Friday, October 12, 2012

Serabai

serabai, nama kuih

serabai, penampilan, luar boleh dilihat

kalau dalam kepala otak serabai kita panggil kusut.

tau tak betapa besarnya impak kerjasama, kerjasama bahasa mudah : sama-sama buat sesuatu. contoh angkat meja : dengan kerjasama meja yang berat jadi ringan

wahai si lengai..nyah la kau...nyah dari pandangan mata kami.

menyusahkan. langsung tak bagi faedah.

Thursday, September 13, 2012

Baiti Jannati

rumahku syurgaku
besar kecil
papan batu konkrit belakang kira
baiti jannati
masuk je terasa segar
terasa nyaman
terasa : yessss! boom! bergolek!
HEAVEN!

wishlist:
rak buku
jam dinding


yang macam ini. IKEA. approching 700MYR. Gilos..mari berangan dulu [pic source:google]

kerusi tangan untuk bos. anak beranak kerusi malas. dah lama gila dia mengidam kerusi tangan. LOL!
not bad juga kerusi ni. merah. bright and sexy!
[pic source: Google]

buat masa ni tak boleh cerita bab cat mengecat sebab bukan rumah sendiri. boleh deco-deco saja dulu.

the biggest "thing" i need is TIME

I'm falling in love with my carrier. I just met the excitement  in it after 2 years working. hahaha!

-heissleepinglikeababy-

Wednesday, September 5, 2012

Kerusi Merah


pic source : google

merah
cantik
selesa
tempat bersantai aku dan dia

p/s: husnodzon

Monday, September 3, 2012

Hati Lapang

Bila dah tanam dalam hati nak kerja LillahiTaala
Hari Isnin terasa lapang sangat
walaupun banyak pending

Bila pagi-pagi dah senyum dan ambil mood positif
semua kerja lancar sangat
ada masalah jadikan sebagai cabaran bukan halangan

Manusia merancang
Tuhan menentukan
jalankan tanggungjawab dan tawakal natijahnya
ada benda yang luar kawalan

Sikap mementingkan diri kena buang jauh-jauh
Sikap mengutamakan diri sendiri kadang-kadang sangat tak patut.
Marilah bertolak ansur
memaafkan
dan hidup dengan ceria.


p/s: Arsenal menang dengan Liverpool 2-0

Sunday, July 22, 2012

Mampat vs Gebu

Cuba buat apam
orang suruh guna soda bikarbonat
aku guna backing powder
natijahnya keluar apam yang tak macam apam
terliur apam milo..

kena cuba buat lagi
cari bahan yang betul

p/s: minat kepada dapur dan mesin jahit semakin menebal.

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan 1433 Aku dan Dia

Assalamualaikum
1 Ramadhan 1433H
bila tiba Ramadhan baru menghafal tawarikh dalam bulan Islam. [shame :( ]
Alhamdulillah mari diberi nafas dan peluang untuk bertemu Ramadhan lagi
ramadhan pertama sebagai isteri
Ramadhan yang berteman suami
untuk hari pertama, sup tulang. Caranya:

Rebus tulang 2-3 jam untuk betul-betul lembut dan sedap dimakan
semasa direbus letak sudu besi
ini petua orang di dapur
lepas 2 3 jam
masukkan sup bunjut. bukak benang yang mengikat sup bunjut tu
ketuk bawang putih 3 ulas
halia sebesar syiling 50sen lama
last but least : GARAM

opt: bunga lawang, kayu manis, pelaga, pelaga india, boleh la ditumis dulu dengan menggunakan minyak yg sedikit. aku tak suka tumis. minyakk

masa hidang:
daun sup
bawang goreng
cili potong
limau

slurpppppppppppp sedap weh!

Thursday, May 31, 2012

Donia Penuh Dengan Pilihan - DPDP


Kesibukan dan keserabutan bergambung menjadikan aku senget
Yang mana satu perlu aku urus dulu
Bolehkah aku buat dan tadbir dengan bagus
Mampukah aku
Keluhan terbit..argh!!!!

Aku mengalami krisis keyakinan
Keyakinan untuk melontarkan idea
Payah sungguh
Bagaimana nak tumpu pada satu perkara bila aku kena buat banyak perkara

Mahu menyelam di laut dalam hanya bermain di gigi air?

P/S: Bila perancangan Allah itu adalah yang TERBAIK. Jangan banyak fikir.Redha... Itulah sebaik-baiknya