Assalamualaikum! Hola!! Hallo!
Yiiba! Anggre!
Nampaknya posting dalam blog ini menunjukkan pola penurunan. Bermula tahun 2010 semakin sikit posting-posting. tidak lagi seperti zaman blog Friendster berjela-jela dan berkajang-kajang cerita mengenai sekolah. Iya. Sekolah. (sangat menyesal tak simpan copy tapi terus delete).
2014 dah menginjak nak masuk Disember. jadi kalau di buat perhitungan kurang lebih sebulan dan 5 tahun untuk Malaysia bersedia untuk bergelar negara berpendapatan tinggi. Atau negara maju? Yang mana satu? Jadi siapa yang bertanggungjawab untuk merealisasikan impian dan harapan ini?
1) Perdana Menteri
2) Kerajaan
3) Pegawai Kerajaan
4) Pihak swasta
5) Pemain Industri
Atau siapa sebenarnya?
Bagi aku, dengan perbezaan ideologi politik, dengan kepelbagaian latar belakang, dengan karenah pengurusan dan birokrasi (dalam kerajaan maupun swasta), aku sendirilah yang kena main peranan untuk mengaplikasikan adaptibility. (menempatkan atau menyesuaikan diri aku mengikut keadaan) dan membawa aura-aura positif untuk orang sekeliling. Aku nak menuju usia 30 dan aku sering terfikir apakah pemikiran aku berada di peringkat yang sepatutnya? adakah aku cukup proaktif dan kreatif untuk memberikan yang terbaik dalam apa jua yang aku buat, sebagai pekerja, sebagai isteri, sebagai anak, sebagai mama (belum lagi dan terusan berdoa), sebagai sahabat?
Sahabat? semakin menginjak usia semakin sedikit teman aku. kenapa, kat mana tak kena? semua orang sibuk, semua orang punya keluarga, tapi kenapa jumlah sahabat semakin mengecil? fuh fuh.
Hiduplah untuk memberi manfaat kepada manusia lain. Hiduplah untuk menikmati nikmat dan rahmat Tuhan, Hiduplah untuk bahagia. Hiduplah untuk saling memaafkan, hiduplah untuk saling menghargai. Hiduplah dengan cinta. Suburkan kasing sayang hiasi dengan perlakuan indah.
Aku mahu hidup untuk mengembara
1) Turki
2) India (lagi)
3) Eropah
ultimate sementara di dunia, Makkah al Mukarramah
Hidup untuk mengumpul saham ke syurga Jannah
Thursday, November 27, 2014
Saturday, September 6, 2014
Baby giggles
Keadaan ini
Sukar dan berat
Deraian airmata kadang-kadang tumpah
Meleleh2 tak sempat nak lap
Sokongan doa
Orang keliling memang berguna
Tulisan cerita pengalaman
Bloggers
Kembali menguatkan jiwa
Tuhan menguji
Kerna mungkin untuk menghapus dosa
Kerna mungkin amalan setakat ini belum mampu untukku meraih syurga
Kerna mengingatkan aku untuk mengingatiNya
Kerna beri peluang untukku benar2 sedia
Baby giggles
Bauan syurga
Nyaman
Tenang
Damai
Hilang semua kekalutan
Lupa dunia
Senyumanmu membahagiakan...
Baby giggles. Comel!
Tuesday, September 2, 2014
Mengejar Bahagia Hakiki
Happiness is not an option, it is a choice
Semoga dipermudahkan
dikurnia sifat mahmudah
diberi kekuatan menghindar mazmumah
diberi hayat meneladani kehidupan
Jika benar dia milikku
dekatkan aku dengannya
begitu petikan doa sang pencinta
yang mencintai dalam keredhaan
aku juga mahu begitu
tapi kadangku tamak
memaafkan secara total
cermin diriku hanya aku yang sempurna
hingga terlupa mungkin aku sebagai punca.
bahagia
rasa indah
penuh cinta
teruslah kita suburkan
semoga ada rezeki
benih kasih tersemai
dengan izinNya jua
Kumengejar bahagia hakiki
dengannya disisi
bergelar suami...
Sunday, August 3, 2014
Masa Depan Cemerlang
Syawal kali ini kami diduga..balik dari Kampung tengok ada "tetamu" tak diundang "melawat" rumah kami. Darah berderau saat aku membuka pintu dan melihat bekas-bekas simpanan syiling kosong dan terletak di meja makan...innalillahiwainnailaihirojiun...bukan nilai syiling yang aku sedihkan..tetapi usaha kami suami isteri sejak tiga tahun lalu...tetapi..Allah tahu yang terbaik..semoga kami terus dilindungi...
Amalkanlah 36:9
Kita berusaha doa dan tawakal kepada empunya alam...semoga segala yang mazmumah dapat berubah kepada yang mahmudah. Ujian ini mungkin salah satu cara untuk menyedarkan kita dari kelalaian diri..manusia itu dekatnya pada Tuhan lebih lagi bila ditimpa kesusahan..walhal seharusnya setiap masa lidah dan hati harus mengingatiNya tidak kira di waktu musibah atau disiram bahagia..
*****
Noor Suraya dan Imaen. Kembali membuahkan :
Tebal sehingga 738 mukasurat. Noor Suraya akan menggamit kerinduanku kepada Muzammil. Alang rebus tak empuk dalam Surat Ungu Untuk Nuha. Muzammil dan Nuha. Ehm. Cantik. Kalau mahu bercinta bacalah kisah cinta realiti. Bukan cinta korporat. Nama watak yang tersangatla novel. Jemu. Clićhe. 2 orang insan ini bersatu dan menghasilkan sesuatu yang manis pastinya. Masihku merangkak. Mungkin sebulan atau lebih baru tamat pengakhiran kisah Zuha dan Falah ini..
Aku ingin jatuh cinta. Banyak kali. Sebanyak-banyaknya. Tetapi yang pasti, dengan kamu sahaja sayang. MZMS. Diduga diuji berbaliklah kita pada Cinta yang SATU. Penuhkan hati dengan rasa rindu yang sarat padaNya..inshaAllah semua bisa kita harung...
Mimpilah terus sampai Tuhan memeluk mimpi kita: Arai, Laskar Pelangi II
Aku akan terus bermimpi untuk merasai detik 9 bulan 10 hari.
Wednesday, July 23, 2014
25 R 1435
25 Ramadhan 1435
Ramadhan yang sangat cepat. Aku di Kemaman. Rela dalam terpaksa. Kemajuan kerjaya.
Mata sedang menahan kantuk. Pagi ini tak terbangun sahurnya. Ralat. Tinggallah roti dan air coklat :(
Dunia semakin bercelaru
Kadang-kadang rasa bersalah saat mengecapi rasa bahagia
Sedangkan di pelosok sana kanak-kanak dibedil
Wanita diseksa
Para lelaki mempertaruh nyawa mempertahan maruah. Agama.
Sedangkan di pelosok sini
Mereka bahagia
Mereka cukup makan pakai malah berlebih-lebihan
Rasa syukur amat sukar diucap
Terus dibuai kemewahan dunia
Lupa erti kesusahan
Apa itu penderitaan?
Bersyukurlah manusia.
Hargailah setiap kesempatan
Peluang, harapan, jangan disia-siakan...
Kantuk ini membawa aku kedunia lain...
Dunia yang hanya ada aku dan angan-angan
Semua yang memadamkan keperitan
Alam yang penuh kemaafan
Tapi..
Hanya aku saja..
Tuesday, April 29, 2014
2 Bulan Lebih-lebih
2 bulan lebih sudah di Timur Malaysia
Bekerja dalam cuti
Cuti dalam bekerja
Menilai sifat manusia, jadi budak balik, diarah itu ini,
Sebahagian realiti kehidupan.
Lone ranger berjaya,
Itulah aku..
Kadang kesaorangan, kadang berteman, kadang berkumpulan
Aku berpeluang untuk menilai diri, mengenali peribadi,
Ada yang manja, ada yang ceria, ada yang gila kuasa, ada yang glenya
Ada yang comel, ada yang cantik (itu aku), namun tiada yang kacak. (Terpaksa tinggal di Presint 17)
Dalam melayan kantuk mata, dalam menadah telinga menggantung mata
Aku nukilkan tulisan ini sekadar menggilap kosa kata yang semakin pudar dan hilang
Dengan harapan dapat mengiwi semula bahasa bahasa indah dan bukan bahasa rojak
Ok. Aku sekurang-kurangnya tahu di mana kecenderungan karier aku.
Sedikit sebanyak aku berjaya memahami minat sendiri
Ada kelas yang buat kubersemangat
Ada yang buat nafsu tidurku tinggi
Ada yang boleh bikin aku gemuk
Ada yang buat aku terbang dalam alam khayalan..
Masih berbaki lagi
Kilo kilo masih kekal dan stabil
Haru....
Bila deru air itu begitu mendamaikan...menyaman dan menyejukkan...
Sunday, February 9, 2014
Hobi Padang
Aku bukanlah reti main bola
Tapi aku suka tengok bola sepak
Melalui bola sepak aku belajar budaya, geografi, warna, negara dan macam-macam lagi
Bola sepak juga boleh cuci mata
Pemain kacak-kacak nak mampus. (Hahaha ini sebab tipikal kalau perempuan tengok bola) tapi aku tak. Pemain Arsenal ada ke yang handsome.
Yang paling handsome kacak bergaya pencetus trend haruslah Beckham kan. Dengan free kick dia yang stylo nak pengsan tu.
Itu antara perkara yang glamor dalam suka bola sepak. Bola sepak EPL yang closely aku follow sejak tahun 2002 dan mestilah pengaruh abg. Sedangkan dulu aku menyampah habis bila big bro aku asyik dok tengok bola aje memanjang. Bosan aku terpaksa hadap sebab dia control remote kan. Tengok punya tengok sampaikan terlayan bola sampaila sekarang. So sejak 2002 terus pilih The. Gunners.
The Gunners..Arsenal
8 tahun tak ada piala. Piala besar ke piala kecik ke semua jahanam.
Memang sentap. Tapi masih jugak tengok bila ada match Arsenal. Arsenal dan Arsene Wenger.
Dan semalam 8 Februari 2014 memang noharom punya game.
Tanpa segan silu kena belasah di Anfield 5 - 1.
First goal ok lagi. Masih awal. Lepas tu...
Dang!
Bang!
Tang!
Gang!
Babi betul. Hahaha. Babi jgk yang salah.
Lepas goal kelima, aku masuk bilik..goal keempat dah buat selera aku mati. Pizza tak rasa apa der. Memang cuba nak kawal tapi frust tak boleh nak cakap. Sakit hati. Pakwe pun behave je x provok sangat. Next game dengan MU. T_T bola sepak memang kejam. Hati aku kena kuat lagi kalau tak asyik makan hati..
Per Koscielny aku tak tau minum daun ketum ke ape semalam ruang seluas-luasnya utk The Reds..mungkin tumpu pada Suarez dgn Sturridge sampai Skirtle ke ape entah nama brother score sampai 2. Dalam masa 18' 4 goal bolos..noharomjadah!!
Confirm ramai fans kecewa sangat dengan persembahan semalam. Walau bola banyak dgn Gunners tapi memang x ada luck langsung..tula yang pergi ikut kata Giroud tak payah beli striker buat ape? Tumpul sangat Giroud semalam.
Subscribe to:
Comments (Atom)



