Salam a'laik readers!
Die Kamera
Die Das Der (Bahasa Jerman, berkulat dah sebab tak amal. Sedih betul. Sama la kaedah dengan Bahasa Arab yang aku belajar 3 Tahun. T____T )
Bulan puasa ini sepatutnya isu produktiviti tidak ditimbulkan. Sebab sepatutnya, lagi fokus dan menumpu. Bukan mengantuk memanjang kan.
Jadi hari ini, aku cuba buat sesuatu, baca sesuatu, dan berfikir apa sepatutnya aku fikir.
Ekonomi?
Politik?
Sosial?
Isu-isu berat. Aku cuba ok nak fokus pada organizing rumah aku, deco-deco bersama Eny, main masak-masak, tangkap gambar dan pos resipi. Tapi dalam masa yang sama aku ada masalah keyakinan, rasa sangat tak layak dengan post di mana aku berada sekarang. Berkhidmat Untuk Negara, aku perlu push lagi limit aku bukan dengan goyang kaki, clock in jam 8 clock out jam 5. aku perlu buat lebih lagi dan kerah otak aku untuk berfikir.
Aku nak cerita pasal kamera tapi meleret-leret dah. Nampak tak isu semasa buat aku hmmmm...
Jadi, kamera. Bukan pakar hokay. pandai click-click tengok tutorial. teruja dan beriya nok beli untuk tangkap gambar masa honeymoon back in 2012. Tapi, tamak kan selalu rugi, memang tak fully utilised, konon beli kamera sebab nak rajin update blog bergambar, sebab personally aku suka blog walking kat orang blogger yang tepek gambar dan sudah tentulah dengan kualiti gambar yang bagus, tidak kabur. tak semestinya guna DLSR khenn...
Jadi masalah aku ialah.
Built in pop-up flash yang bermasalah sekarang. And i feel so stressed when i think about it.
Sebab?
Kan nak raya dahhhh ni!!
p/s: sleep at 2 o'clock watching Malaysia fighting to beat India (Hockey) but sadly Mr. Jasjit denied Malaysia to Olimpic Games Brazil ;(
No comments:
Post a Comment