Monday, January 27, 2014

Dari Putrajaya ke Kemaman


Peta Kemaman dari hasil carian enjin Google

Haruslah ruangan ini akan menjadi tempat nukilan peristiwa yang akan bermula 23 Februari ini. InshaAllah

Dari Putrajaya ke Kemaman. Dari Cinta untuk Nyawanya.

Cinta dan Nyawaku. 7 Bulan inshaAllah akan berlalu sebentar sahaja. Peluang untuk rindu-rinduan. Peluang menjadi bujang. 7 Bulan saja. Bujang tanpa madu tau!

Ramai yang berkata apa faedah lama-lama? Apa keperluan? Kadang-kadang aku pun jadi sebahagian dari kumpulan yang merungut. Lamaaa. 7 Bulan. Terpaksa berjauhan. Tapi, semua benda-benda wajib yang kena harung dalam perkhidmatan ni kami dah tau. Jadi, rewind balik semangat masa interview. Nak tak nak. Kena juga!

Aku, akan menjadi positif.
Aku akan mencuba sehabis baik (untuk langsing dengan hari-hari 2.4km jadi makanan).
Aku akan mencari sisi positif.
Aku akan mencari kebaikan.
Aku mahu merasai kegembiraan.
Aku mahu cari ilmu.
kerana aku mahu mengangkat martabat skim ini
aku mahu jadi sebahagian yang bekerja kerana Allah
mahu beri yang terbaik
untuk negara
mahu padam persepsi negatif
mahu bertindak seperti apa yang terucap
mahu berdiskusi cara matang
mahu adil dalam buat pertimbangan
jadi aku akan cari semua itu dalam 7 bulan peluang yang diberi

TAPI AKU BUKAN SKEMA. MENGIKUT TANPA TAU MAKSUD. MENGIKUT SEMATA-MATA.  

Kerana satu yang aku pegang, masa gembira akan cepat berlalu. Jadi semakin aku gembira semakin aku akan bersatu semula dengan kekasihku.

Yayang, it is only for 7 months. (T_T)

InshaAllah Kemamang to Putrajaya with love. Allah..we seek for your protection. Aamiin. 

p/s: Aku kerja apa?

Tuesday, January 7, 2014

Perbezaan

Terkebil-kebil mata menghadap skrin. Puas sudah scrolling mouse mencari bahan bacaan dan blogwalking.

Ting! Hari berdetik

Ramai blogger lelaki tak letak gambar, ramai blogger wanita letak gambar.

Hipotesis No 1:
Blogger lelaki tak handsome

Hipotesis No. 2:
Perempuan memang suka bergambar

Terpulang pada pilihan sendiri ;-)

p/s: menengah rendah memang banyak roll filem aku. Ada gambar-gambar dalam simpanan member. Baik korang cari semula sebab nanti aku nak mintak balik. Pulangkan..pulangkan..tetiba perasan jadi Meriam Gincu Merah Menyala.

Thursday, January 2, 2014

Hadiah Satu Januari

Alhamdulillah. Dah masuk tahun baru Masehi 2014. ( Tiga siri makin menghampiri)

Jadi untuk permulaan 2014 yang best ialah :


Dah kenapa MU dah tiga kali kat home season ni? Apa yang David Moyes dah buat pada MU?

Yang penting Arsenal keep on moving yow!



Tuesday, December 31, 2013

31 Disember 13

311213 nombor ekor? Hehe

Masing-masing menghitung peralihan tahun 2014. Another new day another new year.

Selak kalender. Eh dah habis bulan. Tukar kalender baru.

Keluarga
Masih sama. Aku dengan suami masih berdua. Belum bertambah tiga lagi. Hati-hati untuk kategori tambah. Anak atau isteri? Gaaaa
InshaAllah 2014 akan ada kenduri-kendara kahwin lagi.

I am looking forward for these two events!

Kewangan/Harta
Atas sikit dari semput tapi bersyukur. Kena ada kemajuan hari demi hari dalam aspek pengurusan duit money pitih.

Cinta
Mekar kuncup hampir layu segar kembali mekar mekar mewangi dan mengharum dan akan terus dibajai.

Kerjaya
No comment. Masih lagi berusaha mencapai moksha. (Metafora bahasa aja ni. Tiba-tiba teringat mata pelajaran sejarah).

Kesihatan
OK. Ambil juga suppliment. Semoga bertambah maju kesihatan. Semoga cepat melekat. (Nak bb).

Hobi
Menjahitku agak suram. Hampir setahun mood hilang. Gigih untuk mantapkan diri buat kerja-kerja kraf. Semoga keazaman seiring tindakan. Hehehe.

Politik
Hoooo never ending story

Tuhan...berilah hidayah dan inayahMu pada aku untuk menjadi muslim yang lebih baik dan kuat menghadapi dunia fana ini..semoga aku dikurnia sifat kasih sayang dan pemaaf..semoga aku diberi semangat juang mempertahankan agamaku..semoga kudiberi kefahaman untuk lebih mendalami agamaku..semoga aku dikurnia rasa cinta yang semakin tinggi untuk kekasih Allah...

Semigakudoberirezekimenjadiummi.

Aamiin..

Arsenal menutup 2013 dengan penuh gaya walaupun perlawanan menentang Newcastle tersangatlah hambar. Terima kasih untuk barisan pertahanan dan tingkatkan usaha jentera serangan yang tumpul.

Peace.

Friday, December 13, 2013

F & F

Bukan Fast and Furious

tapi Forgive and Forget. Memaafkan dan Melupakan (no more grunge holding - macam kelakar aje ajat omputih ni)

"Memaafkan beerti turut melupakan kesalahan yang dilakukan. Jika masih tersimpan, itu bukanlah maaf yang tulen. Kerana itu mampu MEMAAFKAN adalah sifat orang yang tinggi imannya. " 

Petikan dari FB Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman posting 10 Disember 2013

Pada suatu hari yang penuh misteri, sedang aku melayari Facebook yang bosan, ternampaklah aku akan petikan di atas. Seolah-olah membuka mata dan hati aku untuk mendalami maksud. Maafkan dan Lupakan...
Bagi aku amat payah sebab perkara-perkara yang terjadi pada aku memang teramat payah aku nak lupa..untuk memaafkan agak mudah tapi maaf yang tulen itu seperti Ust tulis..antara sifat orang yang mempunyai iman yang tinggi..

Aku bersyukur kerana Allah berikan rasa yang satu itu..seakan kekuatan dalaman untuk aku menjadi yang lebih baik dan lebih lembut untuk memandamkan api dendam yang berpihak kepada shaitooon...


InshaAllah...


Wednesday, November 13, 2013

Lesu

Apalah nak jadi dengan kisah ini?

Sweet surrender?

Penat jiwa raga. Letih seribu daya..

I won't give up.

Kalau tak mahu harus apa lagi yang perlu kukata...
Aku bukan Betty yang seksi 

Monday, November 11, 2013

November 2013..Bulan Cinta (lah sangat)

Dah tiba penghujung 2013. November bulan 11. Awal Muharam 1435 pun dalam bulan ini juga.

Bulan kahwin aku ni. Dah nak masuk dua tahun dan still two (selalu berdoa three). Nothing much to jot here. Privacy. Yang penting lepas akad nikah pun jadi perang perbincangan. So funny lucu dan lawak.

No pelamin mak nenek semua. No merenjis. The majlis was very easy and open style. Pengantin seorang di utara dan seorang di selatan. Coordination lost.

Alhamdulillah..banyak dah jadi dalam 2 tahun. Alhamdulillah Allah bagi dan kekalkan lagi rational pemikiran aku. Alhamdulillah for every single thing that happened to me. 2 years is still jagung year to know your partner more and deep like rolling in the deep. 2 yrs is still not enough to be a very good wife, a very understanding wife indeed...



Now back to November..10 November 2013. Arsenal again..lost to MU. Very sad. Very dissapointed. Very tak boleh terima (sakit hati) ditambah dengan provokasi org terrapat lagi sakit hati.

Dont you know if somebody (outsider) provokes me it means nothing but if you do it mean..there..there will be a volcano. Dont you see the difference? This is not double standard. This is called sayang la dol!!!

P/S: Mengantuk dan pening