Wednesday, April 22, 2015

Bumi Kita


Buka komputer, macam biasa la homepage yang dah dipinkan ialah google. Buka instagram tengok post Maya Karin, ada hashtag Earth day dan google doodle pun tunjuk earth day.Hari ni hari Bumi. 

Jadi apa yang telah dan sedang anda buat untuk menyelamatkan bumi dari kerosakan?

Semalam dalam berita ada cerita tentang, pembinaan kondominium mewah yang telah menjejaskan struktur sekolah. Wartawan laporkan sekolah tu boleh runtuh menyembah bumi. Dalam hati aku terlintas, manusia makin tamak, lihat sajalah bangunan-bangunan mewah yang dibina macam cendawan lepas hujan. Semakin hari semakin banyak. Golongan marhaen macam aku mampu tengok. Bukan tak berusaha untuk memiliki tapi entahlah, nak buat tak fikir sakit hati tengok ketamakan dan kerakusan bermaharajalela. Lihat saja pusat pentadbiran Kerajaan, semakin banyak property masuk. dan semestinya yang high end!

Apa yang aku boleh buat setakat ini ialah menggigihkan diri untuk naik bas dengan sumber gas asli, tak buang sampah rata-rata. Cuma untuk amalan kitar semula dan pengasingan sampah aku kena tekankan. sebab aku ni suka masak, jadi bahan buangan organik yang basah-basah memang banyak la. 

Malam-malam sekarang rasa warm. suam-suam. nak tidur pun berpeluh kerana badan cepat belengas kerana cuaca yang suam-suam. perubahan iklim/cuaca kerja siapa? Pasti kita semua tahu jawapan. angkat tangan masing-masing dan tengok..nama kita tercatat di situ. 

Kepada yang punya anak-anak kecil, ambillah peluang untuk dekatkan mereka dengan alam. beri peluang untuk mereka hargai alam. lihat dan rasa keindahan alam dengan pengalaman mereka sendiri. 


Selamat Hari Bumi, mari sebarkan kasih sayang -xoxo-

No comments:

Post a Comment