Monday, November 14, 2011

Jemputan


Dulu semasa aku dalam kelas KJM (code subjek aku dah lupa) – subjek fluids and mechanics (aku bukan pelajar kejuruteraan mekanikal tetapi wajib ambil subjek asas kejuruteraan mekanikal, belajar tentang pendingin hawa, pernafasan peti sejuk dan pemanas udara)

“Kalau aku kahwin nanti jangan harap la aku nak jemput korang, aku lecturer korang saja. Kawan aku yang jauh-jauh pun aku tak jemput. Kau bayangkan la kalau dia duduk Kedah ke, Kelantan ke lepas tu nak datang jauh-jauh sampai ke Kuala Lumpur bla..bla..bla..”

“Aku bukan apa, cuma aku rasional. Aku taknak susahkan orang. Cukuplah diorang doakan aku bla..bla..bla…”

Itula dialog lecturer aku. Dia ajar kami satu subjek. Dan bonding kami sekelas dengan dia cuma pelajar dengan pensyarah. Belum capai tahap buddy lagi sebab dari pemerhatian aku dia jenis yang tak campur kenalan peribadi (teman akrab etcetra) dengan kenalan bisnes (student etcetra).

Dan daripada bebelan dia tu: Aku setuju untuk aplikasikan kepada kenalan yang hai-hai bai-bai :D

Ok, aku InshaAllah akan bernikah minggu ini. Dan aku juga tak jemput SEMUAAAA yang aku kenal. Bagi aku, jemputan aku pastinya mereka yang istimewa, yang aku mahu mereka ada semasa majlis aku. Mereka yang lebih intim dengan aku. Aku jenis orang yang cipta satu garisan di antara kenalan peribadi aku dan kenalan bisnes aku. Kalau boleh aku tak mahu terlalu “intim” dengan teman-teman sekerja sebab aku tak mahu mereka masuk dalam kehidupan peribadi aku. 

Sebab manusia ini suka menilai. Sebab itu aku buat garis pemisah itu. Susah nak terang dalam ayat. Ada yang terasa sebab tak dapat jemputan aku (lagi). Hehehe. Sabo, aku bagi kad jemputan kat engkau esok.

Tak perlu nak terasa-terasa sebab kita bukannya rapat pon. Sekian, terima kasih. 

p/s: Buat baik pasti dibalas baik. Mulut jahat orang tak suka. 

No comments:

Post a Comment