Tuesday, December 31, 2013

31 Disember 13

311213 nombor ekor? Hehe

Masing-masing menghitung peralihan tahun 2014. Another new day another new year.

Selak kalender. Eh dah habis bulan. Tukar kalender baru.

Keluarga
Masih sama. Aku dengan suami masih berdua. Belum bertambah tiga lagi. Hati-hati untuk kategori tambah. Anak atau isteri? Gaaaa
InshaAllah 2014 akan ada kenduri-kendara kahwin lagi.

I am looking forward for these two events!

Kewangan/Harta
Atas sikit dari semput tapi bersyukur. Kena ada kemajuan hari demi hari dalam aspek pengurusan duit money pitih.

Cinta
Mekar kuncup hampir layu segar kembali mekar mekar mewangi dan mengharum dan akan terus dibajai.

Kerjaya
No comment. Masih lagi berusaha mencapai moksha. (Metafora bahasa aja ni. Tiba-tiba teringat mata pelajaran sejarah).

Kesihatan
OK. Ambil juga suppliment. Semoga bertambah maju kesihatan. Semoga cepat melekat. (Nak bb).

Hobi
Menjahitku agak suram. Hampir setahun mood hilang. Gigih untuk mantapkan diri buat kerja-kerja kraf. Semoga keazaman seiring tindakan. Hehehe.

Politik
Hoooo never ending story

Tuhan...berilah hidayah dan inayahMu pada aku untuk menjadi muslim yang lebih baik dan kuat menghadapi dunia fana ini..semoga aku dikurnia sifat kasih sayang dan pemaaf..semoga aku diberi semangat juang mempertahankan agamaku..semoga kudiberi kefahaman untuk lebih mendalami agamaku..semoga aku dikurnia rasa cinta yang semakin tinggi untuk kekasih Allah...

Semigakudoberirezekimenjadiummi.

Aamiin..

Arsenal menutup 2013 dengan penuh gaya walaupun perlawanan menentang Newcastle tersangatlah hambar. Terima kasih untuk barisan pertahanan dan tingkatkan usaha jentera serangan yang tumpul.

Peace.

Friday, December 13, 2013

F & F

Bukan Fast and Furious

tapi Forgive and Forget. Memaafkan dan Melupakan (no more grunge holding - macam kelakar aje ajat omputih ni)

"Memaafkan beerti turut melupakan kesalahan yang dilakukan. Jika masih tersimpan, itu bukanlah maaf yang tulen. Kerana itu mampu MEMAAFKAN adalah sifat orang yang tinggi imannya. " 

Petikan dari FB Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman posting 10 Disember 2013

Pada suatu hari yang penuh misteri, sedang aku melayari Facebook yang bosan, ternampaklah aku akan petikan di atas. Seolah-olah membuka mata dan hati aku untuk mendalami maksud. Maafkan dan Lupakan...
Bagi aku amat payah sebab perkara-perkara yang terjadi pada aku memang teramat payah aku nak lupa..untuk memaafkan agak mudah tapi maaf yang tulen itu seperti Ust tulis..antara sifat orang yang mempunyai iman yang tinggi..

Aku bersyukur kerana Allah berikan rasa yang satu itu..seakan kekuatan dalaman untuk aku menjadi yang lebih baik dan lebih lembut untuk memandamkan api dendam yang berpihak kepada shaitooon...


InshaAllah...


Wednesday, November 13, 2013

Lesu

Apalah nak jadi dengan kisah ini?

Sweet surrender?

Penat jiwa raga. Letih seribu daya..

I won't give up.

Kalau tak mahu harus apa lagi yang perlu kukata...
Aku bukan Betty yang seksi 

Monday, November 11, 2013

November 2013..Bulan Cinta (lah sangat)

Dah tiba penghujung 2013. November bulan 11. Awal Muharam 1435 pun dalam bulan ini juga.

Bulan kahwin aku ni. Dah nak masuk dua tahun dan still two (selalu berdoa three). Nothing much to jot here. Privacy. Yang penting lepas akad nikah pun jadi perang perbincangan. So funny lucu dan lawak.

No pelamin mak nenek semua. No merenjis. The majlis was very easy and open style. Pengantin seorang di utara dan seorang di selatan. Coordination lost.

Alhamdulillah..banyak dah jadi dalam 2 tahun. Alhamdulillah Allah bagi dan kekalkan lagi rational pemikiran aku. Alhamdulillah for every single thing that happened to me. 2 years is still jagung year to know your partner more and deep like rolling in the deep. 2 yrs is still not enough to be a very good wife, a very understanding wife indeed...



Now back to November..10 November 2013. Arsenal again..lost to MU. Very sad. Very dissapointed. Very tak boleh terima (sakit hati) ditambah dengan provokasi org terrapat lagi sakit hati.

Dont you know if somebody (outsider) provokes me it means nothing but if you do it mean..there..there will be a volcano. Dont you see the difference? This is not double standard. This is called sayang la dol!!!

P/S: Mengantuk dan pening

Sunday, September 29, 2013

NOAH - Hidup Untukmu, Mati Tanpamu (Official Video)



But I am not that plain stupid. Love the song and of course Aeril vocal.

Hidup matiku nya untuk dan karna Allah yang satu :-)

Currently following X Factor USA 3. Sukak sangat! many real story make me feel how lucky i am.

Pentingkan Penjagaan Diri

Donia hari ini
terkadang manusia tak sedar tanggungjawab sebenar
sebab ikut majoriti
tak pernah nak dalam ilmu agama
bajet org boleh baca minda
bajet org boleh faham kemahuan segala
donia hari ini
ajar aku untuk pentingkan diri
sendiri mahu ingat
pergi mampos nama kebersamaan
bila angin gila datang
waras sudah entah kemana
Yang tinggal hanya gila babi.

Yang penting swansea tewas 1 2 di tangan arsenal.
dan aku gembira.


Thursday, September 26, 2013

Q4 2013

InshaAllah beberapa hari lagi nak masuk suku keempat 2013. Aiyaya suku suku macam shammi Kapoor nyanyi. Alhamdulillah..perjalanan hidup macam ecg yang ada turun naik. Ada waktu tertekan sampai nak berhenti kerja. Tapi itulah pengalaman. Tengok facebook seperti biasa semua orang akan menulis diari terbuka dia situ. Ada yang cerita positif tak kurang yang tak segan silu bercerita benda-benda yang sepatutnya perlu dilipat kemas dalam diari peribadi. Aku dah lama x ada buku journal harian. Waktu diploma without fail ok aku menulis di buku unguku. Cantik sgt. X silap beli di Kinokuniya. Huruf depan H. H for Hairi ke. Hikhik. H FOR Happiness. HAIRI pon boley. Part of husbi name.

Well nak masuk suku keempat ni nothing much yang berubah dalam hidupku. Cuma dah tambah Mesut Ozil. LOL. Mesut sayang, mesut! Abg tak percaya kah?

Bagaikan mimpi yang disirami cahaya nan terindah. AW telah membuat keputusan bijak dan kombinasi Mesut Giroud nampaknya not bad huh? Happy sangat tgk bdk Gunners mai  season ni. GIROUD 12 so far setiap game ada score. Will trophies drought end thia season? Stay calm and keep support Arsenal!

Tahun pertama beraya di Kuala Berang. Hehe. Not bad. Meriah. Doakan tahun depan lagi meriah untuk kami. Kini masih berusaha berdoa dan berharap kepada Allah Yang Esa.

Adios amigos. Love our life to the fullest. Enjoy every seconds. Stay positif xoxo :-*


Wednesday, August 7, 2013

29 Ramadhan 1434H

-masih belum diizinNya. Takpa. Usaha lebih gigih.-

Sekejapan sungguhla aku rasa puasa inikalilah. Kerja di ofis betul-betul drag masa aku. MMG SANGAT RUGI. Ada umur, ada rezeki, Ramadhan depan kena tkr masa waktu pejabat ke 730-430. Sebab? Aku tak mahu letih.

Culas aku berterawikh kali ini. SANGAT-SANGAT RUGI!
lembik dan tak bersemangat. RUGI BESAR!

Browsing facebook boleh bikin stress. salah satu sebab aku tak deactivate (jahat betul fb x bagi orang delete) ialah kemeriahan blogshop-blogshop yang awesome dan best! i cant resist shopping online. tersangat menarik. despite the beautiful model, those my fave blogshop gimme nice and worth for $$ products.

tak tersangka blog ni dah diwujudkan sejak 2010. hihi. merepek sorang2. seronok. tapi sedih sebab seperti yang ditulis banyak kali, bakat menulis semakin hilang. dulu dalam blog yang aku dah tanam (dibuat pada 2005) banyakkkk benda aku share. tapi sekarang terbantut idea mengarang. mungkin aku boleh cerita perihal adat, practice dan amalan baik serta BAHASA. ceritanya bermula begini:

Di kedai Kek Resipi Misteri:

Melilau-lilau mata aku melihat pelbagai jenis kek yang membuatkan aku menelan liur. Yang mana satu ni? Yang selalu beli tak ada. Yang tu dah rasa. Yang sinun macam muak. OK!

"Kak, black forest satu slice" Tiba-tiba staf di kaunter:

"Eh, Eh korang cepat-cepat amik tu, dia nak hantar sendiri"

Oh rupa-rupanya kelihatan seorang wanita tua bangsa asing yang mengangkat bekas pinggannya untuk diletak di satu sudut. menjadi kebiasaan di negara-negara luar untuk angkat bekas/tray mereka setelah selesai makan. Memudahkan pekerja dan bagi aku satu amalan terpuji sebab segala sisa-sisa makanan mereka kemas sendiri.

Lalu ada salah seorang staf berkata, "Apa dia ingat rumah ke nak angkat-angkat"

Adeh...aku memang rasa sharp dgn nada sinikal dia tapi tahan mulut sebab puasa dan ada ramai staf lain di kaunter.

tak faham aku. kalau ada peluang berjalan-jalan lah dik. tgk donia.

p/s: tak habis pun aku makan kek tu.

p/p/s: Suarez.

Sunday, June 23, 2013

Bulan Mulia Nak Tiba Dah

InshaAllah, tahun ini merupakan tahun kedua bakal menyambut Ramadhan. Bersama-sama suamiku yang selalu suruh dikata kacak. (Tolong doa untuk kami sambut bertiga, berempat dan seterusnya selagi diizinNYA)

Di samping kerja pejabat yang takkan pernah habis, akusetiap hari akan memikirkan apa yang boleh aku buat dengan rumahku (walau masih bukan rumah sendiri) Deco-deco, memasak, menjahit - buat masa sekarang menjahit masih belum boleh mula sebab perlukan konsentrasi/penumpuan dan mood yang bagus. Kalau tak memang hampeh aja jadinya.

Jadi,
Bulan Ramadhan lebih kurang setengah bulan lagi Syaaban,
Semoga diberi kesihatan yang baik, dan hati yang putih. Buat masa ni aku tak boleh tgk posting-posting kat facebook ada sesetengahnya melampau-lampau update status. Terima kasih kepada update news feed box dan unfriend button.

Menjengkelkan.

Dari biar hati ditumbuhi rasa jengkel, kita avoid la perkara-perkara yang tak senangkan kita.

Lagi satu, tolonglah jangan share gambar-gambar yang tak patut e.g kemalangan etc. ada tu kawan-kawan rapat, geram nak sound.

Blog ni masih kurang rasa, masih belum ada identiti.kalau nak share kehidupan seharian, bukanlah tempatnya di sini. Diari Online, please everybody, read it. cenggitu ke?

Biru/Hijau Firus yang menyamankan

Mari siap2kan diri untuk Ramadhan..berubah sikit-sikit. Baju-baju loose kena diutamakan.

Monday, June 10, 2013

oh!!! @_@

Nak unfriend macam teruk betul

SICK!

why people must showing off in FB? WHY WHY WHY?

Muntah den.

News feed hide la jawabnya.

Come on! Share resipi lagi best.

Come on people, have a heart, think think think! before writing a status. Puhleaseee!

Boleh aku show off kasut ni? LOL!

Saturday, June 8, 2013

Intai

Aku ni asyik mengintai je blog sendiri. Nak menulis apa pun tak mari ilham.

Manala pergi semua ilham.

menjahit, menata rias rumah, itulah yang aku selalu nak buat dan curi-curi buat.

mengemas.

Lima S di rumah.

Tapi macam biasa, MASA

MASA yang selalu kesuntukan.

Time management. Pengurusan masa. itulah yang aku kena urus dulu.

Nak jadi surirumah, pekerja cemerlang, pengurusan masalah kena score A+

Kadang-kadang  facebook bisa melemaskan.

Gigih menabung nak bercuti lagi - bukan lari dari realiti


Wednesday, May 1, 2013

Limo

Tinggal 5 hari lagi PRU 13
Ya Allah...
aku rasa sangat nervous
try not to think too much but i cant help it

Dear Malaysian,
whoever read this before 5 Mei 2013
Think deep before voting

I Love Malaysia

Small country with very HUGE potential


Allah bless Malaysia...Asmeen..

Friday, April 19, 2013

April

Sedap nama April
Cute dan comel
April, dah terbubarpun Parlimen
Mei, untuk memangkah

Alhamdulilah agenda bulan madu tidak terganggu dek tarikh pilihan raya
Katanya!
hahaha

Seluaruh Rakyat Malaysia
rasa berdebar
pilihan raya paling hot
paling mendapat perhatian
paling mendapat liputan
paling menarik golongan muda belia (macam aku)

aku tak boleh nak elak diri daripada amik tahu hal politik
bukannya aku hari-hari baca hal ehwal politik
bukan aku buat analisa pun
tadi baru kutersedar betapa kurangnya aku membaca
ciss!

Malaysia 2013
Semoga yang terbaik untuk semua.

mari berdoa dan berusaha!

Saturday, March 30, 2013

Wisdom wisdom T

Wisdom tooth ache is coming again cause me a week without eating nasi.

Bagus.

I feel "rekngan" but very hungry.

I want to eat but chewing cause a pain. Unbearable.

Dentist, please help me to pull out this tooth.

Wednesday, March 13, 2013

3rd

Salam A'laik everybody.

March, the 3rd month in Masehi calender

March, his month

March, how time running so fast without me realizing i m kinda left far behind others

March. the third month in Masehi calender.

Situation:

They intentionally give uneasy feelings. You do not want to hear the conversation but it happened that you cannot get away from it. Close your ears. use your palm. No. Get a very big earphone.

March, i just realize this blog is in the 4th year.

march...i want to have a cup of coffee now..


bayern vs arsenal. what is your prediction?

ARSENAL, menanglah woi!!

Wednesday, February 27, 2013

Rejected

Proposal rejected
quite upset
but then, i accept it with big heart
when i was on my way home, 
Allah gave me 

Very brigt and BIG rainbow
SUBHANALLAH!

Alhamdulillah...

Saturday, February 23, 2013

Surirumah

Kecil-kecil
macam-macam cita-cita aku
jurutera, doktor, cikgu
bila besar ambil jurusan kejuruteraan elektrik
tapi haram banyak dah lupa
mujur  V=IR aku masih ingat
asas dalam "bible" kejuruteraan elektrik

tapi,
alam kerjaya
lebih kepada pengurusan dan pentadbiran
aku berurusan dengan sistem, dengan manusia, dengan undang-undang yang rigid

lemau. terbawa-bawa dalam kehidupan peribadi

-work life balance-


cita-cita sekarang,

SURIRUMAH
bukan setakat mengurus kain, dapar, mengemas
tapi surirumah yang boleh beri manfaat
surirumah yang boleh menyumbang dalam aktiviti komuniti
surirumah yang pandai menjahit
surirumah yang suka deco-deco rumah
surirumah yang mampu buat suami excited setiap kali sampai depan pintu rumah
surirumah yang handal mereka pelbagai resipi.


Cak!!

p/s: Doa murah rezeki sokmo-sokmo.

Sunday, February 17, 2013

Tersusun

Salah satu poin untuk lebih berjaya adalah menjadi lebih tersusun

Setiap hari aku kata nak lebih berjaya

tapi.....


buah tapi buah tangguh
sampai bila-bila pun tak kemana


phewwwwwwwwwwwwwww~

Thursday, February 14, 2013

Shame Shame

I like this!



Malu.

Bila Malu bahagian mukalah paling rasa nak disorokkan dulu
Bila dimalukan, ekspresi mukalah boleh dikesan dulu

Situasi Bos dan Pekerja berbincang bersama pelanggan

Pelanggan: bla bla...bla..saya dah inform hari tu untuk dapatkan info tu

Bos: ya ya betul, saya dah igt tapi lupa nak bagitau dia (sambil mengarah dan memadang pekerja)
        lalu menambah frasa dia ni bukan nak angkat telefon masa cuti

Pekerja: kau tak inform/ring aku apa-apa kot masa aku cuti?! (berdetak dalam hati)

Kenapa perlu menyalahkan orang dan mencari kambing hitam untuk menjaga air muka sendiri?

manusia sekarang lebih utamakan periuk nasi kedudukan peribadi.

Dunia.

Dunia, jangan jadikan aku kejam seperti mereka.

temukan aku dengan orang baik

jumpakan aku dengan insan mulia


P/S: tengah melayan suara zek-zek di utube

Wednesday, February 6, 2013

Mata dan Perut

Chicken rice
buat perut aku penuh
air tiga layer
buat aku kenyang

badan mengembang
tapi bola mataku menguncup
aduhai tengah hari

aku mengantuk
oksigen tak sampai di kepala

aku perlu tidur barang sebentar

Tuesday, February 5, 2013

Again-5/2

Ola!

Salam all

5 Februari datang lagi
membawa angka 28
Alhamdulillah


hadiah:
jatuh tergolek gaya atlet siap sedia untuk larian pecut
Show Cause Letter untuk 7 kali datang lambat

ok?


menanan kesabaran dalam diri amat payah
menjadi insan yang siap menerima arahan amat mencabar
semua seakan negatif bila seorang menanggung semua
tanda orang dewasakah?


Jadi insan berjaya
bergaul dengan orang positif
itu semestinya.


p/s: tak rasa nak makan apa-apa pun.

Tuesday, January 29, 2013

Sekolah

Should i write again about school?
Dulu berjela-jela aku tulis
aku kalau bab ke belakang dan bernostalgia memang hebat
tapi sebab takut dikata orang, orang dah beratus langkah ke depan kau masih mengimbau kenangan
Aku nak tulis. blog aku suka hati aku. hahaha

-i cannot deny. i really love and enjoy my school years. i really do...

Nantilah. ada masa, ada rasa, ada cerita pasti akan terluah juga di sini.


Tunggu....

Sunday, January 27, 2013

Masa Cuti

Cuti umum
kepala ting tong mengantuk
: "I need a time for myself"



Thursday, January 24, 2013

Aku menunggu

termangu
termenung
terkelip-kelip mata
otak berputar ligat
berfikir
mencari idea
merencana
hati jantung berdetak
berharap
berdebar

sedang tidak tahu apa yang mahu dibikin
sedang lagi fikir masalah yang takkan pernah lekang
sedang merencana percutian romantik
sedang melihat status dan update facebook
yang kadang memualkan
yang kadang mengundang cemburu
yang kadang memerihkan
yang kadang melucukan
ah...kenapa semakin ramai yang sangat terbuka untuk berkongsi
kenapa hari-hari perlu caci maki
persoalan yang takkan pernah pergi
semakin mendatang dan semakin banyak

kepala sedang layan luna maya menyanyi
aku turut mahu menyanyi...aduh malam...
aduh asmara
asuh aduh aduh.......

Ikan dan Swan

Wednesday, January 9, 2013

haa

2013 dah melangkah masuk 9 hari dah
2012 tinggal aku dengan penuh cabaran untuk jadi wanita bekerjaya katanya
perasaan jangan cakap la memang bercampur baur.

keadaan negara sekarang macam biasa
isu nombor satu yang takkan surut selagi Parlimen tak bubar ialah politik
Aku suka politik sebab bidang ni multi-cross sume bidang
kestabilan politik juga adalah impak kepada semua pihak semua bidang semua industri dalam sesebuah negara
eventhough hari-hari kami disajikan dengan pertelagahan politik BN dan PR
tapi Alhamdulillah aku boleh cope lagi.

Tunggu PRU untuk memangkah.

Aku sayang Malaysia.


Doc: Aku stress, aku nak MC 10 hari. LOL!