Tuesday, December 31, 2013

31 Disember 13

311213 nombor ekor? Hehe

Masing-masing menghitung peralihan tahun 2014. Another new day another new year.

Selak kalender. Eh dah habis bulan. Tukar kalender baru.

Keluarga
Masih sama. Aku dengan suami masih berdua. Belum bertambah tiga lagi. Hati-hati untuk kategori tambah. Anak atau isteri? Gaaaa
InshaAllah 2014 akan ada kenduri-kendara kahwin lagi.

I am looking forward for these two events!

Kewangan/Harta
Atas sikit dari semput tapi bersyukur. Kena ada kemajuan hari demi hari dalam aspek pengurusan duit money pitih.

Cinta
Mekar kuncup hampir layu segar kembali mekar mekar mewangi dan mengharum dan akan terus dibajai.

Kerjaya
No comment. Masih lagi berusaha mencapai moksha. (Metafora bahasa aja ni. Tiba-tiba teringat mata pelajaran sejarah).

Kesihatan
OK. Ambil juga suppliment. Semoga bertambah maju kesihatan. Semoga cepat melekat. (Nak bb).

Hobi
Menjahitku agak suram. Hampir setahun mood hilang. Gigih untuk mantapkan diri buat kerja-kerja kraf. Semoga keazaman seiring tindakan. Hehehe.

Politik
Hoooo never ending story

Tuhan...berilah hidayah dan inayahMu pada aku untuk menjadi muslim yang lebih baik dan kuat menghadapi dunia fana ini..semoga aku dikurnia sifat kasih sayang dan pemaaf..semoga aku diberi semangat juang mempertahankan agamaku..semoga kudiberi kefahaman untuk lebih mendalami agamaku..semoga aku dikurnia rasa cinta yang semakin tinggi untuk kekasih Allah...

Semigakudoberirezekimenjadiummi.

Aamiin..

Arsenal menutup 2013 dengan penuh gaya walaupun perlawanan menentang Newcastle tersangatlah hambar. Terima kasih untuk barisan pertahanan dan tingkatkan usaha jentera serangan yang tumpul.

Peace.

2 comments:

  1. mari menongkah 2014 dengan penuh gayaaaa. gituhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila weh nak lepak. Dah berzaman aku x jumpe mu

      Delete