Wednesday, May 20, 2015

KISAH 1: MRYT-MARA DUNGUN

Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu kuterkenangkanmu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya

Lirik Untukmu Feminin terngiang-ngiang...bila disebut angin dan bayu, fikiran terkenangkan satu tempat..tempat yang mengajar erti kehidupan..tempat yang mendamaikan..oh rindu..nukilan mengenainya telah lama aku tulis sejak tahun 2005. Tapi kerana otak kontot dan melayan fikiran yang dangkal habis 1 blog aku delete. Sekarang menyesal sebab semua yang aku tulis dulu memang berdasarkan catitan otak segar remaja 20an. Kini remaja yang melangkah “retua” ingin memulakan kembali kembara sebagai seorang ANSARA.

16 Februari 1998. Gulp. Pertama kali aku memijak bumi Terengganu. Ketika ini masih ada tol di Jambatan Sultan Mahmud. Aku ingat sebab aku lalu. Untuk pengetahuan, bapa aku gelar aku sebagai seorang yang buta jalan. Hahaha. Tapi tang tol ni memang aku ingat. Iyelah, pertama kali pijak tanah Darul Iman, jadi memang mata memerhati. Perjalanan ini bermula setelah aku setuju dengan tawaran...

Gadis beruniform sekolah dengan kain warna biru laut berjalan pantas untuk pulang kerumah. Zap zip zup kain dari jenama Canggih tu berbunyi pada setiap langkah. Matahari terik memancar dan dahaganya hanya Tuhan tahu...Ramadhan..ya ketika itu Ramadhan dan yang bermain di hati hanya ingin cepat sampai ke rumah. Tiba-tiba dia terserempak dengan rakan kelas. Lelaki. Gemok. Gagah pada fizikal tapi lemah pada iman. Hampeh. Tin coca-cola di tangan di bulan Ramadhan. Choi! Lalu tanpa mempedulikan teman yang tersenyum kambing menutup kelemahan iman dia terus melangkah. Melangkah membelah blok-blok rumah flat di Seksyen 2. Yang dituju Sesyen 4 bermakna ada Seksyen 3 sebelum dia sampai kerumah. OI! Menipu ke, Seksyen 3 tak ada kat Wangsa Maju. Hahaha!

Flat rumah tersergam indah. Dengan langkah yang sama dia memanjat ank-anak tangga. Tingkat 3. Aduhai bestnya kalau rumah di tingkat 1, sampai-sampai boleh terus masuk rumah. Tapi rezeki, duduk di atas kayangan. (Sampailah sekarang sampai tingkat 11 ko!) phewww...nafas dihela dan tudung sekolah dan “terbus” seperti kata orang Kelantan dicabut. Legaaa...panas..dihalakan muka ke kipas..tiba-tiba..

Emaknya menghampiri dengan sampul besar berwarna coklat.

“Kalau dapat jauh-jauh nak pergi ke” tanya emak.

“Jauh? Apa tu dalam sampul?” budak perempuan tu dah teruja nampaknya. Sebab dalam hati memang teringin sangat-sangat kan nak masuk asrama. Kawan-kawan sekolah ada yang dah dapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

“Offer masuk MRSM” balas emak.

“Hah?!!” menyeringai suka budak perempuan. “MRYT-MARA Dungun? Ape ni?” nada kecewa sikit sebab pada nama sekolah bukan di tulis M.R.S.M.

“Itu MRSM juga, kat Dungun, Terengganu” sampuk ayahnya.

Lalu, gadis itu setuju untuk jadi budak asrama. Bukankah itu yang dia idam-idamkan selama ni? Sampul diambil dan ditilik satu persatu ayat yang terkandung dalam surat tawaran. Turut disertakan contoh kain untuk uniform sekolah. Biru dan Cokelat. Dia masih belum tahu bahawa itulah warna tradisi MRSM. 

Weehuuuu!!! Aku dapat jadi budak ASRAMA!!

p/s: blog aku dulu namanya Imtihan. 


No comments:

Post a Comment