Sunday, April 24, 2011

Step of Knowing You

Alahai...kenapala aku tak balik minggu ni..gila bosan bila sume orang lain beraktiviti...kalau aku join sah-sah la ganggu privasi. 

(Title nak english aje, nyampah)

Hampir 5 tahun dah aku menyulam, meyimpul, menjahit, mengait, rasa-rasa yang bermacam-macam dengan satu manusia itu. Hahaha..dari yang pendiam, aku buat dia boleh bercakap, dari yang malu aku buat dia jaid malu-malu kucing je pon, dari yang asek memerhati, aku jadikan dia yang boleh tahan jugak bila membebel, dari yang cool aku buat dia boleh mengaum macam harimau. bukan aku yang mengubahnya, tapi KESERASIAN yang menyerlahkan diri sebenar masing-masing. 

ok, marilah kita jangan menambah luahan perasaan asyik mahsyuk kat blog ni. terjemah sikitttt aje. Nak tau siapa yang aku cinta? Ikuti rentetan di bawah....

                                                                            *****
Semua bermula bila aku selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2002 di salah sebuah maktab antara yang terbest dalam donia. Persediaan yang aku buat menjelang SPM hanyalah ala kadar je noks. orang lain dah habis buat past years questions for all subject, i just started at the end of few weeks before the Big Exam is coming. ( aku pun pelik sebab aku tak gelabah sangat nak jawab exam SPM seperti gelabahnya aku nak jawab PMR).

Setelah SPM selamat di jawab dan di taram, macam biasalah, aku layan ddk rumah saje. Aku masa tu tak pening-pening nak buat part time job (sangat rugiiiii). Bermulalah kisahnya bila abang aku perkenalkan aku dengan dia. hari-hari asek diperkenalkan, dengan gaya lincah dia, dengan kemachoan dia, dengan kesabaran dia, dengan strategi-strateginya yang memikat, maka sah la hati ini sudah terpaut. Terpaut pada kebijaksanaan mengawal emosinya, ketampanannya tak usah cakap la, hari ni aku tgk dia ada gaya romantis Perancis, esok ada gaya budiman England, lusa gaya elegan jejaka Belanda...aduhai....siang malam termimpi-mimpi...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|














aku selalu doakan tahun ini tercapailah impian KAMI untuk merampas trofi daripada ManchesteD United. HUwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....menanglaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Pic Source : Google keyword Arsenal

p/s: julai 23 tahun 2006 : " Sapo ni eh? "

Tuesday, April 19, 2011

Bulan 4 2011

"haila...camne nak apply smockey eye shadow huh? how they put colors to earn RM300++? it's a WOW thing! asas pertama, don't hesitate when dealing with colors. taram aja. hahaha. that situation i'm in now. to be familiar with colors. "

Baby, kanak-kanak, remaja, retua, dewasa, tua. Kehidupan. 

Corak kehidupan aku pula bertukar lagi pada 9 April 2011. Sekelip mata sahaja. dari bicara santai bertukar nada serius yang memberi satu komitmen kepada satu kehidupan lain yang melibatkan kehidupan-kehidupan lain. dari senda gurau bertukar kepada tanggungjawab besar yang tidak boleh dipandang enteng. sejak aku tidak lagi menulis journal hardcopy, jadi haruslah 9 April 2011 di catat dalam journal elektronik ni. 

Sembilan April yang membawa senyum gembira, cemas, dan gabra dalam masa yang sama. Satu tanda membuat aku lebih berjaga-jaga dalam kata-kata dan tingkahku. Tanda yang memberi isyarat aku harus menjadi manager yang bagus kepada kehidupan aku. Manager yang tidak pernah jemu untuk menanam keyakinan, yang tidak pernah mengenal apa itu putus asa, manager yang sentiasa mengerah idea untuk mencipta strategi yang ada umpphh. sekurang-kurangnya macam AW atau SAF(bluwekk) hahahaha.

Pic Source : Google. Gambar Hiasan


Ada apa dengan sembilan april?

Ada Cinta.





p/s: bila dia lebih memilih untuk menonton CSI.



Karier

Kenapakah mekanisme itu wujud?
Kenapakah mereka gantung kami tak bertali?
Kenapakah mereka nak main tug of war?
Kami bijak, kami work hard, kami give the best, bila buat kami macam ni kami rasa xbest, kami rasa terganggu, kami bosan, kami runsing kami risau dan kami MALAS.


I am totally fed up with this situation. ni bukan lidah ular dah ni..ni macam dah akar paya bakau.

why huh? sorry blog. aku tension. dgn si mangkuk ni pun satu hal. budus.

Wednesday, April 6, 2011

Tuesday, April 5, 2011

Sekolah, Kerja @ Kerja Sekolah

Pic Source : Google keyword bouquet of flowers


Macam biasa jam 5.30 petang dari Isnin ke Jumaat aku sudah bersiap dengan handbag di bahu dan menapak menuju lif. Dalam hati sering berdoa moga-moga tidak terlepas bas. Jika terlepas sudah pastilah penat menunggu sabar menanti terbuang waktu..


Bicara soal waktu sudah pasti ramai yang sedar betapa pantas waktu berlari seiring masa, sedar-sedar aku sudah menginjak 26 tahun. dalam beberapa bulan lagi mengikut kalendar Islam umur aku 27 tahun. Di usia sebegini kadang terfikir apa sumbangan aku kepada agama, kepada negara, kepada masyarakat, kepada keluarga, kepada diri sendiri..emmmmmmmmmmmmmmm


Saat lewat di perhentian bas kulihat 3 orang remaja berpakaian seragam sekolah tapi lagak seolah artis. anak remaja zaman sekarang begitu moden dan matang??? Walau berseragam sekolah enset di tangan lagak seperti orang berbisnes saja. adakah mereka benar-benar menikmati alam persekolahan mereka, adakah merka teruja untuk menelaah, adakah mereka ghairah untuk membeli buku-buku rujukan yang bg aku sangat dan sangat memudahkan utk belajar? (aku dulu buku rujukan pun atas ihsan orang sebab tu aku kureng rasa nak belajar-buku baru semangat baru- ;p tak belajar bersyukurrr)


dulu ketika aku masih di alam pembelajaran (formal) aku terfikir, bagaimana aku nak kerja, boleh ke aku buat kerja, sebab aku ni waktu-waktu cuti sem yang panjang lebih senang bersenang-senang di rumah dari mencari wang poket. pengalaman pertama aku bekerja ketika latihan praktikal. itupun bukan sebenar-benar kerja. masa kini baru aku rasa aku bekerja. sebagai apa? sebagai jawatan paling digemari dalam negara. tunggu hitam putih baru aku cerita lebih lanjut. (aku tipu-aku tak suka cite pasal koje dalam blog- ((menyalahi etika dan prinsip aku) Alhamdulillah...sumetimes tahap keyakinan dengan kerja aku sangat tinggi. i wish i can develop my writing skill in English language. not only that, communication skill also and to know gain more more and more vocabularies.


selagi yakin tertanam dalam diri ini, aku akan terus gali dan gali segala kebolehan aku untuk aku curahkan dalam bidang kerjayaku. bukan kerana nama apatah lagi $$ tapi soal 

KEPUASAN

In future:

Kawan : Tinggal mana?
Suami  :  Putrajaya
Kawan : ooo..gomen ke?
Suami  : tak..my wife


Wakakakakakkakak..boleh gitew??

p/s: mode bunga - dah belajar buat hand bouquet. senang yg amat!