Friday, August 19, 2011

Pleased

Please yourself. Create your own happiness. 
Dalam dunia hari ini kadang-kadang aku rasa macam nak pentingkan diri sendiri sahaja. Sebab aku takut aku berharap pada balasan orang kalau aku buat baik dengan orang. Aku lupa balasan Allah tu lagi besar. Akulah manusia lupa itu. 

Ramadan kali ini berlalu dengan cepat. 
Di wall facebook masing-masing sudah share lagu raya, sudah pening dengan kuih raya, baju raya, tudung raya..tapi aku? serius aku tak rasa apa-apa. aku rasa Ramadan dah nak berakhir..tapi amalan tambahan...hmm akulah manusia lupa itu. 

Perangai aku yang tak best ialah aku selalu jadi perosak. Perosak perasaan. Mood spoiler..kadang-kadang terfikir untuk terus bersendiri..jgn baik sangat dengan siapa-siapa. baik biasa-biasa dan sama rata dengan semua orang..sebab akulah manusia lupa itu...

Jumaat dah tiba lagi. Aku nak balik rumah keluarga. bye. 

p/s: so long cesc, tiba-tiba teringat dennis bergkamp sebab dia pencen bola kat Arsenal. 

No comments:

Post a Comment