Friday, January 28, 2011

Serebe otak

Tau ke mcm mana rasa serebe otak? Semalam baru dgr istilah tu. HAHAHAHAHA






P/S: i AM FEeling stronger than yesterday. peace!

Wednesday, January 26, 2011

Labu Air

Haila labu. tak tahu nak kata apa. nak rasa macam mana. bila waktu macam ni tiba-tiba rasa nak balik rumah. tengok muka adik comel. gigit-gigit pipi dia. Hmm..dah dekat sebulan aku tak bercakap dengan dia..degil... mcm tu la kaedahnya. 

Lepas tu. jadi pulak benda yang menyesakkan kepala hotak berjambul. pagi-pagi turun bas istighfar banyak-banyak. sebab itu ubat untuk penyakit hati. tapi bila datang time berfikir tu mula la balik senak otak ni. Lagi-lagi dengan panggilan misteri. bukan pemanggil misteri tapi tujuan pemanggil tu yang misteri taik kucing. bila di tanya tak berjawab...macam bongok ke memang bongok. aku benci dan menyampah ditinggal dengan teka-teki teka-tekuk. tapi tak faham-faham bahasa jugak kan. sebab tu la kalau baca novel, aku akan terus baca 2 3 bab terawal then gi kat last page. hahahahah..dalam certain-certain bab memang i am very impatient. 

Penindasan dan kebaikan...semua orang baik. sesetengah orang amik kesempatan dengan kebaikan orang lain. sesetengahnya pula lagi baik dengan orang lain daripada baik dengan diri sendiri. Baik dengan cara cerdikla. sampai akhir cerita diri sendiri merana sebab kebaikan dimanipulasi. kena sedar. kehidupan semakin dewasa. bukan sentiasa naive macam zaman kanak-kanak yang kesemuanya suci dan mulus dan tulus. 

Aku jaga diri aku sendiri. tapi kadang-kadang aku pun bodoh juga. dan aku tak suka orang senang-senang saja boleh menyerah. Stop la eh. hati aku dah banyak ion negative ni. 

SO, few days from now, i will turn 26. and insyaAllah i will also know the interview result. Keputusan tu jugak akan menjadi salah satu perkara besar yang akan mencorakkan jalan hidupku ini. Sama ada terus dalam kapal ini ataupun kena cari motoboat lain. prinsip setakat waktu dan saat ini gini : Tanggung diri sendiri dulu...ada rezeki dalam kapal ni adala..kalau tak berpanjangan kena cari kerja yang at least lepas nak tanggung diri sendiri. easy! Life goes on bebeh! Syukurlah aku tak ada komitmen apa-apa lagi, kereta ke rumah ke masih belum ada...yang sudah tu sudahla...kentalkan sikit hati bagi tebal..sebelum risau-risau orang lain, risaukan diri sendiri..kita susah-susah risau orang orang ada nak risau kita? TADEMANENYE....

Ok. Bye!


P/S:
  • Cepat-cepatla cuti weh! 
  • Pilem Khurafat..adeh..copot jantung den..terjerit jgk i okeh
  • Eliz, where are you? 

Sayur lemak labu pun sedap jugak ni....slurpppp


Tuesday, January 25, 2011

Reckless

Kalau ikut google trasnlate maksud dia sombrono. 

Kebanyakan yang aku google, perkataan reckless = careless.

Mengapa tajuk ini dipilih?
1. Sebab baru lepas kena tengking
2. Sebab perkataan ini sesuai dengan keadaan semasa
3. Sebab perkataan ini menyurutkan rasa sedih selepas di tengking
4. Sebab padan muka taknak amik iktibar daripada kejadian-kejadian yang sangat-sangat sering berlaku atas kecuaian sendiri. 
5.Sebab bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku
6. Sebab kecewa dengan sikap reckless yang berulang-ulang
7. Sebab sikap take things for granted..
8. Sebab i lead my own life. 
9. Sebab....nak elakkan terus mengeluh which is very very bad thing to do. 

Perfect timing..this morning i wrote gud things happen..and this moment...the gud time has past and nightmare  is just happened. 

p/s: Tunggu result interview.
p/s p/s: Ada apa dengan temapt itu.
p/s p/s p/s: I am damn upset.


Housemate beli buah kundang...aku nak join makan la...bagi hilang rasa pahit..........


Monday, January 24, 2011

Kembali pada Yang Satu

Semalam...tangan terus menekan tetikus untuk melihat update terkini..






23 Januari 2011


Tergamam aku sekejap...
Walaupun tidak mengenali secara dekat, tetapi pemergian Oden dirasai..
Takziah untuk seluruh keluarga Oden..Semoga ruh Oden dirahmatiNya..


p/s: .......

Sunday, January 23, 2011

Apa yang perutku rasa...

Sunday morning.
House mates still sleeping.
My stomach is now singing.
For Roti Canai biting and teh tarik drinking. 

LAPARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR


Pic Source : Google

p/s: sleeping beauty kat JB tak bangun-bangun lagi

Saturday, January 22, 2011

Ich bin gelangweilt

Aduhai...buat cekodok tepung lupa letak garam...a way to prevent high blood pressure..tawar....

This entry written because I am In Kingdom of Boredom. 

Dengan siaran tv yang hampeh, dengan nobody here to talk to, dengan rumah yang bersepah bagai tongkang yang hampir karam, dengan ruang tamu yang tidak cukup pencahayaan, apa lagi yang aku boleh buat? Berangan? Yes.

Aku berangan punyai suami yang rajin dan pandai memasak
" Abang....nak makan chicken chop la..." Boleh? Boleh..berangan free...

Aku berangan menjadi isteri kepada suami yang pandai repair kalau ada wiring/plumbing problem
" Abang......lampu tak nyala ni..Paip kat sinki dapur bocor..."
" Ok sweetheart, abang amik tools g repair sekarang juga! Muah! "

Aku berangan menjadi ibu kepada anak-anak lelaki yang sayangkan kanak-kanak
" Abang...anak nangis..pampers dah full.."
" Ok Ratuku, abang tukar yang baru "

Aku berangan suamiku seorang yang pemurah menjelang hujung/awal bulan
" Sayang..................jom abang belanja shopping "
" Waaaaaaaa..cayang abang!"

HAHAHAHAHAHAHA...ni la namanya berangan..sebab aku sangat-sangat mati kutu kaw2 sekarang...

Jom sambung makan cekodok. 

Surprise bulan February. HAHAHAHA

Pic Source : Google

p/s: Boringggggggggggggggggggggggg 

Friday, January 21, 2011

IMPROVE, HOW???

Ehem, do you know what actually i'm doing for life?

10 months in the service, i met many kinds of people, i mingled around, asking very little little things..sometimes silly silly things too...

I am 26. What I want actually? TO be a specialist or generalist kind of people?
- I want to be a skillful people because it can generate more more more money and i can enjoy the work load. for instance, being a tailor! 


Sometimes i am too ambitious, and sometimes i am helpless..phew!


Be on the Show
Atau jadi macam dia???



Pic source : Google


p/s: masih dalam pencarian..