Friday, July 15, 2011

Tidur

Lenaku sering terganggu 
Terkejut-terkejut
tapi dipaksakan minda suruh tidur
Lenaku tidak senyenyak lena bayi tidur
Yang punya wajah aman
tanda masih bersih dan suci
Sekarang kembali kepada fitrah
kembali mendekat dengan ayat cinta Agung
Bukan sekadar melagukan
cuba mengingat
dan cuba juga untuk faham

p/s: yang hilang pasti berganti meski lebih murah dari yang hilang..my cyber color eye liner was gone few weeks before :( . i replace with:



zoom sikit.............

SIMPLY SITI!!!!!!!!!!

Monday, July 11, 2011

Hanya Allah sebaik-baik tempat untuk menyerah :)



Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (39:53)

Friday, July 8, 2011

Request

Permintaan. Pernah main request-request zaman dolu-dolu? Kad request la, cokelat request la, bunga request la. Yeah, sume tu aku pernah dpt. tak tahan bunga ros kaler oren uols. bukan SA bagi pun. aku kenal je mamat yang bagi. hahaha. so funny. tapi aku pass the flower to my senior sebelah bilik. bukan tak hargai tapi aku tak makan bunga. ;p

Request from sahabat on Nasi Kerabu Mak punya Resipi.
So Sila, baca ni properly k. nanti kau cuba buat utk your bie ye. as simple as abc, as easy as alif ba ta :)

Part A: Ulam-ulam.
Daun kesum - hiris-hiris.
Timun - hiris-hiris
Bunga kantan - hiris-hiris juga
Taugeh - tak perlu hiris. kunyah dan telan je.
optional : kacang botol, kacang panjang dan lain-lain ulam yang uols suka.

Ulam-ulam. nak gaul semua or nak asing-asing pun xda masalah
Part B: Kerabu.
Bahan-bahan:

B i )
kelapa parut (beli kelapa muda yang org buat kuih tu)
Goreng kelapa parut sehingga warna keemasan.

B ii)
ikan kembung + asam keping
direbus. air jgn byk. agak-agak utk bagi isi ikan masak. air rebusan akan diguna balik nanti
bawang merah (utk sekali blend. agak-agak je. dalam 5 7 ulas)
serai (2-3 batang)
lada hitam (sesedap rasa)
cuka/air limau kasturi/nipis
garam secukup rasa.
(blend isi ikan dengan bawang merah, bawang putih, serai yang dipotong2, dengan lada hitam dan sedikit cuka ataupun boleh ganti dengan limau kasturi/nipis. if limau kasturi aku perah 2 biji. garam secukup rasa) blend sampai agak2 semua bahan dah sebati. jgn lumat sangat. hanya isi ikan. bukan dengan tulang-tulang nye sekali ye), ingat air rebusan ikan tadi? masa nak blend tu letak air rebusan ikan ni k.agak-agak utk blender tu gerak. kang xberjalan blender korang tu.(NI DAH MACAM RESIPI AGAK-AGAK JE GAYE..;p masak sesedap rasa je)

First trial aku buat dulu

B iii) Nisan Gula melaka
pic Source : Google image key word gula melaka
ok sekarang final stage utk kerabu. 

panaskan kuali...then masukkan bahan B ii) gaul-gaul dgn sudip (kalau korang kebal pakai tangan la.haha) agak-agak dah gelegak sikit masukkan bahan B iii) iaitu nisan gula melaka. Sila, kau tanye Kimi, org ganu tau. dari satu bulatan tu kau masukkan half of it dalam bahan dalam kuali tu. sampai la dia cair..agak-agak dah nak kering sikit bahan dalam kuali tu masukkan bahan B i) iaitu nyor goreng. gaulkan semua bahan sampai mereka betul-betul mesra. then dah nak kering sikit boleh la kecikkan api sampai dah rasa ok mengikut firasat korang bolehla tutup api dan pindahkan kerabu dalam pinggan. 

So dah siap basic kerabu uols. nak sedap gorengla ayam berempah ke, buat daging bakar ke, or ikan sutung celup tepung. hihi. 

Final Result

Nasinya macam nasi biasa. yang warna biru tu guna bunga talang. blend bunga tu. airnya di ambil utk masak nasi. tu yang jadi biru. nak tgk pic bunga tu ada kat fb aku. yang kuning tu mcm biasala..kunyit. masak cam biasa. add on dgn serai sebatang dua dalam beras. baru ada bau nasi tu. sedap. 

dan sesekali jangan lupa ibu segala nasi kerabu iaitu :

BUDU

add on : keropok/telur masin/solok lada/telor puyuh. 

air lada senang je : lada hijau+merah garam gula cuka/air limau. blend. jgn lumat. agak2 utk lada hancur je. see agak agak lagiiik

Additional sambal tumis next time ok...or u may google. senang je. Selamat berkerabu semua!

p/s: Dia belajar buat nasi kerabu thru BBM saja. KREDIT TO MY BELOVED MAK. MAK MASAK MEMANG SEDAP. 

Biskut dan Produktiviti

aku tulis sebab aku mati kutu tak da nak buat apa
aku nampak biskut. sedap biskut ni.
aku nak buat air nescafe pulak.
aku nak kerja weh. serius shiiiit aku mati kutu menggagau cari kerja.


p/s: aku nak contact HR la

Monday, July 4, 2011

Suka Duka Dalam Hidup

Hidup jangan nak penting diri sangat
Belajar untuk jadi lebih redha
Qada' dan Qadar
itu ketentuan. tapi jangan jadikan alasan untuk berserah. berserah dan terus menyerah kalah
tanpa memulakan langkah berjuang. itu salah

Hidup jangan nak memikirkan kesedihan diri sangat
sedih sedih sedih. mmg sedihlah kalau fokus pada sedih
cuba kuat sikit, berani tak banyak sikit pun OK
jangan layan fikiran yang tengah sedih. parah.

percaya pada tali perhubungan. percaya buat tali diikat lebih kukuh. percaya takkan bisa merungkaikan tali yang erat, melainkan kuasa Dia. tapi bagaimana nak bina kepercayaan. percayakah aku pada sahabat dan percayakah sahabat pada aku?

kita layan sedih kita sampai memncil diri
bila sedar, baru bergaul dgn orang. minda lebih luas. baru tau ada org lebih sedih dari kita. tapi bila kembali pada fitrah kejadian, inshaAllah semua akan selamat...


teruskan berdoa. jangan pernah putus doamu...

Friday, July 1, 2011

Berdepan.

Hiris2 sampai terguris
tipu-tipu yang Maha sakit
aku pulang ke pangkal jalan
setelah ditimpa kesusahan. malu dan sangat malu
igt Tuhan bila jatuh tergolek
lupa Tuhan bila melonjak ke langit.
penipuan dipanggil apa bila terbongkar
rahsia dipanggil apa bila diselongkar
hati ini tengah pedih
hati ini perlu dibersih
hati pilu hati rawan
hati sepi tiada kawan
air mata kering
hati jgnlah kering
igt Ramadan bakal menjelang
pinjam aura kedatangan Ramadan
tebus balik apa yang perlu
lupakan pada yang tak tahu menghargai
biarkan dgn yang lain asal itu lebih membahagiakannya
tak guna perjuang pada yang tak tahu menghargai
pada yang lupa pada janji
Allah...hati terlalu pedih ya Allah
biar perpisahan keranaMu
redhakan hatiku
sembuhkan lukaku
aku merintih padaMu
menggeletar hampir terjatuh...
kurniakan aku semangat Ya Rabbi....

Triangle.

Triangle dalam shorthand maksud dia PERUBAHAN. Selalu aku tulis simbol segitiga bila aku tulis nota-nota subjek Sejarah zaman tingkatan 4 dan 5 dulu.

Kini aku sedang menghadapi transisi baru dalam kehidupan. Triangle hit on me.

Give me strength Allah.

Yang Maha Penyayang. Yang Maha Pengampun. Dalam ceramah-ceramah agama pernah teringat, betapa besar dosamu selagi tak menyekutukan Allah, besar lagi pengampunan Allah....Aku sayang Allah. Aku mahu berubah.

Change for the better.


cc to you my dearly blogger friend, Faza and Erin. May our friendship remains... Faza darling, ada orang nak kenal.ekekekekeke ;p