Pagi ini Isnin.
Isnin yang kuharap hari ini dapat memberikan tenaga dan kuasa. Hari yang dapat
memberikan kebahagiaan dan menghapus kelukaan. Tapi luka yang parah bisa
hilangkah parutnya. Crap..
Pagi ini makcik
bangkit awal. Sempat makcik panaskan nasi putih dan lauk ayam kampung. Semalam makcik
bungkus dari kedai. Elak pembaziran. Makan panas-panas sedap juga. Sambil menaip
makcik mengunyah ayam ni. Makin dikunyah makin sedap. Nasi pun masih elok.
Tadi macam biasala,
orang yang tak memandu, makcik tunggu bas sambil baca novel Sophie Kinsella.
Habis, makcik dah stuck dan struck by novel remaja macam ni. Makcik duduk kat
tempat tunggu bas dengan sekaki payung, beg tangan dan beg bekal. Makcik musykil
apala berat sangat beg tangan makcik. Duit berkarung guni ke? Berat yang amat. Tapi
makcik letak elok-elok kat tepi sambil membaca dan hayun kaki makcik
pelan-pelan. Dalam fikiran makcik tu hanya hadamkan perkataan-perkataan
Inggeris yang sedang makcik teliti. Makcik tak fikir kejadian semalam, makcik
tak fikir kejadian pagi tadi sebab hari ni makcik nak happy.
2 3 kebelakangan
kesihatan macam tak berapa bagus sebab mungkin makcik stress. Badan dan
pinggang dah mula menunjukkan tanda penuaan dan lutut dah keluar bunyi-bunyi
macam Ali Baba pusing tangan dia tu. Jadi makcik nak lupakan perkara yang
membuatkan makcik tak tenteram. Actually it is a lot. But like i always tell
myself, just cope with thing which u can hold and letgo those things which is
out of control. Contoh? Nak suruh orang jadi baik, nak suruh perokok berhenti
serta merta. Makcik benci perokok. Asap rokok buat nafas makcik sesak dan buat
makcik sukar bernafas untuk beberapa ketika. I JUST HATE IT.
Bas sampai waktu
macam biasa dan dengan 50sen akhirnya makcik sampai ke destinasi. Pejabat
makcik. Tersergam indah. Ha Ha Ha. Indah sangat, ramai yang kata gloomy dan
scary. Pagi ini cuaca cerah. Matahari galak bersinar. Kereta penuh di tempat
parkir. Tiada burung atau kapal terbang di langit ketika makcik menapak. Kelihatan
2 3 orang pekerja keluar dari kereta, merapikan diri dan menapak ke kantor
masing-masing. Masa makcik menapak, terdengar-dengar suara dari mikrofon. Makcik
agak dari sekolah berhampiran. Cikgu sedang berucap. Sambil kaki makcik
melangkah, makcik mengimbau kenangan zaman sekolah rendah.
Cikgu berucap kami
akan duduk berbaris atas jalan tar. (Tapak perhimpunan sebelum dewan siap). Makcik
sekolah rendah mula pada tahun 1992 dan habis 1997. Kalau masa cikgu berucap tu
ada yang dengar, ada yang tidur, ada yang bergosip, ada yang main mata dengan
crush. Makcik? Yang paling makcik dan kawan-kawan lain suka buat ialah kumpul
batu-batu kecil atas tar tu buat bukit. Hahaha. Lepas tu main baling-baling
batu kecil. Kadang-kadang baling kat orang yang kita suka. Hihihi. Tapi makcik
zaman sekolah memang hidup sebagai pelajar. Makcik gi sekolah, makcik belajar,
main tutup botol waktu makcik kena bertugas jaga jamban, dan makcik tak pernah
bercinta sebab makcik kawan, makcik kawan betul-betul. Perempuan, lelaki, sama.
Zaman sekolah rendah memang penuh dengan warna. Cuma kadang-kadang, makcik
rasakan makcik selalu jadi pilihan kedua cikgu-cikgi. Ah..let me just keep it.
Sambil makcik senyum
dengan kenangan yang melintas dalam kepala sampailah makcik ke
pejabat...Bismillahirrahmanirrahim....
P/S: Akhirnya
makcik sedar, kebahagian tak boleh dipaksa. Mmm makcik rindu Wangsa Maju...
No comments:
Post a Comment