Monday, January 16, 2012

Cemburu vs Hasad Dengki


cemburu

  • 1. iri hati (kerana orang lain pandai, berharta, dll); 2. kurang percaya atau syak wasangka (takut-takut suami mempunyai kekasih lain dll), curiga: hatinya berasa ~ apabila melihat isterinya bercakap-cakap dgn temannya; 3. hati-hati atau berjaga-jaga (kerana takut kesucian adat, agama, dll dikotori atau dinodai): mereka menjaga adat resam mereka dgn perasaan ~; ~ buta cemburu tanpa sebab atau cemburu membuta tuli;
  • bercemburu

    berasa cemburu;
  • mencemburui

    1. iri hati akan; 2. mencurigai, mengesyaki; 3. menjaga: orang Melayu sangat kuat berpegang pd agama dan ~ agama mereka;
  • mencemburukan

    1. iri hati (akan seseorang atau sesuatu): apa benar yg dicemburukan oleh mereka itu; 2. menimbulkan cemburu (iri hati, curiga, syak wasangka);
  • cemburuan

    1. = bercemburuan saling cemburu; 2. iri hati;
  • kecemburuan

    1. perihal cemburu; 2. kecurigaan, syak;
  • pencemburu

    (orang yg) bersifat cemburu.

hasad
  • Ar = ~ dengki; 1. dengki, cemburu (disertai niat jahat); 2. kedengkian, kecemburuan (yg disertai niat jahat);
  • berhasad

    ~ dengki menaruh perasaan dengki (cemburu dgn niat jahat): umat Islam dilarang ~ dengki sesama sendiri. 


    *Source : Dewan Eja Pro
    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Dua perkataan yang berkait rapat tetapi mempunyai makna yang lain. Dari pemahaman aku, hasad dengki ialah cemburu yang jahat yang diiringi dengan "wish" untuk keburukan terjadi. Cemburu ada yang positif yang boleh menjadi pemangkin untuk seseorang berusaha lebih untuk mencapai kemajuan atau hajat yang diingin. Facebook status kadang-kadang menjadikan aku pencemburu yang bersyukur dengan apa yang diperoleh kawan-kawan dan kadang-kadang boleh menjerumuskan aku utk berhasad dengki..

    Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

     

    *Source fadhilat hauqalah:

    Jadi readers : mari amalkan. Mudah. Hati bersih, Pahala dapat. Let us move on and change for the better InshaAllah....

No comments:

Post a Comment