Friday, July 8, 2011

Request

Permintaan. Pernah main request-request zaman dolu-dolu? Kad request la, cokelat request la, bunga request la. Yeah, sume tu aku pernah dpt. tak tahan bunga ros kaler oren uols. bukan SA bagi pun. aku kenal je mamat yang bagi. hahaha. so funny. tapi aku pass the flower to my senior sebelah bilik. bukan tak hargai tapi aku tak makan bunga. ;p

Request from sahabat on Nasi Kerabu Mak punya Resipi.
So Sila, baca ni properly k. nanti kau cuba buat utk your bie ye. as simple as abc, as easy as alif ba ta :)

Part A: Ulam-ulam.
Daun kesum - hiris-hiris.
Timun - hiris-hiris
Bunga kantan - hiris-hiris juga
Taugeh - tak perlu hiris. kunyah dan telan je.
optional : kacang botol, kacang panjang dan lain-lain ulam yang uols suka.

Ulam-ulam. nak gaul semua or nak asing-asing pun xda masalah
Part B: Kerabu.
Bahan-bahan:

B i )
kelapa parut (beli kelapa muda yang org buat kuih tu)
Goreng kelapa parut sehingga warna keemasan.

B ii)
ikan kembung + asam keping
direbus. air jgn byk. agak-agak utk bagi isi ikan masak. air rebusan akan diguna balik nanti
bawang merah (utk sekali blend. agak-agak je. dalam 5 7 ulas)
serai (2-3 batang)
lada hitam (sesedap rasa)
cuka/air limau kasturi/nipis
garam secukup rasa.
(blend isi ikan dengan bawang merah, bawang putih, serai yang dipotong2, dengan lada hitam dan sedikit cuka ataupun boleh ganti dengan limau kasturi/nipis. if limau kasturi aku perah 2 biji. garam secukup rasa) blend sampai agak2 semua bahan dah sebati. jgn lumat sangat. hanya isi ikan. bukan dengan tulang-tulang nye sekali ye), ingat air rebusan ikan tadi? masa nak blend tu letak air rebusan ikan ni k.agak-agak utk blender tu gerak. kang xberjalan blender korang tu.(NI DAH MACAM RESIPI AGAK-AGAK JE GAYE..;p masak sesedap rasa je)

First trial aku buat dulu

B iii) Nisan Gula melaka
pic Source : Google image key word gula melaka
ok sekarang final stage utk kerabu. 

panaskan kuali...then masukkan bahan B ii) gaul-gaul dgn sudip (kalau korang kebal pakai tangan la.haha) agak-agak dah gelegak sikit masukkan bahan B iii) iaitu nisan gula melaka. Sila, kau tanye Kimi, org ganu tau. dari satu bulatan tu kau masukkan half of it dalam bahan dalam kuali tu. sampai la dia cair..agak-agak dah nak kering sikit bahan dalam kuali tu masukkan bahan B i) iaitu nyor goreng. gaulkan semua bahan sampai mereka betul-betul mesra. then dah nak kering sikit boleh la kecikkan api sampai dah rasa ok mengikut firasat korang bolehla tutup api dan pindahkan kerabu dalam pinggan. 

So dah siap basic kerabu uols. nak sedap gorengla ayam berempah ke, buat daging bakar ke, or ikan sutung celup tepung. hihi. 

Final Result

Nasinya macam nasi biasa. yang warna biru tu guna bunga talang. blend bunga tu. airnya di ambil utk masak nasi. tu yang jadi biru. nak tgk pic bunga tu ada kat fb aku. yang kuning tu mcm biasala..kunyit. masak cam biasa. add on dgn serai sebatang dua dalam beras. baru ada bau nasi tu. sedap. 

dan sesekali jangan lupa ibu segala nasi kerabu iaitu :

BUDU

add on : keropok/telur masin/solok lada/telor puyuh. 

air lada senang je : lada hijau+merah garam gula cuka/air limau. blend. jgn lumat. agak2 utk lada hancur je. see agak agak lagiiik

Additional sambal tumis next time ok...or u may google. senang je. Selamat berkerabu semua!

p/s: Dia belajar buat nasi kerabu thru BBM saja. KREDIT TO MY BELOVED MAK. MAK MASAK MEMANG SEDAP. 

No comments:

Post a Comment