Friday, May 22, 2015

KISAH 2: MRYT-MARA DUNGUN

Pengalaman baru. Dialek baru. Tapi aku masih mengekalkan cakap Key Ell. masih belum blend together. Tapi aku tak ada masalah nak faham dialek sebab aku asal Klate boh!!Rata-rata kawan sekelas senyap dan masih malu-malu. Tiada seorang pun yang aku kenal. Aduh...

Aku seorang masih pelik sebab masih beruniform sekolah biasa kerana masih belum sempat tempah baju coklat dan biru pengawas. Warna rasmi baju sekolah maktab. Mujurlah Cikgu Homeroom aku yang cantik nak tolong tempahkan baju. Memang cantik sangat cikgu Kemahiran Hidup seorang ni. hihihi. Jadi buat sementara aku antara rare student dengan baju putih kain biru laut. 

Kelas aku masa Tingkatan 1, 1 Bestari, seingat aku ada 5 kelas. Amanah, Bestari, Cemerlang, Dinamis, Ehsan. dan aku termasuk dalam golongan beruntung kerana kelas Bestari dan Amanah tak perlu floating. kawan-kawan dari kelas Cemerlang hingga Ehsan terpaksa la blajar ala floating sebab kelas tak cukup. Belajar kat PSP ke, kelas-kelas lain yang tengah dalam lab ke..mmm..leceh jugak sebab tak dapat simpan buku dalam kelas. hari-hari kena kelek buku. dan budak kelas Amanah dan Bestari jangan perasan pandai k. LOL!

Masa umur 13 tahun aku dah belajar hidup jauh dari keluarga. teringat saat emak hantar aku kat pintu dorm Siti Aminah kemudian tolong kemas-kemas barang sikit. Ada senior tingkatan 3 yang turut ringan tulang tolong kemas. sambil tulis nama-nama aku kat selipar, baldi, cebok..iyalah takut tertukar kan. namanya Kak Sema. ingat-ingat lupa dah mukanya. Saat emak tinggal aku ada la sikit perasaan sedih campur takut sebab hidup kat tempat orang kan. tapi memang tak menangis pun..bedmate aku tingkatan 1, Hanan, tinggi budaknya dan sangat lemah lembut. Hanan masuk 1A aku 1B. tak sekelas. 

Kelas 1 Bestari..dari hari ke hari aku sudah boleh menyesuaikan diri dan menyumbang kepada keriuhan kelas. Abdul Hakim Ikram. classmate merangkap anak kawan ayah aku juga dalam kelas yang sama, dan bila jumpa geng haruslah kami sama-sama meriuh-rendahkan kelas. Waktu dulu aku adalah lebih kepada extrovert dan becok. Mungkin terbawa-bawa sikap gila masa Darjah 6 di SKWJ. Aku dah selesa dan anggap kawan-kawan sekelas pun boleh "masuk" untuk riuh rendah. rupanya ada yang tak suka. mereka mula gelar aku kepoh macam Ayam Selebet Usop Sontorian. dan terus bagi gelaran aku Selebet. memang cari pasal. tapi satu hari aku tengok budak kelas yang bernama Faisal tak pakai cermin mata. eh pelik. Budak ni rasanya yang bagi gelaran ayam selebet kat aku. Dan hakim as a paparazzi buat annoucement:

"Mung tau ko ada spek budok tu jatuh dale lube jambe" 

Dan aku: WAKAKAKAKAKAKAKa!! haruslah gelak guling-guling khennnn

p/s: This is based on 80% true story -peace-

Wednesday, May 20, 2015

KISAH 1: MRYT-MARA DUNGUN

Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu kuterkenangkanmu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya

Lirik Untukmu Feminin terngiang-ngiang...bila disebut angin dan bayu, fikiran terkenangkan satu tempat..tempat yang mengajar erti kehidupan..tempat yang mendamaikan..oh rindu..nukilan mengenainya telah lama aku tulis sejak tahun 2005. Tapi kerana otak kontot dan melayan fikiran yang dangkal habis 1 blog aku delete. Sekarang menyesal sebab semua yang aku tulis dulu memang berdasarkan catitan otak segar remaja 20an. Kini remaja yang melangkah “retua” ingin memulakan kembali kembara sebagai seorang ANSARA.

16 Februari 1998. Gulp. Pertama kali aku memijak bumi Terengganu. Ketika ini masih ada tol di Jambatan Sultan Mahmud. Aku ingat sebab aku lalu. Untuk pengetahuan, bapa aku gelar aku sebagai seorang yang buta jalan. Hahaha. Tapi tang tol ni memang aku ingat. Iyelah, pertama kali pijak tanah Darul Iman, jadi memang mata memerhati. Perjalanan ini bermula setelah aku setuju dengan tawaran...

Gadis beruniform sekolah dengan kain warna biru laut berjalan pantas untuk pulang kerumah. Zap zip zup kain dari jenama Canggih tu berbunyi pada setiap langkah. Matahari terik memancar dan dahaganya hanya Tuhan tahu...Ramadhan..ya ketika itu Ramadhan dan yang bermain di hati hanya ingin cepat sampai ke rumah. Tiba-tiba dia terserempak dengan rakan kelas. Lelaki. Gemok. Gagah pada fizikal tapi lemah pada iman. Hampeh. Tin coca-cola di tangan di bulan Ramadhan. Choi! Lalu tanpa mempedulikan teman yang tersenyum kambing menutup kelemahan iman dia terus melangkah. Melangkah membelah blok-blok rumah flat di Seksyen 2. Yang dituju Sesyen 4 bermakna ada Seksyen 3 sebelum dia sampai kerumah. OI! Menipu ke, Seksyen 3 tak ada kat Wangsa Maju. Hahaha!

Flat rumah tersergam indah. Dengan langkah yang sama dia memanjat ank-anak tangga. Tingkat 3. Aduhai bestnya kalau rumah di tingkat 1, sampai-sampai boleh terus masuk rumah. Tapi rezeki, duduk di atas kayangan. (Sampailah sekarang sampai tingkat 11 ko!) phewww...nafas dihela dan tudung sekolah dan “terbus” seperti kata orang Kelantan dicabut. Legaaa...panas..dihalakan muka ke kipas..tiba-tiba..

Emaknya menghampiri dengan sampul besar berwarna coklat.

“Kalau dapat jauh-jauh nak pergi ke” tanya emak.

“Jauh? Apa tu dalam sampul?” budak perempuan tu dah teruja nampaknya. Sebab dalam hati memang teringin sangat-sangat kan nak masuk asrama. Kawan-kawan sekolah ada yang dah dapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

“Offer masuk MRSM” balas emak.

“Hah?!!” menyeringai suka budak perempuan. “MRYT-MARA Dungun? Ape ni?” nada kecewa sikit sebab pada nama sekolah bukan di tulis M.R.S.M.

“Itu MRSM juga, kat Dungun, Terengganu” sampuk ayahnya.

Lalu, gadis itu setuju untuk jadi budak asrama. Bukankah itu yang dia idam-idamkan selama ni? Sampul diambil dan ditilik satu persatu ayat yang terkandung dalam surat tawaran. Turut disertakan contoh kain untuk uniform sekolah. Biru dan Cokelat. Dia masih belum tahu bahawa itulah warna tradisi MRSM. 

Weehuuuu!!! Aku dapat jadi budak ASRAMA!!

p/s: blog aku dulu namanya Imtihan. 


Tuesday, May 19, 2015

Hujung Minggu: Lari-Lari MILO dan Sabah

Hui hai Salam'alaik everybody!!

Dua hujung minggu yang dipenuhi. Penuh bermaksud beraktiviti luar dari kebiasaan. Selalunya akan melepak di rumah dan menyelesaikan kerja-kerja pembersihan dan kemas-mengemas rumah yang tak pernah berkesudahan T_T. Soal ini aku tak tahu mana yang tidak kena. Mungkin sebab masih kurang organize (teratur) dan hidup asal boleh aje kan. (Ini baru dua orang, kalau ada rezeki anak-anak; cant imagine-but keep on praying for kids/twins!)

Lepas aku reunite balik dengan beberapa girlfriends dari Dungun dulu, maka salah sorang dari mereka pun ajak la daftar lari-lari MILO. MILO? Interesting. Sebab aku dah pernah sertai CAPAM2014 Run tahun lepas jadi withour hesitate aku pun daftarlah bayar RM20/person dengan suami aku la khenn. 

Jadi 10 Mei 2015 berlari-larilah aku dan suami sejauh 7km. Berlarijalan namanya. Gila nak lari non stop 7KM?

Jadi apa yang aku dapat? Indicator langkah berjalan di telefon melebihi 10,000! Hahaha. roughly dalam sehari dpt dalam 5,000 (tapi aku rasa memang lebih 10,000 sebab bukan sepanjang masa aku gantung handphone kat leher kan. Reaching 30s measn you have to be more concern on your health. Kestabilan ekonomi juga penting tapi kesihatan adalah harta yang tak ternilai. (Aku tak tau kolesterol level aku macam mana sebab pretty high @_@) 

Lari-lari sambil tengok suasan orang-orang berhimpun, keluarga, mak, ayah, anak-anak kecil. ini yang kita mahukan. attached. attached dengan suasana sekeliling, dan menikmati udara dan pemandangan indah. kita kadang-kadang sibuk sangat dengan kerja dan kehidupan masing-masing sampai kadang-kadang kita tak perasan bila kali terakhir kita tengok langit (terbaca di status FB Ujang, kartunis beberapa hari lepas). 

Ya, bila kali terakhir kita tengok langit?

Berlari aku mengejari...


Minggu lepas bersama suami kami ke Sabah. 

Apa yang aku dapat dari trip ini ialah:

Belajar untuk berterima kasih pada semua dan jangan cari teman saat kau kesusahan dan kau tidak endahkan dia saat bahagiamu. 

Pencawang menggapai Langit
Hanya mampu kumelihat mu wahai si Lobster


P/S: Last Sunday Theo W proved why AW should remain him. MU 1 - ARS 1 @ Old Trafford





Friday, May 8, 2015

Shawl Flowy Flowy

Salam'alaik peeps. Happy Friday Saiyyidul Ayyam. 

Semalam belek-belek (tipu, scrolling sebenarnya) facebook tengok kat mana NoraNorwan buka booth minggu ni. Sebab dah lama tak beli shawl plain. Sebelum ini aku pernah tulis betapa aku suka pakai shawl NoraNorwan sebab kain elok, jahitan ok at very reasonable price, dan mungkin sebab Kak Nora sendiri yang sangat mesra. 

Kak Nora, sweet dan nampak passion dalam bisnes dia. Sempat berbual dengan dia, suami dan adik-beradik mmg involve dalam bisnes mereka sama-sama. 

Namun, nafas dan nyawa hanya pinjaman Allah. 

Suatu hari masa tengok FB (Allah..aku agak attached jugak dengan FB. no good if too attched k) dan tertengok berita seorang wanita yang baru bersalin disahkan punya empat jenis barah. Allahu...sebagai seorang yang masih belum ada rezeki jadi mommy, i feel so touched. Ya penantian utk zuriat salah satu ujian, tapi ujian wanita itu kurasa lagi berat. Insaf, sedih dan emm macam-macam rasa..lalu terlihat dalam post tersebut #prayfornorashikin lalu aku cari di IG tak jumpa dan waktu aku nak tutup FB aku ternampak satu lagi hashtag #founderofnoranorwan. MashaAllah..masa tu rasa seperti kena hempap..wanita yang dimaksudkan ialah Kak Nora, kakak yang aku sempat jumpa 2 kali. Dah beberapa helai shawl dia aku beli..Perasaan bila tahu itu Kak Nora hanya Allah tahu. :'(

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Terbayang senyum Kak Nora, macam mana dia tunjuk cara pakai instant shawl..mmm Allah tahu yang terbaik..dan aku kagum tengok ketabahan dan kesungguhan suaminya untuk teruskan brand NoraNorwan. 

Semoga roh Kak Nora dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang beriman..terima kasih untuk usaha Kak Nora dalam perniagaan shawl..shawl yang diguna untuk menutup aurat dan mahkota wanita :-) InshaAllah...Semoga tenang disana....

Kepada pembaca, boleh intai di FB Nora Norwan. Aku selalu beli di Kompleks E7 (setiap hari Jumaat memang ada banyak kedai-kedai jual macam-macam produk, pakaian, makanan, tupperware etc)

Flowy Flowy Shawl

p/s: Hiduplah untuk memberi manfaat. Keep on praying for little giggles. 

Thursday, May 7, 2015

Pencen dan KWSP

Yuhooo!!

Salama'laik everyone!

Apa guna berblog kalau benda yang memberi manfaat tak dikongsi bersama kan? Kalau boleh penulisan ini dapat memberikan sesuatu dan faedah. Minggu lepas tengok teman FB dok update pasal KWSP. Kami ni dapat status sah dalam perkhidmatan jadi berlumba-lumba la nak keluarkan duit. Tapi ingat, duit yang berkumpul tu jangan la dibuat joli, mana yang ada tabung untuk melabur pergilah pump duit dalam tu kasi banyak. Payah nak menunggu duit menimbun tapi sesaat dua je kalau nak tengok dia habis. T_T

Pic Source: Google
Jadi, let's go straight to the point. Proses until keluarkan KWSP bagi penjawat awam yang dah dapat taraf SAH DALAM PERKHIDMATAN dan pilih SKIM PENCEN. Sebab ada juga sesetengah yang terus nak maintain untuk mencarum dalam KWSP. Masing-masing punya pilihan, sebab kalau bijak urus memang berlipat kali ganda pulangan yang dapat dari pilih skim pencen.

Untuk persediaan sebelum ke kaunter KWSP dokumen yang lengkap diisi seperti berikut diperlukan:
  • Borang 9J(AHL): Boleh isi online dalam i-Akaun, Log in i-Akaun, bawah tab Pengeluaran pilih Borang Web Pengeluaran Pekerja Berpencen/Pengeluran Pesara Pilihan. Kalau isi online, Akaun Bank dan lain-lain akan automatically generated dan aku tak perlu bawa pun salinan penyata/buku bank. Cuma kita perlu pilih cara $$ dikreditkan macam mana. Dah siap isi jangan tak print pulak naa.
  • Lampiran A : NOTIS AKUAN PELEPASAN CARUMAN KERAJAAN. Ini perlu dapatkan tandatangan pegawai HR
  • Salinan surat sah dalam perkhidmatan dan diberi taraf berpencen
  • Salinan surat dilantik tetap
  • Kad pengenalan jangan lupa bawa. Berurusan di kaunter tak perlu buat salinan KP dah. 
Kalau semua dah lengkap, urusan di kaunter hanyalah lebih kuran 10 minit sahaja dan tempoh 21 hari adalah KPI untuk tabungan kita dikreditkan. Terima kasih kepada Ms. Danna KWSP Kajang yang mesra. Weehuu!!

Jumlah yang kita boleh keluarkan ialah semua yang ada dalam Akaun 1 dan Akaun 2 sepanjang tempoh bekerja kontrak/swasta sebelum dilantik tetap dan Akaun 2 sahaja selepas dilantik tetap sehingga diberi taraf berpencen. Jadi, tabungan yang ada gunalah sebaik-baiknya. Aku pergi kaunter untuk print penyata dari awal kerja sebab nak tengok tabung untuk buat belanjawan. 

Adios. 

p/s: Home Sweet Home. Dan ready kita blog mengenai TAMARA pula ;p

Wednesday, April 22, 2015

Bumi Kita


Buka komputer, macam biasa la homepage yang dah dipinkan ialah google. Buka instagram tengok post Maya Karin, ada hashtag Earth day dan google doodle pun tunjuk earth day.Hari ni hari Bumi. 

Jadi apa yang telah dan sedang anda buat untuk menyelamatkan bumi dari kerosakan?

Semalam dalam berita ada cerita tentang, pembinaan kondominium mewah yang telah menjejaskan struktur sekolah. Wartawan laporkan sekolah tu boleh runtuh menyembah bumi. Dalam hati aku terlintas, manusia makin tamak, lihat sajalah bangunan-bangunan mewah yang dibina macam cendawan lepas hujan. Semakin hari semakin banyak. Golongan marhaen macam aku mampu tengok. Bukan tak berusaha untuk memiliki tapi entahlah, nak buat tak fikir sakit hati tengok ketamakan dan kerakusan bermaharajalela. Lihat saja pusat pentadbiran Kerajaan, semakin banyak property masuk. dan semestinya yang high end!

Apa yang aku boleh buat setakat ini ialah menggigihkan diri untuk naik bas dengan sumber gas asli, tak buang sampah rata-rata. Cuma untuk amalan kitar semula dan pengasingan sampah aku kena tekankan. sebab aku ni suka masak, jadi bahan buangan organik yang basah-basah memang banyak la. 

Malam-malam sekarang rasa warm. suam-suam. nak tidur pun berpeluh kerana badan cepat belengas kerana cuaca yang suam-suam. perubahan iklim/cuaca kerja siapa? Pasti kita semua tahu jawapan. angkat tangan masing-masing dan tengok..nama kita tercatat di situ. 

Kepada yang punya anak-anak kecil, ambillah peluang untuk dekatkan mereka dengan alam. beri peluang untuk mereka hargai alam. lihat dan rasa keindahan alam dengan pengalaman mereka sendiri. 


Selamat Hari Bumi, mari sebarkan kasih sayang -xoxo-

Wednesday, April 15, 2015

Resipi Bawal Emas Kukus (Stim)

Bawal bukanlah ikan kegemaranku. Bukan sebab Hamid Gurkha gosok gigi ikan okeh. hahaha. Cerita lama yang dia berlakon dengan Dharma Harun Al-Rashid yang handsome tui ketika itu. Cikgu Azmi. hihihi. Namun, selepas bondaku masak ikan bawal emas stim, kami suami isteri terus suka dengan ikan ni. Sebab isi dia lembut dari bawal putih/hitam. Jadi beberapa minggu lepas aku memberanikan diri membeli ikan ini dan buat masak kukus juga la. No oil used. Not even a drop. weeeee...Setakat ini dah dua kali la aku buat, dan ternyata dengan bantuan sos ikan rasanya akan lebih mengancam. so, repetitive dari post FB dan instagram, kubawakan resipi bawal emas. Kalau korang dah cuba resipi ni nanti boleh share ok. 

Bersihkan ikan dan lumurlah sedikit garam. Sementara itu panaskan 2 mangkuk setengah air dalam kuali. Mangkuk kecik Corelle tu hokay. Kukus ikan. 

Sambil-sambil itu:

  • Hiris-hirislah lada benggala, 
  • Lada merah,
  • Cili padi,
  • Bawang putih,
  • Sebatang serai,
  • Kulit lemon. Sikit je bg rasa pahit-pahit sikit,
  • Lobak merah,
  • Tomato ceri belah dua je.
  • masak. Tabur tomato ceri.

Agak-agak ikan dah 3/4 masak, angkatlah ia dan letaklah dalam bekas yang molek. Kemudian tanpa fikir panjang campaklah bahan-bahan yang dihiris dalam kuali yang masih ada air kukusan ikan tadi kacawali tomato ceri

Tambah 1 sudu sos ikan dan 1 sudu sos tiram. Sudu besar. Kasi la dia menggelegak sampai bahan-bahan dah keluarkan bau harum. Kemudian letak balik ikan. Kukus dgn bahan-bahan tadi sehingga isi ikan

Angkatlah ikan dan letaklah dalam tempat bergeluk sikit sebab nak tuang kuah ikan kukus tu.
Ambillah beberapa tangkai daun ketumbar dan guna jari-jemari patahkan tangkai/daun dan taburlah atas ikan.