Sunday, November 28, 2010

Baju Kurung Jahitan Sendiri

Aku belajar menjahit kerana aku nak jimat.


Baju kurung merupakan baju kebangsaan di negaraku. Siapa kaum wanita Melayu di negara ini yang tak pernah pakai baju kurung? aku yakin 99% pernah pakai. Banyak material yang boleh digunakan untuk membuat baju kurung, contohnya shifon, cotton, crepe dan lain-lain sebab tiga tu je yang aku tau. Terdapat banyak keistimewaaan yang terdapat pada baju kurung, antaranya, ringkas, sopan (kalau design baju kurung tu mengikut definisi yang sebenar lah), selesa, selesa dan selesa.

Aku mula pakai baju kurung sejak dari kecil lagi. Aku pakai masa sambutan hari raya, pegi sekolah seragam baju kurung yang biru putih, pegi mengaji dan lain2 occasion yang sewaktu dengannya. Masa sekolah rendah dan menengah of course lah everyday Isnin hingga Jumaat aku pakai baju kurung. Dari darjah satu tu. so boleh kira 11 tahun without fail aku pakai baju kurung. Kemudian zaman uni part 1 diploma most of the time aku pakai baju kurung. Tapi memandangkan jurusan yang kuambil ganas dan mencabar, lama kelamaan baju kurung berganti dgn shirt dan jeans. terserlah kesempoian di situ. Waktu lab aku lebih selesa dgn jeans. tapi tak pelik pun kalau baju kurung tu di pakai waktu lab. sopan lagi...

Biasanya gadis remaja, wanita muda bergaya, makcik-makcik yang sentiasa up to date jenis-jenis kain di pasaran terkini akan menyuai padankan pemakaian baju kurung dan tudung kepada/hijab. contoh kalau tanah coklat bunga purple, maka tudung akan ikut warna bunga. tapi bagi aku, dah namanya aku, waktu sekolah dulu (dan time-time malas sampai sekarang) aku main bedal je warna tudung tanpa mengira warna baju kurung yang kupakai. it waste a time man nak matching bju tu dgn tudung ni. rujuk balik definisi baju kurung aku. ringkas. jadi jgn jadikan warna baju kurung tu sebagai waktu utk buang masa matching dgn tudung. asal boleh aje. hahahaha...but im trying my best la utk match kan..but it never take too long time to make a decision....

so...kerjaya aku sekarang mmg menuntut aku dgn pemaikaian baju kurung..jadi aku memerlukan byk helai baju kurung. boring kalau aku rotate baju same je kan...aku pun ada keinginan jugak ;p. harga kain untuk buat baju kurung taklah mahal..let say aku nk beli utk rotate gi opis, then i prefer to wear kain yang harga less than RM30. TAPI, yang buat aku agak macam bengkek ialah upah baju kurung yang most of the time lebih tinggi daripada harga kain. phewww..bertitik tolak daripada keadaan inilah aku tekad dgn housemate aku amik kelas jahitan 2 hari sampai aku terpaksa korbankan retreat dgn colleague aku kat Pualu Pangkor.;(

Tapi.....usaha menghadiri kelas ngn Kak Tie kat Puncak Jalil tu sekarang mula menampakkan hasil...daripada yang mmg tak reti menjahit langsung aku dah jahit 5 pasng baju kurung beb...bangga tak??Bangga weh!haha..well eventho belum tahap sempurna, but im learning utk buat baju kurung dhn jahitan yang kemas dan teliti...once the latest baju kurung is ready, i will upload the pic here..

ok..it is now 3 minutes to 2am. im tired already...im happy that i can sew baju kurung...it really helps me to forget the things that i dont want remember..it teach me to be more patience and to be more focus on what i am doing.

ok dear reader(s) good nite :)

p/s: jarumku patah tadi...i learn from mistake....
p/s p/s: Nilai 3 oh Nilai 3..hahahaha...

No comments:

Post a Comment