Wednesday, July 27, 2011

Mata Panda

Mata manda hampir nak pejam
otak seakan freezing
jarinya mau menaip
tak boleh jadi...
Selamat malam....

p/s: Subhanallah..biar jalinan ini terjadi keranaMU Allah...

Sunday, July 24, 2011

Titik Mutiara Jernih

pau sedapnya..tgh lapar ni..maksudnya mmg lapar tahap gaban
padan muka aku

Ramadhan is just around the corner. I really cant wait for Ramadhan this year. the chances to double the pahala. i guess mine maybe almost nil. hari hari buat pahala hari hari berdosa. dosa mulut, dosa hati dan macam-macam lagi. kalaulah boleh hari2 balik rumah berbuka with beloved family seronoknya..all this while sometime aku lebihkan orang-orang lain compared to family sendiri. so berbuka will tighten the silaturrahim aku dan adik beradik dgn mak pak :)

Terawikh...harapnya this year bukan Ramadhan terawal je rajin. Rumah sewa selangkah je dah boleh reach surau. even Ust bagi ceramah pun boleh dgr sampai rumah. Kaki je malas nak melangkah solat jemaah. haila...harapnya dapat suami nti yang rajin berjemaah hendaknya. yang betul bacaan Al Fatihah nya. Yang ingatkan aku ke jalan menuju Allah hendaknya. bak kata sorang teman suami tu hanya reason..sebab kita kat muka bumi is just for ALLAH. so Allah bagi jodoh supaya kita ada chance untuk buat ibadah, untuk kumpulkan saham akhirat byk-byk dengan taat pada suami yang beriman. very easy to be in Jannah..jalankan rukun Islam yg lima tu and taat pada suami. Easier said than done? balik pada tujuan kita kat muka bumi..hanya untuk ALLAH...hati pasti tak sakit. jaga lidah juga supaya dia lafazkan hanya yang baik baik...suami poligami? kalau boleh tahan tahanlah...tujuan asal kat muka bumi..hanya untuk ALLAH..insyaALLAH..didik hati mulai sekarang. detik ini untuk jadi muslim dalam erti kata sebenar..muslim pada niat, pada lisan, dan pada perbuatan...ustazah pesan..kalau buat pahala jangan seiring dengan buat dosa..Astaghfirullah...bentuklah aku jadi hamba yang baik Ya ALLAH...byk janji dengan ALLAH ni tapi tepati ke tak? nti ALLAH tanya ye...kalau agak-agak x tepati tu sama-sama kita mohon ampun dari ALLAH...selagi kita tak mensyirikkan ALLAH, inshaALLAH pengampunan Dia maha besar...i Miss u ALLAH...tariklah aku kembali supaya dekat denganMU..tadi lepas maghrib tiba-tiba teringat pada zikir yg di baca sebelum tidur masa maktab dulu..ya Allah...liat jgk lidah ni..otak kuat memerah nak igt apa yg di hafaz..Alhamdulillah masih ok..cuma kena polish...ada a few yang samar-samar tak igt... :( ALLAH...i love u so MUCH. more than anything. my priority..aku lalai betul sebelum ni...ampunkan dan maafkanlah aku Ya ALLAH..eratkan silaturrahimku dengan teman-teman yang sentiasa mengingatiMU..jalainkan kemesraan aku dan adik beradik sebab nak cari redhaMU (rindu adik-adik aku ni :(  ) permudahkan urusanku untuk bahagiakan kedua orang tuaku untuk mendapat rahmatMU..peringatkan aku setiap saat dengan kewujudanMU ALLAH...Astaghfirullah......Astaghfirullah....Astaghfirullah......temukan aku dengan dia yang boleh tingaktkan lagi imanku ini padaMU Allah...hanya Engkau Maha Mengetahui apa terbaik buat aku...

Salam Ramadhan to readers aka friends....

Monday, July 18, 2011

Getah Sayur

Pagi-pagi aku berperang dengan diri sendiri kerana mencari sesuatu yang boleh mengikat kemas rambutku sebelum dilitup dengan al jilbab. pagi-pagi aku mesti ke dapur mencari getah sayur yang bewarna oren untuk membantu merapikan ikatan. dan petang-petang aku pasti berperang untuk meleraikan ikatan getah sayur dan kadang-kadang aku rentap sehingga putus. putus getah dan putus rambut. hahaha.

kepada para wanita yang selalu mengikat rambut, pastikan rambut anda dalam keadaan kering. kalau tidak rambut akan ditumbuhi dengan buah. sangatla menyakitkan hati tgk rambut berbuah. penjagaan rambut penting bagi memastikan kelancaran aliran darah di kepala. oleh itu, selalu lah menyikat rambut, baik lelaki mahupun perempuan. teman di asrama dulu ada bercerita untuk memiliki rambut yang sihat dan cantik perlu disikat sehingga 99 kali. naaa...u dont have to count until 99 times. what u do is, ambil tasbih, pegang dgn sebelah kanan dan sebelah lagi pegang sikat. then sambil bertasbih sambil menyikat rambut. rambut cantik, pahala pun dapat. easy right? :)
They cost me RM2
Akhirnya aku terjumpa penyelesai masalah aku di KL Sentral semalam. RM2. u can find cheaper place to get the twos...


p/s: i really enjoy working from home!

Friday, July 15, 2011

Tidur

Lenaku sering terganggu 
Terkejut-terkejut
tapi dipaksakan minda suruh tidur
Lenaku tidak senyenyak lena bayi tidur
Yang punya wajah aman
tanda masih bersih dan suci
Sekarang kembali kepada fitrah
kembali mendekat dengan ayat cinta Agung
Bukan sekadar melagukan
cuba mengingat
dan cuba juga untuk faham

p/s: yang hilang pasti berganti meski lebih murah dari yang hilang..my cyber color eye liner was gone few weeks before :( . i replace with:



zoom sikit.............

SIMPLY SITI!!!!!!!!!!

Monday, July 11, 2011

Hanya Allah sebaik-baik tempat untuk menyerah :)



Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (39:53)

Friday, July 8, 2011

Request

Permintaan. Pernah main request-request zaman dolu-dolu? Kad request la, cokelat request la, bunga request la. Yeah, sume tu aku pernah dpt. tak tahan bunga ros kaler oren uols. bukan SA bagi pun. aku kenal je mamat yang bagi. hahaha. so funny. tapi aku pass the flower to my senior sebelah bilik. bukan tak hargai tapi aku tak makan bunga. ;p

Request from sahabat on Nasi Kerabu Mak punya Resipi.
So Sila, baca ni properly k. nanti kau cuba buat utk your bie ye. as simple as abc, as easy as alif ba ta :)

Part A: Ulam-ulam.
Daun kesum - hiris-hiris.
Timun - hiris-hiris
Bunga kantan - hiris-hiris juga
Taugeh - tak perlu hiris. kunyah dan telan je.
optional : kacang botol, kacang panjang dan lain-lain ulam yang uols suka.

Ulam-ulam. nak gaul semua or nak asing-asing pun xda masalah
Part B: Kerabu.
Bahan-bahan:

B i )
kelapa parut (beli kelapa muda yang org buat kuih tu)
Goreng kelapa parut sehingga warna keemasan.

B ii)
ikan kembung + asam keping
direbus. air jgn byk. agak-agak utk bagi isi ikan masak. air rebusan akan diguna balik nanti
bawang merah (utk sekali blend. agak-agak je. dalam 5 7 ulas)
serai (2-3 batang)
lada hitam (sesedap rasa)
cuka/air limau kasturi/nipis
garam secukup rasa.
(blend isi ikan dengan bawang merah, bawang putih, serai yang dipotong2, dengan lada hitam dan sedikit cuka ataupun boleh ganti dengan limau kasturi/nipis. if limau kasturi aku perah 2 biji. garam secukup rasa) blend sampai agak2 semua bahan dah sebati. jgn lumat sangat. hanya isi ikan. bukan dengan tulang-tulang nye sekali ye), ingat air rebusan ikan tadi? masa nak blend tu letak air rebusan ikan ni k.agak-agak utk blender tu gerak. kang xberjalan blender korang tu.(NI DAH MACAM RESIPI AGAK-AGAK JE GAYE..;p masak sesedap rasa je)

First trial aku buat dulu

B iii) Nisan Gula melaka
pic Source : Google image key word gula melaka
ok sekarang final stage utk kerabu. 

panaskan kuali...then masukkan bahan B ii) gaul-gaul dgn sudip (kalau korang kebal pakai tangan la.haha) agak-agak dah gelegak sikit masukkan bahan B iii) iaitu nisan gula melaka. Sila, kau tanye Kimi, org ganu tau. dari satu bulatan tu kau masukkan half of it dalam bahan dalam kuali tu. sampai la dia cair..agak-agak dah nak kering sikit bahan dalam kuali tu masukkan bahan B i) iaitu nyor goreng. gaulkan semua bahan sampai mereka betul-betul mesra. then dah nak kering sikit boleh la kecikkan api sampai dah rasa ok mengikut firasat korang bolehla tutup api dan pindahkan kerabu dalam pinggan. 

So dah siap basic kerabu uols. nak sedap gorengla ayam berempah ke, buat daging bakar ke, or ikan sutung celup tepung. hihi. 

Final Result

Nasinya macam nasi biasa. yang warna biru tu guna bunga talang. blend bunga tu. airnya di ambil utk masak nasi. tu yang jadi biru. nak tgk pic bunga tu ada kat fb aku. yang kuning tu mcm biasala..kunyit. masak cam biasa. add on dgn serai sebatang dua dalam beras. baru ada bau nasi tu. sedap. 

dan sesekali jangan lupa ibu segala nasi kerabu iaitu :

BUDU

add on : keropok/telur masin/solok lada/telor puyuh. 

air lada senang je : lada hijau+merah garam gula cuka/air limau. blend. jgn lumat. agak2 utk lada hancur je. see agak agak lagiiik

Additional sambal tumis next time ok...or u may google. senang je. Selamat berkerabu semua!

p/s: Dia belajar buat nasi kerabu thru BBM saja. KREDIT TO MY BELOVED MAK. MAK MASAK MEMANG SEDAP. 

Biskut dan Produktiviti

aku tulis sebab aku mati kutu tak da nak buat apa
aku nampak biskut. sedap biskut ni.
aku nak buat air nescafe pulak.
aku nak kerja weh. serius shiiiit aku mati kutu menggagau cari kerja.


p/s: aku nak contact HR la

Monday, July 4, 2011

Suka Duka Dalam Hidup

Hidup jangan nak penting diri sangat
Belajar untuk jadi lebih redha
Qada' dan Qadar
itu ketentuan. tapi jangan jadikan alasan untuk berserah. berserah dan terus menyerah kalah
tanpa memulakan langkah berjuang. itu salah

Hidup jangan nak memikirkan kesedihan diri sangat
sedih sedih sedih. mmg sedihlah kalau fokus pada sedih
cuba kuat sikit, berani tak banyak sikit pun OK
jangan layan fikiran yang tengah sedih. parah.

percaya pada tali perhubungan. percaya buat tali diikat lebih kukuh. percaya takkan bisa merungkaikan tali yang erat, melainkan kuasa Dia. tapi bagaimana nak bina kepercayaan. percayakah aku pada sahabat dan percayakah sahabat pada aku?

kita layan sedih kita sampai memncil diri
bila sedar, baru bergaul dgn orang. minda lebih luas. baru tau ada org lebih sedih dari kita. tapi bila kembali pada fitrah kejadian, inshaAllah semua akan selamat...


teruskan berdoa. jangan pernah putus doamu...

Friday, July 1, 2011

Berdepan.

Hiris2 sampai terguris
tipu-tipu yang Maha sakit
aku pulang ke pangkal jalan
setelah ditimpa kesusahan. malu dan sangat malu
igt Tuhan bila jatuh tergolek
lupa Tuhan bila melonjak ke langit.
penipuan dipanggil apa bila terbongkar
rahsia dipanggil apa bila diselongkar
hati ini tengah pedih
hati ini perlu dibersih
hati pilu hati rawan
hati sepi tiada kawan
air mata kering
hati jgnlah kering
igt Ramadan bakal menjelang
pinjam aura kedatangan Ramadan
tebus balik apa yang perlu
lupakan pada yang tak tahu menghargai
biarkan dgn yang lain asal itu lebih membahagiakannya
tak guna perjuang pada yang tak tahu menghargai
pada yang lupa pada janji
Allah...hati terlalu pedih ya Allah
biar perpisahan keranaMu
redhakan hatiku
sembuhkan lukaku
aku merintih padaMu
menggeletar hampir terjatuh...
kurniakan aku semangat Ya Rabbi....

Triangle.

Triangle dalam shorthand maksud dia PERUBAHAN. Selalu aku tulis simbol segitiga bila aku tulis nota-nota subjek Sejarah zaman tingkatan 4 dan 5 dulu.

Kini aku sedang menghadapi transisi baru dalam kehidupan. Triangle hit on me.

Give me strength Allah.

Yang Maha Penyayang. Yang Maha Pengampun. Dalam ceramah-ceramah agama pernah teringat, betapa besar dosamu selagi tak menyekutukan Allah, besar lagi pengampunan Allah....Aku sayang Allah. Aku mahu berubah.

Change for the better.


cc to you my dearly blogger friend, Faza and Erin. May our friendship remains... Faza darling, ada orang nak kenal.ekekekekeke ;p