Tuesday, December 31, 2013

31 Disember 13

311213 nombor ekor? Hehe

Masing-masing menghitung peralihan tahun 2014. Another new day another new year.

Selak kalender. Eh dah habis bulan. Tukar kalender baru.

Keluarga
Masih sama. Aku dengan suami masih berdua. Belum bertambah tiga lagi. Hati-hati untuk kategori tambah. Anak atau isteri? Gaaaa
InshaAllah 2014 akan ada kenduri-kendara kahwin lagi.

I am looking forward for these two events!

Kewangan/Harta
Atas sikit dari semput tapi bersyukur. Kena ada kemajuan hari demi hari dalam aspek pengurusan duit money pitih.

Cinta
Mekar kuncup hampir layu segar kembali mekar mekar mewangi dan mengharum dan akan terus dibajai.

Kerjaya
No comment. Masih lagi berusaha mencapai moksha. (Metafora bahasa aja ni. Tiba-tiba teringat mata pelajaran sejarah).

Kesihatan
OK. Ambil juga suppliment. Semoga bertambah maju kesihatan. Semoga cepat melekat. (Nak bb).

Hobi
Menjahitku agak suram. Hampir setahun mood hilang. Gigih untuk mantapkan diri buat kerja-kerja kraf. Semoga keazaman seiring tindakan. Hehehe.

Politik
Hoooo never ending story

Tuhan...berilah hidayah dan inayahMu pada aku untuk menjadi muslim yang lebih baik dan kuat menghadapi dunia fana ini..semoga aku dikurnia sifat kasih sayang dan pemaaf..semoga aku diberi semangat juang mempertahankan agamaku..semoga kudiberi kefahaman untuk lebih mendalami agamaku..semoga aku dikurnia rasa cinta yang semakin tinggi untuk kekasih Allah...

Semigakudoberirezekimenjadiummi.

Aamiin..

Arsenal menutup 2013 dengan penuh gaya walaupun perlawanan menentang Newcastle tersangatlah hambar. Terima kasih untuk barisan pertahanan dan tingkatkan usaha jentera serangan yang tumpul.

Peace.

Friday, December 13, 2013

F & F

Bukan Fast and Furious

tapi Forgive and Forget. Memaafkan dan Melupakan (no more grunge holding - macam kelakar aje ajat omputih ni)

"Memaafkan beerti turut melupakan kesalahan yang dilakukan. Jika masih tersimpan, itu bukanlah maaf yang tulen. Kerana itu mampu MEMAAFKAN adalah sifat orang yang tinggi imannya. " 

Petikan dari FB Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman posting 10 Disember 2013

Pada suatu hari yang penuh misteri, sedang aku melayari Facebook yang bosan, ternampaklah aku akan petikan di atas. Seolah-olah membuka mata dan hati aku untuk mendalami maksud. Maafkan dan Lupakan...
Bagi aku amat payah sebab perkara-perkara yang terjadi pada aku memang teramat payah aku nak lupa..untuk memaafkan agak mudah tapi maaf yang tulen itu seperti Ust tulis..antara sifat orang yang mempunyai iman yang tinggi..

Aku bersyukur kerana Allah berikan rasa yang satu itu..seakan kekuatan dalaman untuk aku menjadi yang lebih baik dan lebih lembut untuk memandamkan api dendam yang berpihak kepada shaitooon...


InshaAllah...