Tuesday, November 30, 2010

Bonda


Innalillahiwainnailaihirojiun...


Sahabat yang kukasihi...tak mampu ku bicara tika berita itu sampai ke pengetahuanku...aku tidak mahu mengganggu saat kau benar-benar kehilangan..aku mahu engkau tenang dahulu..aku tak mahu saat aku mengeluarkan kata-kata kau akan bertambah luka...

Sahabatku..April lalu pertama kali aku bertemunya. Ceria sokmo! Menghidupkan suasana, easy going, kelakar, ramah..dan dia membahasakan dirinya "Mama" pada aku dan Paja...

Saat Paja migrain, mama yang menemannya dalam si birumu..Mama hidangkan kami dgn makanan yang sangat byk..Walaupun hanya kurang 3 hari aku di Terengganu waktu itu, tetapi aku tetap bersyukur kini sekurang-kurangnya aku kenal dengan ibu sahabat tersayang...

Hanya secebis kenangan itu akan kukenang sampai bila-bila..jujurnya..aku doakan keadaanmu baik-baik saja. Aku tahu kau kuat dan takkan menunjukkan kelemahanmu di depan orang lain..ambillah waktu untuk bertenang....aku akan bicara bila kau sudah bersedia...

Daripada Dia kita datang kepada Dia kita kembali...al-Fatihah...Semoga mamu mu tenang dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.......

Salam takziah dari aku sekeluarga..

p/s: ;(



Sunday, November 28, 2010

Merah tanda Marahkah?

teet..teet..

1 SMS masuk.

Oh, dari ofis rupanya. Jari-jemari terus lincah menekan punat-punat membalas mesg dari teman ofis.

" Perlu, meeting pukul 3"

------------------------------------------------------------

Emosi aku...emosi yang bercampur-campur minggu ini. Kenapa ya? Macam ada sesuatu yang tak kena. Aku risau kerja pejabat, aku excited abg nak kawin, but then, one message that i read....hmmmm, it really put me in grief...grief...grief....

I handle my family...It is ok. As long as i can make the event meaningful to my family then it is just enough for me.
-------------------------------------------------------

OK, Perkahwinan abang yang hanya tinggal beberapa hari je lagi merupakan perkahwinan pertama dalam family aku. At the very beginning, we planned to get married on the same date, but, my jodoh is not there yet. Or may be it wanna give a chance to me to be a runner for the wedding. Hehe..

Hmm...ok, mari berkongsi perasaan seorang adik apabila abng dia nak kawin..Mula-mula, mmg tak dinafikan aku macam, oh..my brother is being taken away...Afterthis he will be with his own family..lead his own family...ala...it's like macam "kehilangan" jgk..He will have two families..He will have adik-beradik tambahan..Yes..simple word...Jealousness

Tapi bila dah berkenalan dgn bakal sis in law, i know she will make my brother happy, and ciri-ciri yang ada dalam dia menepati cita rasa kami sekeluarga. Her family also very-very-very nice to us. :)

Now, I am happy and cant wait for the date!

Checklist tugasan aku :

Door gift+Choc


p/s: trying to get Nikon compact cam for the wed. he he ( and trying to forget those word in the txt msg)
p/s p/s :


p/s p/s p/s: im wearing red shirt

Baju Kurung Jahitan Sendiri

Aku belajar menjahit kerana aku nak jimat.


Baju kurung merupakan baju kebangsaan di negaraku. Siapa kaum wanita Melayu di negara ini yang tak pernah pakai baju kurung? aku yakin 99% pernah pakai. Banyak material yang boleh digunakan untuk membuat baju kurung, contohnya shifon, cotton, crepe dan lain-lain sebab tiga tu je yang aku tau. Terdapat banyak keistimewaaan yang terdapat pada baju kurung, antaranya, ringkas, sopan (kalau design baju kurung tu mengikut definisi yang sebenar lah), selesa, selesa dan selesa.

Aku mula pakai baju kurung sejak dari kecil lagi. Aku pakai masa sambutan hari raya, pegi sekolah seragam baju kurung yang biru putih, pegi mengaji dan lain2 occasion yang sewaktu dengannya. Masa sekolah rendah dan menengah of course lah everyday Isnin hingga Jumaat aku pakai baju kurung. Dari darjah satu tu. so boleh kira 11 tahun without fail aku pakai baju kurung. Kemudian zaman uni part 1 diploma most of the time aku pakai baju kurung. Tapi memandangkan jurusan yang kuambil ganas dan mencabar, lama kelamaan baju kurung berganti dgn shirt dan jeans. terserlah kesempoian di situ. Waktu lab aku lebih selesa dgn jeans. tapi tak pelik pun kalau baju kurung tu di pakai waktu lab. sopan lagi...

Biasanya gadis remaja, wanita muda bergaya, makcik-makcik yang sentiasa up to date jenis-jenis kain di pasaran terkini akan menyuai padankan pemakaian baju kurung dan tudung kepada/hijab. contoh kalau tanah coklat bunga purple, maka tudung akan ikut warna bunga. tapi bagi aku, dah namanya aku, waktu sekolah dulu (dan time-time malas sampai sekarang) aku main bedal je warna tudung tanpa mengira warna baju kurung yang kupakai. it waste a time man nak matching bju tu dgn tudung ni. rujuk balik definisi baju kurung aku. ringkas. jadi jgn jadikan warna baju kurung tu sebagai waktu utk buang masa matching dgn tudung. asal boleh aje. hahahaha...but im trying my best la utk match kan..but it never take too long time to make a decision....

so...kerjaya aku sekarang mmg menuntut aku dgn pemaikaian baju kurung..jadi aku memerlukan byk helai baju kurung. boring kalau aku rotate baju same je kan...aku pun ada keinginan jugak ;p. harga kain untuk buat baju kurung taklah mahal..let say aku nk beli utk rotate gi opis, then i prefer to wear kain yang harga less than RM30. TAPI, yang buat aku agak macam bengkek ialah upah baju kurung yang most of the time lebih tinggi daripada harga kain. phewww..bertitik tolak daripada keadaan inilah aku tekad dgn housemate aku amik kelas jahitan 2 hari sampai aku terpaksa korbankan retreat dgn colleague aku kat Pualu Pangkor.;(

Tapi.....usaha menghadiri kelas ngn Kak Tie kat Puncak Jalil tu sekarang mula menampakkan hasil...daripada yang mmg tak reti menjahit langsung aku dah jahit 5 pasng baju kurung beb...bangga tak??Bangga weh!haha..well eventho belum tahap sempurna, but im learning utk buat baju kurung dhn jahitan yang kemas dan teliti...once the latest baju kurung is ready, i will upload the pic here..

ok..it is now 3 minutes to 2am. im tired already...im happy that i can sew baju kurung...it really helps me to forget the things that i dont want remember..it teach me to be more patience and to be more focus on what i am doing.

ok dear reader(s) good nite :)

p/s: jarumku patah tadi...i learn from mistake....
p/s p/s: Nilai 3 oh Nilai 3..hahahaha...

Tuesday, November 16, 2010

Salam Eid Ul Adha



Salam AidilAdha 1431 Hijrah
buat semua muslimin dan muslimat
Semoga kita dapat menyelami erti pengorbanan sebenar.


wanna be here again with ♥ ones

p/s: Kenapa nak ikut cara orang? Kita ada cara kita. Kenapa nak gelabah? I know I made a right decision (4 years ago) when i read this yesterday.



Monday, November 15, 2010

Baby, Baby, Baby uuuuuu - Bieber

The words just pop out! Baby. hi hi.

SO, after gone through the terrible week, now, i can take a deep breath and breath smoothly with sweetest smile on my face. Yeah! Chelsea lost to Sunderland while The Goners climbing up the league table. Ahaks! Appreciation also goes to Villa for only giving Red Devils a point instead of 3. Bravo!

I miss India. That's all. Thank you......

p/s: Yallah, yallah! (The Arabs taught me)


When will we meet again....

Saturday, November 13, 2010

Tired

Gambar sample pics dlm pc



Perlu urus diri sendiri.
Perlu faham diri sendiri.
Tapi susah nak buang gembeng ni la (dgn setengah2 org je)
Orang tak mau layan. Hahaha...

Fokus diri sendiri
Planning masa depan untuk diri sendiri (iya, diri sendiri)
I want to pamper myself...

p/s: it is just mengarut. What to do ha? I handle myself...

Give me 5

Friday, November 12, 2010

Cilakak

Sakit hati sampai nak gugur air mata.


Kenapa pilih ruangan ini utk meluah rasa. Kerana aku mahu meluah rasa dan blog ini tidak mampu berkata-kata. Aku mahu hambur semua tanpa blog ini membalas bla..bla..bla..aku hanya mahu blog ini "mendengar" bila aku "berkata-kata". Itu sahaja.


Tersebutlah kisah..............


Sabariah, (nama watak dalam ceritera ini dipilih Sabariah yang bermaksud sabar kerana penulis mahu menanamkan sifat sabar dalam ruangan yang terdalam di hati Sabariah) gadis yang kini menginjak dewasa, gadis yang bercita-cita besar, gadis yang mencari ruang dan peluang untuk menjadi wanita berjaya. Sabariah baru sahaja sekitar 8 bulan di alam pekerjaan sebenar dan hampir senget otaknya dengan bermacam-macam hal dan karenah. Tapi Sabariah belajar untuk sabar, untuk bertenang, untuk menelan semua cabaran dengan kejayaan yang cemerlang, untuk menentang rasa culas dalam jiwanya menghadapi kehidupan di bangunan cekap tenaga tersebut.

Sabariah masih mencari-cari formula untuk membiasakan diri dengan apa yang dikerjakan. Cuba memberi kualiti yang terbaik dalam setiap apa yang dilakukan, berperang dengan keadaan sekeliling yang sangat menyeramkan, belajar dan mendidik perasaan dan hati sendiri untuk tenang dan baik sangka sentiasa. Tapi kadang-kadang Sabariah tewas juga, Keluh kesah dari mulutnya kadang-kadang terluah juga...oh Sabariah.....


Jarum jam terus setia berdetik..sekitar lewat 5 petang hari Jumaat....

"Awak pergi esok. Apa-apa call saya"

"Tapi....." dalam hati Sabariah: Aku dahla lepas kerja luar terus masuk office, aku nak balik! Esok Sabtu la bongok! Sabariah benar-benar perlukan motivasi waktu ini. dan yang terbaik adalah pulang ke tempat itu, tempat dia bermanja dan melupakan terus tempat ini. Kerana itu dia benar-benar tak dapat nak terima arahan terbaru tu..

"Your boss doesn't seems happy with you. You better go. I will ask somebody to accompany you"

Sabariah tak mahu menyusahkan teman " Diorang semua ada hal la esok. Saya dah tanya semua tadi" suara yang lemah dan tertahan-tahan...

"OK. Awak pergi esok. Apa-apa call saya"

Diam. Tak mampu lagi bicara. Cilakak............................


ngeeeeeeeeeee! gelak guling-guling!!!!

p/s : nak menjahit ke nak habiskan the other side of midnight?

p/s p/s : utk orang semua boleh, sendiri punya? haila...habis fokus ku hilang. power mata pun makin naik...


Thursday, November 11, 2010

Ketat dan Kedut


Agra...masih menanti....Putih lambang cinta suci......


Srot..srot, selsema lagi, perubahan cuaca, musim hujan tiba lagi, pedih hidung bagai mencucuk-cucuk, lagi-lagi bila bersin tak jadi..arghhh! Terbit rasa tak puas hati, aku cuba bersin lagi.

Kenangan di Gurgaon kadang-kadang masih lagi menggamit hati untuk terus mengingatinya. Bukan pada debu, bukan pada cik bab, bukan pada hiruk pikuknya, tapi dengan ukhwah yang terjalin, dengan kegumbiraan yang terbit dari wajah kawan-kawan. Untung juga aku pergi sendirian, nak tak nak aku mesti bergaul dengan mereka yang pelbagai bangsa, berlainan budaya, dan pegangan agama yang masing-masing. Bukan aku rindu teman baru dengan meninggalkan teman lama, cuma terfikir kenapa ada yang muka ketat semacam? Kedut-kedut masam, bukan kedut-kedut tua. Aku cuba cari pemutar skru, tapi tidak kutemukan, but please, just be normal and don't try to screw it up. Im smiling. im trying my best to keep the smile on my face. I want to look sweet, I don't want people look me tense and it is just make me older, kalah nenek kebayan. I just feel a bit of...ok..tensen....Takkan bisa kita puaskan hati semua orang...

hati oh hati..kompleksnya sebuah hati.

Sabarlah wahai hati, normallah wahai hati, buangkanlah rasa dengki dan iri, hati, janganlah ego dan emosi..hati....jadilah seorang yang pemberi seri...hati oh hati...

*************************************************************************************
tet tot tet tot ...sampai 11 angka dia mendail
(sebab perlu satu nombor sebagai akses untuk mendail keluar ;p )

E: Eh T, kau busy tak, kuar nak? (Padahal malas nak balik cepat, nak cari angin lain, nak hiburkan hati sendiri dengan libatkan Mek Iti, Thank you very much! Untung aku dpt kawan macam dia)

T: Boleh saja, nak tgk wayang ke?

E: Tgk la kalau ada cerita best. Ok, See you!

*************************************************************************************
Tak tgk wayang, tapi kedua-dua mereka berjalan dan meronda alamanda, test make up di Elianto dan merembat 2 helai khakis di Giordano (Lame gila aku tak beli seluar, selai jeans untuk 3 weeks. ahaks! barula budak engineering, ye dak? kemachoan, keotaian di ukur pada seluar jeans kan?hahahah - I MISS UNI LIFE ) dan seterusnya membedal pizza dan spaghetti di Pizza Hut. Alhamdulillah...Puas! Happy! Balik rumah..ape lagi kan, cuba seluar baru le.

p/s: cuba keluar dari kebiasaan. Thanks Goners for winning the game.


Monday, November 8, 2010

Sambutan

Sambutan yang beku. Jadi aku pun turun beku. Akan panas bila bersama Murin dan Faza nanti.

Tiba di KL seawal 8 pagi semalam. Sebelum turun daripada flight : Accho! Accho!
2 3 kali jugak la. Sekarang, mata merah, berair. Tak boleh tak datang kerja, tak boleh manja, orang tak suka. Tak ada orang yang suka diri kita mengatasi kita suka diri kita sendiri. Tak ada. No One! Tak ada walaupun opposite jantina. Tak ada. Appreciate diri sendiri. Itu lebih bahagia.

Terima kasih wahai emak : pakar masak-memasak. Tiba di rumah, jam 10 pagi aku sudah menghadap nasi putuh, kerutub kambing dan sambal. Allah.....sedapnya..cuma sikit terganggu dengan kesihatan yang baru ala-ala nak demam (Come on...jgn mention nak demam2 ni-mcm mengada-ngada kot? keep it yourself - once again, love yourself the most)

Memang berbalas 'puasa' daging selama 3 minggu. Iya 3 minggu tanpa daging, tanpa ayam goreng, tanpa KFC halal, Allah...nikmatnya berada di bumi Malaysia. Makanan sedap-sedap. Syukur....Usaha jangan membazir makanan..bukankah sebutir nasi itu ibarat setitis peluh petani (yeah, Raja Farah quote dalam iklan beras..sorry lupa brand apa). Setelah tiga minggu....fuh!! AKu kembali ke Malaysia. Syabas beteh kepada anak-anak Malaysia yang berada di perantauan, terutama di negara yang mencabar kekuatan mental. Bila dah kat luar baru nak menghargai apa yang ada kan..iye dok?


Belalang buat ape tu??


p/s: Arsenal kalah lagi...

p/s p/s: Aku kalah dgn bagasi. TKO. pengsan...

Friday, November 5, 2010

Pulang.

Coretan perjalanan 3 minggu akan datang kemudian. Kini sedang pening tentang.....


Aku dah hampir buntu fikir cara nak settle barang-barang aku. Aku perlu lebih ruang.


p/s: Kenapa kau nak kena tonggang depan kami sengal?

Tuesday, November 2, 2010

Memori Sebelum Balik.



RM3.50 lebih kurang.

Aku suka, artwork dari Narish Si Tukang Inai