Monday, July 18, 2011

Getah Sayur

Pagi-pagi aku berperang dengan diri sendiri kerana mencari sesuatu yang boleh mengikat kemas rambutku sebelum dilitup dengan al jilbab. pagi-pagi aku mesti ke dapur mencari getah sayur yang bewarna oren untuk membantu merapikan ikatan. dan petang-petang aku pasti berperang untuk meleraikan ikatan getah sayur dan kadang-kadang aku rentap sehingga putus. putus getah dan putus rambut. hahaha.

kepada para wanita yang selalu mengikat rambut, pastikan rambut anda dalam keadaan kering. kalau tidak rambut akan ditumbuhi dengan buah. sangatla menyakitkan hati tgk rambut berbuah. penjagaan rambut penting bagi memastikan kelancaran aliran darah di kepala. oleh itu, selalu lah menyikat rambut, baik lelaki mahupun perempuan. teman di asrama dulu ada bercerita untuk memiliki rambut yang sihat dan cantik perlu disikat sehingga 99 kali. naaa...u dont have to count until 99 times. what u do is, ambil tasbih, pegang dgn sebelah kanan dan sebelah lagi pegang sikat. then sambil bertasbih sambil menyikat rambut. rambut cantik, pahala pun dapat. easy right? :)
They cost me RM2
Akhirnya aku terjumpa penyelesai masalah aku di KL Sentral semalam. RM2. u can find cheaper place to get the twos...


p/s: i really enjoy working from home!

No comments:

Post a Comment