Friday, November 12, 2010

Cilakak

Sakit hati sampai nak gugur air mata.


Kenapa pilih ruangan ini utk meluah rasa. Kerana aku mahu meluah rasa dan blog ini tidak mampu berkata-kata. Aku mahu hambur semua tanpa blog ini membalas bla..bla..bla..aku hanya mahu blog ini "mendengar" bila aku "berkata-kata". Itu sahaja.


Tersebutlah kisah..............


Sabariah, (nama watak dalam ceritera ini dipilih Sabariah yang bermaksud sabar kerana penulis mahu menanamkan sifat sabar dalam ruangan yang terdalam di hati Sabariah) gadis yang kini menginjak dewasa, gadis yang bercita-cita besar, gadis yang mencari ruang dan peluang untuk menjadi wanita berjaya. Sabariah baru sahaja sekitar 8 bulan di alam pekerjaan sebenar dan hampir senget otaknya dengan bermacam-macam hal dan karenah. Tapi Sabariah belajar untuk sabar, untuk bertenang, untuk menelan semua cabaran dengan kejayaan yang cemerlang, untuk menentang rasa culas dalam jiwanya menghadapi kehidupan di bangunan cekap tenaga tersebut.

Sabariah masih mencari-cari formula untuk membiasakan diri dengan apa yang dikerjakan. Cuba memberi kualiti yang terbaik dalam setiap apa yang dilakukan, berperang dengan keadaan sekeliling yang sangat menyeramkan, belajar dan mendidik perasaan dan hati sendiri untuk tenang dan baik sangka sentiasa. Tapi kadang-kadang Sabariah tewas juga, Keluh kesah dari mulutnya kadang-kadang terluah juga...oh Sabariah.....


Jarum jam terus setia berdetik..sekitar lewat 5 petang hari Jumaat....

"Awak pergi esok. Apa-apa call saya"

"Tapi....." dalam hati Sabariah: Aku dahla lepas kerja luar terus masuk office, aku nak balik! Esok Sabtu la bongok! Sabariah benar-benar perlukan motivasi waktu ini. dan yang terbaik adalah pulang ke tempat itu, tempat dia bermanja dan melupakan terus tempat ini. Kerana itu dia benar-benar tak dapat nak terima arahan terbaru tu..

"Your boss doesn't seems happy with you. You better go. I will ask somebody to accompany you"

Sabariah tak mahu menyusahkan teman " Diorang semua ada hal la esok. Saya dah tanya semua tadi" suara yang lemah dan tertahan-tahan...

"OK. Awak pergi esok. Apa-apa call saya"

Diam. Tak mampu lagi bicara. Cilakak............................


ngeeeeeeeeeee! gelak guling-guling!!!!

p/s : nak menjahit ke nak habiskan the other side of midnight?

p/s p/s : utk orang semua boleh, sendiri punya? haila...habis fokus ku hilang. power mata pun makin naik...


2 comments: