Friday, March 6, 2015

KEGILAAN WANITA NORMAL

Hari Jumaat hari ini. Aku dapat rasakan kelapangan di samping kekalutan kerja. Nampak ada kemajuan dalam pekerjaan. Sikit-sikit dah faham dengan apa yang aku kerjakan. Cuma ilmu itu sentiasa perlu ditambah dan diasah agar mantap dan tak jadi mangsa penipuan orang lain. Aku berkhidmat demi negara (of course la Lillahitaala) nampak kecil posisi aku dalam organisasi tapi tanggungjawab yang dipikul ini sangat besar. 

Aku cuma lebih teratur dan menyerap ilmu satu persatu. 

Hari Jumaat hari ini. Masa rehat aku lama. dekat 2 jam 30 minit. Kalau waktu tak sibuk memang aku boleh bersiar-siar sambil menabur duit di pusat membeli belah atau pun gerai-gerai jual tudung. Aku agak kau dah boleh tahu sektor mana aku bekerja. 

Hari Jumaat. Hari para wanita berniaga dan menjana ekonomi. Betapa aku cemburu dengan mereka yang punya bakat berniaga. Tetapi memang nampak seronok tengok transaksi wang apabila orang membeli produk yang diniagakan, tetapi usaha dan jerih perih disebaliknya hanya mereka yang mengerti. Dan aku, sebagai wanita yang kini telah menginjak usia 30 tahun sesekali melepasakan gian melihat aliran wang keluar dari dompet aku (belum tukar lagi dompet yang suami bagi hadiah). 

Dua benda yang sukar aku elakkan ialah:

Tupperware
Aku mahu lihat peti ais aku tersusun dengan Freezer Mate, tetapi kini aku rasa percaturan aku tak berapa kena kerana aku punya Freezer Mate dengan warna Ungu, Hijau dan Merah. (Wal hal aku suka dengan Freezer Mate set warna Biru). Suami, kalau suami baca ini makna saya nak Freezer Mate warna biru. Ada yang kecil dan comel yang sangat sesuai untuk isi sambal belacan. 

Shawl NoraNorwan
Shawl aku beli di gerai jualan setiap hari Jumaat. Cuma hari ini aku kena tahan diri dari cari gerai ini kerana nafsu aku sering tertewas dengan warna pastel yang dihidangkan. agak murah berbanding aku beli online dengan kualiti kain yang sama. Dan melihat kat Nora yang sarat hamil melayan pelanggan shawl membuatkan aku lagi suka nak membeli shawl dengan peniaga yang murah dengan senyuman dan bagi diskaun. Semoga perniagaan shawl dan jubah beliau semakin berjaya. Setakat ini aku sudah beli warna mustard, kelabu-hijau, salmon, merah bata, milo cair. Baru 5 helai kan. Aku perlu cari warna ungu ringan - light purple untuk sesuaikan dengan baju batik raya (kenapala aku asyik pakai batik masa raya? Aku bukanlah penggemar batik, tapi...corak-corak yang menawan selalu berjaya membuat aku tertawan. 

Hari ini aku 30 Tahun 1 Bulan 1 Hari

Selamat Tahun 2015. Dan aku cuba untuk menulis dengan lebih sempurna. Blog aku, ditulis sekerat-kerat sebelum ini. Aku perlu tulis sebagai sebuah karangan. Dan semuanya tentang aku, aku dan aku. 


p/s: Hari ini hari kelabu, seluar, blouse, shawl kelabu-hijau. Dull gila warna aku. 

No comments:

Post a Comment