Aku termangu apabila diarahkan untuk
menulis sebuah ucapan makan malam. Aku bungkam. Otak aku seakan membeku,
ayat-ayat yang keluar seperti ayat budak sekolah rendah. Malah aku percaya
semasa aku sekolah rendah, karangan aku lebih baik berbanding usia akukini yang
telah memasuki fasa 30-an.
Benarlah mereka kata, yang aku baca, kalau
mahu jadi penulis yang baik, haruslah banyak membaca dan menulis jangan
berhenti. Carilah fokus dalam penulisan, seperti juga pelukis. Ada subjek yang
menjadi trademark lukisannya. Contoh seperti yang aku follow di Instagram,
subjeknya burung. Pelukis ada sasaran. Melukis 100 jenis burung dengan pelbagai
warna, pelbagai kedudukan burung. Tetapi mesti burung.
Jadi bila ada gambar burung, para peminat
pasti tahu sekiranya satu-satu lukisan burung itu dilukis oleh pelukis itu atau
dari pelukis lain. Secara tidak langsung, pelukis itu memperkenalkan dirinya
melalui tulisan.
Aku? Penulisan aku seperti sampah. Ya
sampah. Kadang-kadang bila aku baca semula apa yang telah kucurahkan mau
kurenyuk-renyuk skrin komputer ini. Hanya repekan yang tiada isi.
Aku perlu banyak berlatih, dan menulis. Dalam
masa yang sama aku juga harus menambah masa untuk membaca. Aku aku mengorbankan
waktu tidur ku. Hahaha. Terlintas di fikiran ini kadang-kadang kau menulis
ialah untuk memberi pandangan kepada tulisan penulis lain, mengolah satu-satu
subjek yang telah ditulis berdasarkan pandangan kau sendiri. Kalau ditekuni
mungkin isinya sama tapi cara penyampaian yang lain.
Yang penting, jangan putus asa untuk
menulis. Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris bukanlah satu alasan kerana
pensyarah Bahasa Inggeris aku pernah memberitahu bahawa 98% Bahasa Melayu boleh
diterjemahkan secaran langsung ke Bahasa Inggeris, dengan syarat ayat dalam
Bahasa Melayu itu betul strukturnya.
Jadi, dilema aku ialah, ucapan makan malam
itu.
No comments:
Post a Comment