Tuesday, January 29, 2013

Sekolah

Should i write again about school?
Dulu berjela-jela aku tulis
aku kalau bab ke belakang dan bernostalgia memang hebat
tapi sebab takut dikata orang, orang dah beratus langkah ke depan kau masih mengimbau kenangan
Aku nak tulis. blog aku suka hati aku. hahaha

-i cannot deny. i really love and enjoy my school years. i really do...

Nantilah. ada masa, ada rasa, ada cerita pasti akan terluah juga di sini.


Tunggu....

Sunday, January 27, 2013

Masa Cuti

Cuti umum
kepala ting tong mengantuk
: "I need a time for myself"



Thursday, January 24, 2013

Aku menunggu

termangu
termenung
terkelip-kelip mata
otak berputar ligat
berfikir
mencari idea
merencana
hati jantung berdetak
berharap
berdebar

sedang tidak tahu apa yang mahu dibikin
sedang lagi fikir masalah yang takkan pernah lekang
sedang merencana percutian romantik
sedang melihat status dan update facebook
yang kadang memualkan
yang kadang mengundang cemburu
yang kadang memerihkan
yang kadang melucukan
ah...kenapa semakin ramai yang sangat terbuka untuk berkongsi
kenapa hari-hari perlu caci maki
persoalan yang takkan pernah pergi
semakin mendatang dan semakin banyak

kepala sedang layan luna maya menyanyi
aku turut mahu menyanyi...aduh malam...
aduh asmara
asuh aduh aduh.......

Ikan dan Swan

Wednesday, January 9, 2013

haa

2013 dah melangkah masuk 9 hari dah
2012 tinggal aku dengan penuh cabaran untuk jadi wanita bekerjaya katanya
perasaan jangan cakap la memang bercampur baur.

keadaan negara sekarang macam biasa
isu nombor satu yang takkan surut selagi Parlimen tak bubar ialah politik
Aku suka politik sebab bidang ni multi-cross sume bidang
kestabilan politik juga adalah impak kepada semua pihak semua bidang semua industri dalam sesebuah negara
eventhough hari-hari kami disajikan dengan pertelagahan politik BN dan PR
tapi Alhamdulillah aku boleh cope lagi.

Tunggu PRU untuk memangkah.

Aku sayang Malaysia.


Doc: Aku stress, aku nak MC 10 hari. LOL!

Tuesday, November 27, 2012

Berjaga Malam

Dulu maximum 2 pagi
sekarang pukul 11 pun dan kuyu
tapi semenjak kebelakangan ni drag sampai pukul 12-1
kalau browsing shopping online pages memang tak merasa mengantuk 

partner sakit gigi. 
sudah dimohon jangan diganggu
semoga sakitnya lekas  hilang :)

berjumpa beberapa page yang menarik
sebagai seorang yang tidak memandu
shopping online sangat convenience dengan aku :p

Alhamdulillah, disebalik kesibukan tahap gaban, 
aku dapati hidup makin tersusun

Bicara dengan engineer: kalau benar-benar mahu berubah:

Mulakan dengan diri sendiri
Mulakan sikit-sikit
Mulakan sekarang!

Topik Wanita Hari beberapa hari yang lepas, antara yang tertangkap dek telinga:
Kita bersungguh sejengkal (nak berubah), Allah bersungguh sehasta (bantu kita dalam berhijrah)
:Ust Zawawi

Kadang-kadang kalau too ambitious (drastik) memang satu apa pun tak jalan. Sindrom tak tau nak buat yang mana satu akan menimpa seperti yang aku alami beberapa hari lepas. Tengah buat task A, Task B C dan D datang serentak. Multitasking? Tak jalan der..otak dan mechanical kinetic function jadi jammed! Bila pergi washroom, ada cermin yang boleh tgk full from top to toe, tgk diri sendiri dan aku ukir senyuman (untuk bertenang) and it works! relief is there :)

Wassalam...

Monday, November 12, 2012

20121112

aku dah tak tahu cara menulis
aku dah kering idea
ablog aku sekarang bukan macam blog aku yang dulu
kenapa aku delete blog friendster aku
kenapa aku boleh delete karangan berjela-jela yang aku tulis tentang sweet sour bergelar budak maktab
memang blog aku dulu blog memori
semuanya memori
semuanya happiness

dulu nak kawin gigih aku blogwalking semua blog b2b yang aku jumpa
nasib aku tak gigih menulis preparation kawin
terima kasih kepada yang gigih berkongsi pengalaman menyediakan kelengkapan perkahwinan
memang bermanfaat
tapi aku tak rajin macam korang
aku tak detail macam korang
aku yang jenis
mana ada kita jalan...hahahah.

ok aku baru tips online shoppim di FB


1. tgk testimonial
2. tgk kekerapan update
3. tgk cara persembahan web/promotion produk/servis
4. email - tgk how fast they reply@bahasa yang digunakan
5. tgk 

jumlah like
6. google blog -blogger biasanya akan cerita pengalaman2 yang tak best. cth: aku hmpir terjebak dgn zalora tapi tgk bad review TAK JADI dan UNLIKE terus.
6. guna akal buat pertimbangan
7. jgn ikut nafsu, makan meggi jawabnya nanti ;p






sekian sahaja rumble mumble malam ini. 





p/s: terbuka dan terima semua dengan rasa syukur. selalu doa jangan jadi busuk hati. amin.. 

Sunday, November 11, 2012

Get started

Mari kembali berblog.
bersyukurlah orang-orang yang mempunyai tangan berseni.
jeles betul tgk orang-orang creative.
sedang belajar dengan rajin untuk menjahit blouse.
harga blouse kalau lengan panjang, kain elok payah benar nak jumpa yang RM50 ke bawah.
kalau material cantik, tangan mesti nak 3 suku. bagi aku kalau nak kena pakai inner lagi panas. sebab tu kalau dapat material tak jarang dan lengan panjang lagi best. memang ada jual tapi harga quite expensive.

sebelum nak jadi pro,kena la banyak berlatih. aku bolehla menjahit, tapi ish ish...payah le sangat nak dapat exact straight dan kemas.

buat masa ni aku tengah mengumpul pattern free untuk start over menjahit. tunggu Big Bad Wolf nanti mahu cari buku-buku yang berkaitan. Then baru boleh cari material and other necessary tools.

Let us light up sewing passion!

blog ni hanya untuk aku membebel.

p/s: Gunners oi, boleh tak menang apa-apa trofi season ni?