Wednesday, December 14, 2011

SIVIK


Sivik, ilmu tatarakyat. Bagaimana seseorang berhubung dan bergaul dengan orang keliling. Itulah sedikit sebanyak maksud perkataan sivik yang aku cari di internet. Aku tak ada Kamus Dewan (KD) bersamaku sekarang untuk cari makna perkataan sivik mengikut definisi KD.

Sebenatnya dah lama sangat aku tahan nak tulis tentang perkataan ini. Rasanya dah berbulan-bulan senario yang sama berlaku. Jamban, tisu dan wanita. Wanita, biasa orang akan terbayang cantik, sopan, dan bersih. Tapi setiap kali aku ke tandas untuk qada hajat, pasti ada tisu dalam mangkuk tandas. Kenapa begitu? Kenapa malas nak buang tisu dalam bakul sampah yang memang disediakan KHAS untuk buang tisu. Mujurlah tak ada kes lagi yang buang tampon dan adik-beradiknya. Kenapa nak biar tandas tu selalu tersumbat. Jangan ingat cleaner akan seluk tangan untuk buang tisu yang korang buang tu. Cleaner tu pun manusia. Jambat tersumbat salahkan cleaner. Kalaulah aku boleh tangkap wanita-wanita yang buang tisu dalam mangkuk tu memang aku paksa sorang-sorang seluk tangan ambil balik tisu yang dibuang tu. Memang sangat memalukan bagi aku sikap wanita yang sebegini dan tentu sekali sangat-sangat mengecewakan.

Kepada wanita-wanita sekalian:

BUANG TISU DALAM BAKUL SAMPAH BUKAN MANGKUK TANDAS

Thursday, December 1, 2011

Selamat

Alhamdulillah...dua minggu telah berlalu...dua minggu yang agak lelah..dua minggu yang jobless..dua minggu yang santai..hari ini bermulalah kehidupan sebenar yang pastinya cabarang sedang menanti. cabaran mendidik hati untuk sabar dan tenang. cabaran untuk mengurangkan angin kuskus dalam badan. cabaran untuk membetulkan pitching suara yang selalunya sering naik oktafnya. aduhai...

Career?
Kepada Allah aku bertawakal.
apa itu tawakal? cuba google dan cari artikel berkaitannya. InshaAllah boleh membina semangat kalau benar-benar tahu apa dimaksudkan dengan tawakal. kalau setakat sebut sahaja tanpa tahu pengertian payah jugak..payah untuk memberi kesan pada hati..

p/s: tolonglah lebihkan sabar wahai diri...