Wednesday, November 13, 2013

Lesu

Apalah nak jadi dengan kisah ini?

Sweet surrender?

Penat jiwa raga. Letih seribu daya..

I won't give up.

Kalau tak mahu harus apa lagi yang perlu kukata...
Aku bukan Betty yang seksi 

Monday, November 11, 2013

November 2013..Bulan Cinta (lah sangat)

Dah tiba penghujung 2013. November bulan 11. Awal Muharam 1435 pun dalam bulan ini juga.

Bulan kahwin aku ni. Dah nak masuk dua tahun dan still two (selalu berdoa three). Nothing much to jot here. Privacy. Yang penting lepas akad nikah pun jadi perang perbincangan. So funny lucu dan lawak.

No pelamin mak nenek semua. No merenjis. The majlis was very easy and open style. Pengantin seorang di utara dan seorang di selatan. Coordination lost.

Alhamdulillah..banyak dah jadi dalam 2 tahun. Alhamdulillah Allah bagi dan kekalkan lagi rational pemikiran aku. Alhamdulillah for every single thing that happened to me. 2 years is still jagung year to know your partner more and deep like rolling in the deep. 2 yrs is still not enough to be a very good wife, a very understanding wife indeed...



Now back to November..10 November 2013. Arsenal again..lost to MU. Very sad. Very dissapointed. Very tak boleh terima (sakit hati) ditambah dengan provokasi org terrapat lagi sakit hati.

Dont you know if somebody (outsider) provokes me it means nothing but if you do it mean..there..there will be a volcano. Dont you see the difference? This is not double standard. This is called sayang la dol!!!

P/S: Mengantuk dan pening

Sunday, September 29, 2013

NOAH - Hidup Untukmu, Mati Tanpamu (Official Video)



But I am not that plain stupid. Love the song and of course Aeril vocal.

Hidup matiku nya untuk dan karna Allah yang satu :-)

Currently following X Factor USA 3. Sukak sangat! many real story make me feel how lucky i am.

Pentingkan Penjagaan Diri

Donia hari ini
terkadang manusia tak sedar tanggungjawab sebenar
sebab ikut majoriti
tak pernah nak dalam ilmu agama
bajet org boleh baca minda
bajet org boleh faham kemahuan segala
donia hari ini
ajar aku untuk pentingkan diri
sendiri mahu ingat
pergi mampos nama kebersamaan
bila angin gila datang
waras sudah entah kemana
Yang tinggal hanya gila babi.

Yang penting swansea tewas 1 2 di tangan arsenal.
dan aku gembira.


Thursday, September 26, 2013

Q4 2013

InshaAllah beberapa hari lagi nak masuk suku keempat 2013. Aiyaya suku suku macam shammi Kapoor nyanyi. Alhamdulillah..perjalanan hidup macam ecg yang ada turun naik. Ada waktu tertekan sampai nak berhenti kerja. Tapi itulah pengalaman. Tengok facebook seperti biasa semua orang akan menulis diari terbuka dia situ. Ada yang cerita positif tak kurang yang tak segan silu bercerita benda-benda yang sepatutnya perlu dilipat kemas dalam diari peribadi. Aku dah lama x ada buku journal harian. Waktu diploma without fail ok aku menulis di buku unguku. Cantik sgt. X silap beli di Kinokuniya. Huruf depan H. H for Hairi ke. Hikhik. H FOR Happiness. HAIRI pon boley. Part of husbi name.

Well nak masuk suku keempat ni nothing much yang berubah dalam hidupku. Cuma dah tambah Mesut Ozil. LOL. Mesut sayang, mesut! Abg tak percaya kah?

Bagaikan mimpi yang disirami cahaya nan terindah. AW telah membuat keputusan bijak dan kombinasi Mesut Giroud nampaknya not bad huh? Happy sangat tgk bdk Gunners mai  season ni. GIROUD 12 so far setiap game ada score. Will trophies drought end thia season? Stay calm and keep support Arsenal!

Tahun pertama beraya di Kuala Berang. Hehe. Not bad. Meriah. Doakan tahun depan lagi meriah untuk kami. Kini masih berusaha berdoa dan berharap kepada Allah Yang Esa.

Adios amigos. Love our life to the fullest. Enjoy every seconds. Stay positif xoxo :-*


Wednesday, August 7, 2013

29 Ramadhan 1434H

-masih belum diizinNya. Takpa. Usaha lebih gigih.-

Sekejapan sungguhla aku rasa puasa inikalilah. Kerja di ofis betul-betul drag masa aku. MMG SANGAT RUGI. Ada umur, ada rezeki, Ramadhan depan kena tkr masa waktu pejabat ke 730-430. Sebab? Aku tak mahu letih.

Culas aku berterawikh kali ini. SANGAT-SANGAT RUGI!
lembik dan tak bersemangat. RUGI BESAR!

Browsing facebook boleh bikin stress. salah satu sebab aku tak deactivate (jahat betul fb x bagi orang delete) ialah kemeriahan blogshop-blogshop yang awesome dan best! i cant resist shopping online. tersangat menarik. despite the beautiful model, those my fave blogshop gimme nice and worth for $$ products.

tak tersangka blog ni dah diwujudkan sejak 2010. hihi. merepek sorang2. seronok. tapi sedih sebab seperti yang ditulis banyak kali, bakat menulis semakin hilang. dulu dalam blog yang aku dah tanam (dibuat pada 2005) banyakkkk benda aku share. tapi sekarang terbantut idea mengarang. mungkin aku boleh cerita perihal adat, practice dan amalan baik serta BAHASA. ceritanya bermula begini:

Di kedai Kek Resipi Misteri:

Melilau-lilau mata aku melihat pelbagai jenis kek yang membuatkan aku menelan liur. Yang mana satu ni? Yang selalu beli tak ada. Yang tu dah rasa. Yang sinun macam muak. OK!

"Kak, black forest satu slice" Tiba-tiba staf di kaunter:

"Eh, Eh korang cepat-cepat amik tu, dia nak hantar sendiri"

Oh rupa-rupanya kelihatan seorang wanita tua bangsa asing yang mengangkat bekas pinggannya untuk diletak di satu sudut. menjadi kebiasaan di negara-negara luar untuk angkat bekas/tray mereka setelah selesai makan. Memudahkan pekerja dan bagi aku satu amalan terpuji sebab segala sisa-sisa makanan mereka kemas sendiri.

Lalu ada salah seorang staf berkata, "Apa dia ingat rumah ke nak angkat-angkat"

Adeh...aku memang rasa sharp dgn nada sinikal dia tapi tahan mulut sebab puasa dan ada ramai staf lain di kaunter.

tak faham aku. kalau ada peluang berjalan-jalan lah dik. tgk donia.

p/s: tak habis pun aku makan kek tu.

p/p/s: Suarez.

Sunday, June 23, 2013

Bulan Mulia Nak Tiba Dah

InshaAllah, tahun ini merupakan tahun kedua bakal menyambut Ramadhan. Bersama-sama suamiku yang selalu suruh dikata kacak. (Tolong doa untuk kami sambut bertiga, berempat dan seterusnya selagi diizinNYA)

Di samping kerja pejabat yang takkan pernah habis, akusetiap hari akan memikirkan apa yang boleh aku buat dengan rumahku (walau masih bukan rumah sendiri) Deco-deco, memasak, menjahit - buat masa sekarang menjahit masih belum boleh mula sebab perlukan konsentrasi/penumpuan dan mood yang bagus. Kalau tak memang hampeh aja jadinya.

Jadi,
Bulan Ramadhan lebih kurang setengah bulan lagi Syaaban,
Semoga diberi kesihatan yang baik, dan hati yang putih. Buat masa ni aku tak boleh tgk posting-posting kat facebook ada sesetengahnya melampau-lampau update status. Terima kasih kepada update news feed box dan unfriend button.

Menjengkelkan.

Dari biar hati ditumbuhi rasa jengkel, kita avoid la perkara-perkara yang tak senangkan kita.

Lagi satu, tolonglah jangan share gambar-gambar yang tak patut e.g kemalangan etc. ada tu kawan-kawan rapat, geram nak sound.

Blog ni masih kurang rasa, masih belum ada identiti.kalau nak share kehidupan seharian, bukanlah tempatnya di sini. Diari Online, please everybody, read it. cenggitu ke?

Biru/Hijau Firus yang menyamankan

Mari siap2kan diri untuk Ramadhan..berubah sikit-sikit. Baju-baju loose kena diutamakan.