Thursday, June 30, 2011

susu vs diet

susu vs diet tak sama dengan curang vs percaya
macam mana nak diet?
byk minum susu kurang ambil nasi
macam mana nak percaya?
taktau.


morale of the story: jgn fikir benda yang bukan dalam kawalan kita nanti mereng.


kepadaNya aku berserah
(tapi selalu berbuat dosa)

:(

selamat malam.

p/s: aku semangat nak g kerja esok. maklumlah lepas join team building. hikhik. positive employee is my aim :)

Sunday, June 26, 2011

susu

nak diet sebab nak kurus atau sebab nak sihat? pilih untuk nak sihat ok. diet bukan maksud tak payah makan, tapi kawal pengambilan jenis makanan. malam-malam minum susu. pagi-pagi minum susu. siang-siang tibai nasi ok? hehe..hidup tanpa nasi sehari seperti tak lengkap. lidah ni dah dididik dengan makan nasi sejak dari kecil lagi. manakan bisa kalau ganti nasi dengan roti. aku orang timur.

semoga masa akan kurasa cepat berlalu kerana aku mahu bersama sahabatku. sahabat yang aku cinta. tapi cintakah kamu kepadaku?

November.

Saturday, June 25, 2011

the past is past

hey! kenapa tajuk mesti nak dalam english? koyas..

when the past thing haunt you...you will hardly to sleep...

maybe urm not the first...jerk.jerk.jerk. this kinda feelings i mean..

i wrote here to be honest to myself. damn..hate it..

this is rumble.

pls dont care 'bout me. say it when u mean it.

player. i mean futbal player. cisssss! arsenal xmng trofi 6 season.

p/s: deepest love to myself. because i wont let me down. im watching the handsome Dhamendra. hehehe..yep, Hindi movie all time fav. fewit! if u cant share with the closest person, just share it with everybody.

Thursday, June 23, 2011

Bila kena selsema satu hari jadi banyak posting. Jerk.

No longer feel tortured as before. Alhamdulillah... i believe in myself i ll face everything independently (not lonely) InshaAllah... oh Jai, u r damn hot man! (Jai kata, memeee la..) ekekeke. get well soon abg long dil. we want to watch you again. and you malek...you are very polite.. apa ye yang aku dapat? hubungan adik beradik tak akan terputus sampai bila-bila. tu je. feeling smalam pun 50-50 je. layan mata mengantuk plus layan korang bergaduh. malas aku nak layan. dengan bau hapaknya lagi...eeeeiwwwww.. sebenarnya entri tu bukan yg ke seratus. dkt dashboard blog jd entri ke100 sebab ada 2 3 drafts yg belum di post. semalam tidurku tenang. walaupun sebelum tidur ada macam-macam bunyi yang buat bulu roma tegak..seram-seram sejuk jugak semalam..ye la..mana tak seramnya dah aku memang nak demam. tu jadi seram campur sejuk. hihihi. kenapa sekarang aku tulis takda perenggan ni? entah.

p/s: i ll stay the way i am but i ll change for the better. gila kau update blog guna laptop sendiri wireless ofis time ofis. cissss. gaji buta kayu betol. yang pasti aku takda pending job sekarang. mcm ni selalu pun ok. coz i m giving up nak layan kerenah kontrak ni. kerja selagi diperlukan. TITIK.

p/p/s: i miss home dengan pipi adik comel aku.

p/p/p/s: pantang menyerah sebelum berjuang. What?!

Seratus.

Ini entri ke seratus. sekejapan dah seratus. apa entah yang aku taip di sini. entah. aku menulis ikut sedap. tapi ada perkara ada limit. hidung masih lagi merembeskan air ingus putih. selesema.esok harus bawa tisu ke pejabat. nanti ingus meleleh atas kertas kerja. habislah projek.ada sesiapa nak buat susu anlene untuk aku sekarang. susu panas. badan aku sengal-sengal ni. malas hendak ke dapur. malas nak cari bekas tertutup simpan serbuk susu anlene. aku beli RM22, aku dapat gelas percuma. (heh, tipikal..beli sebab ada percuma) BUKANla! aku nak amal cara hidup sihat. aku nak sihat bukan aku nak kurus (aku tau aku payah dah nak kurus). aku mengantukla......

p/s: tagged (aku tak pernah kena tagged sepanjang berblog sejak tahun 2005 - friendster blog. jgn tagged aku. aku sentap nanti)

aku mengantuk..tapi aku nak minum susu.....

Wednesday, June 22, 2011

Sroot sroot..sudah...selesema datang. antibodi lembek, jangkit.
grurr grurr..sudah..perut meragam..proses nyahtinja asyik nak berlaku
mata melihat pasangan tersenyum
jari menggatal scroll tetikus
akal mendidik hati untuk bertenang
jiwa berikrar untuk aman..
kerana diri faham
apa yang ada tidak serupa seperti yang lain
syukur syukur syukur..
jgn pernah berhenti bersyukur kepada
Peminjam nyawa
Pemberi nafas sebelum di ambil semula
Pengkurnia yang tidak pernah berkira
terus dekat sama Dia.
sabar sabar sabar
terus terus bersabar
mencapai yang halal pasti ada ujian
kerana syaitan akan berusaha untuk terus menang
ikut hati mati
ikut rasa binasa
ikut ego musnah semua
sabar sebahagian iman
gelojoh semua runtuh...
tenang dulu sebelum bicara
senyaplah untuk elak sengketa
senyap atau hanya diam?

p/s: erin, hadioh mu tok igt nak bui lagiiiiiiiiiii...sapa putrajaya baru aku teringat mek..
p/p/s: Fabregas, pls leave the Goners..pls be with the team which can make u happy and perform very well. i just want u to be happy..Tie Tie..y don't u come back to Emirates? we miss u..very much ;(

Tuesday, June 21, 2011

Apa ini

Lembik, cair, lemau,
Apa tu?
penuh rasa..tapi luka
hmm?
nyilu, pedih..terasing
apa ek?
itulah perasaan orang terbuang...
sudahlah jangan asyik terhegeh...sudah2lah...
telah terlalu banyak mengalah...
sampai tercabar maruah...

p/s: bagaimana nak menghargai barang lama supaya makin lama makin dihargai dan bukan dipandang sepi dibuat sesedap rasa tidak seperti mula2 baru memiliki. benarlah..cinta pada Tuhan adalah cinta hakiki dan abadi kerana cinta yang itu menenangkan hati..tapi bagaimana jika makin jauh dengan cinta Tuhan?

p/p/s: nasi lemak nasi dingin, orang tak hendak hamba tak ingin..

Sunday, June 19, 2011

I feel like....

screaming............................


laughing........................................


smallville is now showing @ TV3. Hmm dah lama gila tak follow TV series...House MD pun tak tau ape cerita House ngn Dr. Cuddy....sitcom pun dah lama tak tgk..tv pun mcm dah tak tayang sgt...cerita-cerita local every 7-8pm monday-thursday aku follow ala-ala pun..tgk kat fb sorang2 update status pasal previos NE series aku macam..hemm ekk? most of them watched it coz of the actor..kuhkuhkuh..forget about it.

I need book(s)! Kena banyak membaca baru minda terbuka. aku nak buku-buku yang up sikit dari love fiction..yang lebih kepada humanity...any suggestion? do tell me okeh.

Hati aku tertarik dan terpaut dan punyai rasa kuat untuk membaca buku ini...
Daripada aku berfikir yang bukan-bukan yang buang masa baik aku curahkan masa aku dengan membaca. membaca boleh bawa aku ke serata dunia. at least cara author describe sesuatu budaya, tempat, dan amalan boleh buat aku imagine, aku berada di suasana itu. ye la, nak mengembara kena ada modalnya. best lagi kalau ada partner. rasa secure sikit ;p

Lately, aku macam harsh dengan certain people...haila.......i'm trying hard to be ikhlas...help me Allah.....

p/s:aku x suka cara aku menulis sekarang. banyak sangat rojak bahasa. Bahasa inggerisku sangat teruk. Lebih baik lain-lain posting selepas ini aku guna Bahasa Malaysia penuh.

Tuesday, June 14, 2011

there's no such thing as bffaa?


7 cute buddies

Pic Source : Google
jangan pernah terkejut kalau dulu rapat sekarang renggang
aku excited bangun dan mahu mengulur salam
tapi seolahnya dia tidak sedar beradanya aku di situ
senyumnya bagai terpaksa..
tapi aku kenal kau lama...
mungkin kau penat..
mungkin aku sahaja merasa
tapi terkejut ku bila teman sebelah bertanya
"kenapa dia buat macam donn kat u?"suara bisikannya tenggelam timbul dek bohemian
sekali air bah, sekali pantai berubah..apatah lagi manusia...

mungkin kini kita hanya kenalan yang pernah berkawan...

All the Best to you ex-friend

p/s: never have ex-boyfriend. InshaAllah ;)




Lima Bulan Lima Hari


5 bulan 5 hari
aku sabar menanti
semoga semua diberkati

menghitung hari dan detik
jikalau telah tertulis olehNya jadi
maka jadilah ia..

doa jangan putus
usaha terus terusan
jemu jangan sekali...

p/s: mesyuarat 10 minit lagi...hmmppfttt

Friday, June 10, 2011

Menongkat dagu dan merenung

Bila orang sudah bosan
diam-diam kamu di sudut itu

Bila orang sudah bosan
Diam kamu jangan teruskan bicara

Bicaramu bisa menyakitkan
apa yang kau fikir bakal disalah tafsir

Bila orang sudah bosan
Kamu harus bangkit berdiri sendiri
Jangan lagi terbuai dengan kemudahan yang tersedia ada
Ingat kembali waktu sukarmu
Menjauhkan kamu dari sikap sombong manja dan mengada

Bila aku sudah bosan dengan penat,
Aku mau tidur.
Jangan ganggu puteri beradu..

Bukan puteri tapi Ratuuuuuuu.......................

zzzz....

P/s: aku = ampeh? jgn mikir neng...kamu hebat dengan dirimu sendiri..usah goyah..tidur aja dulu kasi tenang fikiran..

Wednesday, June 8, 2011

Bunga Hati bukan Bunga Lawang

Aku dengan kau
Aku bawa kau
Orang kata “amboi…cute la dia
Aku pandang kau
Aku jamu mata menilik kau
Oklah..kau comel
Tapi nampak keletihan di mata mu
Eye bags makin besar
Wajah nampak lesu
Sehari-hari 40km
Kena rehat..makan yg berkhasiat, tidur yg kaw-kaw nyenyak
Kenapa?
Aku sayang kau

Dengan dia aku bahagia
Dengan dia aku ceria
Dengan dia aku suka
Walau kadang mendung datang juga
Advantage kenal lama
Dah tau cara nak tawan semula
Aku cinta dia…

Jadi siapa kau, siapa dia

ORANG YANG SAMA ;p

p/s: aku cinta sama kamu sayang. tapi pls..tinggalkan Manchester United. hahahaha.

Tuesday, June 7, 2011

Bebas

Bebas. Bebas menulis, bebas berkarya, bebas berfikir, bebas berfesyen, bebas berbahasa, B.E.B.A.S. tapi aku nak bebas yang ada paksi. Paksi Islam.

p/s: aku malas nak cerita pasal kisah souvenir. nanti jadi karya busuk hati lagi

Friday, June 3, 2011

Musafir

Gila kentang penangan CJ H.L.O.V.A.T.E.
Hati terus meronta nak merantau
Merantau cari erti.
Erti Apa?
Erti macam K² nak cari, bukan macam K² nak jumpa.
Orang seni selalu spesial bagi aku. Tapi bukan aku. Aku bukan orang seni. Aku nak belajar seni.
Seni kehidupan.
Hidup yang dipenuhi dengan warna, corak, dan bermacam kisah.
Hidup yang terisi..
Terima kasih Fend, K²..
Terima kasih HLOVATE!!!!!



Wednesday, June 1, 2011

Tak Jadi Tulis Entri Busuk Hati

Helaian kalender diselak lagi. Petanda bulan Masehi berganti lagi. Dari Mei ke Jun. Signage ada 5 bulan lagi sebelum aku jadi tanggungjawab seseorang. (Ni bukan blog bride to be yang mengimpikan majlis yang vogue sampai kadang-kadang tak masuk akal) (kalau aku dok oversea confirm cost kawen tak cecah seribu….kalau…)

Semalam aku bercakap dengan Awek PROTON. Pung Pang Pung Pang. OMG. Technical knowledge yang superb. Cerita pasal monitoring centre. How to monitor car movement from 1 point to another. (Aku interested sesangat). Aku pun cerita pasal aku. My task mostly to facillitate (boring huh?)

Motivasi aku lepas baca Contengan Jalanan Part 1; No matter what is your (halal) job, you must be proud of it. P.R.O.U.D.

(Jangan asek nak downgred kebolehan sendiri)

Kerja aitu adalah IBADAT selagi niat bekerja kerana Allah.

Pasungkan hatimu begitu wahai aku…

(aku mmg tgh mengalami krisis kerjaya)

So, Jun, Kak Jun? Abg Jun atau Jun aje? Apa ada dengan JUN? Public holiday takde.

Hahaha.

Barakallahulakuma :)

p/s: Aku nak kawin.