Friday, October 15, 2010

All By Myself

The journey begin. Sayu. Dia menjauh diri..

Lewat malam detik waktu kini 12:57 AM. Gusar hati ini akan kepergian dalam waktu singkat. Pergi menadah ilmu tiada berteman. Aku pergi dgn jaminan Tuhan untuk menjaga keselamatanku..

Aku tak taula kenapa blog012011 ni mode dia selalu tak ceria. tak happy. tak gumbira lalala. jawapannya ada pada aku. seolah aku dah hilang idea. hilang cerita. hilang gaya. aku tak punya cerita untuk dicoretkan.

************************

Dalam aku pause menulis sebentar tadi ni untuk melayari satu lawan web santai, keluar pop up dalam benak fikiranku. Perbezaan 012011 dan imtihani ku dulu. Sewaktu aku mencurah rasa di Imtihani, aku masih bergelar mahasiswi yang jelita, gojes, dan vogeh, dan sewaktu aku berkeputusan membina 012011 aku bergelar pegawai kepada sebuah organisasi yang besar gedabak dan tiada yang bisa menandinginya di negaraku. Perbezaan yang terzahir dan terasa oleh diri aku ini ialah, zaman uni tidak sekusut zaman bekerjaya. The real life begins bak kata sesetengah orang. Jujur, kadang kerja sekarang aku suka dan kadang aku boleh gila dengan feel manusia. Aku cuba utk tidak merapatkan diri dengan mana-mana teman sekerja. Aku bimbang. Kalau terlalu rapat akan cepat "berperang" dan itu sudahpun terjadi.

Kata seorang teman " Warghhh! Jom kita buat blog!! Boleh kutuk-kutuk kat situ ".
Pada masa dia bicara, 012011 sudah tersedia ada dan bukanlah agenda utama untuk sesi kutuk mengutuk. Aku sebenar teperangkap dgn dua keadaan. Satu tugasan berkumpulan dan satu tugasan solo yang membuatkan aku pening blur dan semua yang sama waktu dengannya. Teman tidak berapa mahu memahami menuntut aku turut serta dalam kumpulan sedang aku menyiapkan tugasan solo. Kumpulan itu ramaiiii. Dan sebenarnya menurut teman lain semuanya under control. Dan hasilnya aku dapat lihat teman pertama tadi membuat pelbagai ekspresi muka yang membuatkan aku rasa dan bertanya "salah aku ke? aku kena minta maaf ke? " damn. Noktah.

Pengajaran: Aku tidak akan cuba rapat lebih daripada 50% dengan teman sekerja. B.A.H.A.Y.A.



p/s: Tertanya apa salahku......

2 comments:

  1. serius aunty..
    x perlu close sgt ngan ur colleague..

    thats the reason aku x suker bersepejabat dgn kawan2 yg mmg dh close dgn kiter :)

    ReplyDelete
  2. hehe..
    payahkan..collegue aku ramai yg hati rapuh. sikit2 terasa..nyampah..tu machine gun aku tak sembur kaw2 lagi tu...hailaaa

    ReplyDelete