Wednesday, May 9, 2012

!

Tanda seruan (!) dalam penulisan boleh memberi banyak intrepetasi (dang! apa perkataan interpretation dalam BM nih) (baru lepas google translate..sigh!! Kamus Elektronik) TAFSIRAN! Ya! Penggunaan tanda seru dalam penulisan boleh memberi banyak tafsiran kepada pembaca. Tak kira lah pernulisan dalam Bahasa Malaysia atau pun Bahasa Inggeris.

"Wah, cantiknya bunga itu!" - teruja

"Amboi, merahnya Mak Ngah!" - teruja lagi

"Awas, jalan licin!" penekanan untuk berhati-hati

"Bla..bla...bla...why? blaa..blaa..Please check before you submit!!" - angin pasang

Aku akan menafsir seseorang itu sedang marah, teramat marah, sekiranya dalam memberi arahan dia menggunakan tanda seru. (well, kita akan tau samada typo atau tidak kalau tiba-tiba terletak tanda !)

Pagi ini aku terima dua tanda ! dan suhu darah aku naik. Untuk menurunkan suhu, aku bersemuka instead of (instead of dalam BM apa?) bukannya berbalas tulisan. Bila bersemuka, seolah hilang tanda ! dan perbualan yang mendatar boleh dilakukan.(hero dalam email namanya)

Jadi, untuk peringatan semua:

Kita masih boleh bersopan santun dalam dunia keyboard/keypad. Walaupun kita menggunakan mesin dan teknologi, tetapi  ingat, counterpart kita ialah manusia yang dikurnia perasaan. Be nice, be polite. No harm about it.

p/s: Bahasa aku tunggang langgang/rojak. arghhh!!!!!!!!!!!!!!!!!! -(penggunaan tanda seru tanda tekanan perasaan) ;p

1 comment: