Friday, January 28, 2011

Serebe otak

Tau ke mcm mana rasa serebe otak? Semalam baru dgr istilah tu. HAHAHAHAHA






P/S: i AM FEeling stronger than yesterday. peace!

Wednesday, January 26, 2011

Labu Air

Haila labu. tak tahu nak kata apa. nak rasa macam mana. bila waktu macam ni tiba-tiba rasa nak balik rumah. tengok muka adik comel. gigit-gigit pipi dia. Hmm..dah dekat sebulan aku tak bercakap dengan dia..degil... mcm tu la kaedahnya. 

Lepas tu. jadi pulak benda yang menyesakkan kepala hotak berjambul. pagi-pagi turun bas istighfar banyak-banyak. sebab itu ubat untuk penyakit hati. tapi bila datang time berfikir tu mula la balik senak otak ni. Lagi-lagi dengan panggilan misteri. bukan pemanggil misteri tapi tujuan pemanggil tu yang misteri taik kucing. bila di tanya tak berjawab...macam bongok ke memang bongok. aku benci dan menyampah ditinggal dengan teka-teki teka-tekuk. tapi tak faham-faham bahasa jugak kan. sebab tu la kalau baca novel, aku akan terus baca 2 3 bab terawal then gi kat last page. hahahahah..dalam certain-certain bab memang i am very impatient. 

Penindasan dan kebaikan...semua orang baik. sesetengah orang amik kesempatan dengan kebaikan orang lain. sesetengahnya pula lagi baik dengan orang lain daripada baik dengan diri sendiri. Baik dengan cara cerdikla. sampai akhir cerita diri sendiri merana sebab kebaikan dimanipulasi. kena sedar. kehidupan semakin dewasa. bukan sentiasa naive macam zaman kanak-kanak yang kesemuanya suci dan mulus dan tulus. 

Aku jaga diri aku sendiri. tapi kadang-kadang aku pun bodoh juga. dan aku tak suka orang senang-senang saja boleh menyerah. Stop la eh. hati aku dah banyak ion negative ni. 

SO, few days from now, i will turn 26. and insyaAllah i will also know the interview result. Keputusan tu jugak akan menjadi salah satu perkara besar yang akan mencorakkan jalan hidupku ini. Sama ada terus dalam kapal ini ataupun kena cari motoboat lain. prinsip setakat waktu dan saat ini gini : Tanggung diri sendiri dulu...ada rezeki dalam kapal ni adala..kalau tak berpanjangan kena cari kerja yang at least lepas nak tanggung diri sendiri. easy! Life goes on bebeh! Syukurlah aku tak ada komitmen apa-apa lagi, kereta ke rumah ke masih belum ada...yang sudah tu sudahla...kentalkan sikit hati bagi tebal..sebelum risau-risau orang lain, risaukan diri sendiri..kita susah-susah risau orang orang ada nak risau kita? TADEMANENYE....

Ok. Bye!


P/S:
  • Cepat-cepatla cuti weh! 
  • Pilem Khurafat..adeh..copot jantung den..terjerit jgk i okeh
  • Eliz, where are you? 

Sayur lemak labu pun sedap jugak ni....slurpppp


Tuesday, January 25, 2011

Reckless

Kalau ikut google trasnlate maksud dia sombrono. 

Kebanyakan yang aku google, perkataan reckless = careless.

Mengapa tajuk ini dipilih?
1. Sebab baru lepas kena tengking
2. Sebab perkataan ini sesuai dengan keadaan semasa
3. Sebab perkataan ini menyurutkan rasa sedih selepas di tengking
4. Sebab padan muka taknak amik iktibar daripada kejadian-kejadian yang sangat-sangat sering berlaku atas kecuaian sendiri. 
5.Sebab bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku
6. Sebab kecewa dengan sikap reckless yang berulang-ulang
7. Sebab sikap take things for granted..
8. Sebab i lead my own life. 
9. Sebab....nak elakkan terus mengeluh which is very very bad thing to do. 

Perfect timing..this morning i wrote gud things happen..and this moment...the gud time has past and nightmare  is just happened. 

p/s: Tunggu result interview.
p/s p/s: Ada apa dengan temapt itu.
p/s p/s p/s: I am damn upset.


Housemate beli buah kundang...aku nak join makan la...bagi hilang rasa pahit..........


Monday, January 24, 2011

Kembali pada Yang Satu

Semalam...tangan terus menekan tetikus untuk melihat update terkini..






23 Januari 2011


Tergamam aku sekejap...
Walaupun tidak mengenali secara dekat, tetapi pemergian Oden dirasai..
Takziah untuk seluruh keluarga Oden..Semoga ruh Oden dirahmatiNya..


p/s: .......

Sunday, January 23, 2011

Apa yang perutku rasa...

Sunday morning.
House mates still sleeping.
My stomach is now singing.
For Roti Canai biting and teh tarik drinking. 

LAPARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR


Pic Source : Google

p/s: sleeping beauty kat JB tak bangun-bangun lagi

Saturday, January 22, 2011

Ich bin gelangweilt

Aduhai...buat cekodok tepung lupa letak garam...a way to prevent high blood pressure..tawar....

This entry written because I am In Kingdom of Boredom. 

Dengan siaran tv yang hampeh, dengan nobody here to talk to, dengan rumah yang bersepah bagai tongkang yang hampir karam, dengan ruang tamu yang tidak cukup pencahayaan, apa lagi yang aku boleh buat? Berangan? Yes.

Aku berangan punyai suami yang rajin dan pandai memasak
" Abang....nak makan chicken chop la..." Boleh? Boleh..berangan free...

Aku berangan menjadi isteri kepada suami yang pandai repair kalau ada wiring/plumbing problem
" Abang......lampu tak nyala ni..Paip kat sinki dapur bocor..."
" Ok sweetheart, abang amik tools g repair sekarang juga! Muah! "

Aku berangan menjadi ibu kepada anak-anak lelaki yang sayangkan kanak-kanak
" Abang...anak nangis..pampers dah full.."
" Ok Ratuku, abang tukar yang baru "

Aku berangan suamiku seorang yang pemurah menjelang hujung/awal bulan
" Sayang..................jom abang belanja shopping "
" Waaaaaaaa..cayang abang!"

HAHAHAHAHAHAHA...ni la namanya berangan..sebab aku sangat-sangat mati kutu kaw2 sekarang...

Jom sambung makan cekodok. 

Surprise bulan February. HAHAHAHA

Pic Source : Google

p/s: Boringggggggggggggggggggggggg 

Friday, January 21, 2011

IMPROVE, HOW???

Ehem, do you know what actually i'm doing for life?

10 months in the service, i met many kinds of people, i mingled around, asking very little little things..sometimes silly silly things too...

I am 26. What I want actually? TO be a specialist or generalist kind of people?
- I want to be a skillful people because it can generate more more more money and i can enjoy the work load. for instance, being a tailor! 


Sometimes i am too ambitious, and sometimes i am helpless..phew!


Be on the Show
Atau jadi macam dia???



Pic source : Google


p/s: masih dalam pencarian..

Wednesday, January 19, 2011

Eny Si Pejalan Kaki

Bagaimana kamu pergi ke pejabat?
-Aku naik bas. 50 posen sekali naik. Happy?-

*Check Gmail akaun: 1 New comment.
Aduhai...from the same office...halamakkk...nak "cekek" aje budak Tomoh ni la..kok cobor secretnya aku huh?

jari menari di atas keyboard. keletuk keletak...jariku masih belum bercincin..kukuku rapi dipotong..ada tanda chicken pox di permukaan tapak tanganku...Lagu Lady Gaga sedang diputarkan di Hot FM. Entah apa lirik pun aku tak tahu. aku memang bermasalah dengan lirik. lagi cepat tangkap lagu. (actually korang tengah baca aku merepek sebab idea tada mari)

Hmm...punyai sebuah blog akan buat kepala otak aku keep on thinking and active. Because it wants to generate idea to be written down here. So it is one of the ways to always make your brains work. For me, owning a blog is not only to share stories/feelings with others, but if we capable to bring up one issue then we may have a discussion and indirectly we can educate our readers. So do you know the power of mata pena which is sharper than the "sword eye"
(Hokey! My English is bad huh ;p_ As long as people understand, no big deals )

I met new friend this morning, we go to the office by bus, which cost only 50sen per ride.

Languange switched.

OK, kawan aku OKU, dan sorang lagi kawan lama tak berapa lama, baru tak berapa baru. Mereka juga pengguna kenderaan awam macam aku. Diam di Putrajaya dengan semua kemudahan yang tersedia tidak mendesak aku untuk punya kenderaan sendiri. Jimat? Boleh la nak dikatakan berjimat sebab nak kahwin. Ok tipu, utk shopping online. Hahahaha. Come to Putrajaya. It will become Green City. (if and only if the people realize how warm the earth nowadays..phewwww...)

AKu quoted frasa kawan aku tadi ok which for me is WOW!

" The Hospitally in our country is first class, but the mentality is third class"

Ha, terasa? Betul tak apa dia kata tu? Touching ? Haa...kalau anda pengguna kemudahan awam yang tegar, tak kira la pengangkutan ke, tandas awam ke, pondok telefon ke, then anda boleh tentukan sendiri peratusan kebenaran kata-kata di atas which for me is very true!

Betul, bukan semua punya pemikiran third class, tapi hanya segelitir/seciput saja yang mindanya terbuka dan sensitif dengan pengguna-pengguna kemudahan awam ni.
Aku sebagai pengguna tegar kemudahan awam ni pun pernah jgk alami scene yang menyedihkan hati.

* Hujan lebat tunggu di zebra crossing, vrooommmmmmmmmmm..adeh...tempias dari tayar kete..* hatiku menangis kecil...sebelah hatiku mengutuk tak hengat la kat kete tu. the driver i mean..

Korang yang ada bawak kereta ni tolong la weh pandang kiri kanan, tgk tempat yang ada pejalan kaki, bagilah timbang rasa sikit. NI masa amik lesen ni lulus dengan jujur ke tak nih? Zebra crossing tu kena utamakn pejalan kaki...ni cerita kawan aku pagi tadi ok.

Dia di negara X hendak melintas jalan di zebra crossing..kereta yang tiba-tiba laju perlahan bila menghampiri zebra crossing. Dia dan kawannya terkebil-kebil tgk driver tu ( tunggu kereta tu melintas) Driver tu tenung kawan aku. Kawan aku terkebil lagi. Lepas tu Driver tu bagi isyarat suruh kawan aku dan temannya melintas. Kwan aku pelik la sebab kat tanah air kena tunggu kereta lintas dulu di zebra crossing tu yang sepatutnya memberi keutamaan kepada pejalan-pejalan kaki....hailaaaaaaaaaa....Have consideration man!!

DAN, kpd pejalan kaki, kau jgnla pula suka-suka hati kau melintas kat tempat dilarang melintas ok..itu namenya saja-saja menempah bala...



Ni la Pantai Teluk Lipat...tempat kami mengarang sajak cinta, pantun rindu, syair jiwa

p/s: berlapar bersama-sama

Tuesday, January 18, 2011

Mai Utara Mai!

Uolsssss! Ahakss! Aku notice follower meningkat. Emm..I dont expect that but....bunga-bunga penghargaan mekar di hatiku kepada yang sudi singgah di sini. Danke Schoen!

Kelopak mata yang terperip-perip (kelip-kelip) sebagai tanda aku mengantuk. Setelah selesai merajuk dan makan nasi lemak sambal udang, aku terasa mata memberat..memberi isyarat untuk tidur..tapi melihatkan keadaan bilikku..terus matanya membulat! Dengan semangat melawan kemalasan, baju-baju bucuk telah kumasukkan dalam mulut mesin basuh untuk dibasuh dengan serbuk pencuci Daiaa! Dekat....dihati...hahahah adik aku cukup meyampah ngan professor rambut kaler-kaler tuh..hahaha..

So, lets talk about Penang. 17 Januari 2011, maka tercoretlah kenangan pertama kali menjejak kami di bumi Pulau Mutiara. Dalam perjalanan ke KLIA, terus terdetik....cisss, lupa bawa kamera. But, it is ok, the main point to Penang pun sebab kerja...but...arghhh!!rugiiii...

Pandangan aku tentang Penang? BEST! rata-rata orang yang aku jumpa friendly. Uncle Mun, taxi driver cum my tourist guide. Aku tak sangka yang kedatangan aku ke Penang akan disambut dengan Uncle yang cukuplah peramah. Dalam flight, dok terbayang, bolehla aku tidur dalam teksi..sebab dari airport ke Nibong Tebal about 45 mins to an hour journey. Tapi..Ramalanku tidak benar belaka..Uncle Mun tarak kasi gua tido beb. Sepanjang berada di atas jalan raya dia akan amik peluang untuk memperkenalkan Penang kepada aku. Kilang-kilang dan kawasa perindustrian di Penang bermula seawal tahun 1970an dan rata-rata dikonker (spell it right friends >conquer) oleh konglomerat dari Jerman, seperti Bosch (ala yang abg tough pegang gerudi tu) OSRAM, titik biru (BlauPunkt), dari Amerika, dan Jipun..Motorola, Intel, dll..Menurut Uncle Mun, majoriti tanah di Penang ialah paddy field, tapi setelah kedatangan kilang-kilang besar ni pembangunan mmg pesat membangun..dalm masa lebih kurang 30 tahun aku tgk developmnet dia mmg la pesat. suma ada..just name it, u ll get it..aku yang ala-alan mengantuk hanya mencelah sesekali untuk bertanya

"eh Uncle, rapid bus bila mula eh sini"

"Oh..itu more or less 2 years back.. kalau u duduk itu USM adam 4 pintu, itu suma rapid bas lalu.."

"Uncle, how long is the bridge?"soalan yang memang aku nak tau jawapannya saat kami melintasi jambatan.

Jawapan ringkas Uncle : 5 kilometer..tapi yang aku google dari wikipedia xsama dengan jawapan Uncle..google sendiri ok if u wanna know the answer.

Tambah Uncle lagi, " U look at the motorcyclist, look at how he is controlling his bike. Angin sekat jambatan ni kuat woo" aku pun toleh la kat abg moto..memang bergegar-gegar...tgk dari kibaran baju ngan seluar dia masa bawak moto memang boleh tau speed angin mmg laju..nak jugak aku rasa bukak tingkap dan jenguk kepala rasa angin kat jambatan..agak seram jugak kot eh?
The bridge


Sambil-sambil tu sempat lagi Uncle Mun suruh aku toleh belakang, tengok depan, tengok kanan dan kiri semasa di atas Jambatan..kat situ Butterworth..kat sinun Georgetown, the other side is Bukit Bendera, there is the cruise..haiyaaaaaaa...otak aku tak boleh nak digest all the info because aku 50-50 melayan mengantuk aku...tapi dalam mamai tak mamai berangan : cayang...nanti nak naik cable car...Pop! eh Uncle Mun ni tgh bercakap lagi rupenya...

Kesempatan melawat Penang juga membolehkan aku berangan sebagai Asmidar sekejap..Tapi Aliku tiada di utara bersama..dia jauh di Selatan..

Memories...
Ali:Boleh tumpang tanya?
As:boleh
Ali:Dari mana?
As:Selatan
Ali:Kemana?
As: Utara

Saya tak makan kacang..hahaha Ali Setan oh Ali Setan..


At last!!Dapat jugak tengok USM tempat ALi belajar walaupun hanya sekali lalu..hahahah

Alhamdulillah..i met the objective going to Penang, benda yang perlu disettlekan selesai..dan perjalan pulang ke Airport Penang pun very smooth...sementara menunggu flight, aku lepak di restoren fast food. Satu benda menarik, lepas makan, buang sendiri sisa makanan. Angkat sendiri tray..amalan-amalan mmg sangat sangat baik..di samping ringankan tugas pekerja restoren tu boleh nak terapkan nilai murni dan kebersihan dalam diri kita..Makan tak sepah kata orang..pandai makan pandai simpan..

Yang lagi best, masuk waktu maghrib pun ada annoucement dibuat kat airport tu beb.....Laungan Azan pun boleh dengar dengan clear..Memang Best!

In the nutshell: PUAS!

p/s: no orang putih, kasut tinggi story..unnecessary to jotted down here..
p/s p/s: tak sempat utk char kuey teow dan jeruk :(




Sunday, January 16, 2011

Si Jantung Hati

Sebelum aku meneruskan tulisan pada kali ini, aku mau anda mengamati gambar nostalgia di bawah ini...

2 Bistari tahun 1999

Pic Source: Fie's FB

OK. Gambar ni tak ada salah. Gambar ini menjelaskan sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan. Semua pelajar perempuan bertudung dan yang laki-lakinya bertali leher. Gambar tentunya diambil di sebuah taman permainan di timur tanahair. Tak caya? Tak nampak ke gelongsor tu deknon? hikhik.

Aku percaya senyuman pasti tersungging di pinggir bibirmu sekiranya anda merupakan salah seorang dalam gambar tersebut ataupun anda punya hubung kait dengan kenangan di atas. Bagi aku, sudah tentu....orang yang begitu dekat dan istimewa merupakan ahli kelas yang "kacak" bergaya dalam gambar di atas. Bukan main cekak pinggang ye? HAHAHAHAHAH...

Idea tercetus untuk mencoret entri kali ini bila aku buka FB dan notification updated pada gambar yang di upload oleh Fie. Ketawa aku meletus bila terpandang gaya dia yang tersangatlah kurus..Kalau diingat-ingat kembali gaya berjalannya yang macho itu..hahahaha...umpama dibuai angin lenggoknya pada zaman sekolah dulu..

Dia yang tak pernah menyapa aku rupanya ada hati dan jantung kat aku yang memang HOWT ni. AHAHAHA..tapi berikut ialah dialog sepertimana yang JIja told me semasa kami berkumpul di majlis perkahwinan my big bro:

Jija: Mike, kau suka dia eh ? (Masa perbualan ini berlangsung aku tgh amik makanan )
Mike : Dia yang minat aku la.. (cis, taknak mengakuuu)

BUT, siapa yang berkenan kat siapa dulu bukanlah isu di sini. Bagi aku memang aku suka dia. HAHAHAHAHA...Seriously no kidding, im in love with him since...since...I don't know..It happened without me realizing it..

p/s: Oh mama, saya mau kawin..
p/s p/s: Kerja..Oh God...kabulkanlah...amin..



Saturday, January 15, 2011

Merukah, Meneroka, Menghibur Hati

Pukul 4 pagi : Kau jadi tak nak gi ni? - Jadilaaaa - Ok2. huhu -

~apelah maksud perkataan "huhu" ~

KUkuatkan azam dan semangat kental untuk bangun pagi tadi. Jam 4.17 pagi. Nak mandi ke tak nak, nak ke tak nak , perang-perang, bahas-bahas dengan hati sendiri. Kalau tak mandi, nanti dah sampai puncak busuk pulak..hehe.. jadi...burrrrrrrrr....mandiiii jugak..surprise! Tak sesejuk air jam 7.30 pagi. Hmmm?

4.45 - Meninggalkan perkarangan P11. Keadaan masih lagi tenang, dengkuran-dengkuran masih lagi bersahut-sahutan kali waktu ini. Kaki aku terus melangkah. Hati terus memujuk supaya terus kuatkan urat saraf menapak..

5.05 - menunggu dan bergosip sehingga ahli-ahli rombongan makcik bedah dan pakcik bedul complete sebelum bergerak membelah lebuhraya menuju ke Semenyih. Dalam kereta aku duduk, dalam hati ~ Nantukkkknyeeeeeeeeeeeeeeee sambil tersengguk sambil control mata segar. ahaks!

6.15 - Settleka Kewajipan dengan Dia dahulu apa-apa hal pun ok. tok imam ialah Ketua Delagasi Merukah pada hari ini.

6.45 - setelah ngongeng-ngongeng antara kumpulan yang besar ni, jam 6.45 baru lah expedisi dapat dimulakan. Disadvantage bila group terlalu besar dan ramai makcik-makcik bedah...Layannn..hari ini aku nak enjoy. I don't care!

Overall, i enjoyed the day. Not bad..the height still bearable..tapi sepanjang pendakian, haruslah aku stop2 juga kan..but at least i m not the last person to reach the top in my group..sambil2 aku berhenti di lorong kecemasan..ada la yang melintas..dan..the perfume daripada 2 org guys mmg UNBEARABLE..tak mandi agaknya budak2 ni...

Ayuh...mari mendaki lagi dan lagi....bucuk la mereka..shuhhhh..g dulu2..tak tahan akak..

Sudah cerah waktu nak menuju puncak... Saya puas...byk peluh jantan kuar dan membuatkan saya rasa segar...Sebab saya mandi pagi jadi saya tak busuk..hahaha..

Lets enjoy few pics that i snapped all the way to Puncak..







Cuaca yang nyaman...

Mendorong aku terus melangkah....ni bukanlah kaki aku sbnrnya..kaki sapa aku pun tarak tau



Hoi kawan2..kat sinun lagi tinggi laa...Jom daki..Berkatalah ketua Delagasi seperti dalam gambar..kanan sekali..

Pemandangan dari puncak ke2

Kemunting kah ini?

Puncak 2 dari pandangan puncak 1 (Im starving right now)

Turun...turun..turun..

Pembuangan bayi?? Come on lah wehhh! Reserve la udara segarrr

Aku pun tak tau sapa dia nih..mencari coverage atau menangkap gambar?

Tin tonnnn..Ais Krim di kaki bukit..untung pakcik kayooo


Stroller baby tu pun sampai puncak tau..His pregnant mom oso..JIWA KENTALL

Pass midnight already..enough blogging for today...Nite2..sleep tight2...

P/S: I ♥ futball..huuuuuuuuuuuuuuuuuu..

Friday, January 14, 2011

Email oh Gmail

The clock shows 1307 hours. And I am sitting neatly on the chair updating my blog. Can all of you guess where I am now? It's Friday by the way.

Do not follow me. Updating entries while you were still in the middle of working hour ;p

I have been trying since 10 o'clock to get access to my gmail account and until this moment it is still an error status while I clicked the sign in button. 'Adoyaiii' erkkk..the slang people usually use nowadays..

Gosh...it is raining outside...the same feeling again...eyes blinking...rubbing hands...and..i feel even harder to get into the position to......








Pic source : www[dot]allpics4u[dot]com


p/s: Selamat Tidur Sayang

Thursday, January 13, 2011

Denting India

I sayang u, u sayang I tak?

Macam biasa, tepat 5.30 aku angkat beg sandang dan menapak mencari lif untuk balik. Hari ini lucky kerana sampai-sampai di perhentian bas, tanganku automatik melambai kepada bas berwarna biru bernombor 400. mujurlah pemandu bas nampak kelibat aku, kalau tak memang aku haru menunggu, menunggu dan menunggu lagi.

******
Kisah 1
Azie : Eh, comel la brooch awak. Bersinar-sinar. Dari Korea yang pesan kat Z hari tu kan?
Empunya brooch : A ah.. tapi Azie tau tak sebab apa cantik?
Azie : ??
Empunya brooch : Sebab ore la paka..hahahah (Sebab saya la pakai)

Kisah 2
Azie : Pakai tudung terus ke solat tadi
Empunya tudung : A ah. senang dah pin nanti sarung kan aje balik. hihi
Azie : Cantikla color awning tudung ni
Empunya tudung : Sebab?
Azie : tau dah. sebab tuan dia pakai la
Empunya tudung : hahaha..u r fast leaner.. hihi
Azie : mennyesal tanye..hahaha

*****
Dalam bas adalah masa fikiran aku selalu menerawang ke sana sini...sebab aku tak membaca jadi aku boring. kalau ada BB boleh aku snap-snap gambar. Termenungaku di tingkap bas melihat kubah Masjid Putra. Dari Masjid Putra terus tergambar Jame' Mosque di Delhi India. Terus terbayang muka Haydar. Teman dari Turki. He is a Prof cum my tourist guide..hahaha...memang aku tak perlu hire TG dari India kerana Haydar memang bagus dalam menjelaskan sedikit sebanyak sejarah monumen-monumen bersejarah di India. Daripada Lal Qila yang merupakan istana Shah Jehan yang di bina di Delhi sampaila ke setiap buildings yang ada dalam perkarangan Lal Qila. Ada masjid, ada 2 wakaf di utara dan selatan, ada tempat berhimpun para penghuni Lal Qila untuk mendengar 'Perhimpunan Pagi' Shah Jehan..sorry guys..i wanna share more with you on this, tapi catatan aku tak buat masa pergi. hanya amik gambar dan batu-batu yang menulis keterangan tentang sesuatu building tu....haila....sayangnya...

Perkarangan Red Fort di Delhi. Tiket-tiket bertaburan...phew...

Haydar di perkarangan Jame' Mosque

Kubah kecil diambil dengan camera tepong. Nak amik gambar lain camera+phone camera habis batt. =((


P/S : Neutral

Wednesday, January 12, 2011

Penang oh Penang

Akhirnya setelah lama tidak mengantuk dalam bas, hari ini aku tersengguk-sengguk di tingkap bas. Perkara yang membuatkan aku mengantuk ialah meeting in Penang on this Monday. Sakit otak sungguh dengan kerja-kerja ad-hoc sebegini. Sambil berfikir sambil melayang entah ke lapisan awan mana...

Hari ini sama seperti semalam. Tapi rasa marah itu kurang. Macam terbuka sedikit hati dan mata melihat kepayahan orang lain.

*Tulisan di bawah di sambung setelah aku bangkit daripada tidur*

aku tak dapat nak menyambung penulisan kerana kepala berat dan betul-betul kena tidur dulu...lalu kurebahkan kepala ke bantal dan terbang ke alam entah ke mana...

ROH kembali bersatu dengan JASAD.

Sekitar jam 9 malam dan lebih-lebih sikit aku bangun dari turu..walaupun tak terasa segarrr, tapi i feel better. Esok aku bertugas sebagai usherer. eleh, keje senang je. So malam ini haruslah aku rehat lebih untuk mendapatkan stamina untuk berjalan ke sini ke sana esok. Sebelum bersiram aku duduk berbual mendengar permasalahan Jammy dengan debit card. Beliau adalah teman aku sejak daripada zaman diploma dan ditakdirkan sekarang bahawa beliau menjadi housemate aku kembali. Beliau menceritakan bahawa ada sebuah syarikat yang mengeluarkan kad yang berkaitan dengan lifestyle in Key Hell. Contohnya kalau kau bawak kad tu di tempat-tempat pilihan yang sudah pastilah exclusive, bermakna akan dapat lah diskaun beberapa percent.

Permohonan mendapat kad tersebut hanya dipromosikan oleh staf syarikat berkenaan menerusi talipon. Senang bukan? dan satu kelemahan Jammy ialah dia begitu terbuai dengan kata manis syahdu staf terbabit sehingga dengan jujurnya sahabat aku menjawab setiap persoalan. Dan satu jawaban power ialah dengan terrrrr bagi no kad. Ya yay..no ATM kad. yang 16 nombor tu. dan terus terlintas di akal aku untuk kongsi perkara ini di blog jalanan aku nih. Because it is very crucial. The person who got the debit card bla bla system and knows your ATM card no can easily "curik" your RM without you realizing it. Yang sedihnya, sahabat aku ni dah talipon untuk cancel about getting the lifestyle card, but the the staf of the company cakap tak boleh nak cancel thru phone, kena tulis surat bagai....haila...masa nak apply takpe pulak tak payah surat ke borang ke kannn..


So guys, beware, jaga kad ATM tu elok-elok. jangan sepah-sepahkan. especially yang maybank kad gambar cherry dan version yang lebih maju daripada gambar cherry tu (kalau ada la)

Pic source : Pakcik Google

nombor yang penting yang perlu korang sembunyikan daripada umum ialah the last 12 numbers seperti dalam gambar di atas. Atas ni sample kad aje. sebab tu dia tak blur kan nombor-nombor tu


p/s: Hidup ini dikelilingi pencuri, Pencuri duit, Pencuri masa, Pencuri perhatian, dan awak..pencuri hatiku.....

Tuesday, January 11, 2011

Lesu

Kelesuan..fikiran..badan..i need a booster to get rid off all of this crap in my mind.

Kenapa Vietnam? Hahaha. Cute la awak ni. Err cute ke?^_^

What is really happening to me? Everyday browsing through Coach Handbags website!!!!!!!!!!!!!!!!! Hahahahahahahaha! I can't take my eyes of it lor. My colleague said, "Beli je la. Dok browse hari-hari aku tengok" Hehe..bro, yes i can but with one condition : THE REST OF THE MONTH MAKAN PASIR.



cantik? Ranggi, feeling "younggi" hihiks.

Picture source : www[dot]coach[dot]com

Aku melihat imej aku dalam cermin tadi. Aduhai...wajah yang sangat-sangat penat. Wajah yang sangat-sangat letih. Cahaya yang semakin suram. Not energetic at all! It is PALE! There is are many things wrong with me. MANY. How must I put all this into words? How should I describe it? Am I happy? No. Am I sad? No. Im searching the formula to fix myself. Cooking? It helps a little. Sewing? I am not very well to sew with this sroot sroot condition. I always try my best to put the sanity in my mind and heart. Kadang-kadang aku takut terus hanyut dan hilang punca dan akhirnya jadi gila. AKu sentiasa mencari jalan untuk aku ketawa. Aku berusaha mencari ayat-ayat untuk dicantumkan menajadi lawak jenaka. Sebab aku nak get back the strength.

Jadi aku pun dengar Lagu Sungai Lui dari Aizat Amdan google sendiri le kalau nak dgr jugak.

~ adakah semua ini yang kuinginkan ataupun mengejar dunia semata-mata ~

Good job Aizat, aku bukanlah pandai membuat lagu, tapi aku senang dengan alunan angklung dalam lagi Sungai Lui ni..

NI dok nyanyi dok dengar ni tau tak Sungai Lui kat mana? Aku dah tau dah..aku tau bukan sebab aku memang dah tau lokasinya. tapi sebab nak tau and then aku terus la Google. Hehe. That is correct! It is loacated in Selangor. Penerangan lanjut anda sila cari sendiri.

Need a rest. See you later :)

p/s: maafkan semua orang...jadi lebih positif...bantu diri sendiri. Kembalikan keceriaan dalam diri. Mari panjat Brogo..ops..Broga hari Sabtu ni :p

Monday, January 10, 2011

Aku Yang Terasa Sedih Dengan Kisah Dia

Serasa mahu demam. Kaki tangan sudah seram sejuk.

WHATS UP?Tension lagi kah dengan keputusan yang sangat shock! semalam? Aku memang terusan hanyut bila dengar lagu itu diangkat juara. Persepsi orang pelbagai. Aku tetap pilih FT!!

Lupakan AJL25. Semalaman aku update status di FB. Sudah-sudahlah mengupas soal itu lagi.

Isnin, hari yang kebanyakan orang mengalami kemurungan. Hahaha. Kerja, sudah tanggungjawab, belajar saja untuk jatuh cinta dengan Isnin.

Aku cinta kamu, mama pilih dia, kamu taat sama ibumu, aku kasih sama mamaku, jadi kita harus bagaimana?

Anda, tolong aku..

"Oh Tuhan, seandainya telah ditakdirkan dia milikku, satukanlah hati kami, satukanlah kami, seandainya tidak, luputkanlah ingatanku terhadapnya, gantikanlah dengan yang lain meskipun tidak akan pernah sama dengan dia..."

pic source : Google


Aku kongsi kisah teman kerana setelah mendengarnya hatiku sedih dilanda hujan lebat.....This is what we called life honey....



p/s: Terus berdoa cinta Arsenal dan Manchester United bersatu dalam pintu gol. I love you Manchester United fan.

Saturday, January 8, 2011

Ich bin frei am Samstag

Pagi-pagi sudah bangun. Sakit perut..

Detik 9 pagi sambil YM dengan Puan Alin, teringat baju dalam mesin memerlukan sabun. Jadi ke kedai la aku membeli serbuk Daia! surat khabar The Star dan Bihun serta perencah maggi.

Kusiapkan bihun goreng beserta telur mata sambil membelek-belek akhbar...hmmm...ramai yang bermata sepet di column-column penting...ke mana pergi yang berkulit sawo matang ya..i realize from that I have to be more serious in my career, to be more knowledgeable, to be more firm in makin' wise decision, to be Khalifah..rasa tergugat sebenarnya..byk penumpuan kepada perkara tak penting. kadang-kadang masalah negara kena put into account. Living in Malaysia very challenging. We have lots of ragam which make us ccery special country from others. Kena faham struktur negara, kena amik tau hal ehwal ekonomi jgk dan yang penting kena menyumbang kepada negara. Aku menyumbang dgn cara menyalurkan pemikiran aku dalam kerjaya aku..masih lagi belum capai tahap yang betul-betul memuaskan hati dan boleh dibanggakan...but, aku mesti terus tingkatkan usaha, kena terus maju, kena betul-betul jatuh cinta dengan kerja aku..Usaha+doa+tawakal.

Helaian surat khabar terus dibelek lalu terpampang review tentang cerita


and for the rest of the evening i enjoyed watching this movie. Kecintaan seorang bapa menjaga kebajikan keluarga, kesungguhan seorang anak demi cita-cita bergelar jutawan, pengorbanan seorang anak demi menyenangkan hati si bapa dan cerita burung unta.

Sesiapa yang menyukai filem Children of Heaven pasti akan senang menonton cerita ini..Cerita yang simple, tapi realiti seharian yang berlaku..Ceritera Majid Majidi di bumi Tehran. Happy watching..pandai-pandai la kau google kalau nak tenagok ye.

Sakit di perut hilang sudah..

Malam menjelma..ada sesuatu yang mau kubuat..sehingga la detik 951 malam. Aha! watching online Arsenal vs Leeds United. Bravo!! That is why i always fall in with the Goners. everything is possible until the last second of the match. Goners manage to equalize with penalti by Fabregas. u guys done very well in the game!

FA cup result

ARSENAL 1 LEEDS UNITED 1

p/s: i love you

Friday, January 7, 2011

Interview dan BB

Jumaat pertama di tahun 2011. Aku pergi kalau semua tak suka....

Khamis lepas 6 Januari 2011 (bersamaan tarikh lahir Pia) bertambah lagi satu pengalaman hidup. pengalaman interview untuk kali ketiga. Yang pertama technician Canon di Subang, siap 2 kali pergi tapi aku tak dapat because i am too good for that post. AHaks! yang kedua dengan Jine, kat Huawei. Hahaha..habis bantai segala tok nenek 3G, 4G, LTE dll. telekomunikasi yang sangatla menarik..cume aku ni lembab..susah nk faham buat configuration tu..tapi sangat seronok sebab boleh trace bagaimana satu-satu panggilan telefon tu dibuat..segala cabang protokol yang digunakan...ISUP la SS7 la..oh my...byk dah karat.. Dan semalam...kali pertama menghadiri sesi temuduga dalam kompeni paling besar di Malaysia. Haha..anda bijak anda dapat jawab ;)

Dengan berbaju batik dan bername tag dan blazer hitam, disertakan dengan tudung alya Sarah, aku berjaya sampai di Jalan Cenderasari exactly at 8 o clock. masa tu dalam kereta dah takda mood dah sebab dah rasa mcm ada rezeki kena halau sebab lambat. cun kan interview 8 pagi...goshhhh..tak tau nak kata apa...but, Alhamdulillah...rezeki hadir temuduga tu ada hari Khamis tu dan aku giliran kelima..lima nombor bertuah, lima nombor kesukaan, lima tarikh lahirku...Hampir jam 12 tgh hari barulah tiba giliran aku dik non oi....berpeluh-peluh menggoreng selama 40 minit sampai minyak pun habis nk goreng byk-byk....untung nasib tak tau la mcm mana..yang pasti katanya, aku berpotensi jadi pegawai daerah. boleh gitu? BOLEHHHHHHHHH asal dapat keje puan...tolonglah puan...aku nak kahwinnnnn....ada kerja tetap selesa sikit nak bina keluarga..zaman sekarang bukan hanya pihak laki kena kerja...perempuan pun kena tolong support, tapi jgnlah melebihkan kerja dari segala-galanya..tak elok mcm tu..dan bagi aku, kalau perempuan kerja maka keperluan diri boleh disediakan sendiri tanpa membebankan suami...bukan semua orang laki bergaji 10 riban kt Malaysia ni kan..kena realistik la kan...org perempuan ada duit sendiri bolehla nak materialistik..gaji kita duit kita la kan ;p tapi kalau hanya suami je kerja kena pandai2 la..realiti yg aku dgr semalam..suami dah tua..dah tak kerja sgt..isteri mula perli-perli..maklumlah hidup tak semewah biasa...haila..........tapi aku percaya bukan semua isteri begitu....

Sekian untuk entri yang takda isi ni...wishlist bulan 1:




p/s: cepatla sampai BB................

Monday, January 3, 2011

Rumusan 25 Tahun

Tahun Masehi berganti lagi..Selamat Datang 2011.


Syukur ke hadrat Dia Yang Maha Kuasa yang punya segala-galanya yang masih meminjamkan aku nafas untuk menghirup udara kurniaannya padan tahun 2011 ini...permulaan 2011 kami menambah seorang ahli keluarga baru...isteri abang sulungku..bagi aku..seumpama aku mendapat seorang lagi adik...welll..aku kan kakak...kikiki..


Kerjaya dan Kewangan

Tahun 2010 berlalu dengan cepat. Agak mencabar dengan status aku yang sudah bekerjaya..the real life begins..aku antara golongan yang mudah mendapat kerja walaupun gaji taklah boleh dikatakan mewah..gaji kecik belanjanya kecik, gaji besar, belanjanya besar. jadi kesimpulannya..tidak kira berapa bakul RM pun gaji, yang penting, pengurusan wang yang utama. Dalam bab ini aku setakat lulus sahaja. belum mencapai tahap cemerlang kerana bila dihitung, simpanan aku cuma 7% sahaja beb dari total gaji aku selama sepuluh bulan berkhidmat. Dem! Betapa pemborosnya aku dengan segala tok nenek handbags, kain baju, make ups uols dannnnn tudung lycra lerr...

Dari segi kerjaya, jujurnya, aku masih dalam proses membiasakan diri dengan lifestyle baru, bidang baru yang mementingkan grooming, communication skill dan otak yang peka dengan keadaan semasa. Yang sensitif dengan isu-isu yang berkait rapat dengan apa yang berlaku dalam negara, politik, sosio-ekonomi, dan lain-lain hal yang berkaitan. Sesetengan orang berkata kita takkan dapat semua yang kita nak, kita kadang-kadang tak dapat kerja dalam bidang yang kita minat..yeap..sume rezeki base. tp apepun, usaha untuk memajukan diri, untuk memahirkan diri dalam bidang kerjaya yang kita perjuangkan kena sentiasa tersemat dalam hati dan sanubari. aku setakat ni OK dengan kerja aku..belum capai tahap aku GEMBIRA dengan apa yang aku lakukan...but slowly aku masih dalam proses adaptasi...aku belum capai tahap SERONOK lagi duduk kat ofis tu...tau tak bahawa bila kita suka dengan kerja yang kita buat semua masalah akan jadi peluang? JAWAB sendiri ok...

Kawan-kawan

Tahun 2010 juga tahun kebanyakan kawan-kawan aku menamatkan zaman solo...ada yang dah bakal menimang zuriat pun..yang bertambah rezeki Ilahi pun ada.. :)

Ramai juga teman-teman rapat yang mengalami kedukaan pada tahun 2010..sebagai manusia..tulang empat kerat dan kudrat yang ada takkan dapat mampu untuk menghalang apa yang terjadi...

Peluang ke India menjadikan aku kawan dan sister kepada brothers and sisters dari seluruh pelusuk dunia..tak sangka aku survive 3 minggu dengan orang-orang yang aku tak langsung kenal. dengan bahasa yang berbeza, dengan budaya , dengan fizikal yang berbeza...Im so grateful to Allah dengan peluang yang aku dapat. Memang aku pernah berangan jejak kaki kat Taj Mahal pun dolu-dolu...and...i did it.. :)

Tabiat

Sejak akhir-akhir ni..aku tak dapat nak mengawal tabiat yang satu ni... "Online Shopping!!!!!!!!!!!!" memang tahun 2010 sesi perkenalan aku dengan tabiat ni..Terima kasih!

Jodoh

Doakan aku =) mungkin 5 Tahun 5 Bulan mcm tajuk novel tu utk aku galas tanggungjawab tu kan?




mari menyembur minyak wangi


p/s: Sabar, tenang, tawakkal.....