Salam a'laik everybody!
Wehuu menginjak kita ke 13 Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Ramadhan kali ini yang paling kurang makan, baik waktu Sahur mahupun waktu Berbuka. Walau apa pun, setiap nikmat mesti disyukuri.
Isnin semalam sengaja ambil cuti lepas balik dari Ganu. Konon untuk spare time cuci mata dan shopping. Memang dah plan untuk jalan-jalan ke Mitsui.
Lalu kronologi semalam adalah seperti berikut:
MISI: Baju anak-anak (sedara) T-Shirt Big Boss
Sekitar jam 12:00 hrs - Tiba di Mitsui, besar dan banyak kedai belum buka. Nak cari baju budak-budak tapi hahahampa..memang pergi untuk bayar parking aje. Tiada yang terpikat di hati.
Recommend untuk:
i) Penggemar Triumph - memang lebih murah dari biasa walaupun edisi yang 1 2 3 tahun ke belakang. Tapi Triumph is Triumph kan. mana nak dapat kalau kat parkson RM60. ya dak?
ii) Kasut Sukan - e,g. Puma, keluaran 1 tahun kebelakang boleh dapat murah 100++. Berbaloi-baloi. 1 thaun tak la lama sangat khen?
iii) Tshirt untuk laki-laki sado. NIKE. masa kami pergi tak banyak yang slim fit. regular size which S size is still consider "BESAU"
Lalu, alang-alang dah cuti, kita cuba penuhi misi la kan, sekitar jam 2:00 petang. Destinasi: SOGO, Kuala Lumpur. Masa ni beranggapan mesti banyak ni baju budak macam last November time cuti sekolah, kak ipar borong baju anak-anak, banyak pilihan harga pun sangat berpatutan.
Tapi...(Aku tak tau, mungkin aku tak pandai shopping) serius tak banyak yang menarik mata dan hati.
Berjaya beli gaun budak baby 2 pasang dengan sehelai tshirt boy aje. Orang depan aku kat kaunter cashier total spending, RM900++, RM400++. Baru puas hati dak beratur nak bayar lama-lama khenn? Parking RM8. Choii!
Tengok jam, Solat Zohor pun selesai, jam 4:30, sayang pulak kalau balik terus, misi belum tercapat sepenuhnya. Lalu, tayar bergolek menuju MidValley!
Pusing-pusing Metrojaya, WOW! tak banyak diskaun, nangis jap. hikhik. Hayun langkah ke AEON. Haa tu diaaa..better dari 2 tempat sebelum ni. pusing-pusing, putar-putar sampai ak muntah, beli la sepasang dress girl, 2 tshirt boy. tot tet tot tet. lepas berbuka, solat, macam tak berapa berjaya lagi misi sebab boss baru dpt sepasang selipar (which is dah lama gila dia nak beli). So dalam jam 9:00 mlm ke kedai jual baju, berjaya rembat 3 tshirt dan sehelai jeans.
Aku? Naa memang tak rasa nak membeli belah untuk diri sendiri. yang penting, baju anak-anak berjaya dibeli. (I m more than happy)
Parking RM4:00
Sebelum balik singgah mamak pekena roti telur. Nyumsss!!
(cant write very well, i am "luga" right now)
Tuesday, June 30, 2015
Wednesday, June 24, 2015
Muvi
Salam a'laik everybody!
7 Ramdhan 24 Jun
Ali Setan,
Ali dan Asmidar
Jali Latip Singh Jep dan lain-lain
Universiti Sains Malaysia
Budak Archi katanya.
Tapi cerita ni memang tak pernah bosan aku tengok. Terima kasih untuk Jins Samsuddin. Ceritanya malar segar. Minggu lepas penuh dengan hashtag 30tahunAliSetan. Ya, Ali memang, perangainya setan. Si pelakon berjaya bawak watak dengan berkesan. Anak muda yang teramat nakal. Dalam nakal-nakalnya, nakal yang bijak. Waktu Jali bagitau nak beli moto guna duit biasiswa Ali tak bagi. 10 poin!
Memang cerita ni waktu aku tengok, bukan kisah cinta Ali Asmida, tapi kehidupan budak U. rasa, eh eh aku pun nak masuk u, jalin persahabatan, sibuk dengan kuliah, belajar, aktiviti santai dengan teman. Kehidupan U aku? emm kinda boring masa Ijazah Sarjana sebab teman-teman semua macam "nerd". Tapi waktu Diploma memang super gila. Budak kelas kebanyakannya masih belum capai tahap matang. Dengan watak-watak penting dalam kelas aku, my buddy Che Lin dan Saz, budak-budak kelas lain, Das dan Hamizan, the two Sabahan, Adib Lam yang tangan super pajang dan besar sempat aku panggil nang nak masa dia capai nak bukak pintu bukan mahen panjang lengan dia, Fuad, Maui, Rizan dan kembar dia Lan, ke mana-mana pun berkepit 2 orang, x lupa dengan Zairy si Jambu batu yang asyik berperang dengan Saz. and the other 3 girls in the class, Aimi, Timi dan Dayah.
only 6 girls while the rest adalah lelaki-lelaki yang perangai macam budak-budak.
Kami tak rapat api dalam satu-satu masa kami boleh berdiskusi dan saling pinjam meminjam nota kuliah. dan Che Lin adalah kaunter pertanyaan bila aku tak faham. Budak pandai tu setiap sem AD. hihi.
Kejadian yang buat Che Lin super duper marah masa dalam Lab Comm, entah subject ape kami masa tu pakai PC zaman tok kaduk, (i guess kinda programming subject level beginner).
Tetiba dalam lab ada stoking busuk. yang budak-budak laki ni main baling-baling socks tu. tetiba jatuh atas kepala Che Lin. Mengamuk sakan member. Aku sebagai teman nak gelak ada, geram pun ada dengan peel budak kelas. Last-last entah siapa campak jatuh atas aircond. Dalam lab ni jugak la si Fuad test mic. Biasa kalau nak test kite sebut : Testing-testing 1, 2,3 tapi dia sebut: Bola-bola api. adoii..zaman lagu bola-bola api betul budak fuad ni.
Kalau dalam Lab untuk buat litar dan "main-main" dengan barang electronic, En. Zaini lah tempat kitorang rujuk, Lab Technician yang super terror dan baik hati. Nak kenal dia senang sebab rambut dia semua putih. Hihi.
weehuuh..how i miss my Diploma moment. Tagline: Study lepak, result gempak. and yes, memang gempak.
Tapi kisah Dip aku taklah sesetan Ali Setan, not so many nakal things i did, just enjoy my "remaja to dewasa" time. How grateful i am being a dip student, dari SPM flop, Dip just the time for me to prove to myself that :Usaha Tangga Kejayaan
ok peeps, pls listen to Wajah Rahsia Hati. memang deep dan remaja sangat2!
p/s: of coursela during watching Ali Setan, aku berangan jadi Asmida khennn..cume aku jumpe "Ali" masa 2006 ^_^
p/p/s: weiii not to forget during Dip. Kesatria time!! Lol,paling malas aku nak berkawad

Thursday, June 18, 2015
Ji Ai Ji Ai
Salam'alaik Everybody!!
Alhamdulillah. Bernafas lagi kita pada 1 Ramadhan 1436H (18 Jun 2015). Selalunya bila Ramadhan la ramai yang ingat tarikh haribulan dalam bulan Islam kan (including me -_- )
Semalam kesakitan tu datang secara perlahan, namun cuba untuk aku tidak mengendahkannya. Hari ini, pembuka hari untuk bulan puasa, rasa macam nak demam. T_T Geraham bongsu. Aduhai, langgar dinding mulut, melecet, sakit. Telan air liur pun kena beringat. Sebelum ni kena muka bengkak sebelah, kini, aku mula rasa pipi kembong sebelah.
Gigi tak boleh kacip rapat, seksa T_T
Ramadhan 1436H
Semoga lebih baik dari sebelumnya.
Pengisian Ramadhan yang bagaimana kita inginkan.
Mengimbau nostalgia Ramadhan, aku mula puasa penuh masa Darjah 3. ish ish. Darjah 1 puasa 7 hari aje, Darjah 2 tinggal 7 hari aje, Darjah 3 baru mula puasa penuh. Masa darjah 1 aku takla makan dan minum sesuka hati, siap minum air paip sebab dahaga. ekekeke.
(while typing rasa kurang sikit sakit ni, kalau layan lagi melarat, tapi tgn dan kaki aku ni rasa seram sejuk ni)
Selalunya hari pertama Ramadhan aku akan pastikan aku di Wangsa Maju, haruslah berbuka dengan mak pak. Tapi kali ini tak mengizinkan. sob..sob..kerja aka tanggungjawab. Syukurlah suami ada dan boleh berbuka bersama-sama hari ini. (sup tulang, telur dadar, sayur campur. walla!). Seboleh-bolehnya elakkan la membeli di bazaar Ramadhan yang mencokik darah tu, kami selalu beli la kuih 2 3 ringgit. Memang banyak masak. Masa bulan puasa ni tengoklah harga ikan bakar, contoh ikan pari besar tapak tangan pun mau cecah RM8. gila. aku rela simpan duit dari beli dari peniaga cekik darah.
Bulan mulia banyakkan doa. dan untuk aku dan suami pastinya doa untuk little one dilipatgandakan tanpa putus asa. weeee!!!
Salam Ramadhan Kareem!
Speread Love :-*
Wednesday, June 17, 2015
Grrr Negative Vibes
Where it is coming from?
FB status? Insta post?
Naaa. it comes from you. YOURSELF Er,
Please click unfollow, or remove, or hide those postings which not meant to hurt you but it does. It is not because of them but it is because of you who is still doubting Him. Astagfirullah...
Please be positive. Find something that lead you to Redha. Remember for appointment in September. Just keep in mind that your effort is as big as a dot. Nadai. T_T
Keep worrying make u older before time. tik tok tik tok.
avoid reading on politics, instead, go for a blogshop. LOL!
Let them be. let they share their own happines. pls redha and accept it. please do not doubting Him. Pray Pray Pray and selawat more.

![]() |
| Tunggu Aunty siap jahit..... |
Tuesday, June 16, 2015
Demi Harum Manis
Salam'alaik everybody!
Note: Ini bukan agen jualan harum manis.
Alhamdulillah dengan nikmat dan kurniaanNya maka terjadilah jalan-jalan utagha pada 5 hingga 7 Jun 2015. Kepada teman sejiwaku yang gagah perkasa memandu, maafkan hamba kerana masih belum menunjukkan kemahiran memandu kereta. Hihihi. Mungkin nanti boleh massage reflexology kan? Kelip-kelip mata.
Perjalanan sebenarnya agak lewat sebab jam 11 lebih pagi 5 Jun baru tayar kereta bergolek membelah lebuh raya utara-selatan a.k.a. PLUS. Kerugian masa dalam sejam lebih sebab niat asal untuk drop barang Eja di UiTM SI, tergendala kerana belum dapat bilik. kena tunggu petang hari baru dapat bilik. Jadi tanpa banyak soal perjalanan diteruskan ke Alor Setar. Perjalanan yang sangat panjang. Diselang seli dengan hujan. Akhirnya lebih kurang jam 8 malam baru sampai di TH Hotel, Alor Setar (Utara). Phewww...Alhamdulillah. Hotel yang bersih dan sangat selesa. Anak saudara kecil comelku sangat seronok dengan pengalaman dia di hotel ni. Mandi kolam, dan request nak tinggal lama-lama kat hotel. Boleh pulak siap simpan sabun botol kecil dalam kocek seluar comel dia. Budak, anak-anak, memang sangat comel. Ini anak orang, anak sendiri apatah lagi kan. (Nak anak T_T).
Kelelahan badan membuatkan kami tidur dengan begitu lena. sampai di TH Hotel dah malam, suasana sekeliling pun dah gelap tak nampak apa. tiba pagi kami selak langsir da, wow!! terpegun dengan keindahan sawah padi. Subhanallah! Segar. Hijau. Saujana mata memandang.
![]() |
| Pemandangan sawah padi yang super duper cantik! |
Kalau pergi melancong, gunalah App:
Trip Advisor - Lodge/Hotel/Accomodation, Restaurants/ Atrractions
Sangat Membantu kala buntu tak tau nak pergi mana/buat apa. Trip kali ini memang banyak duduk dalam kereta. It teach us how to travel with budak kecik yang comel dan becok. Hahaha. inshaAllah anak menakan dulu, lepas-lepas ni mana tau kembar. Keep positive. Berangan itu FREE.
Dapat tak harum manis: Dapat!! Sebat 12kg. phewww. beratus-ratus kilo suamiku memandu demimu wahai harum manis. InshaAllah tahun depan kita tengok macam mana ya. Wink ;-)
p/s: I wanna go to Langkawi
Friday, May 22, 2015
KISAH 2: MRYT-MARA DUNGUN
Pengalaman baru. Dialek baru. Tapi aku masih mengekalkan cakap Key Ell. masih belum blend together. Tapi aku tak ada masalah nak faham dialek sebab aku asal Klate boh!!Rata-rata kawan sekelas senyap dan masih malu-malu. Tiada seorang pun yang aku kenal. Aduh...
Aku seorang masih pelik sebab masih beruniform sekolah biasa kerana masih belum sempat tempah baju coklat dan biru pengawas. Warna rasmi baju sekolah maktab. Mujurlah Cikgu Homeroom aku yang cantik nak tolong tempahkan baju. Memang cantik sangat cikgu Kemahiran Hidup seorang ni. hihihi. Jadi buat sementara aku antara rare student dengan baju putih kain biru laut.
Kelas aku masa Tingkatan 1, 1 Bestari, seingat aku ada 5 kelas. Amanah, Bestari, Cemerlang, Dinamis, Ehsan. dan aku termasuk dalam golongan beruntung kerana kelas Bestari dan Amanah tak perlu floating. kawan-kawan dari kelas Cemerlang hingga Ehsan terpaksa la blajar ala floating sebab kelas tak cukup. Belajar kat PSP ke, kelas-kelas lain yang tengah dalam lab ke..mmm..leceh jugak sebab tak dapat simpan buku dalam kelas. hari-hari kena kelek buku. dan budak kelas Amanah dan Bestari jangan perasan pandai k. LOL!
Masa umur 13 tahun aku dah belajar hidup jauh dari keluarga. teringat saat emak hantar aku kat pintu dorm Siti Aminah kemudian tolong kemas-kemas barang sikit. Ada senior tingkatan 3 yang turut ringan tulang tolong kemas. sambil tulis nama-nama aku kat selipar, baldi, cebok..iyalah takut tertukar kan. namanya Kak Sema. ingat-ingat lupa dah mukanya. Saat emak tinggal aku ada la sikit perasaan sedih campur takut sebab hidup kat tempat orang kan. tapi memang tak menangis pun..bedmate aku tingkatan 1, Hanan, tinggi budaknya dan sangat lemah lembut. Hanan masuk 1A aku 1B. tak sekelas.
Kelas 1 Bestari..dari hari ke hari aku sudah boleh menyesuaikan diri dan menyumbang kepada keriuhan kelas. Abdul Hakim Ikram. classmate merangkap anak kawan ayah aku juga dalam kelas yang sama, dan bila jumpa geng haruslah kami sama-sama meriuh-rendahkan kelas. Waktu dulu aku adalah lebih kepada extrovert dan becok. Mungkin terbawa-bawa sikap gila masa Darjah 6 di SKWJ. Aku dah selesa dan anggap kawan-kawan sekelas pun boleh "masuk" untuk riuh rendah. rupanya ada yang tak suka. mereka mula gelar aku kepoh macam Ayam Selebet Usop Sontorian. dan terus bagi gelaran aku Selebet. memang cari pasal. tapi satu hari aku tengok budak kelas yang bernama Faisal tak pakai cermin mata. eh pelik. Budak ni rasanya yang bagi gelaran ayam selebet kat aku. Dan hakim as a paparazzi buat annoucement:
"Mung tau ko ada spek budok tu jatuh dale lube jambe"
Dan aku: WAKAKAKAKAKAKAKa!! haruslah gelak guling-guling khennnn
p/s: This is based on 80% true story -peace-
Wednesday, May 20, 2015
KISAH 1: MRYT-MARA DUNGUN
Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu kuterkenangkanmu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya
Lirik Untukmu
Feminin terngiang-ngiang...bila disebut angin dan bayu, fikiran terkenangkan
satu tempat..tempat yang mengajar erti kehidupan..tempat yang mendamaikan..oh
rindu..nukilan mengenainya telah lama aku tulis sejak tahun 2005. Tapi kerana
otak kontot dan melayan fikiran yang dangkal habis 1 blog aku delete. Sekarang menyesal
sebab semua yang aku tulis dulu memang berdasarkan catitan otak segar remaja
20an. Kini remaja yang melangkah “retua” ingin memulakan kembali kembara
sebagai seorang ANSARA.
16 Februari 1998. Gulp.
Pertama kali aku memijak bumi Terengganu. Ketika ini masih ada tol di Jambatan
Sultan Mahmud. Aku ingat sebab aku lalu. Untuk pengetahuan, bapa aku gelar aku
sebagai seorang yang buta jalan. Hahaha. Tapi tang tol ni memang aku ingat. Iyelah,
pertama kali pijak tanah Darul Iman, jadi memang mata memerhati. Perjalanan ini
bermula setelah aku setuju dengan tawaran...
Gadis beruniform
sekolah dengan kain warna biru laut berjalan pantas untuk pulang kerumah. Zap zip
zup kain dari jenama Canggih tu berbunyi pada setiap langkah. Matahari terik
memancar dan dahaganya hanya Tuhan tahu...Ramadhan..ya ketika itu Ramadhan dan
yang bermain di hati hanya ingin cepat sampai ke rumah. Tiba-tiba dia
terserempak dengan rakan kelas. Lelaki. Gemok. Gagah pada fizikal tapi lemah
pada iman. Hampeh. Tin coca-cola di tangan di bulan Ramadhan. Choi! Lalu tanpa
mempedulikan teman yang tersenyum kambing menutup kelemahan iman dia terus
melangkah. Melangkah membelah blok-blok rumah flat di Seksyen 2. Yang dituju
Sesyen 4 bermakna ada Seksyen 3 sebelum dia sampai kerumah. OI! Menipu ke,
Seksyen 3 tak ada kat Wangsa Maju. Hahaha!
Flat rumah
tersergam indah. Dengan langkah yang sama dia memanjat ank-anak tangga. Tingkat
3. Aduhai bestnya kalau rumah di tingkat 1, sampai-sampai boleh terus masuk
rumah. Tapi rezeki, duduk di atas kayangan. (Sampailah sekarang sampai tingkat
11 ko!) phewww...nafas dihela dan tudung sekolah dan “terbus” seperti kata
orang Kelantan dicabut. Legaaa...panas..dihalakan muka ke kipas..tiba-tiba..
Emaknya menghampiri
dengan sampul besar berwarna coklat.
“Kalau dapat
jauh-jauh nak pergi ke” tanya emak.
“Jauh? Apa tu dalam
sampul?” budak perempuan tu dah teruja nampaknya. Sebab dalam hati memang
teringin sangat-sangat kan nak masuk asrama. Kawan-kawan sekolah ada yang dah
dapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
“Offer masuk MRSM”
balas emak.
“Hah?!!”
menyeringai suka budak perempuan. “MRYT-MARA Dungun? Ape ni?” nada kecewa sikit
sebab pada nama sekolah bukan di tulis M.R.S.M.
“Itu MRSM juga, kat
Dungun, Terengganu” sampuk ayahnya.
Lalu, gadis itu
setuju untuk jadi budak asrama. Bukankah itu yang dia idam-idamkan selama ni? Sampul diambil dan ditilik satu persatu ayat yang terkandung dalam surat tawaran. Turut disertakan contoh kain untuk uniform sekolah. Biru dan Cokelat. Dia masih belum tahu bahawa itulah warna tradisi MRSM.
Weehuuuu!!! Aku dapat jadi budak ASRAMA!!
p/s: blog aku dulu namanya Imtihan.
Subscribe to:
Comments (Atom)