Peta Kemaman dari hasil carian enjin Google |
Haruslah ruangan ini akan menjadi tempat nukilan peristiwa yang akan bermula 23 Februari ini. InshaAllah
Dari Putrajaya ke Kemaman. Dari Cinta untuk Nyawanya.
Cinta dan Nyawaku. 7 Bulan inshaAllah akan berlalu sebentar sahaja. Peluang untuk rindu-rinduan. Peluang menjadi bujang. 7 Bulan saja. Bujang tanpa madu tau!
Ramai yang berkata apa faedah lama-lama? Apa keperluan? Kadang-kadang aku pun jadi sebahagian dari kumpulan yang merungut. Lamaaa. 7 Bulan. Terpaksa berjauhan. Tapi, semua benda-benda wajib yang kena harung dalam perkhidmatan ni kami dah tau. Jadi, rewind balik semangat masa interview. Nak tak nak. Kena juga!
Aku, akan menjadi positif.
Aku akan mencuba sehabis baik (untuk langsing dengan hari-hari 2.4km jadi makanan).
Aku akan mencari sisi positif.
Aku akan mencari kebaikan.
Aku mahu merasai kegembiraan.
Aku mahu cari ilmu.
kerana aku mahu mengangkat martabat skim ini
aku mahu jadi sebahagian yang bekerja kerana Allah
mahu beri yang terbaik
untuk negara
mahu padam persepsi negatif
mahu bertindak seperti apa yang terucap
mahu berdiskusi cara matang
mahu adil dalam buat pertimbangan
jadi aku akan cari semua itu dalam 7 bulan peluang yang diberi
TAPI AKU BUKAN SKEMA. MENGIKUT TANPA TAU MAKSUD. MENGIKUT SEMATA-MATA.
Kerana satu yang aku pegang, masa gembira akan cepat berlalu. Jadi semakin aku gembira semakin aku akan bersatu semula dengan kekasihku.
Yayang, it is only for 7 months. (T_T)
InshaAllah Kemamang to Putrajaya with love. Allah..we seek for your protection. Aamiin.
p/s: Aku kerja apa?