Sunday, July 22, 2012

Mampat vs Gebu

Cuba buat apam
orang suruh guna soda bikarbonat
aku guna backing powder
natijahnya keluar apam yang tak macam apam
terliur apam milo..

kena cuba buat lagi
cari bahan yang betul

p/s: minat kepada dapur dan mesin jahit semakin menebal.

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan 1433 Aku dan Dia

Assalamualaikum
1 Ramadhan 1433H
bila tiba Ramadhan baru menghafal tawarikh dalam bulan Islam. [shame :( ]
Alhamdulillah mari diberi nafas dan peluang untuk bertemu Ramadhan lagi
ramadhan pertama sebagai isteri
Ramadhan yang berteman suami
untuk hari pertama, sup tulang. Caranya:

Rebus tulang 2-3 jam untuk betul-betul lembut dan sedap dimakan
semasa direbus letak sudu besi
ini petua orang di dapur
lepas 2 3 jam
masukkan sup bunjut. bukak benang yang mengikat sup bunjut tu
ketuk bawang putih 3 ulas
halia sebesar syiling 50sen lama
last but least : GARAM

opt: bunga lawang, kayu manis, pelaga, pelaga india, boleh la ditumis dulu dengan menggunakan minyak yg sedikit. aku tak suka tumis. minyakk

masa hidang:
daun sup
bawang goreng
cili potong
limau

slurpppppppppppp sedap weh!