Monday, January 3, 2011

Rumusan 25 Tahun

Tahun Masehi berganti lagi..Selamat Datang 2011.


Syukur ke hadrat Dia Yang Maha Kuasa yang punya segala-galanya yang masih meminjamkan aku nafas untuk menghirup udara kurniaannya padan tahun 2011 ini...permulaan 2011 kami menambah seorang ahli keluarga baru...isteri abang sulungku..bagi aku..seumpama aku mendapat seorang lagi adik...welll..aku kan kakak...kikiki..


Kerjaya dan Kewangan

Tahun 2010 berlalu dengan cepat. Agak mencabar dengan status aku yang sudah bekerjaya..the real life begins..aku antara golongan yang mudah mendapat kerja walaupun gaji taklah boleh dikatakan mewah..gaji kecik belanjanya kecik, gaji besar, belanjanya besar. jadi kesimpulannya..tidak kira berapa bakul RM pun gaji, yang penting, pengurusan wang yang utama. Dalam bab ini aku setakat lulus sahaja. belum mencapai tahap cemerlang kerana bila dihitung, simpanan aku cuma 7% sahaja beb dari total gaji aku selama sepuluh bulan berkhidmat. Dem! Betapa pemborosnya aku dengan segala tok nenek handbags, kain baju, make ups uols dannnnn tudung lycra lerr...

Dari segi kerjaya, jujurnya, aku masih dalam proses membiasakan diri dengan lifestyle baru, bidang baru yang mementingkan grooming, communication skill dan otak yang peka dengan keadaan semasa. Yang sensitif dengan isu-isu yang berkait rapat dengan apa yang berlaku dalam negara, politik, sosio-ekonomi, dan lain-lain hal yang berkaitan. Sesetengan orang berkata kita takkan dapat semua yang kita nak, kita kadang-kadang tak dapat kerja dalam bidang yang kita minat..yeap..sume rezeki base. tp apepun, usaha untuk memajukan diri, untuk memahirkan diri dalam bidang kerjaya yang kita perjuangkan kena sentiasa tersemat dalam hati dan sanubari. aku setakat ni OK dengan kerja aku..belum capai tahap aku GEMBIRA dengan apa yang aku lakukan...but slowly aku masih dalam proses adaptasi...aku belum capai tahap SERONOK lagi duduk kat ofis tu...tau tak bahawa bila kita suka dengan kerja yang kita buat semua masalah akan jadi peluang? JAWAB sendiri ok...

Kawan-kawan

Tahun 2010 juga tahun kebanyakan kawan-kawan aku menamatkan zaman solo...ada yang dah bakal menimang zuriat pun..yang bertambah rezeki Ilahi pun ada.. :)

Ramai juga teman-teman rapat yang mengalami kedukaan pada tahun 2010..sebagai manusia..tulang empat kerat dan kudrat yang ada takkan dapat mampu untuk menghalang apa yang terjadi...

Peluang ke India menjadikan aku kawan dan sister kepada brothers and sisters dari seluruh pelusuk dunia..tak sangka aku survive 3 minggu dengan orang-orang yang aku tak langsung kenal. dengan bahasa yang berbeza, dengan budaya , dengan fizikal yang berbeza...Im so grateful to Allah dengan peluang yang aku dapat. Memang aku pernah berangan jejak kaki kat Taj Mahal pun dolu-dolu...and...i did it.. :)

Tabiat

Sejak akhir-akhir ni..aku tak dapat nak mengawal tabiat yang satu ni... "Online Shopping!!!!!!!!!!!!" memang tahun 2010 sesi perkenalan aku dengan tabiat ni..Terima kasih!

Jodoh

Doakan aku =) mungkin 5 Tahun 5 Bulan mcm tajuk novel tu utk aku galas tanggungjawab tu kan?




mari menyembur minyak wangi


p/s: Sabar, tenang, tawakkal.....

Thursday, December 23, 2010

Membuat Pilihan

- sikit-sikit terasa -

Penat dengan kerenah manusia. Tekanan hebat. Dadaku hampir pecah. Sungguh..perasaan ini, coretan ini tidak hanya untuk nukilan, tetapi sebagai cara mencari ketenangan.
Perasaan ini belum pernah aku alami sepanjang kehidupan. Saat aku benar-benar sakit saat aku benar-benar perlu telinga untuk mendengar, tidak kujumpa telinga bertuah itu. Namun, aku nasihati diri sendiri, tenang, tenang, tenang, fikir perkara yang baik-baik sahaja. Lalu....air mata jawapannya...air mata yang mengeluarkan titis rasa sakit...rasa sebak...rasa pilu dan ngilu di hati...tambah pilu, saat air di mata tak henti menitis, langit turut berkongsi rasa...membasahkan muka bumi dengan air hujan......This is life......



Eliz..lend me your shoulder..wanna to cry. need to cry!! i am still not fully recover =(

Sunday, December 12, 2010

Rasa Campur-campur

-friendship-





Just arrived Putrajaya by ERL. Today onwards, i will no longer come Putrajaya with him. He's taken away. I don't know why, I should be happy, but i can't lie to myself. I feel sad..wooo~woo~woo~ (of course i always du'a may he get the best always..always and always)

Few things made me mad. Just let me know first when you want to do something that relates to me. it happened when i saw "not you" wearing the cloth that i buy as a gift. at the very beginning, i thought you are the one who will wear it...hailaa....at least bagitau laaaaaaa..................

the office stuff, can you please stop disturbing me during weekend. tau tak aku nk MUNTAH bila unwanted number called me, jusssttt a few mins before i want to enjoy the narnia. WHY HUH? can't you just wait until tomorrow?? i just cud not help with these type of people....

my emotions swaying here and there....i want to tell ya the truth that all these while, saya menumpang di atas persahabatan kawan-kawan saya..saya menumpang dlm persahabata A dan H, S dan F, J dan Y..but at least i have closest friends..AHSFJ..thank you guys, ur friendship are precious gift for me....my emotions...fuh....hard to talk..tears wanna drop...unstable emotions..please hold on..do not enter the depression level..cheer up...think of something that will make you happy, that will make you to forget the things that you dont want to remember..
tp jgnlah doa sampai kene amnesia..hahahaha..

i want to cry, tp nk pinjam bahu siapa ni?tak sedap lah nk cry sorang-sorang...nak ada org utk dgr aku meluah perasaan..merepek-repek etc..few years ago i asked sum1 whom i love, may u lend me you shoulder? the answer: No...[maybe the sumone dont want to pamper me and want me to feel stronger]

This is life, life is never suck. I hate when i read people write/feel life suck. . we have to grow up. we are responsible to our own life. to decorate it. to color it. to fill it with emotions, with feelings, either sad or happy, because all of it that make the life meaningful...

Glad that i can sewing, yesterday i have makcik-makcik to share the art of sewing with. hahahaha..aku pun dah jadi mcm makcik...

how do i watch Manchester United vs Arsenal? I have a strong feeling, Arsenal is going to win the game, with the improvement i saw in Nasri, with the returns of RvP, with the confidence statement by Fabregas, with the Gunners spirit in the whole team, with never give up coach the goners have, i know They will make it on the tuesday morning. yeahhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!

-----------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: melancong ke instanbul RM8++. kurang ajar je mamat tanye soalan, "dah ada pasport ke kak?" menyampas..aku rase macam nk sepuk je mulut dia

Tuesday, November 30, 2010

Bonda


Innalillahiwainnailaihirojiun...


Sahabat yang kukasihi...tak mampu ku bicara tika berita itu sampai ke pengetahuanku...aku tidak mahu mengganggu saat kau benar-benar kehilangan..aku mahu engkau tenang dahulu..aku tak mahu saat aku mengeluarkan kata-kata kau akan bertambah luka...

Sahabatku..April lalu pertama kali aku bertemunya. Ceria sokmo! Menghidupkan suasana, easy going, kelakar, ramah..dan dia membahasakan dirinya "Mama" pada aku dan Paja...

Saat Paja migrain, mama yang menemannya dalam si birumu..Mama hidangkan kami dgn makanan yang sangat byk..Walaupun hanya kurang 3 hari aku di Terengganu waktu itu, tetapi aku tetap bersyukur kini sekurang-kurangnya aku kenal dengan ibu sahabat tersayang...

Hanya secebis kenangan itu akan kukenang sampai bila-bila..jujurnya..aku doakan keadaanmu baik-baik saja. Aku tahu kau kuat dan takkan menunjukkan kelemahanmu di depan orang lain..ambillah waktu untuk bertenang....aku akan bicara bila kau sudah bersedia...

Daripada Dia kita datang kepada Dia kita kembali...al-Fatihah...Semoga mamu mu tenang dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.......

Salam takziah dari aku sekeluarga..

p/s: ;(



Sunday, November 28, 2010

Merah tanda Marahkah?

teet..teet..

1 SMS masuk.

Oh, dari ofis rupanya. Jari-jemari terus lincah menekan punat-punat membalas mesg dari teman ofis.

" Perlu, meeting pukul 3"

------------------------------------------------------------

Emosi aku...emosi yang bercampur-campur minggu ini. Kenapa ya? Macam ada sesuatu yang tak kena. Aku risau kerja pejabat, aku excited abg nak kawin, but then, one message that i read....hmmmm, it really put me in grief...grief...grief....

I handle my family...It is ok. As long as i can make the event meaningful to my family then it is just enough for me.
-------------------------------------------------------

OK, Perkahwinan abang yang hanya tinggal beberapa hari je lagi merupakan perkahwinan pertama dalam family aku. At the very beginning, we planned to get married on the same date, but, my jodoh is not there yet. Or may be it wanna give a chance to me to be a runner for the wedding. Hehe..

Hmm...ok, mari berkongsi perasaan seorang adik apabila abng dia nak kawin..Mula-mula, mmg tak dinafikan aku macam, oh..my brother is being taken away...Afterthis he will be with his own family..lead his own family...ala...it's like macam "kehilangan" jgk..He will have two families..He will have adik-beradik tambahan..Yes..simple word...Jealousness

Tapi bila dah berkenalan dgn bakal sis in law, i know she will make my brother happy, and ciri-ciri yang ada dalam dia menepati cita rasa kami sekeluarga. Her family also very-very-very nice to us. :)

Now, I am happy and cant wait for the date!

Checklist tugasan aku :

Door gift+Choc


p/s: trying to get Nikon compact cam for the wed. he he ( and trying to forget those word in the txt msg)
p/s p/s :


p/s p/s p/s: im wearing red shirt

Baju Kurung Jahitan Sendiri

Aku belajar menjahit kerana aku nak jimat.


Baju kurung merupakan baju kebangsaan di negaraku. Siapa kaum wanita Melayu di negara ini yang tak pernah pakai baju kurung? aku yakin 99% pernah pakai. Banyak material yang boleh digunakan untuk membuat baju kurung, contohnya shifon, cotton, crepe dan lain-lain sebab tiga tu je yang aku tau. Terdapat banyak keistimewaaan yang terdapat pada baju kurung, antaranya, ringkas, sopan (kalau design baju kurung tu mengikut definisi yang sebenar lah), selesa, selesa dan selesa.

Aku mula pakai baju kurung sejak dari kecil lagi. Aku pakai masa sambutan hari raya, pegi sekolah seragam baju kurung yang biru putih, pegi mengaji dan lain2 occasion yang sewaktu dengannya. Masa sekolah rendah dan menengah of course lah everyday Isnin hingga Jumaat aku pakai baju kurung. Dari darjah satu tu. so boleh kira 11 tahun without fail aku pakai baju kurung. Kemudian zaman uni part 1 diploma most of the time aku pakai baju kurung. Tapi memandangkan jurusan yang kuambil ganas dan mencabar, lama kelamaan baju kurung berganti dgn shirt dan jeans. terserlah kesempoian di situ. Waktu lab aku lebih selesa dgn jeans. tapi tak pelik pun kalau baju kurung tu di pakai waktu lab. sopan lagi...

Biasanya gadis remaja, wanita muda bergaya, makcik-makcik yang sentiasa up to date jenis-jenis kain di pasaran terkini akan menyuai padankan pemakaian baju kurung dan tudung kepada/hijab. contoh kalau tanah coklat bunga purple, maka tudung akan ikut warna bunga. tapi bagi aku, dah namanya aku, waktu sekolah dulu (dan time-time malas sampai sekarang) aku main bedal je warna tudung tanpa mengira warna baju kurung yang kupakai. it waste a time man nak matching bju tu dgn tudung ni. rujuk balik definisi baju kurung aku. ringkas. jadi jgn jadikan warna baju kurung tu sebagai waktu utk buang masa matching dgn tudung. asal boleh aje. hahahaha...but im trying my best la utk match kan..but it never take too long time to make a decision....

so...kerjaya aku sekarang mmg menuntut aku dgn pemaikaian baju kurung..jadi aku memerlukan byk helai baju kurung. boring kalau aku rotate baju same je kan...aku pun ada keinginan jugak ;p. harga kain untuk buat baju kurung taklah mahal..let say aku nk beli utk rotate gi opis, then i prefer to wear kain yang harga less than RM30. TAPI, yang buat aku agak macam bengkek ialah upah baju kurung yang most of the time lebih tinggi daripada harga kain. phewww..bertitik tolak daripada keadaan inilah aku tekad dgn housemate aku amik kelas jahitan 2 hari sampai aku terpaksa korbankan retreat dgn colleague aku kat Pualu Pangkor.;(

Tapi.....usaha menghadiri kelas ngn Kak Tie kat Puncak Jalil tu sekarang mula menampakkan hasil...daripada yang mmg tak reti menjahit langsung aku dah jahit 5 pasng baju kurung beb...bangga tak??Bangga weh!haha..well eventho belum tahap sempurna, but im learning utk buat baju kurung dhn jahitan yang kemas dan teliti...once the latest baju kurung is ready, i will upload the pic here..

ok..it is now 3 minutes to 2am. im tired already...im happy that i can sew baju kurung...it really helps me to forget the things that i dont want remember..it teach me to be more patience and to be more focus on what i am doing.

ok dear reader(s) good nite :)

p/s: jarumku patah tadi...i learn from mistake....
p/s p/s: Nilai 3 oh Nilai 3..hahahaha...

Tuesday, November 16, 2010

Salam Eid Ul Adha



Salam AidilAdha 1431 Hijrah
buat semua muslimin dan muslimat
Semoga kita dapat menyelami erti pengorbanan sebenar.


wanna be here again with ♥ ones

p/s: Kenapa nak ikut cara orang? Kita ada cara kita. Kenapa nak gelabah? I know I made a right decision (4 years ago) when i read this yesterday.