Thursday, April 12, 2012

Tudung Ampat Tones

Isteri tunggu tudung tone yang dipesan online tidak kunjung tiba. Kegelisahan melanda. memborong tudung untuk bergaya dengan trend terkini...lalu suami:


SABARRR JELAHH!

p/s: rezeki..jangan putus asa

Sunday, April 1, 2012

SA. 1

Duduk berseorngan di rumah bukanlah idea yang baik bagi seseorang yang mahu berdiet.
Menonton TV akan membuatkan perut lapar. Lagi-lagi dengan cerita yang tak best.
Dengan aiskrim, buah-buahan, daging burger yang terseimpan dalam peti sejuk, kaki akan sangat mudah melangkah menuju dapur T___T

nak menjahit baju pak mood tak datang-datang...
nak buat kerja pejabat "hello, hari ni hari ahad!"
nak tido dah petang sangat. nanti jadi macam semalam aku berEARTH HOUR dari pkl 6 sampai 10 malam..zzz

nak menulis blog, idea kering. makin karat penulisan aku. SO SAD!

nak melepak dgn member, member jauh-jauh, ramai yang dah ada komitmen masing-masing.

house core sume settle semalam. plus rumah ni tak banyak barang. EASY to manage and i like it this way

nak survey beli property (rumah) rasa menyampah gila sebab harga rumah tinggi nak mampos. tolonglah, rumah itu satu keperluan, jangan ambil kesempatan jadikan rumah barang niaga. kesian orang kebayakan macam aku ni. I HATE IT!

phew.....this is life huh....

Alhamdulillah masih bernafas......


Tuesday, March 20, 2012

Suri Dapur 1

Ini ialah lukisan limau nipis dan limau kasturi. bagi aku, air limau nipis lagi sedap dari limau kasturi sebab rasa dia nipis aje. hahaha

Motif entri pada kali ini ialah cara memotong limau bagi mendapatkan perahan yang maksimum. Entri ini dibuat renteten kekasih aku yang memotong limau nipis secara melintang seperti gambar di sebelah kanan. oleh itu dialog aku ialah:

"Abang...orang potong limau nipis macam ni la..(dengan menunjukkan cara potong menegak seperti gambar di sebelah kiri) barulah dapat air banyak..kalau limau kasturi..orang potong melintang"

Sekian sahaja tips dari SuriDapur pada kali ini. Semoga kita dapat berkenalan dengan barang-barang dapaur yang lain di kemudian hari.

p/s: Dah tengok Bunohan tak?
p/p/s: taknak join Arsenal pun takpela Lucas oii

Friday, March 16, 2012

WOTD 1

Word of the day

DEVASTATED



it is not nice maki-maki. it is better you remain silent and read zikrullah.........

p/s: i wonder how far i can go how high my patience is. because everybody is not perfect.



Cinema Time

Selalunya aku tengok orang yang punyai blog akan buat review tempat, makan, cinema etc. Apa yang diorang rasa, feel, tengok diorang share. Yang blog aku ni pulak tak ada hala tuju. Sometime bila aku dah siap tulis dan aku reread it back then decided to remain it as draft because emmmm..entah. Mungkin tak payah untuk share (kot) - (aku memang tak menulis diary kat blog ni)

So, kali ini merujuk kepada style bloggers masa kini, aku nak ingat balik pasal cerita Bunohan yang aku tengok hari tu. Weekend last week kot. Ntah. Lupa tarikh.

Pertama : Ni bukan cerita kontemporari. Bukan cerita streotype. Bukan cerita yang mengangkat dialog-dialog lucah macam dalam cerita motor-motor tu (which is aku geli nak tengok dan dengar filem/dialog-dialog tu). Mungkin dialog Jolok pasal batu pelir kambing akan buat korang ketawa. Apa ke benda tu? Korang beli tiket dan tengok serta feel cerita Bunohan ni ok.

Kedua: Watak Adil, Ilham, Bakkar, Deng, Jolok (aku rasa nak bagi penyekeh je kat kawan Ide yang sorang nih), Ahmad Muski Abdul Rahme, Awang Sonar, Pok Weh, Mek  Yah, Ayoh, dan watak-watak pembantu lain.. syok!! pertama kali aku tak wish satu-satu watak tu diganti dengan pelakon lain. Masa aku tgk OR (aku pun tak tau  kenapa aku beli tiket wayang utk tgk cerita ni - cerita bising yang terjerit-jerit) aku mengomen start dari mula cerita sampai orang sebelah suruh aku keluar kalau taknak tengok. and guess what? i really menyesal beli tiket untuk filem OR tu. cisss aku menyumbang kepada kejayaan 10 juta lebih kutipan tiket.

Jalan cerita: Whoa....mula-mula aku hampir give up tengok cerita ni sebab networking watak tu agak besar dan  tak ter"connect" tapi sabar..sabar...duduk diam-diam...follow mana Ilham pegi, follow apa plan si Bakkar, follow jejak Adil..then at the end : PUAS HATI.

ini cerita pasal 3 beradik dengan 3 karektor. yang nampak baik tak semesti hero, yang nampak kejam dan zalim kadang-kadang punya hati yang mulia (bukan cliche tapi it really touched me).

Sekian, terima kasih.

p/s: korang google sendiri la Poster pilem ni.

Thursday, March 8, 2012

Dua Tone

I love you like a love song baby! keep on repit pit pit pit
Baby oh oh i like you like a love song!

Teman sebelah pasang radio. Lagu Selina Gomez dah dua tiga kali diputar. 
Di belakang kedengaran papan kekunci di tekan-tekan 
di bahagian Timur Laut sedang bercerita si gadis dengan teman di hujung gagang kisah demam campak. atau barangkali demam bertih jagung. chicken pox. 

tengah musim bawal dua tone (sesiapa yang google keyword bawal dua tone dengan niat untuk shopping tapi terjumpa blog aku ni harap maaf, anda tersalah pilih senarai dengan keyword tesebut.Muehehehe)
aku dah rembat empat
esok baru boleh ambil
Arghhhhhhhhh!
(tensen sebab tak sabar)

52 minit lagi. langsung menuju perhentian sana. menunggu gergasi biru, ungu, merah, oren atau barangkali hijau..

-routine-

p/s: Welkommen Lucas!


Wednesday, February 29, 2012

Poyo

Poyo. apa itu poyo. dalam definisi kamus dewan memang belum ada lagi istilah poyo. istilah yang dicipta dalam bahasa slanga. Pengalaman aku pernah dikata poyo setelah pulang dari sekolah menuju ke bilik aku dalam asrama, senior menegur,

"apasal poyo je muka?"

aku: blur..muka aku memang macam ni kot kak. sambil buat donn dgn ungkapan ntah pape kakak tu aku terus meluru gi bilik aku. apa yang aku nampak ialah katilku..Zzzzzz...

Kisah panggilan pagi ini :

Secretary: bla..bla..semalam...discussion...bla bla..lain kali dia suruh g sorang je...bla bla...mungkin dia ingat seminar..di a tak nak ..bla bla....kerja lain tak ada orang buat

Pekerja: dah namanya discussion diknon..bla bla..brainstorm semua..tu kami p dua orang..

Secretary: dia pesan..so aku cakap mcm yang dia suruh..anyway noted..tata

Pekerja: okai..tata

Dia di sini adalah si poyo. si poyo yang akan bertindak apabila ada orang atasan. si poyo yang pompang pompang di belakang menikus di depan. bak kata seorang teman: si poyo aka samseng kampung ala-ala sarip dol samseng kampung dusun ajeeeee...

Sekian sahaja kisah poyo saya pada hari ini. Terima kasih.