Thursday, May 31, 2012

Donia Penuh Dengan Pilihan - DPDP


Kesibukan dan keserabutan bergambung menjadikan aku senget
Yang mana satu perlu aku urus dulu
Bolehkah aku buat dan tadbir dengan bagus
Mampukah aku
Keluhan terbit..argh!!!!

Aku mengalami krisis keyakinan
Keyakinan untuk melontarkan idea
Payah sungguh
Bagaimana nak tumpu pada satu perkara bila aku kena buat banyak perkara

Mahu menyelam di laut dalam hanya bermain di gigi air?

P/S: Bila perancangan Allah itu adalah yang TERBAIK. Jangan banyak fikir.Redha... Itulah sebaik-baiknya

Friday, May 18, 2012

Tulis Tulis Padam

Sindrom tulistulis padam dah melanda aku
tulis tulis simpan dalam draft
tulis tulis idea tergantung
tulis tulis tengok isi macam haram

antara sakit gigi dan sakit perut tahan berak mana lagi sakit?
@_@
tak tergambar dek fikiran
sakit.

"Allah bagi kamu rezeki step by step"

ayat yang masih terngiang-ngiang waktu melapor diri. 3 kali lantikan 3 kali aku jumpa Encik tu. sebelum cabut lepas sesi lantikan selesai Encik tu siap ucap tahniah. Terima kasih Encik. saya ni antara yang bertuah.

Syukur..

"Allah bagi kamu rezeki step by step"

Kehidupan dengan cabaran sebenar bermula sejak tahun 2010-2012. mencabar. banyak benda, dalam tak sedar " hei, aku boleh hadap.aku mampu" setiap kali dpt kerja yang aku rasa macam #$%^& aku terfikir kenapa aku kena? sebab Tuhan tau aku mampu. Sebenarnya itulah motivasi aku yang paling kuat. Sebab aku mampu. Sepayah mana pun kalau dah ditakdirkan aku kena, aku kena juga cari jalan untuk buat.

you tell me what to do, i find the way.

"Allah beri kamu rezeki step by step"


Perut meroyan sedikit T_T

p/s: RvP nak g City pigilah. huh!

Wednesday, May 9, 2012

!

Tanda seruan (!) dalam penulisan boleh memberi banyak intrepetasi (dang! apa perkataan interpretation dalam BM nih) (baru lepas google translate..sigh!! Kamus Elektronik) TAFSIRAN! Ya! Penggunaan tanda seru dalam penulisan boleh memberi banyak tafsiran kepada pembaca. Tak kira lah pernulisan dalam Bahasa Malaysia atau pun Bahasa Inggeris.

"Wah, cantiknya bunga itu!" - teruja

"Amboi, merahnya Mak Ngah!" - teruja lagi

"Awas, jalan licin!" penekanan untuk berhati-hati

"Bla..bla...bla...why? blaa..blaa..Please check before you submit!!" - angin pasang

Aku akan menafsir seseorang itu sedang marah, teramat marah, sekiranya dalam memberi arahan dia menggunakan tanda seru. (well, kita akan tau samada typo atau tidak kalau tiba-tiba terletak tanda !)

Pagi ini aku terima dua tanda ! dan suhu darah aku naik. Untuk menurunkan suhu, aku bersemuka instead of (instead of dalam BM apa?) bukannya berbalas tulisan. Bila bersemuka, seolah hilang tanda ! dan perbualan yang mendatar boleh dilakukan.(hero dalam email namanya)

Jadi, untuk peringatan semua:

Kita masih boleh bersopan santun dalam dunia keyboard/keypad. Walaupun kita menggunakan mesin dan teknologi, tetapi  ingat, counterpart kita ialah manusia yang dikurnia perasaan. Be nice, be polite. No harm about it.

p/s: Bahasa aku tunggang langgang/rojak. arghhh!!!!!!!!!!!!!!!!!! -(penggunaan tanda seru tanda tekanan perasaan) ;p

Monday, May 7, 2012

Gadis Tol

Sekiranya anda seorang pemandu, jangan tipu kalau anda tak pernah bayar tol. Kita bayar tol sebab kos penyengaraan lebuh raya tersebut. Keselamatan, kebersihan and etcetera2. 

Semalam, dalam sejarah, aku jadi gadis tol. Tapi bukan di lebuh raya, tapi, si majlis kahwin. Hehehe. Sekali sekala join adat orang Johor ni seronok juga. Family pengantin lelaki dan perempuan dua-dua sempoi dan HAPPY dengan tol yang diberi. eheehe. Siapa dapat jual pantun dapat lagi lebih. Malangnya otak aku semalam beku sebab hujan, langsung pantun tada mari la adik..

sejuk-sejuk cari selimut, 
mata kuyu mintak bantal
peluk-peluk adik comot
sayang-sayang abang buntal

Motif pantun? Entah, it just pop up uols. 


p/s: sakit perut cari J. 

Friday, May 4, 2012

Destiny

2 3 menjak ni macam suram-suram lemau aje.
dalam negaraku, macam-macam jadi
tengok berita/blog/ kadang-kadang boleh buat darah tersirap
malas nak mengulas pasal politik di sini
(aku memang suka amik tau pasal politik)
sebab takut teremo (biasala orang muda)
cukuplah level aku ni jadi observer dulu
(cita-cita nak jadi YB ;p )

kesian aku, dalam usia 27 tahun ni aku masih kabur dengan apa yang aku nak capai
dalam kerjaya aku
kadang-kadang aku cakap : follow the flow
kadang-kadang aku fikir : aku mesti fokus dalam bidang itu bidang ini
kadang-kadang aku berhasrat : bertukar!
kadang-kadang aku letih : lantaklah
tapi bila fikir soal gaji yang aku dapat ON TIME tiap-tiap bulan
aku akan rasa bersalah amat kalau aku tak boleh bagi yang terbaik
aku rasa tak puas

itulah serba sedikit kemaskini blog random ini.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah...wassalam..

p/s: sengal chelsea boleh kalah ngn magpies.