Monday, January 16, 2012

Cemburu vs Hasad Dengki


cemburu

  • 1. iri hati (kerana orang lain pandai, berharta, dll); 2. kurang percaya atau syak wasangka (takut-takut suami mempunyai kekasih lain dll), curiga: hatinya berasa ~ apabila melihat isterinya bercakap-cakap dgn temannya; 3. hati-hati atau berjaga-jaga (kerana takut kesucian adat, agama, dll dikotori atau dinodai): mereka menjaga adat resam mereka dgn perasaan ~; ~ buta cemburu tanpa sebab atau cemburu membuta tuli;
  • bercemburu

    berasa cemburu;
  • mencemburui

    1. iri hati akan; 2. mencurigai, mengesyaki; 3. menjaga: orang Melayu sangat kuat berpegang pd agama dan ~ agama mereka;
  • mencemburukan

    1. iri hati (akan seseorang atau sesuatu): apa benar yg dicemburukan oleh mereka itu; 2. menimbulkan cemburu (iri hati, curiga, syak wasangka);
  • cemburuan

    1. = bercemburuan saling cemburu; 2. iri hati;
  • kecemburuan

    1. perihal cemburu; 2. kecurigaan, syak;
  • pencemburu

    (orang yg) bersifat cemburu.

hasad
  • Ar = ~ dengki; 1. dengki, cemburu (disertai niat jahat); 2. kedengkian, kecemburuan (yg disertai niat jahat);
  • berhasad

    ~ dengki menaruh perasaan dengki (cemburu dgn niat jahat): umat Islam dilarang ~ dengki sesama sendiri. 


    *Source : Dewan Eja Pro
    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Dua perkataan yang berkait rapat tetapi mempunyai makna yang lain. Dari pemahaman aku, hasad dengki ialah cemburu yang jahat yang diiringi dengan "wish" untuk keburukan terjadi. Cemburu ada yang positif yang boleh menjadi pemangkin untuk seseorang berusaha lebih untuk mencapai kemajuan atau hajat yang diingin. Facebook status kadang-kadang menjadikan aku pencemburu yang bersyukur dengan apa yang diperoleh kawan-kawan dan kadang-kadang boleh menjerumuskan aku utk berhasad dengki..

    Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

     

    *Source fadhilat hauqalah:

    Jadi readers : mari amalkan. Mudah. Hati bersih, Pahala dapat. Let us move on and change for the better InshaAllah....

Thursday, January 12, 2012

Bila Kilo Terus Naik

Alahai Cik Bosan melanda jiwa. Buat semua tak kena. Buat air segelas habis. Air tak boleh manis-manis. nanti badan gemuk. Kencing manis. Sekaya mana pun manusia, kalau kesihatan tak kaya payah juga. Jaga badan supaya sihat. Badan sihat hidup ceria. Hati tenang. Damai.


Pic source: Google with keyword grateful

Tulisan yang tiada kesinambungan. Caca marba kerana dalam fikiran kosong. Berharap. Berhenti. Dan berharap kembali. Pejam mata seketika. Mahu nikmati damai. Pejam mata dan hela nafas...rasakan helaan nafas...sunguuh BESAR kurniaan Allah...mata memerhati...telinga mendengar..otak menaakul...ini semua nikmat  yang Tuhan bagi. Bersyukur. Walau poket kering, tetapi kita masih kaya dengan nikmat Allah. Cuba ambil seminit dua untuk mendalami makna syukur.

Aku masih lagi bernyawa.

Tuesday, January 10, 2012

TH14

FA CUP 4th Round 10 January 2012 (Malaysian time) in North London, Emirates Stadium....



Perasaan seorang Gunners rata-rata sangat terharu dengan sekembalinya Thierry Henry walau hanya untuk 2 bulan. Terima kasih kepada Soul yang share video ini di FB.

Note: Soul adalah fan Liverpool.

To my Husband  : Je t'aime
jgn jeles dengan jambang Henry sebab janggut awak lagi hensem. hehehe


Note 2: My Husband is ManU fan since he was a little kid. His wife is Arsenal die hard fan since she was 17. We support each other, don't we? Hahaha!

p/s: Jom kite gi Emirates Stadium nak? ;p

Wednesday, January 4, 2012

Seluruh sendi rasa longlai..............
deria rasa semua tawar.............

:'(

At-Talaq 2-3...

And whoever fears Allah - He will make for him a way out
And will provide for him from where he does not expect. And whoever relies upon Allah - then He is sufficient for him. Indeed, Allah will accomplish His purpose. Allah has already set for everything a [decreed] extent.


Alhamdulillah...aku punya Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala..

Tuesday, January 3, 2012

Wishlist

Hari-hariku tetap sama walau tahun menginjak ke 2012. Perlu ke nak berazam setiap kali tahun baru? Untuk aku setiap hari aku berazam. Iya. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Esok? Jangan fikir sangat soal esok sebab takut apa yang ada hari ini akan terlepas. Jadi hargai setiap saat. Setiap saat yang istimewa. Manfaatkannya. 

p/s: semoga aku dan kawan-kawan aku dapat kerja yang bagus-bagus. 2 orang kawan aku yang kenit yang di Damansara suatu ketika dulu. we aren't the same but we are similar

Wishlist:

KAMERA: payah bebeno aku nak purchase satu kamera yang merupakan impian aku sejak di bangku universiti. upload gambar adalah lagi senang dari mengarang. dan lagi nampak meriah. aku suka blog bergambar. tapi bukanlah gambr posing sendiri yang macam-macam gaya mulut senget. i hate it. Sebelum February hopefully we'll get 1. 

Ada lagi beberapa perkara yang menjadi impian. Tp better keep for myself la ok. Ni bukan diari untuk aku tulis semua benda. ni tempat melepas perasaan aja. tapi dalam keadaan terkawal gitew

Pagi-pagi my best friend forever MU fan told me, Arsenal lost to Fulham. HADOIIIII...tensen sungguh!
Aku baru nak riak dengan kemenangan Gooners on Sunday dan kekalahan MU n City jap lagi Craven Cottage meranapkan segalanya. Hope Chelsea kalah jgk utk next game. and for Black Cats Sunderland: BRAVO! gua tahan mata beb tgk Encik Ji sumbat goal walaupun few minutes sebelum tu aku mengutuk Ji dalam hati. hahaha!

In the nutshell :  I Love Football!
the color is Ungu because i love Ungu too!

Wednesday, December 14, 2011

SIVIK


Sivik, ilmu tatarakyat. Bagaimana seseorang berhubung dan bergaul dengan orang keliling. Itulah sedikit sebanyak maksud perkataan sivik yang aku cari di internet. Aku tak ada Kamus Dewan (KD) bersamaku sekarang untuk cari makna perkataan sivik mengikut definisi KD.

Sebenatnya dah lama sangat aku tahan nak tulis tentang perkataan ini. Rasanya dah berbulan-bulan senario yang sama berlaku. Jamban, tisu dan wanita. Wanita, biasa orang akan terbayang cantik, sopan, dan bersih. Tapi setiap kali aku ke tandas untuk qada hajat, pasti ada tisu dalam mangkuk tandas. Kenapa begitu? Kenapa malas nak buang tisu dalam bakul sampah yang memang disediakan KHAS untuk buang tisu. Mujurlah tak ada kes lagi yang buang tampon dan adik-beradiknya. Kenapa nak biar tandas tu selalu tersumbat. Jangan ingat cleaner akan seluk tangan untuk buang tisu yang korang buang tu. Cleaner tu pun manusia. Jambat tersumbat salahkan cleaner. Kalaulah aku boleh tangkap wanita-wanita yang buang tisu dalam mangkuk tu memang aku paksa sorang-sorang seluk tangan ambil balik tisu yang dibuang tu. Memang sangat memalukan bagi aku sikap wanita yang sebegini dan tentu sekali sangat-sangat mengecewakan.

Kepada wanita-wanita sekalian:

BUANG TISU DALAM BAKUL SAMPAH BUKAN MANGKUK TANDAS

Thursday, December 1, 2011

Selamat

Alhamdulillah...dua minggu telah berlalu...dua minggu yang agak lelah..dua minggu yang jobless..dua minggu yang santai..hari ini bermulalah kehidupan sebenar yang pastinya cabarang sedang menanti. cabaran mendidik hati untuk sabar dan tenang. cabaran untuk mengurangkan angin kuskus dalam badan. cabaran untuk membetulkan pitching suara yang selalunya sering naik oktafnya. aduhai...

Career?
Kepada Allah aku bertawakal.
apa itu tawakal? cuba google dan cari artikel berkaitannya. InshaAllah boleh membina semangat kalau benar-benar tahu apa dimaksudkan dengan tawakal. kalau setakat sebut sahaja tanpa tahu pengertian payah jugak..payah untuk memberi kesan pada hati..

p/s: tolonglah lebihkan sabar wahai diri...