besar dalam keluarga aku, ada suka dan ada juga perlu redha dan terus berjuang. Setiap yang terjadi semua sudah ditentukanNya, adalah yang hendak ditunjuk dan diajarkanNYa, ambil masa dan selami makna bagi semua yang terjadi. Nikmati dengan penuh rasa syukur.

Ok, nak cerita sikit tentang MR KLYESFEST baru-baru ini, apa yang aku dapat:

1) Suasana tak seramai MR masa raya - banyak vendor besar tak join
2) Dapat beli blouse ImaanBoutique, CalaQisya dan tudung-tudung cantik dari Marshmellowscarf
3) Beg Goggles aku kena toreh - kunghajooo tapi syukur semua barang selamat, semoga tangan si durjana akan sentiasa panas selagi dia tidak bertaubat dan berhenti buat kerja-kerja yang menyusahkan hidup orang lain
4) Harga taklah murah sangat, kebanyak blouse yang sangatlah biasa RM60 ke atas. Not worth it.
5) Pergilah hari terakhir
6) Kenapa aku pergi? memang aku sengaja sebab pergi dengan Jem, aku bukanlah kaki shopping, jalan-jalan melihat manusia.

Chiow.

p/s; jangan tunduk pada masalah

Friday, September 25, 2015

Serius

Aku termangu apabila diarahkan untuk menulis sebuah ucapan makan malam. Aku bungkam. Otak aku seakan membeku, ayat-ayat yang keluar seperti ayat budak sekolah rendah. Malah aku percaya semasa aku sekolah rendah, karangan aku lebih baik berbanding usia akukini yang telah memasuki fasa 30-an.

Benarlah mereka kata, yang aku baca, kalau mahu jadi penulis yang baik, haruslah banyak membaca dan menulis jangan berhenti. Carilah fokus dalam penulisan, seperti juga pelukis. Ada subjek yang menjadi trademark lukisannya. Contoh seperti yang aku follow di Instagram, subjeknya burung. Pelukis ada sasaran. Melukis 100 jenis burung dengan pelbagai warna, pelbagai kedudukan burung. Tetapi mesti burung.

Jadi bila ada gambar burung, para peminat pasti tahu sekiranya satu-satu lukisan burung itu dilukis oleh pelukis itu atau dari pelukis lain. Secara tidak langsung, pelukis itu memperkenalkan dirinya melalui tulisan.

Aku? Penulisan aku seperti sampah. Ya sampah. Kadang-kadang bila aku baca semula apa yang telah kucurahkan mau kurenyuk-renyuk skrin komputer ini.  Hanya repekan yang tiada isi.
Aku perlu banyak berlatih, dan menulis. Dalam masa yang sama aku juga harus menambah masa untuk membaca. Aku aku mengorbankan waktu tidur ku. Hahaha. Terlintas di fikiran ini kadang-kadang kau menulis ialah untuk memberi pandangan kepada tulisan penulis lain, mengolah satu-satu subjek yang telah ditulis berdasarkan pandangan kau sendiri. Kalau ditekuni mungkin isinya sama tapi cara penyampaian yang lain.

Yang penting, jangan putus asa untuk menulis. Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris bukanlah satu alasan kerana pensyarah Bahasa Inggeris aku pernah memberitahu bahawa 98% Bahasa Melayu boleh diterjemahkan secaran langsung ke Bahasa Inggeris, dengan syarat ayat dalam Bahasa Melayu itu betul strukturnya.


Jadi, dilema aku ialah, ucapan makan malam itu. 

Tuesday, August 25, 2015

Boat Noodle: Bang, macam mana nak order ni?

Weehuu! Salama'laik Readers!
phew..Arsenal sekadar seri dengan Liverpool.


Boat Noodle, apa yang sedap sangat ni? Adik aku upload gambar mangkuk "bertingket-tingket" sedap sangat ke ni? aku dan boyfriend dah 2 kali ke Jaya One school ambil kit larian, 2 kali itu jugalah kami melewati Boat Noodle. Sekadar tengok, kali kedua pergi memang dah niat nak makan tapi sebab gaduh kucing anjing tak jadi makan la. Lagipun tempat penuh masa tu. Rugilah asyik bergaduh kan. Mengerat kasih sayang kan?

#salahsatucabarankawinsamaumur

Jadi, Sabtu lepas kami makan pagi di depan INSPEN, nasi kerabu mok su kalau tak silap aku. (tak snap gambar tapi readers boleh google). Ya Salam...sumpah sedap nasi kerabu dia. Kerabu ikan dia manis dan basah, tak perlu dah sambal tumis. dan tak kedekut pulak tu menjual, sekali ceduk kerabu dia sesenduk amik ko. Sepinggan seorang nasi kerabu pagi itu membuatkan kami kekenyangan sampai ke petang. Disebabkan boyfriend baru balik kerja, jadi dia pun qada la tidur sampai jam 2 lebih. aku pun, tumpang sekaki la tidoq. bosan aih dok cakap soghang-soghang.

Lalu Lepas solat zohor, perut pun bagi isyarat "LAPAR". dan tiba-tiba, teringat Boat Noodle ada di Dpulze Cyberjaya. Dan akhirnya: Ya, we manage to get 1 spot in the tiny restaurant.

Dan selepas itu, kedua-dua kami ala-ala blur sebab: how to order?
Boyfriend pun terus panggil server: Bang, macam mana nak order?
Ternganga budak laki tu? Hahaha, muka Melayu tapi foreigner rupanya..lalu..

How to order, what is recommended here?

Dah habis makan baru aku pusing belakang menu. tisk tisk.


Dia pun terangkan bla bla bla...tak faham aku. Kami pun study menu sikit dan akhirnya pilih

  • Fruit Salad - sangatla Thai rasa dia. jagun-jagun dia sedap. kekacang lagi
  • Ice Green Tea - bagi aku lagi sedap dari Stabak
  • Drink of the Day - Air Longan
  • Pathumthani Beef Rice Noodle
  • Ayutthaya Chicken Rice Noodle
Salad Buah: tomato ceri dan jagung sangatlah win
Ada juga Egg Noodle, tapi mungkin lain kali la rasa. Bagi aku Pathumthani dan Ayutthaya tu beza dia macam teh o dengan teh susu. 1 rasa very light dan 1 macam full sikit. Tapi yang pasti memang la sedap sangat! Dengan 8 mangkuk mee, semangkuk fruid salad, dan drinks, total RM36++. affordable lagi..tapi kalau makan selalu, buat golongan marhaen sepertiku ini mau menipis juga dompet kan. kikiki. 




Semangkuk mi untuk 2 suapan/1 suapan yang bermulut besau adalah RM1.90++ sahaja


Sekali sedut saja 
Green Tea
Gambar sekadar kenangan. (still strugling dengan template blog..phew..)

Chow...





Monday, August 17, 2015

Bibir Merekah, Kehitaman, Luka

Salama'laik Readers!

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, hari ini rasa fresh. Fresh dan Fresh. Hidup jangan menyusahkan orang. Tak kiralah serapat manapun, tapi mana yang boleh buat sendiri buat sendiri. Satisfaction.

Ikhlas itu rahsia.

Aku memang berazam sewaktu aku hidupkan balik blog ni dengan entri-entri aku mau ia jadi sesuatu yang bermanfaat. sukat tahap manfaat tu memang sukar untuk dinilai tapi sekurang-kurangnya ada perkongsian yang bagus.

Jadi untuk kali ini aku nak cerita mengenai bibir. Bibir adalah sebahagian dari mulut. Kulit di bibir nipis amat, cuba kalau luka sikit, merana hidup. Kisah bibir ini terjadi sekitar Julai/Ogos tahun lepas.

Aku tak tahu punca sebenar tapi aku syak dari sebatang lipstik. memang haru hidupku. Lepas aku pakai bibir jadi kering sekeringnya, bila dah kering sudah tentulah jadi merekah-rekah dan akhirnya luka. lama juga Vaseline tak berenggang dengan aku. tengok bibir makin hitam kalah orang isap rokok T_T.

Garam, citrus fruits memang tak geng masa ni, sebab bila kena kat bibir, jadi kering dan sangat tak selesa.

Jadi aku pun ke farmasi, beli satu tube kecil as advised by the pharmacist. Tapi sedey, tak jalan jugak. Akhirnya ke Klinik. Doktor bagi antibiotik dan lip balm. dan Alhamdulillah selepas dekat setahun derita, bibir ini sudah kurang keringnya. cubalah bagi sesiapa yang ada masalah yang sama.
Lip ointment ada rasa mint sejuk je rasa.

Aku tak tahu harga berapa sebab amik di klinik 

p/s: Kadang-kadang sepi itu damai

Friday, July 31, 2015

Warna Firus

Salam'alaik Readers!

Sebenarnya aku baru lepas jatuh terduduk sebab kecuaian sendiri. Handphone di tangan, dan aku ingat kerusi dah menghadap ke depan, dengan yakin aku melabuhkan punggung, dan gedebuk! Tergolek T_T mujurlah tak ada hentakan kuat. Kesian baby (eh, berangan kejap, manala tau hari Jumaat ini memang makbul doa kami selama ini kan. ;-) )

Bila aku timbangkan untuk terus berblogging, semestinya setiap waktu aku memikirkan perkara-perkara yang boleh aku kongsikan. Seboleh-bolehnya aku nak tulis benda-benda positif aje, sebab too much negativity takkan bantu aku untuk menjadi orang yang lebih baik.

Walaupun semalam ada yang menyampaikan, aku ni tak bergaul, tapi bagi aku itu adalah masalah orang perempuan dan mereka bukanlah teman rapat aku. Tak bergaul dengan tergolong dalam geng mengumpat mana lebih baik?

Tapi, aku tidaklah kera sumbang, kurang-kurangnya dalam department ini aku kenal semua orang. Ia masalah cuma aku tak join "klik" diorang makan tengah hari, sembang santai aje. Well i have too much things to think about. Layankan ajelah gossip itu, aku dah 30 tahun dan bukan mencari seteru dalam kehidupan.

Firus,
Hijau Firus warna baju dan "sedondon" dengan warna payung
aku berjanji temu dengan suami
hari bekerja
makan tengah hari bersama
tiba masa untuk aku berjalan kaki pulang ke pejabat
yang jaraknya hanya 10 minit berjalan
saat itu hujan turun
gerimis membawa ke lebat
kalau aku terusan tunggu aku akan lewat
kalau aku redah aku akan kuyup
"abang belikan sayang payung ok"
lalu payung Giordano dengan diskaun 10% sebab beli pada hari hujan ini menjadi "standby" di pejabat
terima kasih chienta. kekeke

Tuesday, July 28, 2015

2nd Half 2015

Salama'laik Readers!

Jun berlalu, Ramadan berlalu (semoga boleh menikmati lagi Ramadan), dan Julai pun dah di penghujung. Tahun 2015, aku mahu jadi tahun yang suka kerana tahun 2014 tahun yang banyak mengajar. Jadi tahun 2015 azamnya menulis posting di blog ini. 

Jadi bagaimana sambutan hari raya kalian?

Pertama kali sambut raya dengan suami/isteri? - Kami dah tahun keempat. melihat transformasi/evolusi gambar hari raya kami membuktikan kami mengembang seiiring tahun T_T

Pertama kali sambut raya dengan anak? - Kami masih berusaha dan berterusan berdoa. Update di berita hari ini, tahap kesuburan wanita Malaysia menurun. (Doa lagi dan lagi dan lagi. Baby baby baby babies twin twin twin. hehehe)

Pertama kali beraya tanpa orang tersayang? - Semoga Tuhan sentiasa merahmati usia kedua ibu bapaku dan mertuaku. Semoga Tuhan memberikan lebih lama perluang dan masa bersama mereka. Insha Allah. 

atau....

Pertama kali masak rendang? - itu aku. yiiihaaa...
Aku tanya mak aje resipi rendang dan mak pun memang google aje. Hahaha. Kami orang Kelantan, jadi menu utama hari raya kebiasaanya Nasi Dagang, Nasi Kapit (read Himpit). rendang-rendang ni bila dah ramai ahli keluarga menikah dengan orang luar (maksudnya bukan asal Kelantan la) jadi seiiring dengan percampuran budaya makanya rendang pun semakin digemari dalam kalangan ahli keluarga kami. (the beauty of our country Malaysia with 14 states is the the variety of fooood! Alhamdulillah ).Resipi rendang berlambak-lambak, thank you to those blogger chef, besar pahalanya kan..jadi aku pun kongsikan gambar rendang aku masak di sini. Preety good bila suami boleh telan dan menikmai daging rendang ini. 

Sebab aku teruja masak rendang ialah:
1- cabar diri sendiri untuk masak benda yang aku tak pernah buat
2- mentua masak dua round rendang dan malam ghaye kami makan dengan kenikmatan yang tak tergambar. rendang panas-panas lagi tu. 
3- jeles meh mak aku pos gambar rendang dia. Busu like it to the max dan aku belum rasa lagi. 

jadi terusla berwhasapp text/call dgn mak untuk cuba berendang-rendang dengan ketupat palas yang awal-awal lagi dah diimport dari kakak ipar. TQ Kak Long!

Easy Peasy. Ikut aje resipi, kalau kreatif korang boleh alter mengikut cita rasa masing-masing. 

dan...tadaaaa!!


Looking at daun kunyit yang ijau tu make me feel so fresh

What are you waiting for? NGAP!

p/s: The Gunners, we will meet in August. InshaAllah ;)

p/p/s: masih gigih mencari blog template, dulu aku rajin godek script tkr template, masukkan pic background, buat banner. dowh..time flies ilmu tak amal pun fade away..



Wednesday, July 8, 2015

Lala lalaland

Rohit loves Naina
Naina loves Aman
Aha! Welcome to lalaland ~ Rohit, Kal Ho Naa Ho

Salam 'alaik readers!

Kita teruskan dengan tujuan posting kali ini, mari masak lala. Semalam punya menu sebab dah ada bawal jadi kita cari satu lauk lagi. Perancangan asal ialah:

Bawal Emas Kukus/Stim - resipi sudah di kongsi sebelum ini, cari aje la dalam blog okeh
Telur Dadar
Lala Tumis Halia
Sawi goreng

End Up jadi:
Bawal Emas, Telur Dadar dan Lala Tumis Halia Bersawi. LOL. sebab sawi dimasukkan dalam lala ialah suami macam concern dengan masa masa tu dah 715mlm. tak nak menunggu ye da. lagi pun nak goreng sawi pun bahan-bahan lebih kurang dengan lala. yang utama sos tiram la khen..so, here is the recipe:

Bahan-bahan:
1. Halia - potong panjang-panjang
2. Serai diketuk
3. Bawang Putih
4. Sos Tiram
5. Of course la lala kan
6. Cili giling/cilil boh (optional)
7. Cili padi - dihirirs (optional)
8. Sawi ;p

Cara-cara:
 1. Tumis bawang putih, halia dan serai
2. Masukkan satu sudu cili boh.

Tumislah mereka sampai naik bau

3. Masukkan sos tiram, 2 sudu besar, then masukkanlah air sikit nak bagi berkuah.
4. Lala dah dekat nak masakkan masukkanlah sawi.
5. tadda Done!

hahah 2 in 1 resipi

Tak perlu garam dah, sos tiram sudah cukup

Beli lala dapat sepinggan lauk penuh RM2.20 aje dik. Kalau beli mau la 3 4 kali ganda harganya. Xpandai masak dengan malas masak memberi makna yang beda yach.

Sekian.

p/s: Cepatnya masa berlalu ;(

Monday, July 6, 2015

Lelakiku

Salam 'alaik reader! 

Gituhh tajuk entri hari ni. Sesekali aku bicara mengenai lelakiku. 

Laki-lakiku sejak aku lahir : Apak, Abang, dan bila umur 14 tahun bertambah lagi seorang, si Bongsu yang debab betul. Hahaha. (Rindu debab masa kecil selalu cium pipi kakak. Sekarang macam gergasi. ;p)

Laki-laki, 

Aku sekolah campur, jadi kawan-kawan ada laki-laki, ada perempuan, kawan-kawan rapat aka geng masa sekolah rendah pun ada laki-laki ada perempuan. Persabahatan kami mulus dan suci, tiada melebihi batas. Memang betul-betul kwn. 

1998 - aku mengembara ke timur. untuk mencari ilmu. 3 tahun yang penuh makna. berkelana dan impak kepada kehidupan aku sangat-sangat tinggi. Macam-macam rencah terjadi dalam 3 tahun tu. kawan sejati? Question mark. Aku pun tak tahu, tapi ada la 2 3 orang yang aku masih lagi keep in touch. Aku ingat diorang, diorang ingat aku. ada tu aku aje yang ingat diorang, aku aje yang kena tanya khabar, aku aje yang kena mulakan, last-last, aku jadi why bother why bother, masing-masing ada kehidupan. Aku pun dengan kehidupan aku. Yang kadang-kadang sibuk, kadang-kadang bosan gaban tak tahu nak buat ape. 

Secara jujurnya, aku betul-betul perasan lelaki itu tahun 1999. Dia 2 Bistari, aku 2 Ehsan, Dia keding, putih dan jalan lenggang, iyela, keding kan. pinggang macam pinggang kerengga kooo. LOL! Aku ingat aku dan Ratena panggil dia sotong, lemah gemalai sangat, dan aku ingat saat dia berlakon drama jadi anak yang akhirnya bertaubat dari najis dadah selepas doa ibu. Gilo aku tak percaya dia pegang watak utama (tak tau kenapa aku tersenyum saat menaip). Dia memang senyap. Dalam kumpulan laki-laki di sekolah dia tergolong dalam budak yang tak berapa glamour. tapi sebab nama dia lebih kurang dengan nama bedak budak kecik, so kami pun selalulah nyanyi carrie junior

Tingkata 3, kehadiran dia makin dirasai. 2 momen yang aku paling ingat 

  1. Kami terpilih ke SuZon (Sukan Zon MRSM) di Pasir Tumbuh, dia wakil bola dan aku wakil netball (Macam putus nyawa main netball, penat dan kalah. mampoo? hahahah ). Tapi sayang, sebab kawan dia undur diri dari SuZon, dan tempat dia digantikan oleh orang lain. dan Orang lain ni pulak, pernah waktu Tingkatan 1, budak kelas orang lain ni bagitau orang lain ni kirim salam kat aku. (Lelakiku pernah cemburu sampai tak balas YM aku). Masa training kawad dan koir untuk SuZon ni memang aku aim nak mengacau dia. bukan mengorat, tapi mengusik sebab dia jejaka sopan. wow! tapi itulah, x menjadi sebab baik sangat tarik diri, padahal dia tak tau waktu ke pasir tumbuh la seronok habis budak-budak sekolah aku flirt dengan budak-budak dari maktab lain. aku? naa just enjoy the game. aku hitam kot
  2. Waktu dia berlakon, dalam group budak nakal dan dia pakai seluar khakis. dan dia baling kertas kat heroin kelas dia. Dia 3 Dinamis, Aku 3 Cemerlang yang memang cemerlang sungguh.
Lain-lain, sorry, tak perasan. Aku sibuk dengan geng aku, aku sibuk jadi remaja yang gigih bersukan dan menikmati segenap ruang sekolah.

2003 - 2006 Aku menumpukan sepenuh perhatian untuk Dip Enjin. Berawek, bermarka tidak wujud dalam diari aku. 

Cuma,,,aku penah tanamkan dalam hati, untuk bernikah dengan teman sekolah, tidak kira waktu sekolah rendah, menengah rendah atau menengah atas. 

Sampaila tahun 2006. 23 Julai 2006. friendster message. seseorang message aku " Sapo ni eh?"

Bila aku tengok profil FS. Uish! Budak ni message aku. Aku rasa dia memang dah kenal aku lagi mau tanya aku siapa. Aku pun membalas message itu and the rest is history...

Lelakiku, suka sotong kurang suka udang, hisap rokok tapi diam-diam (memang aku geram betul part ni), suka karipap x suka kuih lembik-lembik, banyak lagi list . oh ya, dia tk pernah makan nasi air kelate dan bila mak mentua dia buat mmg dia suka dan Alhamdulillah isteri dia pun boleh buat sehingga bermangkuk-mangkuk dia makan. the best thing is when looking at his expression bila aku masak sedap, it is so membahagiakan. 

Dan untuk raya kali ini, kami setuju belikan sampin untuk dia sebab....masa kawen pinjam orang je. lol! (gambar kawen kami mmg lawak macam anak-anak kecik main kawen-kawen. hahahha). 


2 3 kali pusing Pasar Payang sebelum ambil keputusan beli. Sebab utama ialah adik seller memang begitu peramah, dan penerangan mengenai sampin yang sangatlah terperinci. Terima kasih Rahul.  

Doaku untuk lelakiku, semoga dilindungiNya selalu dan kita sama-sama belajar  untuk menjadi hamba yang baik kepada Empunya Alam. Dan semoga kisah kita akan sampai ke tempat yang diidam oleh para solihin...

P/S: Dia Manchester United, Aku Arsenal. 



Friday, July 3, 2015

Pulang Bermalam - Aku syahdu

Pulang bermalam. Istilah bila dapat pulang hujung minggu. Seingat aku bukan sebulan sekali, mungkin tiga bulan sekali dapat balik rumah. Terengganu, or to be exact, Dungun - Kuala Lumpur bukanlah satu jarak yang dekat. Jadi, muka-muka familiar yang akan jadi penunggu di asrama ialah muka aku. Tengok dan babi babai orang balik je lah.. (lepas baca balik terkezut mak apa yang aku tulih babi nih. Hahaha. Tertinggal "a" ghupenye )

Tingkatan 1, aku ditempatkan di dorm SAM. (Siti Aminah). Alhamdulillah, panjat 2 anak tangga sampaila aku masuk dorm, tak perlu memanjat tangga. Dorm yang paling dekat dengan Dewan Selera dan Bilik TV lama sebelum Bilik TV dipindahkan ke Dorm Sumaiyyah dan Bilik TV lama jadi ape eh? tak ingat dah. Dan yang penting, SAM juga paling dekat dengan public phone yang menjadi teman setia aku. Memang berkoyan-koyan phone kad aku guna untuk call rumah. Mahal wei. RM10 boleh la 2 3 kali telefon rumah. Kemudian, up sikit ada telefon reverse charge, warna kuning. ekekek, suka sangat sebab mak pak yang bayar bil. ;p 

Seingat aku, nama dorm:

  • Siti Aminah - SAM
  • Siti Zulaikha - SZ
  • Fatimah Az Zahrah - FAZ
  • Umi Kalsom - UK, wow, jauh gila khen. ekeke
  • Siti Aishah - SA
  • Zainab - ZA
  • Siti Khadijah - SK
  • Sumaiyyah - tak digunakan, jadi stor, tiba-tiba teringat makcik yang bersihkan kawasan, kami panggil, Che De. Kecil molek orangnya. 


Selalunya, bila waktu plang bermalam, adala dalam 30 orang lebih yang tak balik. Faktor utama, jauh, macam tak berbaloi nak balik 3h2m itupun, 3h2m dah termasuk waktu perjalanan, tolak la satu hari. Jadi baik aku stay, boleh jalan-jalan kat Pantai Teluk Lipat, hirup angin laut, menikmati keindahanNya, takpun kalau ada "partner" dari dorm seberang, main ping-pong di DS sebab kadang-kadang, Ust Weil akan turun join main ping-pong. Waktu ni warden-warden akan bagi special care untuk kitorang yang tak balik, contohnya bawak kitorang ramai-ramai gi berkelah, takpun setakat Telok Gadong pun dah ok. Usha abang ensem UiTM khennn. ;)

(Betapa kehidupan dahulu sangat hidup sebab kita lebih rapat dengan alam, Teknologi keterlaluan memang membunuh. Membunuh "rasa")

Apa yang menarik bila kau tak balik sedangkan kawan-kawan lain balik, ialah setiap hari Sabtu malam Ahad, bersedia untuk PESTA!! selalunya masa ni memang ramai tak pandang dewan makan la sebab masing-masing dah dibekalkan lauk-pauk, buah-buahan untuk sama-sama share dengan kawan-kawan yang tak balik. Indahnya kan, saat berkongsi makanan, berkongsi kasih jugakla khen. Hahaha. Dan paling aku ingat masa dorm SAM, ramai sangat bawak buah. RAMBUTAN. Subhanallah, dengan manis buah rambutan tu aku makan sungguh-sungguh. Lupa kan, buah itu boleh bantu penghadaman. Lalu...tepat jam sebelas, ramai-ramai berkumpul di tengah dorm dan mengalunkan zikir dan almaulhusna..untuk kesejahteraan..dan setelah doa tidur dibacakan, bersurailah kami ke katil masing-masing...dan semuanya mula menganyam mimpi indah...

3pagi...gruk gruk grukkk...alamak...memulas....buka mata toleh kiri, toleh kanan teman-teman semua lena sungguh. Tak sampai hati minta teman...grukkk grukkk...oh tidakkk!!!lalu aku kuatkan azam...keluar dorm dan pejam mata berlari laju ke tandas. Fuhhhhh legaaaaaa...korang mesti tau kan perasaan macam mana. perasaan dia MERDEKA!!! hahaha..tapi tak habis kat situ je...masa memerut memang tak fikir apa dah kan..tapi bila dah selesai camno aku nak balik dorm. to be honest, jarak di dekat je..tapi waktu tu lah aku teringat lagu mama carry baby, hantu jepun berkawad... makkkk tolonggg....lalu...aku perkemaskan kain, selipar..keluar je tandas tak toleh dah. zappppp masuk dorm dan..bam! zzzzzzz........

pelan kedudukan dorm setakat yang aku ingat

Ada lagi peristiwa lain masa pulang bermalam. Kisah Hakim demam, Ratna, Syeikh, Esoh dan lain-lain. Menceroboh???? Ada mood kita tulis lagi. Dadaaaa!!

p/s: pernah dapat bunga dan coklat masa Tingkatan 4. Kau ada bagi bunga kat aku tak? 

Thursday, July 2, 2015

Die Kamera

Salam a'laik readers!

Die Kamera

Die Das Der (Bahasa Jerman, berkulat dah sebab tak amal. Sedih betul. Sama la kaedah dengan Bahasa Arab yang aku belajar 3 Tahun. T____T )

Bulan puasa ini sepatutnya isu produktiviti tidak ditimbulkan. Sebab sepatutnya, lagi fokus dan menumpu. Bukan mengantuk memanjang kan. 

Jadi hari ini, aku cuba buat sesuatu, baca sesuatu, dan berfikir apa sepatutnya aku fikir. 

Ekonomi?
Politik?
Sosial?

Isu-isu berat. Aku cuba ok nak fokus pada organizing rumah aku, deco-deco bersama Eny, main masak-masak, tangkap gambar dan pos resipi. Tapi dalam masa yang sama aku ada masalah keyakinan, rasa sangat tak layak dengan post di mana aku berada sekarang. Berkhidmat Untuk Negara, aku perlu push lagi limit aku bukan dengan goyang kaki, clock in jam 8 clock out jam 5. aku perlu buat lebih lagi dan kerah otak aku untuk berfikir. 

Aku nak cerita pasal kamera tapi meleret-leret dah. Nampak tak isu semasa buat aku hmmmm...

Jadi, kamera. Bukan pakar hokay. pandai click-click tengok tutorial. teruja dan beriya nok beli untuk tangkap gambar masa honeymoon back in 2012. Tapi, tamak kan selalu rugi, memang tak fully utilised, konon beli kamera sebab nak rajin update blog bergambar, sebab personally aku suka blog walking kat orang blogger yang tepek gambar dan sudah tentulah dengan kualiti gambar yang bagus, tidak kabur. tak semestinya guna DLSR khenn...

Jadi masalah aku ialah. 

Built in pop-up flash yang bermasalah sekarang. And i feel so stressed when i think about it. 

Sebab?

Kan nak raya dahhhh ni!!

p/s: sleep at 2 o'clock watching Malaysia fighting to beat India (Hockey) but sadly Mr. Jasjit denied Malaysia to Olimpic Games Brazil ;(

Tuesday, June 30, 2015

Jom Shopping: Mitsui Outlet Park -> SOGO -> MidValley

Salam a'laik everybody!

Wehuu menginjak kita ke 13 Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Ramadhan kali ini yang paling kurang makan, baik waktu Sahur mahupun waktu Berbuka. Walau apa pun, setiap nikmat mesti disyukuri.

Isnin semalam sengaja ambil cuti lepas balik dari Ganu. Konon untuk spare time cuci mata dan shopping. Memang dah plan untuk jalan-jalan ke Mitsui.

Lalu kronologi semalam adalah seperti berikut:

MISI: Baju anak-anak (sedara) T-Shirt Big Boss

Sekitar jam 12:00 hrs - Tiba di Mitsui, besar dan banyak kedai belum buka. Nak cari baju budak-budak tapi hahahampa..memang pergi untuk bayar parking aje. Tiada yang terpikat di hati.

Recommend untuk:

i) Penggemar Triumph - memang lebih murah dari biasa walaupun edisi yang 1 2 3 tahun ke belakang. Tapi Triumph is Triumph kan. mana nak dapat kalau kat parkson RM60. ya dak?

ii) Kasut Sukan - e,g. Puma, keluaran 1 tahun kebelakang boleh dapat murah 100++. Berbaloi-baloi. 1 thaun tak la lama sangat khen?

iii) Tshirt untuk laki-laki sado. NIKE. masa kami pergi tak banyak yang slim fit. regular size which S size is still consider "BESAU"

Lalu, alang-alang dah cuti, kita cuba penuhi misi la kan, sekitar jam 2:00 petang. Destinasi: SOGO, Kuala Lumpur. Masa ni beranggapan mesti banyak ni baju budak macam last November time cuti sekolah, kak ipar borong baju anak-anak, banyak pilihan harga pun sangat berpatutan.

Tapi...(Aku tak tau, mungkin aku tak pandai shopping) serius tak banyak yang menarik mata dan hati.
Berjaya beli gaun budak baby 2 pasang dengan sehelai tshirt boy aje. Orang depan aku kat kaunter cashier total spending, RM900++, RM400++. Baru puas hati dak beratur nak bayar lama-lama khenn? Parking RM8. Choii!

Tengok jam, Solat Zohor pun selesai, jam 4:30, sayang pulak kalau balik terus, misi belum tercapat sepenuhnya. Lalu, tayar bergolek menuju MidValley!

Pusing-pusing Metrojaya, WOW! tak banyak diskaun, nangis jap. hikhik. Hayun langkah ke AEON. Haa tu diaaa..better dari 2 tempat sebelum ni. pusing-pusing, putar-putar sampai ak muntah, beli la sepasang dress girl, 2 tshirt boy. tot tet tot tet. lepas berbuka, solat, macam tak berapa berjaya lagi misi sebab boss baru dpt sepasang selipar (which is dah lama gila dia nak beli). So dalam jam 9:00 mlm ke kedai jual baju, berjaya rembat 3 tshirt dan sehelai jeans.

Aku? Naa memang tak rasa nak membeli belah untuk diri sendiri. yang penting, baju anak-anak berjaya dibeli. (I m more than happy)

Parking RM4:00

Sebelum balik singgah mamak pekena roti telur. Nyumsss!!

(cant write very well, i am "luga" right now)

Wednesday, June 24, 2015

Muvi

Salam a'laik everybody!

7 Ramdhan 24 Jun

Ali Setan,
Ali dan Asmidar
Jali Latip Singh Jep dan lain-lain

Universiti Sains Malaysia
Budak Archi katanya.

Tapi cerita ni memang tak pernah bosan aku tengok. Terima kasih untuk Jins Samsuddin. Ceritanya malar segar. Minggu lepas penuh dengan hashtag 30tahunAliSetan. Ya, Ali memang, perangainya setan. Si pelakon berjaya bawak watak dengan berkesan. Anak muda yang teramat nakal. Dalam nakal-nakalnya, nakal yang bijak. Waktu Jali bagitau nak beli moto guna duit biasiswa Ali tak bagi. 10 poin!

Memang cerita ni waktu aku tengok, bukan kisah cinta Ali Asmida, tapi kehidupan budak U. rasa, eh eh aku pun nak masuk u, jalin persahabatan, sibuk dengan kuliah, belajar, aktiviti santai dengan teman. Kehidupan U aku? emm kinda boring masa Ijazah Sarjana sebab teman-teman semua macam "nerd". Tapi waktu Diploma memang super gila. Budak kelas kebanyakannya masih belum capai tahap matang. Dengan watak-watak penting dalam kelas aku, my buddy Che Lin dan Saz, budak-budak kelas lain, Das dan Hamizan, the two Sabahan, Adib Lam yang tangan super pajang dan besar sempat aku panggil nang nak masa dia capai nak bukak pintu bukan mahen panjang lengan dia, Fuad, Maui, Rizan dan kembar dia Lan,  ke mana-mana pun berkepit 2 orang, x lupa dengan Zairy si Jambu batu yang asyik berperang dengan Saz. and the other 3 girls in the class, Aimi, Timi dan Dayah.

only 6 girls while the rest adalah lelaki-lelaki yang perangai macam budak-budak.

Kami tak rapat api dalam satu-satu masa kami boleh berdiskusi dan saling pinjam meminjam nota kuliah. dan Che Lin adalah kaunter pertanyaan bila aku tak faham. Budak pandai tu setiap sem AD. hihi.

Kejadian yang buat Che Lin super duper marah masa dalam Lab Comm, entah subject ape kami masa tu pakai PC zaman tok kaduk, (i guess kinda programming subject level beginner).

Tetiba dalam lab ada stoking busuk. yang budak-budak laki ni main baling-baling socks tu. tetiba jatuh atas kepala Che Lin. Mengamuk sakan member. Aku sebagai teman nak gelak ada, geram pun ada dengan peel budak kelas. Last-last entah siapa campak jatuh atas aircond. Dalam lab ni jugak la si Fuad test mic. Biasa kalau nak test kite sebut : Testing-testing 1, 2,3 tapi dia sebut: Bola-bola api. adoii..zaman lagu bola-bola api betul budak fuad ni.

Kalau dalam Lab untuk buat litar dan "main-main" dengan barang electronic, En. Zaini lah tempat kitorang rujuk, Lab Technician yang super terror dan baik hati. Nak kenal dia senang sebab rambut dia semua putih. Hihi.

weehuuh..how i miss my Diploma moment. Tagline: Study lepak, result gempak. and yes, memang gempak.

Tapi kisah Dip aku taklah sesetan Ali Setan, not so many nakal things i did, just enjoy my "remaja to dewasa" time. How grateful i am being a dip student, dari SPM flop, Dip just the time for me to prove to myself that :Usaha Tangga Kejayaan

ok peeps, pls listen to Wajah Rahsia Hati. memang deep dan remaja sangat2!

p/s: of coursela during watching Ali Setan, aku berangan jadi Asmida khennn..cume aku jumpe "Ali" masa 2006 ^_^

p/p/s: weiii not to forget during Dip. Kesatria time!! Lol,paling malas aku nak berkawad

Thursday, June 18, 2015

Ji Ai Ji Ai

Salam'alaik Everybody!!

Alhamdulillah. Bernafas lagi kita pada 1 Ramadhan 1436H (18 Jun 2015). Selalunya bila Ramadhan la ramai yang ingat tarikh haribulan dalam bulan Islam kan (including me -_- )

Semalam kesakitan tu datang secara perlahan, namun cuba untuk aku tidak mengendahkannya. Hari ini, pembuka hari untuk bulan puasa, rasa macam nak demam. T_T Geraham bongsu. Aduhai, langgar dinding mulut, melecet, sakit. Telan air liur pun kena beringat. Sebelum ni kena muka bengkak sebelah, kini, aku mula rasa pipi kembong sebelah.

Gigi tak boleh kacip rapat, seksa T_T

Ramadhan 1436H
Semoga lebih baik dari sebelumnya.
Pengisian Ramadhan yang bagaimana kita inginkan.

Mengimbau nostalgia Ramadhan, aku mula puasa penuh masa Darjah 3. ish ish. Darjah 1 puasa 7 hari aje, Darjah 2 tinggal 7 hari aje, Darjah 3 baru mula puasa penuh. Masa darjah 1 aku takla makan dan minum sesuka hati, siap minum air paip sebab dahaga. ekekeke.

(while typing rasa kurang sikit sakit ni, kalau layan lagi melarat, tapi tgn dan kaki aku ni rasa seram sejuk ni)

Selalunya hari pertama Ramadhan aku akan pastikan aku di Wangsa Maju, haruslah berbuka dengan mak pak. Tapi kali ini tak mengizinkan. sob..sob..kerja aka tanggungjawab. Syukurlah suami ada dan boleh berbuka bersama-sama hari ini. (sup tulang, telur dadar, sayur campur. walla!). Seboleh-bolehnya elakkan la membeli di bazaar Ramadhan yang mencokik darah tu, kami selalu beli la kuih 2 3 ringgit. Memang banyak masak. Masa bulan puasa ni tengoklah harga ikan bakar, contoh ikan pari besar tapak tangan pun mau cecah RM8. gila. aku rela simpan duit dari beli dari peniaga cekik darah. 

Bulan mulia banyakkan doa. dan untuk aku dan suami pastinya doa untuk little one dilipatgandakan tanpa putus asa. weeee!!!

Salam Ramadhan Kareem!

Speread Love :-*

Wednesday, June 17, 2015

Grrr Negative Vibes

Where it is coming from?

FB status? Insta post?

Naaa. it comes from you. YOURSELF Er,

Please click unfollow, or remove, or hide those postings which not meant to hurt you but it does. It is not because of them but it is because of you who is still doubting Him. Astagfirullah...

Please be positive. Find something that lead you to Redha. Remember for appointment in September. Just keep in mind that your effort is as big as a dot. Nadai. T_T

Keep worrying make u older before time. tik tok tik tok.

avoid reading on politics, instead, go for a blogshop. LOL!

Let them be. let they share their own happines. pls redha and accept it. please do not doubting Him. Pray Pray Pray and selawat more.

Tunggu Aunty siap jahit.....




Tuesday, June 16, 2015

Demi Harum Manis

Salam'alaik everybody!

Note: Ini bukan agen jualan harum manis. 

Alhamdulillah dengan nikmat dan kurniaanNya maka terjadilah jalan-jalan utagha pada 5 hingga 7 Jun 2015. Kepada teman sejiwaku yang gagah perkasa memandu, maafkan hamba kerana masih belum menunjukkan kemahiran memandu kereta. Hihihi. Mungkin nanti boleh massage reflexology kan? Kelip-kelip mata. 

Perjalanan sebenarnya agak lewat sebab jam 11 lebih pagi 5 Jun baru tayar kereta bergolek membelah lebuh raya utara-selatan a.k.a. PLUS. Kerugian masa dalam sejam lebih sebab niat asal untuk drop barang Eja di UiTM SI, tergendala kerana belum dapat bilik. kena tunggu petang hari baru dapat bilik. Jadi tanpa banyak soal perjalanan diteruskan ke Alor Setar. Perjalanan yang sangat panjang. Diselang seli dengan hujan. Akhirnya lebih kurang jam 8 malam baru sampai di TH Hotel, Alor Setar (Utara). Phewww...Alhamdulillah. Hotel yang bersih dan sangat selesa. Anak saudara kecil comelku sangat seronok dengan pengalaman dia di hotel ni. Mandi kolam, dan request nak tinggal lama-lama kat hotel. Boleh pulak siap simpan sabun botol kecil dalam kocek seluar comel dia. Budak, anak-anak, memang sangat comel. Ini anak orang, anak sendiri apatah lagi kan. (Nak anak T_T).

Kelelahan badan membuatkan kami tidur dengan begitu lena. sampai di TH Hotel dah malam, suasana sekeliling pun dah gelap tak nampak apa. tiba pagi kami selak langsir da, wow!! terpegun dengan keindahan sawah padi. Subhanallah! Segar. Hijau. Saujana mata memandang.


Pemandangan sawah padi yang super duper cantik!

Roti Doll Alor Staq! lembut roti canai dia.

Matahari terbenam di Jeti Kuala Perlis

Indah Nian

Kalau pergi melancong, gunalah App:


Trip Advisor - Lodge/Hotel/Accomodation, Restaurants/ Atrractions

Sangat Membantu kala buntu tak tau nak pergi mana/buat apa. Trip kali ini memang banyak duduk dalam kereta. It teach us how to travel with budak kecik yang comel dan becok. Hahaha. inshaAllah anak menakan dulu, lepas-lepas ni mana tau kembar. Keep positive. Berangan itu FREE.

Dapat tak harum manis: Dapat!! Sebat 12kg. phewww. beratus-ratus kilo suamiku memandu demimu wahai harum manis. InshaAllah tahun depan kita tengok macam mana ya. Wink ;-)

p/s: I wanna go to Langkawi

Friday, May 22, 2015

KISAH 2: MRYT-MARA DUNGUN

Pengalaman baru. Dialek baru. Tapi aku masih mengekalkan cakap Key Ell. masih belum blend together. Tapi aku tak ada masalah nak faham dialek sebab aku asal Klate boh!!Rata-rata kawan sekelas senyap dan masih malu-malu. Tiada seorang pun yang aku kenal. Aduh...

Aku seorang masih pelik sebab masih beruniform sekolah biasa kerana masih belum sempat tempah baju coklat dan biru pengawas. Warna rasmi baju sekolah maktab. Mujurlah Cikgu Homeroom aku yang cantik nak tolong tempahkan baju. Memang cantik sangat cikgu Kemahiran Hidup seorang ni. hihihi. Jadi buat sementara aku antara rare student dengan baju putih kain biru laut. 

Kelas aku masa Tingkatan 1, 1 Bestari, seingat aku ada 5 kelas. Amanah, Bestari, Cemerlang, Dinamis, Ehsan. dan aku termasuk dalam golongan beruntung kerana kelas Bestari dan Amanah tak perlu floating. kawan-kawan dari kelas Cemerlang hingga Ehsan terpaksa la blajar ala floating sebab kelas tak cukup. Belajar kat PSP ke, kelas-kelas lain yang tengah dalam lab ke..mmm..leceh jugak sebab tak dapat simpan buku dalam kelas. hari-hari kena kelek buku. dan budak kelas Amanah dan Bestari jangan perasan pandai k. LOL!

Masa umur 13 tahun aku dah belajar hidup jauh dari keluarga. teringat saat emak hantar aku kat pintu dorm Siti Aminah kemudian tolong kemas-kemas barang sikit. Ada senior tingkatan 3 yang turut ringan tulang tolong kemas. sambil tulis nama-nama aku kat selipar, baldi, cebok..iyalah takut tertukar kan. namanya Kak Sema. ingat-ingat lupa dah mukanya. Saat emak tinggal aku ada la sikit perasaan sedih campur takut sebab hidup kat tempat orang kan. tapi memang tak menangis pun..bedmate aku tingkatan 1, Hanan, tinggi budaknya dan sangat lemah lembut. Hanan masuk 1A aku 1B. tak sekelas. 

Kelas 1 Bestari..dari hari ke hari aku sudah boleh menyesuaikan diri dan menyumbang kepada keriuhan kelas. Abdul Hakim Ikram. classmate merangkap anak kawan ayah aku juga dalam kelas yang sama, dan bila jumpa geng haruslah kami sama-sama meriuh-rendahkan kelas. Waktu dulu aku adalah lebih kepada extrovert dan becok. Mungkin terbawa-bawa sikap gila masa Darjah 6 di SKWJ. Aku dah selesa dan anggap kawan-kawan sekelas pun boleh "masuk" untuk riuh rendah. rupanya ada yang tak suka. mereka mula gelar aku kepoh macam Ayam Selebet Usop Sontorian. dan terus bagi gelaran aku Selebet. memang cari pasal. tapi satu hari aku tengok budak kelas yang bernama Faisal tak pakai cermin mata. eh pelik. Budak ni rasanya yang bagi gelaran ayam selebet kat aku. Dan hakim as a paparazzi buat annoucement:

"Mung tau ko ada spek budok tu jatuh dale lube jambe" 

Dan aku: WAKAKAKAKAKAKAKa!! haruslah gelak guling-guling khennnn

p/s: This is based on 80% true story -peace-

Wednesday, May 20, 2015

KISAH 1: MRYT-MARA DUNGUN

Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu kuterkenangkanmu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya

Lirik Untukmu Feminin terngiang-ngiang...bila disebut angin dan bayu, fikiran terkenangkan satu tempat..tempat yang mengajar erti kehidupan..tempat yang mendamaikan..oh rindu..nukilan mengenainya telah lama aku tulis sejak tahun 2005. Tapi kerana otak kontot dan melayan fikiran yang dangkal habis 1 blog aku delete. Sekarang menyesal sebab semua yang aku tulis dulu memang berdasarkan catitan otak segar remaja 20an. Kini remaja yang melangkah “retua” ingin memulakan kembali kembara sebagai seorang ANSARA.

16 Februari 1998. Gulp. Pertama kali aku memijak bumi Terengganu. Ketika ini masih ada tol di Jambatan Sultan Mahmud. Aku ingat sebab aku lalu. Untuk pengetahuan, bapa aku gelar aku sebagai seorang yang buta jalan. Hahaha. Tapi tang tol ni memang aku ingat. Iyelah, pertama kali pijak tanah Darul Iman, jadi memang mata memerhati. Perjalanan ini bermula setelah aku setuju dengan tawaran...

Gadis beruniform sekolah dengan kain warna biru laut berjalan pantas untuk pulang kerumah. Zap zip zup kain dari jenama Canggih tu berbunyi pada setiap langkah. Matahari terik memancar dan dahaganya hanya Tuhan tahu...Ramadhan..ya ketika itu Ramadhan dan yang bermain di hati hanya ingin cepat sampai ke rumah. Tiba-tiba dia terserempak dengan rakan kelas. Lelaki. Gemok. Gagah pada fizikal tapi lemah pada iman. Hampeh. Tin coca-cola di tangan di bulan Ramadhan. Choi! Lalu tanpa mempedulikan teman yang tersenyum kambing menutup kelemahan iman dia terus melangkah. Melangkah membelah blok-blok rumah flat di Seksyen 2. Yang dituju Sesyen 4 bermakna ada Seksyen 3 sebelum dia sampai kerumah. OI! Menipu ke, Seksyen 3 tak ada kat Wangsa Maju. Hahaha!

Flat rumah tersergam indah. Dengan langkah yang sama dia memanjat ank-anak tangga. Tingkat 3. Aduhai bestnya kalau rumah di tingkat 1, sampai-sampai boleh terus masuk rumah. Tapi rezeki, duduk di atas kayangan. (Sampailah sekarang sampai tingkat 11 ko!) phewww...nafas dihela dan tudung sekolah dan “terbus” seperti kata orang Kelantan dicabut. Legaaa...panas..dihalakan muka ke kipas..tiba-tiba..

Emaknya menghampiri dengan sampul besar berwarna coklat.

“Kalau dapat jauh-jauh nak pergi ke” tanya emak.

“Jauh? Apa tu dalam sampul?” budak perempuan tu dah teruja nampaknya. Sebab dalam hati memang teringin sangat-sangat kan nak masuk asrama. Kawan-kawan sekolah ada yang dah dapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

“Offer masuk MRSM” balas emak.

“Hah?!!” menyeringai suka budak perempuan. “MRYT-MARA Dungun? Ape ni?” nada kecewa sikit sebab pada nama sekolah bukan di tulis M.R.S.M.

“Itu MRSM juga, kat Dungun, Terengganu” sampuk ayahnya.

Lalu, gadis itu setuju untuk jadi budak asrama. Bukankah itu yang dia idam-idamkan selama ni? Sampul diambil dan ditilik satu persatu ayat yang terkandung dalam surat tawaran. Turut disertakan contoh kain untuk uniform sekolah. Biru dan Cokelat. Dia masih belum tahu bahawa itulah warna tradisi MRSM. 

Weehuuuu!!! Aku dapat jadi budak ASRAMA!!

p/s: blog aku dulu namanya Imtihan. 


Tuesday, May 19, 2015

Hujung Minggu: Lari-Lari MILO dan Sabah

Hui hai Salam'alaik everybody!!

Dua hujung minggu yang dipenuhi. Penuh bermaksud beraktiviti luar dari kebiasaan. Selalunya akan melepak di rumah dan menyelesaikan kerja-kerja pembersihan dan kemas-mengemas rumah yang tak pernah berkesudahan T_T. Soal ini aku tak tahu mana yang tidak kena. Mungkin sebab masih kurang organize (teratur) dan hidup asal boleh aje kan. (Ini baru dua orang, kalau ada rezeki anak-anak; cant imagine-but keep on praying for kids/twins!)

Lepas aku reunite balik dengan beberapa girlfriends dari Dungun dulu, maka salah sorang dari mereka pun ajak la daftar lari-lari MILO. MILO? Interesting. Sebab aku dah pernah sertai CAPAM2014 Run tahun lepas jadi withour hesitate aku pun daftarlah bayar RM20/person dengan suami aku la khenn. 

Jadi 10 Mei 2015 berlari-larilah aku dan suami sejauh 7km. Berlarijalan namanya. Gila nak lari non stop 7KM?

Jadi apa yang aku dapat? Indicator langkah berjalan di telefon melebihi 10,000! Hahaha. roughly dalam sehari dpt dalam 5,000 (tapi aku rasa memang lebih 10,000 sebab bukan sepanjang masa aku gantung handphone kat leher kan. Reaching 30s measn you have to be more concern on your health. Kestabilan ekonomi juga penting tapi kesihatan adalah harta yang tak ternilai. (Aku tak tau kolesterol level aku macam mana sebab pretty high @_@) 

Lari-lari sambil tengok suasan orang-orang berhimpun, keluarga, mak, ayah, anak-anak kecil. ini yang kita mahukan. attached. attached dengan suasana sekeliling, dan menikmati udara dan pemandangan indah. kita kadang-kadang sibuk sangat dengan kerja dan kehidupan masing-masing sampai kadang-kadang kita tak perasan bila kali terakhir kita tengok langit (terbaca di status FB Ujang, kartunis beberapa hari lepas). 

Ya, bila kali terakhir kita tengok langit?

Berlari aku mengejari...


Minggu lepas bersama suami kami ke Sabah. 

Apa yang aku dapat dari trip ini ialah:

Belajar untuk berterima kasih pada semua dan jangan cari teman saat kau kesusahan dan kau tidak endahkan dia saat bahagiamu. 

Pencawang menggapai Langit
Hanya mampu kumelihat mu wahai si Lobster


P/S: Last Sunday Theo W proved why AW should remain him. MU 1 - ARS 1 @ Old Trafford





Friday, May 8, 2015

Shawl Flowy Flowy

Salam'alaik peeps. Happy Friday Saiyyidul Ayyam. 

Semalam belek-belek (tipu, scrolling sebenarnya) facebook tengok kat mana NoraNorwan buka booth minggu ni. Sebab dah lama tak beli shawl plain. Sebelum ini aku pernah tulis betapa aku suka pakai shawl NoraNorwan sebab kain elok, jahitan ok at very reasonable price, dan mungkin sebab Kak Nora sendiri yang sangat mesra. 

Kak Nora, sweet dan nampak passion dalam bisnes dia. Sempat berbual dengan dia, suami dan adik-beradik mmg involve dalam bisnes mereka sama-sama. 

Namun, nafas dan nyawa hanya pinjaman Allah. 

Suatu hari masa tengok FB (Allah..aku agak attached jugak dengan FB. no good if too attched k) dan tertengok berita seorang wanita yang baru bersalin disahkan punya empat jenis barah. Allahu...sebagai seorang yang masih belum ada rezeki jadi mommy, i feel so touched. Ya penantian utk zuriat salah satu ujian, tapi ujian wanita itu kurasa lagi berat. Insaf, sedih dan emm macam-macam rasa..lalu terlihat dalam post tersebut #prayfornorashikin lalu aku cari di IG tak jumpa dan waktu aku nak tutup FB aku ternampak satu lagi hashtag #founderofnoranorwan. MashaAllah..masa tu rasa seperti kena hempap..wanita yang dimaksudkan ialah Kak Nora, kakak yang aku sempat jumpa 2 kali. Dah beberapa helai shawl dia aku beli..Perasaan bila tahu itu Kak Nora hanya Allah tahu. :'(

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Terbayang senyum Kak Nora, macam mana dia tunjuk cara pakai instant shawl..mmm Allah tahu yang terbaik..dan aku kagum tengok ketabahan dan kesungguhan suaminya untuk teruskan brand NoraNorwan. 

Semoga roh Kak Nora dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang beriman..terima kasih untuk usaha Kak Nora dalam perniagaan shawl..shawl yang diguna untuk menutup aurat dan mahkota wanita :-) InshaAllah...Semoga tenang disana....

Kepada pembaca, boleh intai di FB Nora Norwan. Aku selalu beli di Kompleks E7 (setiap hari Jumaat memang ada banyak kedai-kedai jual macam-macam produk, pakaian, makanan, tupperware etc)

Flowy Flowy Shawl

p/s: Hiduplah untuk memberi manfaat. Keep on praying for little giggles. 

Thursday, May 7, 2015

Pencen dan KWSP

Yuhooo!!

Salama'laik everyone!

Apa guna berblog kalau benda yang memberi manfaat tak dikongsi bersama kan? Kalau boleh penulisan ini dapat memberikan sesuatu dan faedah. Minggu lepas tengok teman FB dok update pasal KWSP. Kami ni dapat status sah dalam perkhidmatan jadi berlumba-lumba la nak keluarkan duit. Tapi ingat, duit yang berkumpul tu jangan la dibuat joli, mana yang ada tabung untuk melabur pergilah pump duit dalam tu kasi banyak. Payah nak menunggu duit menimbun tapi sesaat dua je kalau nak tengok dia habis. T_T

Pic Source: Google
Jadi, let's go straight to the point. Proses until keluarkan KWSP bagi penjawat awam yang dah dapat taraf SAH DALAM PERKHIDMATAN dan pilih SKIM PENCEN. Sebab ada juga sesetengah yang terus nak maintain untuk mencarum dalam KWSP. Masing-masing punya pilihan, sebab kalau bijak urus memang berlipat kali ganda pulangan yang dapat dari pilih skim pencen.

Untuk persediaan sebelum ke kaunter KWSP dokumen yang lengkap diisi seperti berikut diperlukan:
  • Borang 9J(AHL): Boleh isi online dalam i-Akaun, Log in i-Akaun, bawah tab Pengeluaran pilih Borang Web Pengeluaran Pekerja Berpencen/Pengeluran Pesara Pilihan. Kalau isi online, Akaun Bank dan lain-lain akan automatically generated dan aku tak perlu bawa pun salinan penyata/buku bank. Cuma kita perlu pilih cara $$ dikreditkan macam mana. Dah siap isi jangan tak print pulak naa.
  • Lampiran A : NOTIS AKUAN PELEPASAN CARUMAN KERAJAAN. Ini perlu dapatkan tandatangan pegawai HR
  • Salinan surat sah dalam perkhidmatan dan diberi taraf berpencen
  • Salinan surat dilantik tetap
  • Kad pengenalan jangan lupa bawa. Berurusan di kaunter tak perlu buat salinan KP dah. 
Kalau semua dah lengkap, urusan di kaunter hanyalah lebih kuran 10 minit sahaja dan tempoh 21 hari adalah KPI untuk tabungan kita dikreditkan. Terima kasih kepada Ms. Danna KWSP Kajang yang mesra. Weehuu!!

Jumlah yang kita boleh keluarkan ialah semua yang ada dalam Akaun 1 dan Akaun 2 sepanjang tempoh bekerja kontrak/swasta sebelum dilantik tetap dan Akaun 2 sahaja selepas dilantik tetap sehingga diberi taraf berpencen. Jadi, tabungan yang ada gunalah sebaik-baiknya. Aku pergi kaunter untuk print penyata dari awal kerja sebab nak tengok tabung untuk buat belanjawan. 

Adios. 

p/s: Home Sweet Home. Dan ready kita blog mengenai TAMARA pula ;p

Wednesday, April 22, 2015

Bumi Kita


Buka komputer, macam biasa la homepage yang dah dipinkan ialah google. Buka instagram tengok post Maya Karin, ada hashtag Earth day dan google doodle pun tunjuk earth day.Hari ni hari Bumi. 

Jadi apa yang telah dan sedang anda buat untuk menyelamatkan bumi dari kerosakan?

Semalam dalam berita ada cerita tentang, pembinaan kondominium mewah yang telah menjejaskan struktur sekolah. Wartawan laporkan sekolah tu boleh runtuh menyembah bumi. Dalam hati aku terlintas, manusia makin tamak, lihat sajalah bangunan-bangunan mewah yang dibina macam cendawan lepas hujan. Semakin hari semakin banyak. Golongan marhaen macam aku mampu tengok. Bukan tak berusaha untuk memiliki tapi entahlah, nak buat tak fikir sakit hati tengok ketamakan dan kerakusan bermaharajalela. Lihat saja pusat pentadbiran Kerajaan, semakin banyak property masuk. dan semestinya yang high end!

Apa yang aku boleh buat setakat ini ialah menggigihkan diri untuk naik bas dengan sumber gas asli, tak buang sampah rata-rata. Cuma untuk amalan kitar semula dan pengasingan sampah aku kena tekankan. sebab aku ni suka masak, jadi bahan buangan organik yang basah-basah memang banyak la. 

Malam-malam sekarang rasa warm. suam-suam. nak tidur pun berpeluh kerana badan cepat belengas kerana cuaca yang suam-suam. perubahan iklim/cuaca kerja siapa? Pasti kita semua tahu jawapan. angkat tangan masing-masing dan tengok..nama kita tercatat di situ. 

Kepada yang punya anak-anak kecil, ambillah peluang untuk dekatkan mereka dengan alam. beri peluang untuk mereka hargai alam. lihat dan rasa keindahan alam dengan pengalaman mereka sendiri. 


Selamat Hari Bumi, mari sebarkan kasih sayang -xoxo-

Wednesday, April 15, 2015

Resipi Bawal Emas Kukus (Stim)

Bawal bukanlah ikan kegemaranku. Bukan sebab Hamid Gurkha gosok gigi ikan okeh. hahaha. Cerita lama yang dia berlakon dengan Dharma Harun Al-Rashid yang handsome tui ketika itu. Cikgu Azmi. hihihi. Namun, selepas bondaku masak ikan bawal emas stim, kami suami isteri terus suka dengan ikan ni. Sebab isi dia lembut dari bawal putih/hitam. Jadi beberapa minggu lepas aku memberanikan diri membeli ikan ini dan buat masak kukus juga la. No oil used. Not even a drop. weeeee...Setakat ini dah dua kali la aku buat, dan ternyata dengan bantuan sos ikan rasanya akan lebih mengancam. so, repetitive dari post FB dan instagram, kubawakan resipi bawal emas. Kalau korang dah cuba resipi ni nanti boleh share ok. 

Bersihkan ikan dan lumurlah sedikit garam. Sementara itu panaskan 2 mangkuk setengah air dalam kuali. Mangkuk kecik Corelle tu hokay. Kukus ikan. 

Sambil-sambil itu:

  • Hiris-hirislah lada benggala, 
  • Lada merah,
  • Cili padi,
  • Bawang putih,
  • Sebatang serai,
  • Kulit lemon. Sikit je bg rasa pahit-pahit sikit,
  • Lobak merah,
  • Tomato ceri belah dua je.
  • masak. Tabur tomato ceri.

Agak-agak ikan dah 3/4 masak, angkatlah ia dan letaklah dalam bekas yang molek. Kemudian tanpa fikir panjang campaklah bahan-bahan yang dihiris dalam kuali yang masih ada air kukusan ikan tadi kacawali tomato ceri

Tambah 1 sudu sos ikan dan 1 sudu sos tiram. Sudu besar. Kasi la dia menggelegak sampai bahan-bahan dah keluarkan bau harum. Kemudian letak balik ikan. Kukus dgn bahan-bahan tadi sehingga isi ikan

Angkatlah ikan dan letaklah dalam tempat bergeluk sikit sebab nak tuang kuah ikan kukus tu.
Ambillah beberapa tangkai daun ketumbar dan guna jari-jemari patahkan tangkai/daun dan taburlah atas ikan. 



Thursday, April 9, 2015

Karipap

Weehuu..sakit bahu lenguh. Lama sangat berteleku kat meja.

Aku.dah.berjaya.buat.KARIPAP! Hehehe..tak tau macam mana. Tiba-tiba satu hari tergerak hati nak google cara buat karipap. Tanpa aku sedari. Aku sedar, cuma mungkin tak bagi perhatian. Ini adalah kuih kesukaan boifren aku. Jadi, setelah menyedari hakikat itu, aku terus ke dapur ambil bahan-bahan yang buat karipap yang sangat-sangat mudah..dan kebetulan semua bahan ada.

Oleh itu, percubaan pertama ialah karipap sardin. Agak masin tapi suami aku ckp dah ok. Dan dia makan mcm nampak sedap. Kehkehkeh. (Itu pun dah cukup membahagiakan)

Cubaan kedua semalam aku tkr dari guna planta kepada butter. Gosh aku tak tau apa beza tp tujuan aku untuk kurangkan masin. Tapi x tau kerana lurang canai atau sebab guna butter atau sebab kurang air tekstur kulit kali ni agak berat but "eatable". Inti bagi cubaan kedua ialah ayam dan kentang.

InshaAllah there are space for improvement in future. LoL


Gambar atas yang cubaan pertama, yang bawah cubaan kedua. Utk resipi korang google aje lah :p


Monday, March 30, 2015

Einyn Sophie

Ambil masa untuk diri sendiri. Aku tak tahu level darah aku berapa tinggi. Aku dalam keadaan untuk mengelakkan stress. Aku perlu fikir benda-benda yang membahagiakan. Sejak menginjak usia 30 kehidupan semakin mencabar untuk aku. Untuk aku tawan perasaan sendiri dan untuk aku kukuhkan tahap kepercayaan aku.

Mata aku hari ini rasa bengkak, bukan menangis tapi sebab terlebih tido dan malamnya susah nak tido. Tido lepas 4:30 pagi boleh pulak aku tido mimpi mandi dalam tandas kat kampung mana entah. Katak punyala besar keluar. Ya Allah aku memang tak boleh la katak. Lemah urat saraf aku.

Alhamdulillah..bangun pagi rasa lebih semangat sikit. Sebelum aku pergi jauh baikla aku repair seelok-eloknya hubunga aku dgn Yang Esa. Supaya aku diberi kekuatan untuk segala-galanya.
Siapa la yang tak nak hidup aman dan tenang kan.

Ok, semalam habislah sudah cerita Asam Pedas Untuk Dia. Dan sampai kesudah aku tak berjaya beli novel kat MPH Alamanda sebab habis stok gamaknya. Kenapa aku sangkut tengok cerita ni. Kan ke cliche je kan. Hahaha. Of course la Jericho Rosales tu. Alahainye..sweetnye. kekeke. Ainin pun pandai berlakon, make up yang simple, just like plain ordinary girl. Memang manis budak berdua tu. Berlakon bolehla tahan walau belum mencapai tahap Zulhuzaimy gituh.

Akhirnya Ainin Sofea dapat balik la laki dia Encik Ahmad Ziyad. Jarang ok dalam cerita peranan seorang bapa ditekankan. Ini salah satu faktor aku suka tengok cerita ni cara Hj Marzuki “pantau” keluarga dia. Biasanya apa-apa mesti mak tahu dulu. Tapi dalam Cerita ni Pn. Hajah tahu semua dari suami tersayang Hj Marzuki. Dan, cerita ni takdala adegan pelok memelok yang buat anak-anak gadis drowning keh. I enjoyed my weekend dan paling aku geram tengok girl yang masak asam pedas pada awal dan akhir cerita. Mengancam habis kuah dan kelikatan asam pedas tu. Dimasukkan pula ikan-ikan segar dan ladu finger aka bendi dia alahai...kecur air liur mak. Bendi dia hijau dan size comel-comel. Mak aih..terbayang gigit bendi tu tak lembik tak keras. Sedang-sedang aja. Sambil hirup kuah asam tu dan cubit isi ikan. Ya Allah! Laparnya! Petang ni insyaAllah. Asam pedas in the making dan esok wajib upload resipi kat sini. Kekekek.


Challenge of the day!

Monday, March 9, 2015

Makcik dan Sekaki Payung

Pagi ini Isnin. Isnin yang kuharap hari ini dapat memberikan tenaga dan kuasa. Hari yang dapat memberikan kebahagiaan dan menghapus kelukaan. Tapi luka yang parah bisa hilangkah parutnya. Crap..

Pagi ini makcik bangkit awal. Sempat makcik panaskan nasi putih dan lauk ayam kampung. Semalam makcik bungkus dari kedai. Elak pembaziran. Makan panas-panas sedap juga. Sambil menaip makcik mengunyah ayam ni. Makin dikunyah makin sedap. Nasi pun masih elok.

Tadi macam biasala, orang yang tak memandu, makcik tunggu bas sambil baca novel Sophie Kinsella. Habis, makcik dah stuck dan struck by novel remaja macam ni. Makcik duduk kat tempat tunggu bas dengan sekaki payung, beg tangan dan beg bekal. Makcik musykil apala berat sangat beg tangan makcik. Duit berkarung guni ke? Berat yang amat. Tapi makcik letak elok-elok kat tepi sambil membaca dan hayun kaki makcik pelan-pelan. Dalam fikiran makcik tu hanya hadamkan perkataan-perkataan Inggeris yang sedang makcik teliti. Makcik tak fikir kejadian semalam, makcik tak fikir kejadian pagi tadi sebab hari ni makcik nak happy.

2 3 kebelakangan kesihatan macam tak berapa bagus sebab mungkin makcik stress. Badan dan pinggang dah mula menunjukkan tanda penuaan dan lutut dah keluar bunyi-bunyi macam Ali Baba pusing tangan dia tu. Jadi makcik nak lupakan perkara yang membuatkan makcik tak tenteram. Actually it is a lot. But like i always tell myself, just cope with thing which u can hold and letgo those things which is out of control. Contoh? Nak suruh orang jadi baik, nak suruh perokok berhenti serta merta. Makcik benci perokok. Asap rokok buat nafas makcik sesak dan buat makcik sukar bernafas untuk beberapa ketika. I JUST HATE IT.

Bas sampai waktu macam biasa dan dengan 50sen akhirnya makcik sampai ke destinasi. Pejabat makcik. Tersergam indah. Ha Ha Ha. Indah sangat, ramai yang kata gloomy dan scary. Pagi ini cuaca cerah. Matahari galak bersinar. Kereta penuh di tempat parkir. Tiada burung atau kapal terbang di langit ketika makcik menapak. Kelihatan 2 3 orang pekerja keluar dari kereta, merapikan diri dan menapak ke kantor masing-masing. Masa makcik menapak, terdengar-dengar suara dari mikrofon. Makcik agak dari sekolah berhampiran. Cikgu sedang berucap. Sambil kaki makcik melangkah, makcik mengimbau kenangan zaman sekolah rendah.

Cikgu berucap kami akan duduk berbaris atas jalan tar. (Tapak perhimpunan sebelum dewan siap). Makcik sekolah rendah mula pada tahun 1992 dan habis 1997. Kalau masa cikgu berucap tu ada yang dengar, ada yang tidur, ada yang bergosip, ada yang main mata dengan crush. Makcik? Yang paling makcik dan kawan-kawan lain suka buat ialah kumpul batu-batu kecil atas tar tu buat bukit. Hahaha. Lepas tu main baling-baling batu kecil. Kadang-kadang baling kat orang yang kita suka. Hihihi. Tapi makcik zaman sekolah memang hidup sebagai pelajar. Makcik gi sekolah, makcik belajar, main tutup botol waktu makcik kena bertugas jaga jamban, dan makcik tak pernah bercinta sebab makcik kawan, makcik kawan betul-betul. Perempuan, lelaki, sama. Zaman sekolah rendah memang penuh dengan warna. Cuma kadang-kadang, makcik rasakan makcik selalu jadi pilihan kedua cikgu-cikgi. Ah..let me just keep it.

Sambil makcik senyum dengan kenangan yang melintas dalam kepala sampailah makcik ke pejabat...Bismillahirrahmanirrahim....


P/S: Akhirnya makcik sedar, kebahagian tak boleh dipaksa. Mmm makcik rindu Wangsa Maju... 

Friday, March 6, 2015

KEGILAAN WANITA NORMAL

Hari Jumaat hari ini. Aku dapat rasakan kelapangan di samping kekalutan kerja. Nampak ada kemajuan dalam pekerjaan. Sikit-sikit dah faham dengan apa yang aku kerjakan. Cuma ilmu itu sentiasa perlu ditambah dan diasah agar mantap dan tak jadi mangsa penipuan orang lain. Aku berkhidmat demi negara (of course la Lillahitaala) nampak kecil posisi aku dalam organisasi tapi tanggungjawab yang dipikul ini sangat besar. 

Aku cuma lebih teratur dan menyerap ilmu satu persatu. 

Hari Jumaat hari ini. Masa rehat aku lama. dekat 2 jam 30 minit. Kalau waktu tak sibuk memang aku boleh bersiar-siar sambil menabur duit di pusat membeli belah atau pun gerai-gerai jual tudung. Aku agak kau dah boleh tahu sektor mana aku bekerja. 

Hari Jumaat. Hari para wanita berniaga dan menjana ekonomi. Betapa aku cemburu dengan mereka yang punya bakat berniaga. Tetapi memang nampak seronok tengok transaksi wang apabila orang membeli produk yang diniagakan, tetapi usaha dan jerih perih disebaliknya hanya mereka yang mengerti. Dan aku, sebagai wanita yang kini telah menginjak usia 30 tahun sesekali melepasakan gian melihat aliran wang keluar dari dompet aku (belum tukar lagi dompet yang suami bagi hadiah). 

Dua benda yang sukar aku elakkan ialah:

Tupperware
Aku mahu lihat peti ais aku tersusun dengan Freezer Mate, tetapi kini aku rasa percaturan aku tak berapa kena kerana aku punya Freezer Mate dengan warna Ungu, Hijau dan Merah. (Wal hal aku suka dengan Freezer Mate set warna Biru). Suami, kalau suami baca ini makna saya nak Freezer Mate warna biru. Ada yang kecil dan comel yang sangat sesuai untuk isi sambal belacan. 

Shawl NoraNorwan
Shawl aku beli di gerai jualan setiap hari Jumaat. Cuma hari ini aku kena tahan diri dari cari gerai ini kerana nafsu aku sering tertewas dengan warna pastel yang dihidangkan. agak murah berbanding aku beli online dengan kualiti kain yang sama. Dan melihat kat Nora yang sarat hamil melayan pelanggan shawl membuatkan aku lagi suka nak membeli shawl dengan peniaga yang murah dengan senyuman dan bagi diskaun. Semoga perniagaan shawl dan jubah beliau semakin berjaya. Setakat ini aku sudah beli warna mustard, kelabu-hijau, salmon, merah bata, milo cair. Baru 5 helai kan. Aku perlu cari warna ungu ringan - light purple untuk sesuaikan dengan baju batik raya (kenapala aku asyik pakai batik masa raya? Aku bukanlah penggemar batik, tapi...corak-corak yang menawan selalu berjaya membuat aku tertawan. 

Hari ini aku 30 Tahun 1 Bulan 1 Hari

Selamat Tahun 2015. Dan aku cuba untuk menulis dengan lebih sempurna. Blog aku, ditulis sekerat-kerat sebelum ini. Aku perlu tulis sebagai sebuah karangan. Dan semuanya tentang aku, aku dan aku. 


p/s: Hari ini hari kelabu, seluar, blouse, shawl kelabu-hijau. Dull gila warna aku.