Monday, September 26, 2011

Bicara Dengan Adik (BDA) 1

Situasi 1: Dalam kereta

Kakak: Lah rasa yakin ke dapat 5A nanti?
Lah : InshaAllah...(dengan riak wajah yang tenang campur bimbang)

Situasi 2 : Bergolek atas toto sambil menonton Jurassic Park The Lost World

Lah: Kenapa orang putih ni walaupun bercerai diorang baik-baik lagi?
Kakak: Baik macam mana (sambil terkujat dengar soalan yang tiba-tiba)
Lah: Ye lah, diorang boleh baik demi anak
Kakak: Kenapa Lah tanya? Orang kita macam mana?
Lah: Ye lah, bila dengan anak diorang boleh baik-baik lagi. macam cerita Jurassic Park ni la. Orang kita tak macam tu.
Kakak: Mana Lah tengok contoh orang kita:
Lah: tu contohnya xxx tu..
Kakak: (gulp gulp gulp..) tapi tak semua macam tu..ada yang okey
Lah: (terus sambung menonton)

Monday, September 19, 2011

Shelter

Aku perlukan shelter untukku berteduh dari panas dan hujan
Aku perlukan shelter untuk merehatkan diri setelah penat (kepala otak) bekerja
Aku perlukan shelter untuk mengurus rumah tanggaku
Aku perlukan shelter itu...

Sedang cuba mikir yang bagus-bagus saja......

Tuesday, September 13, 2011

Hey, Aku ada blog juga!


Minal Aidil Wal Faiizin

Walau sudah memasuki 15 Syawal 1432H, pada kesempatan ini pemilik Blog 012011 ingin menyusun sepuluh jari bersarung 2 bentuk cincin memohon kemaafan kepada sesiapa yang mengenali. 
Selami makna kemerdekaan. Belajar dari apa yang telah Tanah Melayu alami. 
Merdeka minda, merdeka jiwa
Tolak ke tepi kepentingan diri
Berkasih sayanglah kamu
Hanya itu dapat membuang perasaan benci. 


Thursday, August 25, 2011

Ragu

Tiada keraguan dalam Islam. Itu sudah pasti. Selalu mohon dengan Yang Agung untuk selalu dikekalkan iman dalam hati. Ragu dengan agama Islam jangan sama sekali. Kalau ada bisikan jahat itu tanda syaitan sedang usaha untuk menyesatkan. 

Ragu dengan manusia harus bagaimana. Juga syaitan punya mainan. Tapi kalau di bulan barakah Ramadhan ini harus bagaimana. 
Istighfar..istighfar..istighfar..
Telah ditetapkan semuanya. Berusaha agar dipermudahkan dan berjaya tempuh segala dugaan. Dugaan apalah sangat...dugaan perasaan. Orang lain lebih lagi dugaannya. Makanya lidah dan hati harus selalu ucap syukur pada Tuhan. Jangan terlalu fikir suara halus yang boleh membawa ke jalan hitam. 

Manusia ini mahunya macam-macam.
Terlupa menghargai apa yang dikendong kadang-kadang..

Astaghfirullah...

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu'anni...

Allah...Allah...Allah...

Selepas beberapa pos di FB baru aku mendalami bacaan duduk antara dua sujud itu...doa yang sangat terkesan di hati bila dah tahu maksud bacaan...selama ini hanyak mengucapkan sahaya...

Selalu doa sebab manusia ini lemah dan senang sangat-sangat tergelincir...Kuatkanlah aku lagi Ya Rabbi...tetapkanlah hati ini untuk sentiasa memohon hidayah dan innayahMu...kerana manusia ini selalu alpa bila dia bahagia....bila dukanya tiba baru mengadu padaMu..tetapkanlah manusia ini untuk terus bersamaMU setiap saat dan detik...




Friday, August 19, 2011

Pleased

Please yourself. Create your own happiness. 
Dalam dunia hari ini kadang-kadang aku rasa macam nak pentingkan diri sendiri sahaja. Sebab aku takut aku berharap pada balasan orang kalau aku buat baik dengan orang. Aku lupa balasan Allah tu lagi besar. Akulah manusia lupa itu. 

Ramadan kali ini berlalu dengan cepat. 
Di wall facebook masing-masing sudah share lagu raya, sudah pening dengan kuih raya, baju raya, tudung raya..tapi aku? serius aku tak rasa apa-apa. aku rasa Ramadan dah nak berakhir..tapi amalan tambahan...hmm akulah manusia lupa itu. 

Perangai aku yang tak best ialah aku selalu jadi perosak. Perosak perasaan. Mood spoiler..kadang-kadang terfikir untuk terus bersendiri..jgn baik sangat dengan siapa-siapa. baik biasa-biasa dan sama rata dengan semua orang..sebab akulah manusia lupa itu...

Jumaat dah tiba lagi. Aku nak balik rumah keluarga. bye. 

p/s: so long cesc, tiba-tiba teringat dennis bergkamp sebab dia pencen bola kat Arsenal. 

Monday, August 15, 2011

Nisfu

Nisfu-Half-Tengah
Sudah 15 Ramadhan. Cepat sungguh waktu berlalu. Ya Allah..kesibukan kerja kadang-kadang mengganggu aku..aku tahu kerja itu ibadah..tapi kadang-kadang rasa ralat teramat dengan keletihan tubuh untuk mengerjakan Tarawikh..ya Allah...biarlah aku rasa Ramadhan ini lambat berlalu.....

p/s: bekerjasama dengan sang pemalas yang tidak kreatif akan membutuhkan kesabaran yang tinggi.

Friday, August 12, 2011

Masak dan Makan

Bagi seorang tukang masak, kepuasan yang dicapai ialah apabila masakan yang dimasaknya dimakan sehingga licin.dan lagi happy kalau org yang makan cakap "nak lagi!"

Tapi sedih seorang tukang masak bila dia tak dapat menyedapkan perut orang yang makan. dan dah beriya nak masak tapi xada orang nak makan. jadi tukang masak akan masak dan makan sendiri-sendiri.

Sekian.

p/s: masakan dia sedap la....masakan aku? no comment. mmg terasa kot. tak da rege