Januari:
Permulaan tahun baharu, seharusnya dengan harapan
dan doa yang menggunung untuk menjadi seorang umi. Karier masih sama di gred
41, lebih ceria lebih santai. Sibuk dan tak sabar untuk tunggu kursus panjang
(honeymoon), walaupun sebenar dah lama service tapi kursus ini diperlukan untuk
sah dalam perkhidmatan.
Februari :
Whoaaa last year of 20 series. Mencecah umur 29
tahun. Dan permulaan perjalanan sebagai peserta DPA. Welcome to Kemamang!
Mac – September:
corat-coret DPA.
Modul dalam kelas.
Modul luar: BOMBA, Polis, OBS, Strategic Engagement Program
(SEP), Anak Angkat – dah lupa nama modul.
Sebelum memori terhakis aku patut buat entri tentang
modul-modul ni. Kisah-kisah seram nak cerita juga tak? ;p
Oktober:
Mula kerja balik di bangunan yang sama tetapi
berlainan bahagian. Lebih berkaitan dengan latar belakang pendidikan. Semakin kugali
memang terasa semakin bodoh. It is a learning process I think – hopefully. Dapat
ahli keluarga baru, adik kawin.
November:
Bulan jalan-jalan, JB-Penang-Jakarta-Terengganu. Hari
minggu semua berada di luar. Natijahnya, rumah memang tak rupa rumah, rumahku
syurgaku. oh ya, ulangtahun ketiga menjadi isteri. Maaf, tiada kek atau bunga. Tanggungjawab, kejujuran, keikhlasan dan kasih sayang yang dipertingkat lebih penting bukan?
Disember:
Perasaaan yang berbaur dengan kejadian banjir di
negeri kelahiran. Dikejutkan pula dengan kisah Air Asia. Langit dan bumi
memberikan isyarat – perbaiki diri dan jadi orang baik wahai manusia. Minta maaf
dan minta ampun pada Tuhan yang satu.
2014 banyak mengajar, banyak dugaan peribadi, dugaan dalam
perhubungan, tanda untuk perbaiki hubungan dan komunikasi dengan Tuhan. Tanda untuk
lebih memegang naskhah al-Quran, untuk dibaca dengan penghayatan. Masih di
surah Ibrahim. Biar perlahan asal maksud faham. Bukan mengejar untuk khatam
tapi untuk lebih menjadikan aku insan dan hamba Tuhan yang lebih berkualliti.
Terima kasih 2014.