Monday, January 30, 2012

Cintai Diri Anda



Layan makan sorang-sorang..

Sedut float sorang-sorang juga

Hadiah kepada diri sendiri..
p/s: aku rasa kasut itu comel ;)

Belajar mengh♥rg♥i diri sendiri..

Jangan pernah lelah berusaha
jangan sesekali menyerah asa
hidup ini perjuangan
dan perjuangan itulah kehidupan

p/p/s: Gunners won over Villa, 5th Round FA Cup 

Friday, January 27, 2012

Lega

Alhamdulillah....Allah is Great! Allah mengujiku..Allah kurniakan sesuatu yang manis padaku...


26 Januari 2012. Akhirnya kekusutan terlerai..lega....semoga aku dapat galas tanggungjawab dengan baik dan semakin baik..

p/s: Hamba ini akan terus meminta padaMu....

Thursday, January 26, 2012

Iqra' Read Lesen

Dah lama tak turun perpustakaan khutub khannah pejabat. Sebab hari ini agak lapang, aku pun tekan lif dan turun ke bawah. Mutar punya mutar akhirnya aku jumpa buku ini. Asalnya nak pinjam majalah saja tapi belum boleh pinjam lagi sebab kaluaran terbaru belum sampai. Jadi naskhah terkini yang ada di rak masih belum boleh dipinjamkan. Tak apalah..mari kita selami minda sang lelaki...



tiba-tiba belek punya belek buku ni, ada bab:

"WHY MEN CHEAT?"

and i was like...huh??


p/s: Doctor, aku nak MC boleh? terasa lembik dan lemau dengan hidung tersumbat..kaki dah sejuk-sejuk.. @_@

Wednesday, January 25, 2012

Milo Panas

Sedang pekena MILO panas.
MILO panas sangat nikmat masa badan sejuk sebab demam.
Sambil minum sambil blogwalking.
Ramai orang blog pasal diri sendiri.
Kadang-kadang habis dicerita pada orang.
Boleh blog..tapi tapis-tapis
tak ada penapis boleh pinjam penapis aku.
Simpan sedikit untuk diri sendiri.
Kalau nak cerita tips melancong ka ada juga faedah pada orang lain.

Iya, aku nak melancong. Ha ha ha!

p/s: MILO vs Teh Tarik.

Tuesday, January 17, 2012

Wishlist Granted

Siapa tau apa wishlist aku?

Kamera. Sejak zaman uni. Oh iya, aku pernah purchased Canon A430 dari makcik aku. itupun free gift suami dia main golf. Haha. it cost me RM 300. dan bila fikir balik, what a waste! Bateri pakai AA type. Need to buy batery charger lagi. Sim Memory card aku beli 1 G for RM30+. Hello, zaman student, every cents count! (Sekarang pun, especially time poket tengah banyak habuk)


This is how A430 looks like. Debab dan besar. Bila kawan-kawan keluarkan camera masing-masing, tiny+cute+advance tech aku pun slowly masukkan si biru ni dalam beg T________________T

But i used it frequently. Sekarang ada tertinggal di rumah parent di WMju (Oh...just to let u know, I live with my husband-ahaks) Hopefully this A430 belum kaputt. Sayang jugak RM300 aku. pakai duit biasiswa beb. sengal kan. 

And now...i own a camera. na...we own it. My husband and I. after a few argument, after tarik muncung itik, after discussing, after accepting the pros and cons, we finally bought it from J One Camera in Amcorp Mall. Thanks to Mr. James who is very friendly and informative and not sceptical (that we can buy it) like other sales person in nearby shop. Let me keep the name of the camera model with me. Happy photo shooting peeps!

ALHAMDULILLAH!



p/s: I love my family. My BIG family. 

p/s p/s: I want to change my blog template

Monday, January 16, 2012

Cemburu vs Hasad Dengki


cemburu

  • 1. iri hati (kerana orang lain pandai, berharta, dll); 2. kurang percaya atau syak wasangka (takut-takut suami mempunyai kekasih lain dll), curiga: hatinya berasa ~ apabila melihat isterinya bercakap-cakap dgn temannya; 3. hati-hati atau berjaga-jaga (kerana takut kesucian adat, agama, dll dikotori atau dinodai): mereka menjaga adat resam mereka dgn perasaan ~; ~ buta cemburu tanpa sebab atau cemburu membuta tuli;
  • bercemburu

    berasa cemburu;
  • mencemburui

    1. iri hati akan; 2. mencurigai, mengesyaki; 3. menjaga: orang Melayu sangat kuat berpegang pd agama dan ~ agama mereka;
  • mencemburukan

    1. iri hati (akan seseorang atau sesuatu): apa benar yg dicemburukan oleh mereka itu; 2. menimbulkan cemburu (iri hati, curiga, syak wasangka);
  • cemburuan

    1. = bercemburuan saling cemburu; 2. iri hati;
  • kecemburuan

    1. perihal cemburu; 2. kecurigaan, syak;
  • pencemburu

    (orang yg) bersifat cemburu.

hasad
  • Ar = ~ dengki; 1. dengki, cemburu (disertai niat jahat); 2. kedengkian, kecemburuan (yg disertai niat jahat);
  • berhasad

    ~ dengki menaruh perasaan dengki (cemburu dgn niat jahat): umat Islam dilarang ~ dengki sesama sendiri. 


    *Source : Dewan Eja Pro
    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Dua perkataan yang berkait rapat tetapi mempunyai makna yang lain. Dari pemahaman aku, hasad dengki ialah cemburu yang jahat yang diiringi dengan "wish" untuk keburukan terjadi. Cemburu ada yang positif yang boleh menjadi pemangkin untuk seseorang berusaha lebih untuk mencapai kemajuan atau hajat yang diingin. Facebook status kadang-kadang menjadikan aku pencemburu yang bersyukur dengan apa yang diperoleh kawan-kawan dan kadang-kadang boleh menjerumuskan aku utk berhasad dengki..

    Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

     

    *Source fadhilat hauqalah:

    Jadi readers : mari amalkan. Mudah. Hati bersih, Pahala dapat. Let us move on and change for the better InshaAllah....

Thursday, January 12, 2012

Bila Kilo Terus Naik

Alahai Cik Bosan melanda jiwa. Buat semua tak kena. Buat air segelas habis. Air tak boleh manis-manis. nanti badan gemuk. Kencing manis. Sekaya mana pun manusia, kalau kesihatan tak kaya payah juga. Jaga badan supaya sihat. Badan sihat hidup ceria. Hati tenang. Damai.


Pic source: Google with keyword grateful

Tulisan yang tiada kesinambungan. Caca marba kerana dalam fikiran kosong. Berharap. Berhenti. Dan berharap kembali. Pejam mata seketika. Mahu nikmati damai. Pejam mata dan hela nafas...rasakan helaan nafas...sunguuh BESAR kurniaan Allah...mata memerhati...telinga mendengar..otak menaakul...ini semua nikmat  yang Tuhan bagi. Bersyukur. Walau poket kering, tetapi kita masih kaya dengan nikmat Allah. Cuba ambil seminit dua untuk mendalami makna syukur.

Aku masih lagi bernyawa.

Tuesday, January 10, 2012

TH14

FA CUP 4th Round 10 January 2012 (Malaysian time) in North London, Emirates Stadium....



Perasaan seorang Gunners rata-rata sangat terharu dengan sekembalinya Thierry Henry walau hanya untuk 2 bulan. Terima kasih kepada Soul yang share video ini di FB.

Note: Soul adalah fan Liverpool.

To my Husband  : Je t'aime
jgn jeles dengan jambang Henry sebab janggut awak lagi hensem. hehehe


Note 2: My Husband is ManU fan since he was a little kid. His wife is Arsenal die hard fan since she was 17. We support each other, don't we? Hahaha!

p/s: Jom kite gi Emirates Stadium nak? ;p

Wednesday, January 4, 2012

Seluruh sendi rasa longlai..............
deria rasa semua tawar.............

:'(

At-Talaq 2-3...

And whoever fears Allah - He will make for him a way out
And will provide for him from where he does not expect. And whoever relies upon Allah - then He is sufficient for him. Indeed, Allah will accomplish His purpose. Allah has already set for everything a [decreed] extent.


Alhamdulillah...aku punya Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala..

Tuesday, January 3, 2012

Wishlist

Hari-hariku tetap sama walau tahun menginjak ke 2012. Perlu ke nak berazam setiap kali tahun baru? Untuk aku setiap hari aku berazam. Iya. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Esok? Jangan fikir sangat soal esok sebab takut apa yang ada hari ini akan terlepas. Jadi hargai setiap saat. Setiap saat yang istimewa. Manfaatkannya. 

p/s: semoga aku dan kawan-kawan aku dapat kerja yang bagus-bagus. 2 orang kawan aku yang kenit yang di Damansara suatu ketika dulu. we aren't the same but we are similar

Wishlist:

KAMERA: payah bebeno aku nak purchase satu kamera yang merupakan impian aku sejak di bangku universiti. upload gambar adalah lagi senang dari mengarang. dan lagi nampak meriah. aku suka blog bergambar. tapi bukanlah gambr posing sendiri yang macam-macam gaya mulut senget. i hate it. Sebelum February hopefully we'll get 1. 

Ada lagi beberapa perkara yang menjadi impian. Tp better keep for myself la ok. Ni bukan diari untuk aku tulis semua benda. ni tempat melepas perasaan aja. tapi dalam keadaan terkawal gitew

Pagi-pagi my best friend forever MU fan told me, Arsenal lost to Fulham. HADOIIIII...tensen sungguh!
Aku baru nak riak dengan kemenangan Gooners on Sunday dan kekalahan MU n City jap lagi Craven Cottage meranapkan segalanya. Hope Chelsea kalah jgk utk next game. and for Black Cats Sunderland: BRAVO! gua tahan mata beb tgk Encik Ji sumbat goal walaupun few minutes sebelum tu aku mengutuk Ji dalam hati. hahaha!

In the nutshell :  I Love Football!
the color is Ungu because i love Ungu too!