Wednesday, October 27, 2010

10 Days More


It whatever you do, you must make sure it works. If not, it is just a waste.

If you hear anything that you could not understand, then it is just a NOISE.

Monday, October 25, 2010

Day 8

-Half of the day is meaningless-

Salam :)

1. Harga buku di sini tersangatlah murah. Kalau tidak kerana money constraint, agaknya memang lebih dari tiga aku beli buku. Kalau di negaraku, harga RM30, di sini, harganya kurang lebih separuh..Aku beli sebuah karya Nicholas Sparks dan sebuah lagi karya Sheldon dengan hanya RM35. Best kan.




2. Jangan sekali-kali mengata orang dalam Bahasa Inggeris dengan menganggap subjek yang sedang kamu perkatakan tidak faham Bahasa Inggeris langsung dan blur dengan " what the hell is going on now " . It happened today. Kawan dari SEA told me and i realized on what the guy and pompuan dari negara-negara berkenaan dengan apa yang mereka perkatakan. Sekiranya seseorang tu tak banyak cakap, tak bermakna mereka tu tuli dan faham Inggeris. The L guy..pheww..sila betulkan lidahmu yang tersangat pekat accent el al ul kau tu sebelum nak mengutuk orang.


p/s: Adik aku comel

Sunday, October 24, 2010

Day 7 Completed

Aku belum sewel lagi nak berjoget depan public


- I Just sneaked out from something that will make me look like "ullu ka pattha"-

So, this is the 7th day I have been in here. Nothing much that really impressed me so far. Aku rindu makanan, ,aku rindu ayam, kambing, lembu. Allah....laparnya... ;( . Kehidupan seharian setakat ini masih dalam kawalan. Tiada sesuatu yang luar biasa yg terjadi setakat hari ketujuh ini. Pon-pon, pen-pen, pet pot adalah perkara yang sangat normal di sini. Pening aku. Sangat bising. Suka hati lorong mana kau nak masuk. Namun walau sebegitu keadaannya, NO ACCIDENT HAPPENED SO FAR. Respect! Toleransi ada, tapi aku rasa honking adalah sesuatu yang menjadi tabiat di atas jalan raya di sini. Kebersihan di sini phewww....you get me i guess...

Nak tau, ramai participant dalam group aku sangat tertarik dengan negara kita, Malaysia.. i am smiling ear to ear. 2 minggu lagi bertahan sebelum aku balik membalun gulai ayam dan kerutub kambing..InsyaAllah..Amin.............

p/s: L.A.P.A.R.
p/s 2: AKu bijak tak bawak cable transfer. Phew..

Tuesday, October 19, 2010

Day 1, Day 2

Kali pertama.

Perjalanan yang biasa-biasa saja. Dapat lihat gumpulan awan cantik tergantung tanda Maha Hebat Sang Pencipta. Subhanallah..sungguh tidak jemu. seolah berada di kayangan. Perjalanan tanpa teman sebenarnya agak membosankan. Tetapi perjalanan dalam kelompok lebih tiga orang boleh melecehkan.

Ini pengalaman pertamaku. ini pengalaman real jadi lone ranger. Alhamdulillah. So far so good. hari ini masuk hari ketiga di negara Shahrukh Khan. Seolah bermimpi bagi peminat filem Hindi dapat menjejak kaki di sini. Terima kasih Allah. I love you. Kuatkanlah aku menghadapi alam pekerjaanku Ya Tuhan...

Apa yang aku peroleh dalam 2 hari ini:

1. Beli setin Lipton Ice Lemon Tea dengan harga Rs. 150. Meninggalkan alam uni menyebabkan otak aku agak lembab kerana pada mulanya beranggapan, " Owh, ok, it is just around RM 1.00 +" tetapi setelah aku diam dan berfikir " Hey!!! RM10 ++" Adehhhhhhhhh

2. Telefon mama tak sampai 5 minit sekitar Rs 123. But it is ok. as long as my mom know that I am ok.

3. Jejak kami di bumi Haryana. bandar yang sedang membangun. mungkin akan jadi bandar metropolitan dalam beberapa tahun lagi. dan yang paling aku suka, speed internet yang SUPERB!

4. Dengar ucapan daripada Dr. Farooq Abdullah, Minister of New and Renewable Energy. Insaf aku dgr..manusia semakin tamak sampai terlupa tanggungjawab pada alam. Jangan lupa ye, alam semulajadi ni kita pinjam daripada anak cucu kita, kalau kita tak jaga betul-betul nanti macam manala meraka nak hidup, jgn kita sedut oksigen diorang hirup karbon dah la..please people, Let's Go Green!

5. Sekuntum bunga ros. Di sini sangat kaya dengan fresh flowers

6. Semakin meningkat populasi manusia, semakin meningkat standard of livings, dan secara langsung meransang kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat. Semua ini akan berhenti pabila sumber-sumber alam tiada, maka dengan itu, kita perlu kepada tenaga-tenaga boleh diperbaharu (renewable energy) - sumber tenaga yang FOC (solar, angin, hidro, air) cuma perlu teknologi untuk mencipta device utk memanfaatkan sepenuhnya kurniaan Ilahi yang gratis ini.
Sebenarnya sejak sekolah rendah lagi kita belajar pasal renewable energy kan. Tak gitu?

7. Foreign friends - paling friendly daripada Dominican Republic dan paling terkesan perbualan aku dgn teman dari Senegal:

Djohm : U r muslim
Aku : Yes I am. and you?
Djohm : Yes. me too. do u pray?
AKu : Yes
Djohm : u pray everyday? 5 times?
Aku : Yes.. i am. (tapi aku ni masih lemah dan lagha, kdg2 kantoi jgk-bicara hati)
Djohm : u fasting?
Aku : yes
Djohm : u can read Quran?
Aku : Yes
Djohm : u read everyday?
Aku : ( waaaaaaaaaaaaaaaa - malu sama Djohm, lebih malu sama Allah ) ermm..not everyday..how about you..
Djohm : yeah yeah.. i read everyday in the morning after pray until certain page. then i continue the next morning. when i finish read the whole Quran, then i come back at the first page.....

p/s: God knows the best for me...KeampunanMu ku harapkan ;(

Sunday, October 17, 2010

17102010


Selepas game 800th Arsene Wenger.


Telah selesai perlawanan dengan keputusan berpihak kepada Emirates yang dahagakan piala sejak dengan rasminya menjadi stadium tuan rumah Arsenal pada musim 2004/2005. Kejayaan 49 unbeaten match The Gunners di Highbury Stadium musim 2003/2004 seolah-olah menjadi satu...satu apa ya...hmm entahlah...

Esok tiba masanya..
Allah..lindungilah aku..Amin...




Taj Mahal (Istana Taj)

Friday, October 15, 2010

All By Myself

The journey begin. Sayu. Dia menjauh diri..

Lewat malam detik waktu kini 12:57 AM. Gusar hati ini akan kepergian dalam waktu singkat. Pergi menadah ilmu tiada berteman. Aku pergi dgn jaminan Tuhan untuk menjaga keselamatanku..

Aku tak taula kenapa blog012011 ni mode dia selalu tak ceria. tak happy. tak gumbira lalala. jawapannya ada pada aku. seolah aku dah hilang idea. hilang cerita. hilang gaya. aku tak punya cerita untuk dicoretkan.

************************

Dalam aku pause menulis sebentar tadi ni untuk melayari satu lawan web santai, keluar pop up dalam benak fikiranku. Perbezaan 012011 dan imtihani ku dulu. Sewaktu aku mencurah rasa di Imtihani, aku masih bergelar mahasiswi yang jelita, gojes, dan vogeh, dan sewaktu aku berkeputusan membina 012011 aku bergelar pegawai kepada sebuah organisasi yang besar gedabak dan tiada yang bisa menandinginya di negaraku. Perbezaan yang terzahir dan terasa oleh diri aku ini ialah, zaman uni tidak sekusut zaman bekerjaya. The real life begins bak kata sesetengah orang. Jujur, kadang kerja sekarang aku suka dan kadang aku boleh gila dengan feel manusia. Aku cuba utk tidak merapatkan diri dengan mana-mana teman sekerja. Aku bimbang. Kalau terlalu rapat akan cepat "berperang" dan itu sudahpun terjadi.

Kata seorang teman " Warghhh! Jom kita buat blog!! Boleh kutuk-kutuk kat situ ".
Pada masa dia bicara, 012011 sudah tersedia ada dan bukanlah agenda utama untuk sesi kutuk mengutuk. Aku sebenar teperangkap dgn dua keadaan. Satu tugasan berkumpulan dan satu tugasan solo yang membuatkan aku pening blur dan semua yang sama waktu dengannya. Teman tidak berapa mahu memahami menuntut aku turut serta dalam kumpulan sedang aku menyiapkan tugasan solo. Kumpulan itu ramaiiii. Dan sebenarnya menurut teman lain semuanya under control. Dan hasilnya aku dapat lihat teman pertama tadi membuat pelbagai ekspresi muka yang membuatkan aku rasa dan bertanya "salah aku ke? aku kena minta maaf ke? " damn. Noktah.

Pengajaran: Aku tidak akan cuba rapat lebih daripada 50% dengan teman sekerja. B.A.H.A.Y.A.



p/s: Tertanya apa salahku......

Thursday, October 14, 2010

Palsu.

I have found lots of true friend when I was a student...

Aku nak berteman.
Aku mau bersahabat.
Sahabatnya cari yang sejati.
Yang bisa menceriakan di saat aku duka.
Yang sanggup meringankan tatkala bahuku senget dgn bebanan.

Tapi yang kucari tiada kudapat seperti yang kumimpi
Yang kutemui belum bisa menenangkan hati
Yang ada cuma saat bahagia menemani.
Kala saat sukar hadir frasanya " pandai-pandaila kau tanggung sendiri "

Ini duniawi. AKu belum boleh dapat title sahabat sejati.

p/s: sahabat sedang susah hati.....kita doa..semua bisa diatasi...♥ you..

Tuesday, October 12, 2010

Diam.

Petang. Waktu belum tamat.

Aku letih.
Di mana harus kuluahkan rasa ini.
012011.
Senyap..tak terluah.
Aku benar-benar letih....

p/s: Aku tak tahu bagaimana seorang itu bekerjaya sebagai event manager. Pengsan.

Sunday, October 10, 2010

Penyu, Turtle dan Sammy

Ahad. Istirahat.

Sudah semestinya Ahad hari istirahat bagi kebanyakan orang. Tapi tidak bagi mereka yang berada di Kelantan, Terengganu dan Kedah kerana Ahad merupakan hari bekerja. Permulaan minggu pada hari Ahad tidak "selemau" bila Isnin sebagai permulaan hari bekerja. Aku mengalaminya semasa "menetap" hampir 3 tahun di Sura Jetty, Dungun, suatu masa dahulu.

Jadi hari ini merupakan hari menebus janji dengan Adik Bongsu Yang Chomel untuk menonton Sammy's Adventures: The Secret Passage. ( iklan Narnia sudah keluar, ABYC, December kita pergi TGV WWM lagi ;p ) . Ok, tulisan ini bukan untuk mengupas cerita penyu tersebut cuma pengajaran hari ini :

"Kakak, tolong jangan beli pop corn dan air yang besar gabak ok! Malu ABYC mau bawa."


p/s: Yeah..ahahaha, macam terlebih sudah dgn popcorn bersaiz besar utk kami berdua telan...
p/s 2: Bila aku semakin dilupakan . Anyway, whom you are to them? Hmmm...

Wednesday, October 6, 2010

Kerja


Gelap malam.

"Aku masih lagi bisa melihat matahari"

Perlu apa kerja? Perlu duit

Perlu apa duit? Untuk makan, pakai, simpanan.

Mau kerja apa? Jurutera telekomunikasi

Sekarang kerjanya apa? Kerjanya...kerja..lagi kerja cari duit.

Suka sama kerja sekarang? Kadang suka kadang gila

Bagaimana tu? Jadi sekarang mau apa? Mau kawin..........kerana itu aku perlu kerja..

Untuk ikhlas itu sukar. Pekerjaan apapun sekiranya dilakukan dengan buah keikhlasan pasti mendapat kepuasan dan dapat dijalankan dengan perasaan yang begitu aman sekali tanpa omelan.

Tenagaku hampir kehabisan untuk hari ini...perlu rehat dan recharge semula.

p/s: masih belajar untuk ikhlas..........


Tuesday, October 5, 2010





Malam.

Esok PMR. Jantung berdebar-debar..Tahap keyakinan turun naik. Bolehkah aku jawab? Bolehkah aku ingat semua yang dibaca? Gelisah.


10 tahun dulu...

" No maktab saya xxxxx. Macam mana result saya?"
" Oh Awak dapat 7A 1B. Tahniah!"
Menetes air mata " B ape?"
" Geografi "
Masuk bilik dengan esakan yang makin kuat..

2 tahun kemudian
" Siapa nama?"
" Jelita "
" Ni slip awak. Tahniah"
" Fulamak! Cukup aku rembat 1A sampai 5C" No tears. Neutral. Tidak gembira. Tidak juga sedih.

Itulah perbezaan apabila study hard dapat result yang tidak mencapai target dan study smart (smart dgn tidak membuat revision, smart dgn last minutes study, smart dgn beradu waktu prep, smart dgn tiada buku nota langsung waktu Kimia, smart dgn menulis surat kepada teman di Jasin waktu Fizik) dan mendapat result yang so-so.



Belon untuk semua calon PMR2010
Semoga Berjaya adik-adik!


Sunday, October 3, 2010

Heart


Guten Tag.

Pernah dengar ungkapan " I Heart You" bagi aku ia menggambarkan perasaan yang lebih besar daripada " I ♥ you"

Pernah dengar lagu My Heart? Acha dan Irwansyah melagukannya dengan merdu amat

Pernah dengar kisah Heart menjadi Hate..kerana itu, sayang biarlah berpada-pada dan jangan membabi buta

Pernah hafal bagaimana rhythm Heart "lub dup" aku suka belajar heart mekanisme

Mengapa aku menulis soal heart di petang hari sebegini?

Kerana aku rindu My Heart.

I ♥ My Heart...nak pakai lame woo..oleh itu, jauhi rokok. Bagus harga rokok naik lagi esok..hehe

p/s: safe journey....amin......




Friday, October 1, 2010

Raya 1431H

-Lega-
Selamat petang.

Kurasa belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Di Malaysia musim raya akan diserikan dengan majlis rumah terbuka. Jika ramai kenalan pasti setiap hari terutama pada hujung minggu pasti ada yang menjemput ke rumah terbuka masing-masing. Pada hemat aku, musim inilah paling boleh berjimat, makan free ;p

Tidak ketinggalan di tempat aku mencari rezeki diadakan juga amalan "rumah terbuka". Setiap bahagian tidak ketinggalan untuk menjemput rakan dari bahagian lain ke jamuan masing-masing.
Natijahnya, perut aku kembung dengan juadah lemang dan rendangnya yang sangat enak. Juga tidak ketinggalan sate, kerepek-kerepek dan kuih-muih yang sedap. Amalan murni sebegini wajar diteruskan tetapi harus beringat agar tidak berlaku pembaziran.

Satu tips dari aku kalau anda menghadiri rumah terbuka:

Ambil makanan ikut kemampuan perut untuk menghadam dan hanya bagi peluang lidah untuk merasa, jgn ambil seperti orang yang "putus perut".


p/s: susu+buah-buahan?...naaaaaaaaaa. tanya dietitian akan kesannya.