Monday, February 7, 2011

HARI JADI, KAHWIN DAN MASAM-MASAM MANIS

Tau tak di sebelah ini tiket apa? Betul, tiket kapal terbang Air Asia. Hahahaha...yeah..ini first time aku fly dengan Air Asia. Aku pun tak ingat masa fly ni kapal terbang jenis apa yang digunakan..air bus ke? macam besar semacam. Dan yang menarik masa mula-mula nak tayar nak meninggalkan tanah dan mencecah tanah, tarak gegar meh...TGG destinasiku bersama Cik Paja, operasi kali ini : KENDURI K♥WEN!





Pasangan pertama : 
Madam Rina dan Mr. Sukun
Pasangan kedua:
Madam Khalilah dan Mr. Chaah


Kenapa aku bersungguh sangat nak turun diorang kawen ni? Sebab mereka adalah antara kawan-kawan terbest yang aku ada. Kira boleh geng la, boleh buat lawak-lawak yang tak sepatutnya bila bersama org lain dan macam-macam lagi bila berkumpul bersama. Exact term : My Girlfriends...

Dan aku mahu bersam-sama dengan mereka menyambut hari yang membahagiakan...lagipun aku tau sikit-sikit sejarah cinta cintun mereka. hehe ;p .

Apa yang lebih best lagi ialah mereka telah memilih tarikh yang best juga untuk melangsungkan hari yang best mereka. definitely as u thought (walau aku tak tau apa yang korang pikio)

5 Febru♥ry 2011

It's my 26th birthday.....rasa syukur tak putus sebab Dia masih pinjamkan aku nafas, masih bagi aku kesihatan, dan masih beri aku peluang untuk menyambut kelahiran yg ke26 tahun. Nak tahu, setiap tahun aku akan tunggu ucapan-ucapan dan doa-doa dari insan-insan yang aku harapkan..yeah..aku memang macam tu..because....hmm because i love them..and..most of them wish aku sehari dan dua hari selepas 5 Feb.. yang istimewa tentunya jadi orang pertama bg BBM (aku dah ada BB Okeh?! haha) wish birthday..walaupun aku tipu cakap dia orang yang kedua sebab masa tu aku majuk la konon =p

Kepada sahabatku Dalila, sorry i cud not make it during your wedding day..but you are so sweet with black orange  suits. Semoga semua sahabatku ini tabah dan gumbira mengendali bahtera cinta masing-masing.  Dan semoga aku juga dapat bersama-sama nakhoda pilihan menuju bahtera kasih kami. Chewahhhh! 

2 orang gadis sedang bicara dengan ombak...Subhanallah.....






p/s: Honey, mereka telah kalah OK! HAHAHAHAHAH

2 comments: