Pagi tadi..selepas buang sampah..keletuk keletak keletuk keletak (kasut baru)
derap tapak kaki menuju perhentian bas
"Masih ramai orang..pasti aku tidak telat hari ini"
perut mengaum katanya sakit
akal menidakkan
"jangan nak berak, alihkan perhatian"
kulihat jam tangan tanda kasih menunjukkan 7:43 pagi
tertoleh toleh kepala ke kiri melihat kalau-kalau gajah besi muncul
toleh kanan melihat insan-insan keresahan seperti aku..
keluarkan BlackBerry
tilik-tilik
"sudah! bagi masa pada benda lain"
kulihat daun.....
senyuman penghapus duka...(kena usaha lagi)
mini mentadak mentadu yang kukuh mencengkam daun
walau angin bertiup menggoncang dan meliuk lentokkan daun..
(takyah nak goncang sgt..goyang sudehh)
ralit memerhati..
si 700 tiba..
pasti aku telat hari ini...~ ~
This is Praying Mantis
p/s: Gagal sekali tak bermakna gagal untuk selamanya. Sebagai seorang Muslim, mohonlah pengampunan Allah dan teruskan berusaha dengan seikhlasnya..InshaAllah...rezeki Allah ada di mana-mana..cuma bila dan bagaimana mendapatkannya kita tidak tahu...
suker pesanan anda .. :)
ReplyDelete