Friday, March 6, 2015

KEGILAAN WANITA NORMAL

Hari Jumaat hari ini. Aku dapat rasakan kelapangan di samping kekalutan kerja. Nampak ada kemajuan dalam pekerjaan. Sikit-sikit dah faham dengan apa yang aku kerjakan. Cuma ilmu itu sentiasa perlu ditambah dan diasah agar mantap dan tak jadi mangsa penipuan orang lain. Aku berkhidmat demi negara (of course la Lillahitaala) nampak kecil posisi aku dalam organisasi tapi tanggungjawab yang dipikul ini sangat besar. 

Aku cuma lebih teratur dan menyerap ilmu satu persatu. 

Hari Jumaat hari ini. Masa rehat aku lama. dekat 2 jam 30 minit. Kalau waktu tak sibuk memang aku boleh bersiar-siar sambil menabur duit di pusat membeli belah atau pun gerai-gerai jual tudung. Aku agak kau dah boleh tahu sektor mana aku bekerja. 

Hari Jumaat. Hari para wanita berniaga dan menjana ekonomi. Betapa aku cemburu dengan mereka yang punya bakat berniaga. Tetapi memang nampak seronok tengok transaksi wang apabila orang membeli produk yang diniagakan, tetapi usaha dan jerih perih disebaliknya hanya mereka yang mengerti. Dan aku, sebagai wanita yang kini telah menginjak usia 30 tahun sesekali melepasakan gian melihat aliran wang keluar dari dompet aku (belum tukar lagi dompet yang suami bagi hadiah). 

Dua benda yang sukar aku elakkan ialah:

Tupperware
Aku mahu lihat peti ais aku tersusun dengan Freezer Mate, tetapi kini aku rasa percaturan aku tak berapa kena kerana aku punya Freezer Mate dengan warna Ungu, Hijau dan Merah. (Wal hal aku suka dengan Freezer Mate set warna Biru). Suami, kalau suami baca ini makna saya nak Freezer Mate warna biru. Ada yang kecil dan comel yang sangat sesuai untuk isi sambal belacan. 

Shawl NoraNorwan
Shawl aku beli di gerai jualan setiap hari Jumaat. Cuma hari ini aku kena tahan diri dari cari gerai ini kerana nafsu aku sering tertewas dengan warna pastel yang dihidangkan. agak murah berbanding aku beli online dengan kualiti kain yang sama. Dan melihat kat Nora yang sarat hamil melayan pelanggan shawl membuatkan aku lagi suka nak membeli shawl dengan peniaga yang murah dengan senyuman dan bagi diskaun. Semoga perniagaan shawl dan jubah beliau semakin berjaya. Setakat ini aku sudah beli warna mustard, kelabu-hijau, salmon, merah bata, milo cair. Baru 5 helai kan. Aku perlu cari warna ungu ringan - light purple untuk sesuaikan dengan baju batik raya (kenapala aku asyik pakai batik masa raya? Aku bukanlah penggemar batik, tapi...corak-corak yang menawan selalu berjaya membuat aku tertawan. 

Hari ini aku 30 Tahun 1 Bulan 1 Hari

Selamat Tahun 2015. Dan aku cuba untuk menulis dengan lebih sempurna. Blog aku, ditulis sekerat-kerat sebelum ini. Aku perlu tulis sebagai sebuah karangan. Dan semuanya tentang aku, aku dan aku. 


p/s: Hari ini hari kelabu, seluar, blouse, shawl kelabu-hijau. Dull gila warna aku. 

Wednesday, December 31, 2014

Diari 2014

Januari:
Permulaan tahun baharu, seharusnya dengan harapan dan doa yang menggunung untuk menjadi seorang umi. Karier masih sama di gred 41, lebih ceria lebih santai. Sibuk dan tak sabar untuk tunggu kursus panjang (honeymoon), walaupun sebenar dah lama service tapi kursus ini diperlukan untuk sah dalam perkhidmatan.

Februari : 
Whoaaa last year of 20 series. Mencecah umur 29 tahun. Dan permulaan perjalanan sebagai peserta DPA. Welcome to Kemamang!

Mac – September: 
corat-coret DPA.
Modul dalam kelas.
Modul luar: BOMBA, Polis, OBS, Strategic Engagement Program (SEP), Anak Angkat – dah lupa nama modul.
Sebelum memori terhakis aku patut buat entri tentang modul-modul ni. Kisah-kisah seram nak cerita juga tak? ;p

Oktober: 
Mula kerja balik di bangunan yang sama tetapi berlainan bahagian. Lebih berkaitan dengan latar belakang pendidikan. Semakin kugali memang terasa semakin bodoh. It is a learning process I think – hopefully. Dapat ahli keluarga baru, adik kawin.

November: 
Bulan jalan-jalan, JB-Penang-Jakarta-Terengganu. Hari minggu semua berada di luar. Natijahnya, rumah memang tak rupa rumah, rumahku syurgaku. oh ya, ulangtahun ketiga menjadi isteri. Maaf, tiada kek atau bunga. Tanggungjawab, kejujuran, keikhlasan dan kasih sayang yang dipertingkat lebih penting bukan?

Disember: 
Perasaaan yang berbaur dengan kejadian banjir di negeri kelahiran. Dikejutkan pula dengan kisah Air Asia. Langit dan bumi memberikan isyarat – perbaiki diri dan jadi orang baik wahai manusia. Minta maaf dan minta ampun pada Tuhan yang satu.

2014 banyak mengajar, banyak dugaan peribadi, dugaan dalam perhubungan, tanda untuk perbaiki hubungan dan komunikasi dengan Tuhan. Tanda untuk lebih memegang naskhah al-Quran, untuk dibaca dengan penghayatan. Masih di surah Ibrahim. Biar perlahan asal maksud faham. Bukan mengejar untuk khatam tapi untuk lebih menjadikan aku insan dan hamba Tuhan yang lebih berkualliti.


Terima kasih 2014. 

Thursday, November 27, 2014

Trend penurunan (Depletion, Deteriorate)

Assalamualaikum! Hola!! Hallo!

Yiiba! Anggre!

Nampaknya posting dalam blog ini menunjukkan pola penurunan. Bermula tahun 2010 semakin sikit posting-posting. tidak lagi seperti zaman blog Friendster berjela-jela dan berkajang-kajang cerita mengenai sekolah. Iya. Sekolah. (sangat menyesal tak simpan copy tapi terus delete).

2014 dah menginjak nak masuk Disember. jadi kalau di buat perhitungan kurang lebih sebulan dan 5 tahun untuk Malaysia bersedia untuk bergelar negara berpendapatan tinggi. Atau negara maju? Yang mana satu? Jadi siapa yang bertanggungjawab untuk merealisasikan impian dan harapan ini?
1) Perdana Menteri
2) Kerajaan
3) Pegawai Kerajaan
4) Pihak swasta
5) Pemain Industri

Atau siapa sebenarnya?

Bagi aku, dengan perbezaan ideologi politik, dengan kepelbagaian latar belakang, dengan karenah pengurusan dan birokrasi (dalam kerajaan maupun swasta), aku sendirilah yang kena main peranan untuk mengaplikasikan adaptibility. (menempatkan atau menyesuaikan diri aku mengikut keadaan) dan membawa aura-aura positif untuk orang sekeliling. Aku nak menuju usia 30 dan aku sering terfikir apakah pemikiran aku berada di peringkat yang sepatutnya? adakah aku cukup proaktif dan kreatif untuk memberikan yang terbaik dalam apa jua yang aku buat, sebagai pekerja, sebagai isteri, sebagai anak, sebagai mama (belum lagi dan terusan berdoa), sebagai sahabat?

Sahabat? semakin menginjak usia semakin sedikit teman aku. kenapa, kat mana tak kena? semua orang sibuk, semua orang punya keluarga, tapi kenapa jumlah sahabat semakin mengecil? fuh fuh.

Hiduplah untuk memberi manfaat kepada manusia lain. Hiduplah untuk menikmati nikmat dan rahmat Tuhan, Hiduplah untuk bahagia. Hiduplah untuk saling memaafkan, hiduplah untuk saling menghargai. Hiduplah dengan cinta. Suburkan kasing sayang hiasi dengan perlakuan indah.

Aku mahu hidup untuk mengembara
1) Turki
2) India (lagi)
3) Eropah

ultimate sementara di dunia, Makkah al Mukarramah

Hidup untuk mengumpul saham ke syurga Jannah

Saturday, September 6, 2014

Baby giggles

Keadaan ini
Sukar dan berat
Deraian airmata kadang-kadang tumpah
Meleleh2 tak sempat nak lap
Sokongan doa 
Orang keliling memang berguna
Tulisan cerita pengalaman 
Bloggers 
Kembali menguatkan jiwa

Tuhan menguji
Kerna mungkin untuk menghapus dosa
Kerna mungkin amalan setakat ini belum mampu untukku meraih syurga
Kerna mengingatkan aku untuk mengingatiNya
Kerna beri peluang untukku benar2 sedia

Baby giggles
Bauan syurga
Nyaman
Tenang
Damai
Hilang semua kekalutan
Lupa dunia
Senyumanmu membahagiakan...

Baby giggles. Comel!

Tuesday, September 2, 2014

Mengejar Bahagia Hakiki

Happiness is not an option, it is a choice

Semoga dipermudahkan
dikurnia sifat mahmudah
diberi kekuatan menghindar mazmumah
diberi hayat meneladani kehidupan

Jika benar dia milikku
dekatkan aku dengannya
begitu petikan doa sang pencinta
yang mencintai dalam keredhaan
aku juga mahu begitu

tapi kadangku tamak
memaafkan secara total
cermin diriku hanya aku yang sempurna
hingga terlupa mungkin aku sebagai punca.

bahagia
rasa indah
penuh cinta
teruslah kita suburkan
semoga ada rezeki
benih kasih tersemai
dengan izinNya jua

Kumengejar bahagia hakiki
dengannya disisi
bergelar suami...

Sunday, August 3, 2014

Masa Depan Cemerlang


Alhamdulillah..Syawal 1435H telah masuk hari ke-7.
Syawal kali ini kami diduga..balik dari Kampung tengok ada "tetamu" tak diundang "melawat" rumah kami. Darah berderau saat aku membuka pintu dan melihat bekas-bekas simpanan syiling kosong dan terletak di meja makan...innalillahiwainnailaihirojiun...bukan nilai syiling yang aku sedihkan..tetapi usaha kami suami isteri sejak tiga tahun lalu...tetapi..Allah tahu yang terbaik..semoga kami terus dilindungi...
Amalkanlah 36:9


Kita berusaha doa dan tawakal kepada empunya alam...semoga segala yang mazmumah dapat berubah kepada yang mahmudah. Ujian ini mungkin salah satu cara untuk menyedarkan kita dari kelalaian diri..manusia itu dekatnya pada Tuhan lebih lagi bila ditimpa kesusahan..walhal seharusnya setiap masa lidah dan hati harus mengingatiNya tidak kira di waktu musibah atau disiram bahagia..

Kejadian ini kami ambil jadi pelajaran dan pengajaran..redha..itulah yang sebaiknya dan perkemaskan lagi keselamatan...inshaAllah...

*****
Noor Suraya dan Imaen. Kembali membuahkan :

Tebal sehingga 738 mukasurat. Noor Suraya akan menggamit kerinduanku kepada Muzammil. Alang rebus tak empuk dalam Surat Ungu Untuk Nuha. Muzammil dan Nuha. Ehm. Cantik. Kalau mahu bercinta bacalah kisah cinta realiti. Bukan cinta korporat. Nama watak yang tersangatla novel. Jemu. Clićhe. 2 orang insan ini bersatu dan menghasilkan sesuatu yang manis pastinya. Masihku merangkak. Mungkin sebulan atau lebih baru tamat pengakhiran kisah Zuha dan Falah ini..

Aku ingin jatuh cinta. Banyak kali. Sebanyak-banyaknya. Tetapi yang pasti, dengan kamu sahaja sayang. MZMS. Diduga diuji berbaliklah kita pada Cinta yang SATU. Penuhkan hati dengan rasa rindu yang sarat padaNya..inshaAllah semua bisa kita harung...

Mimpilah terus sampai Tuhan memeluk mimpi kita: Arai, Laskar Pelangi II

Aku akan terus bermimpi untuk merasai detik 9 bulan 10 hari. 

Wednesday, July 23, 2014

25 R 1435

25 Ramadhan 1435

Ramadhan yang sangat cepat. Aku di Kemaman. Rela dalam terpaksa. Kemajuan kerjaya. 
Mata sedang menahan kantuk. Pagi ini tak terbangun sahurnya. Ralat. Tinggallah roti dan air coklat :(  

Dunia semakin bercelaru
Kadang-kadang rasa bersalah saat mengecapi rasa bahagia
Sedangkan di pelosok sana kanak-kanak dibedil
Wanita diseksa
Para lelaki mempertaruh nyawa mempertahan maruah. Agama. 

Sedangkan di pelosok sini
Mereka bahagia
Mereka cukup makan pakai malah berlebih-lebihan
Rasa syukur amat sukar diucap
Terus dibuai kemewahan dunia
Lupa erti kesusahan
Apa itu penderitaan?

Bersyukurlah manusia. 
Hargailah setiap kesempatan
Peluang, harapan, jangan disia-siakan...

Kantuk ini membawa aku kedunia lain... 
Dunia yang hanya ada aku dan angan-angan
Semua yang memadamkan keperitan
Alam yang penuh kemaafan
Tapi..
Hanya aku saja..