Tuesday, February 15, 2011

Tunggul.

Mengapa aku kembali ke dunia blogging? Kerana aku nak menghilangkan rasa depress dan stress dan ion2ion negatif dalam kepala hotakku ini. Kurang-kurang luah pada readers yang aku tak kenal siapa boleh feel better..

Tunggul dan lone ranger adalah istilah yang amat sesuai dengan aku. Bila anda lihat peribadiku dengan jaringan networking yang tak sebesar spider web spiderman, pasti anda berkata kerjayaku sekarang amatlah tidak sesuai dengan diri aku. Nak jadi novelis aku tak pandai bermain kata. seakan tumpul sudah bakat nak mengarang walaupun zaman sekolah aku teramat suka buat penulisan. kalau cikgu kata tulis 3 helai aku bantai sampai 5 helai.

Kenapa tajuk lone ranger menjadi pilihan? Kerana pulang dari sentral tadi aku naik bas sorang-sorang. siap berhenti dekat sangat dengan lobby apartment aku. hokay? engkau ado? hahahah..kelakar la istilah dan slang yang digunakan pada zaman sekarang ni. mcm trend "kot", uols, dan macam-macam lagi yang sah sah la kalau digunakan dalam peperiksaan mendapat deduction of marks paling maksimum untuk ejaan..

A B dan C

A B berjalan-jalan cari pasal. Lalu terserempak dengan C. C dan B kawan baek. Lalu B menghampiri C dan rancak berborak tanpa peduli pada A. A have no choice. senyum macam kerang busuk dengan harapan at least B menarik A untuk turut serta dalam perbualan...tapi sampai ke hari ini..keadaan masih tidak berubah....

p/s: jangan pernah mengharap orang untuk berubah kalau bukan kita yang berubah dahulu..
p/s p/s: lagi kisah tunggul kayu dan kisah tindakan serta merta akan menyusul dalam blog ini.

Terima kasih 01011, dengan melahirkan kamu aku gembira walau kadang terkenang imtihaniku..;(


 

3 comments: